KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mahu
generasi muda membantu menyebarkan mesej mengenai Islam tulen, supaya
saudara sesama Islam tidak terpesong ke dalam kegelapan dan keganasan.
Saturday, November 26, 2016
Monday, November 7, 2016
Minyak Masak - FAMA Sedia Bantu Kerajaan
![]() |
| “Dahulu ketika terjadi krisis bekalan gula, kerajaan pernah salurkan stok gula untuk kita jual di pelbagai rangkaian niaga kita termasuk di pasar tani dan sebagainya |
KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bersedia memasarkan minyak masak kepada pengguna melalui rangkaian peruncitannya di seluruh negara sekiranya masalah kekurangan bekalan bahan itu masih berterusan.
Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata ini bagi memastikan rakyat termasuk peniaga tidak mempunyai masalah mendapatkan bekalan minyak masak.
“Dahulu ketika terjadi krisis bekalan gula, kerajaan pernah salurkan stok gula untuk kita jual di pelbagai rangkaian niaga kita termasuk di pasar tani dan sebagainya.
“Jika sekarang masalah bekalan minyak masak dalam pasaran berterusan, Fama bersedia memasarkan dan mengedarkan minyak masak jika kerajaan rasa kita patut bertindak demikian,” katanya ketika menutup program ‘MyBest Buy’ di Dewan Undangan Negeri Kuang, dekat sini, Ahad.
Beliau berkata Fama Negeri Melaka telah mula memasarkan minyak masak di beberapa pasar tani negeri itu semalam dan sambutan rakyat amat menggalakkan.
Badruddin berkata FAMA mampu menjual minyak masak dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran kerana agensi itu mendapat harga terus dari kilang.
Beberapa lokasi seluruh negara dilaporkan mengalami kekurangan minyak masak dipercayai disorok setelah kerajaan mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak mulai 1 November lalu.
Sementara itu, Badruddin berkata sehingga 31 Oktober lalu Fama telah membuka 81 lokasi program ‘MyBest Buy’ di seluruh negara termasuk 20 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ia merupakan platform memasarkan pelbagai barangan keperluan segar pada harga lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi membantu penduduk menangani kenaikan kos sara hidup.– Bernama
Minyak Masak - 16 Aduan Telah Diterima Berkaitan Kehabisan Atau Kekurangan Stok Di Melaka
JASIN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka telah memeriksa sebanyak 1,060 premis perniagaan termasuk pasar raya, peruncit dan ‘repacker’ berkaitan minyak masak dari 20 Oktover hingga hari ini.
Pengarahnya, Jaiya Abu berkata daripada jumlah itu sebanyak 16 aduan telah diterima berkaitan kehabisan atau kekurangan stok minyak masak terutamanya membabitkan minyak masak botol 5 kilogram.
Katanya, KPDNKK Melaka tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang enggan menjual, atau menyorokkan bekalan minyak masak.
“Pengguna turut dinasihatkan agar berbelanja dengan bijak dan buat perbandingan harga serta memastikan dapat info yang tepat dengan mengetahui kedudukan harga sesuatu barangan sebelum membuat pembelian,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di premis sekitar kawasan Jasin di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Rim Datuk Ghazale Muhamad.
Ketika ditanya pemberita mengenai isu minyak masak paket yang didakwa rendah kualiti oleh masyarakat, Jaiya menafikannya dan berkata tiada beza dari sudut kualiti di antara minyak masak botol mahupun dalam paket.
“Tiada beza antara minyak masak subsidi paket 1kg dan botol 5kg kerana diperoleh dari tangki dan pengilang sama sebelum dibawa ke premis pembungkus.
Dalam pada itu, beliau berkata KPDNKK Melaka telah mengambil inisiatif bertindak sebagai pembekal kepada premis yang menjalankan perusahaan kecil-kecilan dalam usaha memastikan kelangsungan bekalan minyak di kawasan terlibat.
“Semalam, kita ada buat dua trip dengan menghantar sebanyak 57 katon di mana 1 katon mengandungi 17 paket di sekitar daerah ini.
“Berdasarkan rekod pemantauan yang dilihat kawasan ini (menunjukkan) bekalan sedikit terhad, jadi kita bantu mereka,” katanya.
Sementara itu, Ghazale menyarankan kepada rakyat terutamanya penduduk di Melaka agar berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan bagi mengatasi masalah berkaitan kenaikan harga minyak yang berlaku baru-baru ini.- BERNAMA
Sunday, November 6, 2016
Kurang Bekalan Di Kelantan - Penguatkuasa KPDNKK Perlu Pantau Nelayan Asing
![]() |
| Bot nelayan asing disyaki menjalankan kegiatan penyeludupan pelbagai barangan bersubsidi termasuk minyak masak |
PASIR PUTEH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) diminta memantau pergerakan lebih 100 bot nelayan
asing di Pelabuhan Tok Bali yang disyaki menjalankan kegiatan
penyeludupan pelbagai barangan bersubsidi termasuk minyak masak.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata bot nelayan asing terutama dari Vietnam dan Thailand yang berulang-alik dari pelabuhan Tok Bali ke negara masing-masing, dikhuatiri turut membawa keluar barangan berkenaan.
“Ini menjadi tradisi sejak berpuluh tahun lalu tetapi tiada pemantauan ketat oleh mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di Kompleks UMNO Uthmaniyah Kampung Pulau Lima di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekurangan minyak masak di Kelantan sejak beberapa minggu lalu.
Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, berkata nelayan asing yang beroperasi menggunakan lesen bot laut dalam milik rakyat tempatan, berkemungkinan menyeludup bahan itu dengan alasan bagi keperluan harian mereka ketika berada di laut.
“Kita bimbang mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan bekalan itu berlebihan dengan tujuan membawa pulang dan menjualnya di negara masing-masing,” katanya.-BH.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata bot nelayan asing terutama dari Vietnam dan Thailand yang berulang-alik dari pelabuhan Tok Bali ke negara masing-masing, dikhuatiri turut membawa keluar barangan berkenaan.
“Ini menjadi tradisi sejak berpuluh tahun lalu tetapi tiada pemantauan ketat oleh mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di Kompleks UMNO Uthmaniyah Kampung Pulau Lima di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekurangan minyak masak di Kelantan sejak beberapa minggu lalu.
Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, berkata nelayan asing yang beroperasi menggunakan lesen bot laut dalam milik rakyat tempatan, berkemungkinan menyeludup bahan itu dengan alasan bagi keperluan harian mereka ketika berada di laut.
“Kita bimbang mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan bekalan itu berlebihan dengan tujuan membawa pulang dan menjualnya di negara masing-masing,” katanya.-BH.
'Tangan Ghaib' Bawa Keluar Minyak Masak Dari Malaysia
![]() |
| Minyak masak lima kilogram keluaran Malaysia dijual secara terbuka di pekan Danok sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam, Kedah. |
Padang Besar 5 Nov. - Penjualan secara
terbuka minyak masak buatan negara ini di kedai-kedai di Thailand, yang
bersempadan dengan Wang Kelian di negeri ini khususnya daripada jenis
botol menimbulkan tanda tanya tentang kemungkinan berlakunya aktiviti
penyeludupan.
Difahamkan, penjualan minyak
masak yang disyaki bersubsidi itu telah berlaku sejak sekian lama
disebabkan mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Islam di
selatan negara jiran berkenaan.
Antara
sebabnya golongan tersebut yakin dengan status halal dikeluarkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta kualiti produk tersebut
berbanding produk sama berasal dari negara itu.
Hasil
tinjauan Mingguan Malaysia di pekan kecil yang terletak bersempadan
dengan Wang Prachan, Thailand itu mendapati kira-kira 10 buah kedai
bebas menjual minyak masak buatan negara ini.
Terdapat
pelbagai jenama minyak masak botol seberat tiga dan lima kilogram
dijual pada harga antara RM8 hingga RM20, selain jenis peket tanpa label
‘untuk dieksport’ pada harga RM2 hingga RM2.80.
Ini
bermakna kesemua produk itu yang dipamerkan di hadapan kedai, lebih
mahal antara RM4 hingga RM7 setiap satu berbanding harga di pasaran
negara ini.
Golongan peniaga
bagaimanapun bijak apabila tidak meletakkan minyak masak berkenaan dalam
kuantiti yang banyak, sebaliknya hanya tiga hingga lima botol atau
sekotak minyak masak peket agar tidak menimbulkan curiga pihak berkuasa.
Kredit Utusan Malaysia
Pusat Informasi Dan Gerakan Operasi Strategik KPDNKK - PIGOS
PIGOS atau Pusat Informasi Dan Gerakan Operasi Strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunan (KPDNKK) telah memulakan operasi pada 15 Januari 2016. Ia merupakan satu inisiatif dan usaha berterusan kementerian dalam meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan.
Selain dari itu, ia juga untuk menambah baik sistem pengurusan aduan dan memperkasa pengurusan maklumat dengan lebih strategik dan terkini. Disamping itu juga ia sebagai 'commend centre atau pusat aduan kepada para pengguna.
Ketika ini, Waktu operasi bilik informasi (BIS) adalah 24 jam dan ia adalah merupakan peluang terbaik bagi para pengguna untuk menyalurkan aduan mereka secara terus kepada unit penguatkuasa KPDNKK. BIS ini terbahagi kepada beberapa peringkat Tiada Krisis 8.00 pagi - 6.00 petang, Separa Krisis 8.00 pagi - 3.00 petang / 3.00 petang - 10.00 malam dan Krisis 8.00 pagi - 4.00 petang / 4.00 petang - 12.00 malam / 12.00 malam - 8.00 pagi.
Mengikut statistik, jumlah keseluruhan terkini aduan minyak masak mengikut negeri adalah sebanyak 189. Selangor adalah merupakan negeri tertinggi jumlah aduan sebanyak 56, diikuti Johor 28, Perak 18, Kuala Lumpur 17, Melaka 14, Negeri Sembilan dan Pahang masing - masing 10, Kedah 9, Pulau Pinang 7, Sarawak 5, 4 (Putrajaya, Terengganu, Sabah), Kelantan 3, dan tiada aduan untuk Perlis dan Labuan.
Saturday, November 5, 2016
Bahana Tamak, Tauke Pasar Raya Didakwa Di Mahkamah
![]() |
| Pegawai KPDNKK mengiringi Jin Yao untuk didakwa atas pertuduhan menyimpan minyak masak dan memasarkan barang kawalan tanpa lesen di Mahkamah Seksyen Georgetown, Pulau Pinang. Sumber Utusan |
Pulau
Pinang 4 Nov. - Seorang Pengusaha sebuah pasar raya mengaku tidak
bersalah di Mahkamah seksyen di sini hari ini atas tuduhan menyimpan
minyak masak di premis lain dan memasarkan barang kawalan itu secara
runcit tanpa lesen di Bandar Baru Air Itam, minggu lalu.
Soo
Jin Yao, 31, merupakan pemilik tunggal perniagaan Sun Mart didakwa
menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak sebanyak 320 kilogram di
premis selain daripada premis yang dibenarkan pengawal untuk penyimpanan
penyimpanan minyak masak.
Bagi
pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki barang kawalan tersebut dalam
keadaan yang menimbulkan syak munasabah di bawah peraturan 3(1)
Peraturan - Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara runcit
tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4 peraturan sama.
Bapa
kepada seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di Sun
Mart, No. 6G, Medan Angsana Satu, Bandar Baru Air Itam di situ kira -
kira pukul 9.20 malam, 25 Oktober lalu.
Kedua
- dua pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edward
Chan Wei Heng mengikut seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1962 dan boleh
dihukum di bawah seksyen 22(1) akta sama yang membawa hukuman denda
maksimum 1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua - duanya.
Hakim
Irwan Suaibon membenarkan Jin Yao diikat jamin RM 20,000.00dengan
seorang penjamin bagi kedua - dua pertuduhan sementara menunggu tarikh
pengurusan kes pada 15 Disember ini untuk tertuduh melantik peguam.
kredit Utusan Malaysia
Saturday, May 14, 2016
#hbn2016 : Jom Malam Ini Layan "Malam Gema Nusantara" Di UPM
Serdang - Hari Belia Negara (HBN) masuk hari kedua pada hari ini. Pelbagai acara dan aktiviti menarik sedang dan akan berlangsung di Padang Kawad dan Dewan Besar UPM. Sepanjang berlangsungnya aktiviti - aktiviti sejak awal pagi tadi, memperlihatkan hadirin yang datang semakin ramai. Antara acara - acara yang menarik perhatian para belia yang datang ialah Pementasan Kebudayaan oleh Peserta - Peserta Belia ASEAN.
HBN bakal diserikan dengan persembahan Karoot Komedia yang dipimpin oleh Abby Yus dan Rahim. Sudah pasti pelawak yang cukup terkenal ini mampu menggeletek dan mengusik hati para pengunjung. Persembahan ini akan berlangsung di pentas utama HBN 2016.
Para pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran dan pengujian trek lumba RC. Pertandingan RC akan berlangsung pada hari esok 15 Mei 2016 di Padang Kawad UPM. Terdapat 3 kategori akan dipertandingkan ( 1/10 GP Minyak, 1/10 EP Kuasa Bateri dan 1/10 EP MChasis).
Pada sebelah malam pula, pentas utama HBN 2016 bakal digegarkan dengan persembahan “Malam Gema Nusantara” oleh lagenda rock tanah air Ramli Sarip atau dikenali sebagai Papa Rock.
Friday, May 13, 2016
#hbn2016 - Hari Belia Negara Datang Lagi
Serdang - Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun kini kembali menjengah para belia. Festival yang dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat khususnya belia kali ini telah bertukar lokasi penganjurannya.
Tahun ini Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi lokasi penganjuran. Dengan bertemakan "The Future Is Now", Hari Belia Negara 2016 memilih Padang Kawat dan Dewan Besar UPM sebagai lokasi utama.
"Saya merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia kerana memilh tempat kami. Ini merupakan satu penghargaan yang tidak terhingga kepada warga kampus (UPM)," ujur Nurul Azani Binti Jakariah.
"Show Case Of Talent" (SCOT) adalah merupakan salah satu program yang bakal dijalankan pada HBN kali ini. Robot Fair, Pidato IPT, Buskers, "Street Workout" dan Putra Urban Agriculture adalah diantara aktiviti yang terdapat pada SCOT kali ini, sambungnya lagi yang merupakan Timbalan Pengarah slot SCOT.
Thursday, May 12, 2016
#hbn2016 - Dewan Besar UPM Berubah Wajah
Wooo jom kita singgah ke Hari Belia Negara 2016 bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pelbagai acara / aktviti menarik menanti anda. Saksikan kelainan yang bakal dihidangkan kepada anda semua!!!
Dengan bertemakan "The Future Is Now", jom kita jengok Hari Belia Negara 2016. Dibawakan khas oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia & Majlis Belia Malaysia. Save The Date 13 - 15 Mei 2016.
Wednesday, July 29, 2015
Yok Bersukan!!!
Orang Johor jangan lupa 10 Oktober 2015 (sabtu) untuk bersama - sama di Hari Sukan Negara Negeri Johor. Sure meriah ni beb. Difahamkan akan ada pelbagai aktiviti sukan akan dilaksanakan pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, ia bergantung pada penentuan acara diperingkat Negeri dan Daerah.
Yang pasti "SAVE THE DATE"!!!
Yok kita bersukan.
Thursday, April 30, 2015
Jom Kita Singgah!!!
Kulaijaya - Solat Maghrib berjemaah dan Malam Cinta Allah Dan Rasul adalah merupakan antara aktiviti terawal di Hari Belia Johor 2015. Aktiviti yang julung - julung kali dianjurkan ini adalah merupakan diantara aktiviti utama pada penganjuran kali ini.
Para kelompok belia dan masyarakat secara keseluruhannya dipelawa untuk bersama - sama dalam aktiviti kerohanian ini yang akan turut disertai oleh Y.B Dato' Zulkurnain Bin Hj. Kamisan (Pengerusi Jawatakuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri Johor.
Hanya di Hutan Bandar Putra Kulaijaya. Jom kita singgah!!!
Wednesday, November 27, 2013
Pak Nuar Jangan Sedih Sangat Ya
Anwar Terduduk Kecewa, PKR Sabah Bergolak Dan Kritikal
Inilah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah GAGAL dalam percubaannya untuk merebut kuasa di Putrajaya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan berita ‘penghijrahan’ beramai-ramai ahli partinya di Sabah yang jelas tidak lagi mahu terus diperbodohkan dengan sandiwara dan lakonan murahnya selama ini.
Media arus perdana telah melaporkan mengenai pengumuman yang dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib mengenai penghijrahaan beramai-ramai 11 pemimpin cabang PKR Sabah yang keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN). Jumlah itu tidak termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri itu yang sebelum ini telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad@Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.
Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.
Seperti tidak dapat menerima hakikat, Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukim sebelum ini mendakwa tindakan bekas anak-anak buahnya itu disebabkan BN terdesak dan menjadi ‘dalang’. Paling kelakar melalui SMS yang dihantar kepada Jelani, dikatakan kecewa sambil mendakwa mereka telah mendapat tawaran lebih baik daripada pihak lain.
Sedangkan mengikut percaturan politik, BN Sabah telah pun mendapat mandat besar dengan memperoleh 2/3 Kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Maka secara logiknya parti BN/Umno, tidak perlu lagi melakukan perbuatan jahat dengan ‘membeli’ mereka.
Ini kerana, tanpa mereka sekalipun, BN telah mantap sebagai sebuah kerajaan yang kukuh hasil sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi rakyat Sabah. Atau dalam bahasa mudah, pakatan pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata yang penuh dengan racun sehingga menybabkan mereka ditolak rakyat sekalgus mengalami kekalahan besar dalam PRU yang lalu.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, pembangkang memenangi tiga kerusi Parlimen iaitu Sandakan dan Kota Kinabalu (DAP) serta Penampang oleh PKR, sementara DUN pula 12 kerusi iaitu Likas, Luyang, Sri Tanjong, Kepayan (DAP); Klias, Matunggong, Kadamaian, Moyog, Api-Api, Inanam, Tamparuli (PKR) dan Star di Bingkor.
Walau bagaimanapun pada 27 September lalu, ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum diikuti oleh ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad pada 4 November lalu sebelum diikuti empat hari selepas itu oleh ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan yang meletak jawatan Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR.
Hasil analisa yang dijalankan, rupanya bumiputera Sabah terutama etnik Kadazandusun Murut (KDM) yang menyokong PKR akhirnya mula sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh parti itu bagi memenuhi agenda peribadi pimpinan, bukannya untuk dibela nasib mereka seperti yang dicanangkan sebelum ini.
Malah ada yang mendakwa masalah sebenar berpunca daripada gaya kepemimpinan Anwar yang sangat autokratik dan memilih Pengerusi PKR Sabah tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ketua-ketua cabang dan akar umbi parti negeri.
Tambahan pula, sekiranya diteliti krisis kepimpinan PKR Sabah telah lama dikesan bergolak dan bermasalah. Ini kerana sejak PKR mula bertapak di negeri itu, seramai 15 Pengerusi MPN negeri sudah bertukar ganti dan ada di kalangan mereka yang hanya sempat memegang jawatan tersebut selama dua bulan sahaja.
Kesimpulannya ialah, baik Anwar mahupun Lajim, mereka sebenarnya telah dirasuki dengan ‘sindrom penafian’ kerana enggan melihat kesilapan dan kekurangan diri sendiri sebaliknya hanya tahu menyalahkan orang lain.
Inilah masalah paling susah untuk diubati oleh sesiapa sahaja sama ada individu atau organisasi kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, bukan itu sahaja mereka juga pada masa yang sama enggan menerima teguran dan nasihat, jauh sekali untuk bermuhasabah terhadap musibah yang melanda.
Semuanya dituduh pihak ketiga yang jahat melakukannya, diri sendiri dianggap seperti maksum, langsung tidak bersalah dan enggan mengakui kelemahan diri sendiri. Malah menurut Perdana Menteri, akan berlaku gelombang kedua tindakan keluar parti itu dalam masa terdekat selepas hilangnya keyakinan mereka terhahadap kepimpinan PKR negeri.
Dan kenyataan itu sudah pasti bakal merunsingkan Anwar, ini kerana ia sekali gus akan menyebabkan PKR terus berkubur tanpa nisan di negeri Di Bawah Bayu itu.
Buat ahli dan penyokong pembangkang Sabah yang masih belum sedar, sampai bilakah mahu terus hidup dengan pembohongan yang dipentaskan oleh Anwar Ibrahim? Apa yang jelas slogan #inikalilah yang digunakan oleh pembangkang ketika PRU lalu, mula memakan diri. Kepada rakyat Sabah, terima kasih kerana masih terus bersama BN/Umno, manakala untuk Anwar Ibrahim #lainkalilah.
Friday, October 4, 2013
JANGAN SISIHKAN GOLONGAN AGAMA
SALAH satu isu yang sering dimainkan oleh Pas adalah di dalam UMNO
golongan ulama atau mereka yang berlatar belakang agama terpinggir.
Mereka membuat andaian itu berasaskan kepada jumlah golongan
berlatar belakang agama yang ada di dalam parti tersebut, khususnya di
kedudukan strategik.
Hakikatnya, ramai berlatar belakang agama dalam UMNO tetapi mereka
juga dilihat sering tidak diketengahkan atau mungkin kalau mahu diketengahkan
perjalanan itu tersekat di tengah jalan berikutan pemilihan dalam parti.
Berikutan itu, pemilihan UMNO yang akan diadakan pada 12 Oktober
dan 19 Oktober dilihat platform terbaik untuk ahli-ahli UMNO memastikan
golongan berlatar agama atau bertaraf ustaz atau ustazah terpilih.
Kalau dikaji senarai yang bertanding daripada 260 orang di
peringkat Majlis Tertinggi, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, calon berlatar
belakang agama tidak pun sampai 10 orang sedangkan yang hendak diisi adalah 85
kerusi.
Justeru jika golongan berlatar belakang agama ini tidak terpilih
atau menduduki kerusi-kerusi tersebut ia sudah pasti akan memberikan sedikit
sebanyak persepsi tidak baik kepada UMNO.
Sememangnya, apa yang diperkatakan ini bukanlah bertujuan untuk
menyokong mana-mana pihak.
Tetapi kita ingin memastikan UMNO terus melahirkan golongan ulama
sehingga mampu menubuhkan majlis ulamanya sendiri. Jangan beranggapan bahawa
majlis itu hanya sesuai berada di dalam Pas sahaja.
Sebab itulah usaha perlu dirintis supaya golongan berlatar belakang
agama tidak terpinggir dalam pemilihan kali ini.
UMNO bukannya menolak ulama atau mereka yang berlatar belakang
agama tetapi jumlah golongan itu terlalu sedikit dalam kedudukan strategik
termasuk MT dan exco-exco di peringkat sayap.
Oleh itu pastikan golongan berlatar belakang agama ini tidak
sekadar menjadi pembaca doa atau membaca ayat suci al-Quran ketika perhimpunan
sahaja.
Tuesday, September 3, 2013
Anwar Perlu Minta Maaf Isu 40,000 Pengundi Bangladesh Sebelum Berangan Lebih Jauh
Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat telah menerima keputusan PRU-13. Laporan tersebut juga menggambarkan bahawa kenyataan Anwar itu sebagai memberi isyarat bahawa PR telah bersedia untuk berbincang dengan Barisan Nasional mengenai kerajaan perpaduan.
Malah, dalam ucapan kemerdekaan Anwar juga, beliau menggesa pertemuan antara kedua parti untuk membincangkan isu-isu dalam negara. Antara petikan ucapannya, beliau berkata “perjumpaan antara kedua belah pihak perlu diadakan segera untuk menyelamatkan Malaysia.”
Namun, ternyata ucapan tersebut hanyalah lanjutan dari halunisasi Anwar.
Anwar sebelum ini pernah dirujuk sebagai “sudah gila” oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berdasarkan kegagalannya menerima hakikat bahawa beliau telah kalah dalam PRU dan juga berdasarkan kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri. Nampaknya, kegilaan Anwar masih lagi menjadi-jadi sehingga membayangkan dirinya sebagai orang penting yang perlu dirujuk oleh Perdana Menteri untuk menentukan hala tuju negara. Beliau seboleh-bolehnya ingin meletakkan dirinya sama dengan Perdana Menteri, membuat keputusan dan mentadbir negara.
Dalam melayan halunisasinya, Anwar telah terlupa tentang isu-isu yang dibangkitkannya sendiri. Iaitu isu-isu yang menyebabkan beliau menolak keputusan PRU-13 sebelum ini, antaranya isu ‘blackout’ dan ’40,000 Bangladesh’. Oleh itu, sekiranya beliau ingin bertemu, berbincang, berdebat atau berbual kosong sekali pun dengan Dato’ Seri Najib, beliau perlu terlebih dahulu menyatakan pendiriannya mengenai isu-isu tersebut.
Mana mungkin beliau membuat kenyataan menerima keputusan PRU-13 dan ingin duduk berbincang dengan Perdana Menteri jika masih menganggap 40,000 pengundi hantu masih lagi berkeliaran di seluruh Malaysia? Melainkan Anwar mengakui bahawa semua itu hanyalah pembohongannya semata-mata dan meminta maaf kepada semua, Anwar tidak layak untuk berangan-angan pun untuk bertemu dengan Dato’ Seri Najib.
Dato’ Seri Najib telah pun menafikan yang beliau akan mengadakan apa-apa perbincangan dengan PR. Menurut Perdana Menteri, tidak ada sebab bagi BN untuk berbincang dengan PR yang telah menolak keputusan PRU-13 tanpa alasan yang kukuh yang boleh dibuktikan. Malah, tuduhan PR kononnya PRU tidak bersih boleh ditepis dengan mudah sekali sekiranya kita berfikir dengan hati terbuka.
Justeru, kita tidak tahu sama ada kita harus kasihan atau mengetawakan Anwar yang terbawa-bawa dengan imaginasinya. Mungkin Anwar sedang mencuba memujuk dirinya sendiri dengan mengambil sikap ‘sekiranya tidak dapat menjadi Perdana Menteri, sekurang-kurangnya beliau boleh berkongsi kuasa dengan Perdana Menteri dengan berbuat keputusan bersama-sama untuk negara’.
Jelas, ‘gila’ Anwar sudah semakin kronik dan keluarga beliau seharusnya sudah merasa bimbang akan keadaannya. Sebaiknya Anwar dibawa berjumpa pakar sakit jiwa bagi membantu beliau menerima hakikat dirinya yang telah dipecat, kalah pilihanraya berkali-kali serta semakin hilang sokongan di kawasan sendiri. Semoga keluarga Anwar mengambil tindakan segera untuk mengubati dirinya kerana sesungguhnya, negara tidak mampu mempunyai seorang Ketua Pembangkang yang gila!
Wednesday, May 1, 2013
Siapa Nak Tonton Filem Lakonan Anwar?
Ramai yang sudah mengambil langkah untuk menjauhkan diri dengan Drama King terhebat Malaysia, Anwar Ibrahim. Turut mengambil pendekatan yang serupa, bekas pengasas PKR dan sekutu rapat Anwar, Dr Chandra Muzaffar yang turut meninggalkan Anwar beberapa tahun yang dulu.
Beliau memberitahu pengamal media sebab beliau meninggalkan Anwar dengan mendedahkan sikap sebenar individu itu. Menurut Dr. Chandra, beliau mula meragui keperibadian Anwar selepas Anwar mendakwa ada cubaan menyuntik beliau dengan darah HIV+.
Keyakinannya terhadap Anwar juga semakin menipis selepas wujudnya perasaan curiga beliau ekoran Anwar yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan pro zionis dan Amerika Syarikat.
Chandra turut menambah, segala siri pembohongan yang dilakukan Anwar bermatlamatkan untuk meraih simpati rakyat. Dan dengan cara itu, Anwar merasa jalannya untuk menerajui Putrajaya dipermudahkan. Beliau turut menyelar sikap Anwar yang dilabel sebagai hipokrit dan menyifatkan dia seperti 'sesumpah' yang pandai berlakon bagi menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan bagi tujuan membohongi rakyat.
Kalau nak diingatkan, Anwar juga pandai buat kejutan kepada seluruh Malaysia. Pada mulanya dia dikatakan ingin bertanding di Perak. Namun, setelah keputusan dibuat, dia kembali ke Permatang Pauh untuk mempertahanka kerusinya di sana. Ini adalah salah satu lagi lakonan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, beliau sedikit pon tidak percaya dengan kata-kata Anwar yang mengatakan bahawa dia akn bertanding di Perak.
Malah beliau yakin Anwar tidak akan diterima rakyat jika dia bertanding di negeri itu. Tambahnya, itu hanya sekadar scene tambahan bagi pelakon Bollywood Malaysia. Manakali Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobala turut bersetuju bahawa Anwar merupakan kaki temberang.
Gobala berkata, beberapa pemimpin tertinggi parti PKR yang dahulu 'hidup mati bersama' Anwar turut angkat kaki meninggalkannya. Seramai 30 orang pemimpin tertinggi yang mengasaskan parti Keadilan telah meninggalkan Anwar kecuali dua orang yang masih lagi bersamanya.
Turut disokong berkenaan Anwar kuat membohong ialah rakan rapat Anwar ketika di universiti, Ismail Mina yang sekarang merupakan presiden Muafakat.
Beliau berkata, terlalu banyak pembohongan yang Anwar sudah lakukan, dan beliau sendiri berharap agar Anwar tersedar dalam mimpin indahnya dan mula berpijak di atas bumi yang nyata.
Percayalah, ini baru beberapa kerat sahaja yang dapat ditonjolkan, sebenarnya b anyak lagi penipuan-penipuan Anwar didedahkan oleh rakan-rakan yang bosan dengan sikap ketua umum Pakatan Rakyat ini.
Sebab dia memang kaki kelentong!!!!!
Beliau memberitahu pengamal media sebab beliau meninggalkan Anwar dengan mendedahkan sikap sebenar individu itu. Menurut Dr. Chandra, beliau mula meragui keperibadian Anwar selepas Anwar mendakwa ada cubaan menyuntik beliau dengan darah HIV+.
Keyakinannya terhadap Anwar juga semakin menipis selepas wujudnya perasaan curiga beliau ekoran Anwar yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan pro zionis dan Amerika Syarikat.
Chandra turut menambah, segala siri pembohongan yang dilakukan Anwar bermatlamatkan untuk meraih simpati rakyat. Dan dengan cara itu, Anwar merasa jalannya untuk menerajui Putrajaya dipermudahkan. Beliau turut menyelar sikap Anwar yang dilabel sebagai hipokrit dan menyifatkan dia seperti 'sesumpah' yang pandai berlakon bagi menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan bagi tujuan membohongi rakyat.
Kalau nak diingatkan, Anwar juga pandai buat kejutan kepada seluruh Malaysia. Pada mulanya dia dikatakan ingin bertanding di Perak. Namun, setelah keputusan dibuat, dia kembali ke Permatang Pauh untuk mempertahanka kerusinya di sana. Ini adalah salah satu lagi lakonan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, beliau sedikit pon tidak percaya dengan kata-kata Anwar yang mengatakan bahawa dia akn bertanding di Perak.
Malah beliau yakin Anwar tidak akan diterima rakyat jika dia bertanding di negeri itu. Tambahnya, itu hanya sekadar scene tambahan bagi pelakon Bollywood Malaysia. Manakali Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobala turut bersetuju bahawa Anwar merupakan kaki temberang.
Gobala berkata, beberapa pemimpin tertinggi parti PKR yang dahulu 'hidup mati bersama' Anwar turut angkat kaki meninggalkannya. Seramai 30 orang pemimpin tertinggi yang mengasaskan parti Keadilan telah meninggalkan Anwar kecuali dua orang yang masih lagi bersamanya.
Turut disokong berkenaan Anwar kuat membohong ialah rakan rapat Anwar ketika di universiti, Ismail Mina yang sekarang merupakan presiden Muafakat.
Beliau berkata, terlalu banyak pembohongan yang Anwar sudah lakukan, dan beliau sendiri berharap agar Anwar tersedar dalam mimpin indahnya dan mula berpijak di atas bumi yang nyata.
Percayalah, ini baru beberapa kerat sahaja yang dapat ditonjolkan, sebenarnya b anyak lagi penipuan-penipuan Anwar didedahkan oleh rakan-rakan yang bosan dengan sikap ketua umum Pakatan Rakyat ini.
Sebab dia memang kaki kelentong!!!!!
Tuesday, April 30, 2013
PAS GAGAL TARBIAH DAP
"Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya setakat lima peratus sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua," demikian kenyataan bersama yang dibacakan oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.
Kenyataan bersama PAS dan DAP itu matlamat utamanya ialah untuk meredakan kemarahan ahli dan penyokong masing-masing berikutan percanggahan terbuka mengenai isu hudud selepas ia ditimbulkan kembali oleh Timbalan Musyidul Am PAS, Dr Haron Din baru-baru ini.
Haron Din dalam kenyataannya itu menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud seandainya PR menang PRU-13 meskipun bakal mendapat tentangan dari DAP. Ia disambut baik oleh pemimpin dan penyokong PAS termasuk mendapat dukungan penuh dar iMursyidulAm PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimana pun, ura-ura yang disuarakan oleh PAS itu mendapat tentangan DAP dan agak kurang menyenangkan penyokongnya.
Berikutan itu, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tampil mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam PR memandangkan sebelum ini sudah wujud persetujuan bersama untuk hanya fokus mengalahkan BN sahaja.
Berbalik kepada kenyataan bersama DAP dan PAS, Hadi selaku Presiden PAS menyifatkan percanggahan pandangan dan dasar antara kedua-dua parti itu hanyalah satu perbezaan kecil yang dianggarkannya sekitar 5% sahaja.
Maksudnya, bagi PAS soal perlaksanaan hudud yang menjadi titik pergeseran antara PAS dan DAP hanyalah perkara remeh temeh berbanding persetujuan perjuangan mereka yang mencakupi 95% terutama sekali melibatkan Manifesto PR.
Demikianlah nilai hudud di kaca mata PAS tika ini sedangkan bab yang 5 peratus itulah yang sering digembar-gemburkan selama ini termasuklah untuk meraih undi orang Melayu Islam dan diguna pakai bagi mempersoalkan keIslaman orang Melayu Islam dalam UMNO.
Tapi bila ia melibatkan DAP, terus sahaja yang 5% itu dipandang remeh seolah-olah tiada apa yang patut diperdebatkan kerana kononnya banyak perkara lain yang jauh lebih utama dan penting.
Sementara di pihak Kerajaan pusat yang diterajui UMNO dan BN, soal samada ia 5% atau tidak, kecil atau besar, tatkala PAS sibuk mempertikaikan KeIslaman orang UMNO, diam tak diam UMNO telah berjaya mengislamisasikan perundangan negara yang mana sehingga kini 90% sudah menepati kehendak Islam.
Apa pun, percanggahan terbuka antara PAS dan DAP dalam isu hudud 5% ini, tidak dapat tidak, ia bakal menyebabkan kelak PAS menangis tak berlagu menjelang tibanya PRU-13 ini gara-gara kegagalannya mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.
Monday, April 29, 2013
Undi Saya Bukan Untuk Pas - DAP Johor
Ekoran desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong dan pengikut akar umbi Pas, akhirnya pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR. Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.
Sebelum ini Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, telah mengeluarkan kenyataan agar rakyat khususnya di Johor agar tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang. Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya.
“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” katanya sebelum ini.
Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.
Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam. Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas.
"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak undi kami, "katanya.
Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu, sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.
Namun nyata mereka gagal untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi oleh pimpinan di peringkat negeri.
Kesimpulannya, walaupun pakatan pembangkang enggan mengaku, namun hakikat dan realitinya gabungan parti yang mendukung ideologi yang berbeza itu semakin goyah akibat tiada persefahaman. Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.
Saturday, April 27, 2013
Manifesto Pas Kelantan - HUDUD TIDAK TERSENARAI
Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya.
Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR?
Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.
Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.
Bila mana Kelantan selaku kubu utama PAS sendiri sudah mengetepikan matlamat menjayakan perlaksanaan hudud, suka atau tidak, terpaksalah penyokong PAS menepuk dahi sendiri untuk entah ke berapa kali dan belajar menerima kebenaran yang isu hudud hakikatnya hanyalah omongan politik sahaja selama ini.
Langkah PAS Kelantan menolak ke tepi isu hudud sebaliknya menyeru penyokongnya mengutamakan kemenangan ke Putrajaya, jelas sekali menggambarkan fokus PAS sudah beralih arah.
Tanpa hudud, bermakna PAS hilang satu lagi kekuatannya sekali gus menambah lagi koleksi kegagalan PAS dalam mempertahankan prinsip juangnya dalam berdepan dengan polisi liberalisme yang menguasai PR.
Tanpa isu hudud kesannya menyebabkan penyokong PAS terpaksa membisu dari terus mempertikaikan keislaman saudara seagama dalam UMNO. Tanpa kelibat isu hudud, maknanya PAS semakin jauh di belakang UMNO dalam mengejar sokongan orang Melayu Islam sempena PRU-13.
Demi menjayakan cita-cita menuju puncak kuasa, isu perlaksanaan hudud sanggup 'dinajiskan' dan di tong sampahkan hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sepakatan seperti DAP dan PKR.
Dari sudut politik PR demi kebaikan DAP dan PKR, ia satu strategik yang betul namun PAS Kelantan sendiri sama ada sedar atau tidak sebenarnya sengaja mengali kubur sendiri bila bertindak demikian.
Mungkin menyedari hakikat itulah, sehari dua kebelakangan ini PAS kembali memalu gendang mencanangkan dakwaan bahawa PAS akan tetap melaksanakannya hudud seandainya PR menang PRU-13. Sembang kosong bolehlah buat penyedap halwa telinga.
Tapi siapa lagi yang mahu percaya kalau dah komitmen dalam manifesto PR dan PAS sendiri pun gagal dipersembahkan kepada umum, tak gitu?
Friday, April 26, 2013
Hudud? Pas DiPerlekeh lagi
Pas tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana bakal ditentang hebat DAP selain gagal memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam konteks pentadbiran negara ini.
Sehubungan itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) menggesa Pas berhenti menjadikan pelaksanaan hukum hudud tersebut sebagai isu politik.
Malah, beliau turut membidas Pas supaya lebih menumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan mereka untuk negara berbanding berdebat berkenaan isu berkenaan.
"Kalau Pas menang semua kerusi pun dalam pilihan raya kali ini, Pas tidak boleh laksana hukum hudud Pas kerana mereka akhirnya akan berbalah sesama sendiri.
"Itu sebabnya isu hudud Pas tidak ada makna kalau dibahas sekalipun, hanya jadi mainan dalam pilihan raya," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail di rumahnya di Kampung Mengkuang di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang tetap dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.
Kenyataan Karpal itu sebagai membantah Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din kelmarin yang bertegas mahu melaksanakan hudud Pas kerana menyifatkannya sebagai asas dalam perundangan Islam.
Walau bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas Karpal membuat penegasan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mempertahan Harun dengan menegaskan, Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hududnya kerana yakin Perdana Menteri pembangkang kelak seorang Islam.
Ditanya mengenai janji dalam pilihan raya, Mohd. Asri berkata, dari sudut Islam pihak yang tidak menunaikannya termasuk janji dalam pilihan raya umum disifatkan sebagai munafik.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan pengundi melihat calon berkualiti dan bukan melihat kepada parti semata-mata termasuk dalam persaingan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.
"Kalau calon tidak berkualiti, letak lambang apa pun tak jadi kerana dia tak boleh cakap di Parlimen dan tidak boleh bagi pandangan bernas.
"Oleh itu, bila calon ada kualiti latar belakang yang bagus, kita bagi keutamaan. Sebab itu penting untuk pengundi benar-benar mengenali calon yang boleh bekerja untuk rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Asri berkata, beliau akan menganjurkan forum bertajuk Permatang Pauh dengan Dr. Mazlan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli panel manakala beliau sendiri bertindak sebagai moderator.
"Saya mahu rakyat mendengar pandangan kedua-dua pihak mengenai Permatang Pauh.
"Saya sudah 'tweet' Anwar berkenaan forum ini, tetapi belum dapat persetujuannya dan kalau beliau dapat hadir, baguslah kerana kita mahu tanya visinya untuk Permatang Pauh," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)














