Thursday, February 21, 2013

PRU 13 - Pemimpin Pas pentingkan Periuk Nasi Sendiri Dari Rakyat



Melihat dari keterdesakan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak sehingga mengugut kerajaan pusat agar memberikannya RM100 juta supaya menghentikan pembalakan tidak terkawal, kita dapat mengagak bahawa Kedah, pada hakikatnya telah hancur.
Sejak PAS menerajui Kedah, satu-satunya hasil yang mampu difikirkan oleh kepimpinan negeri tersebut adalah melalui balak yang meningkat secara drastik dari tahun ke setahun.  Kini, hutan sudah hampir gondol dan balak juga sudah hampir pupus.
Satu lagi punca pergantungan PAS dari segi kewangan ialah Kulim Hi-Tech Park, iaitu taman teknologi tinggi bertaraf dunia yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional dan berjaya membawa masuk sehingga RM24 billion pelaburan langsung asing sehingga tahun 2007.
Sejumlah RM10 billion lagi pelaburan langsung asing yang masuk pada tahun 2008 – 2011 iaitu setelah PAS mengambil alih Kedah, adalah lanjutan hasil usaha menarik pelaburan yang dilakukan oleh pengurusan terdahulu di bawah kerajaaan BN.   Dan pada 2012, pelaburan langsung asing yang masuk ke Kedah hanyalah RM373.3 juta iaitu jatuh ke tangga ke 11 dari tangga ke 5 pada 2007 berbanding negeri lain.
Secara dasarnya, hanya dua projek inilah yang menjadi punca pendapatan PAS Kedah.
Bagi tahun ini, Kedah telah mensasarkan hasil sebanyak RM640 juta, termasuk dengan angan-angan menjual air mentah kepada Pulau Pinang.   Namun, memandangkan negeri itu sudah buntu dalam mencari punca pendapatan, maka pastinya mustahil bagi Kedah untuk mencapai jumlah hasil seperti yang disasarkan.
Lebih-lebih lagi, apabila di masa yang sama, hutang negeri semakin meningkat sehingga 50% di bawah pemerintahan PAS.   Setakat Disember 2011 sahaja, hutang awam Kedah berjumlah RM2.6 billion, hutang kampus induk KUIN ialah RM330 juta.
Nampaknya, jika dicongak secara umum, nampaknya, pendapatan dari pelaburan langsung asing hanya mampu membayar hutang KUIN sahaja.
Walaupun keadaan sudah terlalu genting atau nazak, kepimpinan PAS Kedah nampaknya masih di dalam keadaan ‘penafian’.   Malah Azizan tidak segan silu mempertahankan pembalakan haramnya sebagai persediaan untuk ladang rakyat.
Alasannya, beliau tahu apa yang dilakukannya kerana beliau adalah anak petani.
Mengambil hujah Azizan sendiri, maka sahlah bahawa Azizan hanya layak menjadi petani, bukan Menteri Besar.  Dan sahlah juga bahawa Dato’ Seri Najib sebagai anak Perdana Menteri tentulah lebih lagi layak sebagai Perdana Menteri.
Lebih malang bagi Kedah kerana bukan sahaja Menteri Besarnya tidak tahu apa-apa tetapi para pegawai kerajaan dan juga ahli politik parti memerintah juga sama saja.
Exco Kedah, si Phahrolrazi yang pernah mencabar Azizan secara terbuka, sekali lagi mengulangi sikap biadapnya dengan mencaci Azizan di media.  Beliau menggelar Azizan dengan panggilan-panggilan yang hina termasuk ‘tiga silinder’ atau lembab.   Semua rakyat Kedah tahu kisah Phahrolrazi gila kuasa dan bencikan Azizan sehingga tidak tertahan-tahan lagi.  Malah, menurut mereka, jangankan Phahrolrazi, isterinya lebih lagi kaduknya sehingga mengalahkan Toh Puan Seri, isteri Azizan sendiri.
Tidak cukup dengan kegilaan Phahrolrazi, si Mahfudz tak lulus SRP juga turut berusaha merebut jawatan Menteri Besar.  Walaupun ceramahnya begitu hambar termasuk di tempatnya sendiri, namun Mahfudz yang syok sendiri ini, membayangkan hadirin yang ramai sekali gus merasa yakin sendiri.
Maka ketiga-tiga pemimpin PAS ini pun sibuklah mengatur strategi, merancang taktik untuk menggapai mimpi menerajui negeri.
Dalam kesibukan itu, tiada seorang pun dari mereka, ataupun parti PAS, atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang menunjukkan prihatin terhadap kedudukan kewangan Kedah yang begitu kronik.   Semuanya mengambil sikap seolah-olah soal pendapatan dan hutang negeri merupakan masalah kecil, yang akan selesai sendiri.
Hakikatnya, jalan-jalan di Kedah tidak diselenggara.   Pusat-pusat pelancongan kotor dan usang dengan kualiti perkhidmatan yang jauh terlalu amat rendah kerana dikendalikan oleh mereka yang tidak berpengalaman.   Kebersihan restoran, tandas awam, landskap dan sebagainya diabaikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri.   Anak-anak syarikat kerajaan negeri pula terus menjana kerugian akibat ketidaktelusan dan ketidakcekapan para pegawainya.    Kontraktor-kontraktor berlesen dan berpengalaman gigit jari.  Hanya peniaga pusat hiburan karaoke sahaja yang senyum sehingga menampakkan gigi.
Pendek kata, Kedah kini bagaikan sebuah negeri tanpa kerajaan.   Mana-mana pegawai kerajaan atau ahli politik PAS yang cukup licik boleh saja menggunakan nama Menteri Besar dan mengaut sebanyak mana wang yang diinginkan.
Sedarkah rakyat Kedah bahawa kerajaan Pakatan Rakyat langsung tidak pedulikan nasib mereka mahupun negeri itu?  Sedarkah rakyat Kedah bahawa yang benar-benar bimbang, prihatin dan risaukan nasib mereka adalah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional?

Thursday, January 31, 2013

Berjuang Untuk Islam - Nasa Dipecat Dari Pas




Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis SYura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Bukan satu rahsia pun sejak Nik Aziz mempengerusikan badan tertinggi PAS itu, sudah banyak teguran dari ahli bawahan mengenai kelesuannya. Terlampau jarang diadakan perjumpaan disebabkan kepimpinan Nik Aziz yang lemah dan tidak cakna dengan perjalanan parti.

Malah semasa penggal yang lepas, satu mesyuarat pun diadakan sekalipun tika itu wujud banyak isu yang melingkari PAS dan PR. Jadinya, dilihat pada asas ini selayaknya sudah lama Nik Aziz ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama dan pengerusinya diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Nama Majlis Syura Ulama PAS hanya kembali kedengaran ketika wujudnya isu melibatkan Ustaz Nasharudin, itupun dalam mesyuaratnya pada September 2012 yang lalu Nik Aziz sengaja buat perangai keluar awal setelah mengetahui agenda perbincangan tidak membabitkan kedudukan Ustaz Nasharudin.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Bagi orang tua seperti Nik Aziz yang bertuhankan nafsu amarah, tindakan Ustaz Nasharudin itu telah melanggar pantang larang yang ditetapkannya. Tiada perpaduan mahupun muzakarah antara PAS dan UMNO demi kepentingan Islam selagi nyawa masih mengalir dalam tubuh Nik Aziz.

Berbalik pada isu pemecatan Ustaz Nasharudin, sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.

Dalam hal ini, Ustaz Nasharudin tidak keseorangan. Beliau bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dianiayai sedemikian rupa dipecat tanpa diberi ruang pembelaan diri. Sudah ramai pemimpin PAS yang menjadi mangsa gaya kepimpinan PAS yang bersifat kuku besi dan diktatorship.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hasan Ali juga pernah mengalaminya, lama sebelum itu, bekas pemimpin PAS kawasan Pasir Putih, Kelantan, Cikgu Musa Salleh juga pernah menghadapinya.

Dalam PAS, perihal berlapang dada bukannya satu pilihan sebaliknya persoalan dendam kesumat seringkali menjadi taruhan utama dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilihat bercanggah pandangan dengan Nik Aziz.

Walau apapun, pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh PAS.

Tindakan tergesa-gesa dan bercorak kuku besi dan tidak demoktarik sebegini tidak akan membantu PAS mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU 13. Suka atau tidak, kepimpinan PAS perlu menerima hakikat tiba masanya kelak parti itu akan semakin terpinggir dari sokongan umat Islam.

Monday, December 24, 2012

Bertaubatlah Hadi Awang







Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak.   Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya.  

Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS.  Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat  di atas.  Nik Aziz amat terkenal dengan takbur, riak dan sering marah siap dengan memaki hamun dan mencerca sesiapa yang mengkritik atau mempersoalkan tindakannya.  

Begitu juga dengan Presiden PAS, iaitu Dato’ Seri Hadi Awang yang juga berkongsi sifat yang sama.   Lebih buruk lagi, Hadi Awang juga nampaknya seorang yang pengecut apabila tidak berani tampil memberi respon terhadap isu Amanat Kafir yang difatwakannya sendiri hampir 3 dekad lalu.  Walaupun sudah berhari-hari isu ini ‘dipanaskan’ semula oleh media-media perdana, tetapi Hadi Awang masih membisu hatta langsung hilang dari ‘radar’.  

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah pun membuat teguran rasmi melalui surat terhadap Hadi Awang.   Surat tersebut dikeluarkan setelah bermesyuarat bersama beberapa tok guru pondok serta Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan.  Mesyuarat tersebut menggariskan 8 perkara yang membuktikan bahawa fatwa Hadi Awang itu telah membawa kepada kepercayaan sesat di kalangan masyarakat, antaranya:  

1.      percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO, 

2.      percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,

3.      percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan   
         pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera

4.      percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO

5.      percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau 
         murtad

6.      percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas 
         orang PAS/Islam. 

7.      percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam

8.      percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT. 

Pihak PAS berusaha menolak dan menutup isu ini dengan alasan ia telah basi, namun soal syahadah dan akidah, soal hubungan suci suami isteri, hubungan darah daging, soal kesinambungan hidup serta kehilangan nyawa, serta soal murni perpaduan ummah dan masyarakat setempat, tidak mungkin basi kerana ia bukan sahaja membabitkan dunia, tetapi merupakan soal rohaniah yang bakal dibangkitkan di akhirat kelak.  

Jika Hadi Awang ingin terus berdegil menafikan yang Amanat beliaulah yang menjadi punca segala kesesatan tersebut, maka beliau wajar tampil menjelaskan siapakah yang sebenarnya yang perlu dipersalahkan dalam perpisahan pasangan suami isteri akibat percaya yang pasangannya kafir?  Siapa yang perlu dipersalahkan apabila hati ibu atau bapa hancur, dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan anak-anak sendiri menuduh mereka kafir? 

Dan siapa yang perlu dipersalahkan apabila anak-anak yatim Memali kehilangan bapa kerana bapa mereka percaya yang mereka berjihad menentang orang-orang kafir?!  

Apakah Hadi Awang ingin berkata bahawa penyokong-penyokong PAS sendiri yang bersalah kerana terlalu bodoh sehingga ‘tersalah tafsir’ amanatnya? Jika ya, beliau tetap bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan apakah tafsiran yang sebenarnya.  

Justeru, penyokong-penyokong PAS wajib menyeru Hadi Awang agar keluar dari persembunyian dan berhadapan dengan amanatnya sendiri sebagai anak jantan kalaupun tidak sebagai seorang ulama.  

Penyokong-penyokong PAS perlukan satu kepastian sama ada untuk terus berpegang kepada amanat tersebut dan bahawa 8 perkara di atas adalah wajar, tepat dan benar - ataupun tidak.  

Adalah tidak wajar bagi Hadi Awang untuk terus membisu membiarkan penyokong-penyokong tegarnya yang terlibat, termangu-mangu bertanya kafir atau tidaknya ibu mereka yang telah meninggal dunia atau isteri mereka yang telah diceraikan sebegitu lama?  

Atau apakah tuduhan kafir itu telah berbalik kepada diri mereka sendiri, sepertimana pesan Rasulullah SAW:   “Barang siapa berkata kepada saudaranya, Hai kafir! maka kalimat itu pulang kepada salah seorang dari keduanya,jika kekafiran itu benar ada,jika tidak,maka kekafiran itu berbalik kepada diri yg mengucapkannya.”





Tuesday, October 23, 2012

Kedah Ooooo Kedah...Mahu lepas Tangan?







Kita sedia maklum bahawa Laporan Audit 2011 Negeri Kedah memaparkan penemuan yang amat mengejutkan. 

Antara penemuan paling ‘hebat’ ialah bagaimana 5 kontraktor perumahan yang tidak berdaftar dan dimiliki oleh individu yang mempunyai talian kekeluargaan boleh dilantik, yang mana rekod kewangan bagi kerja-kerja yang dilakukan mereka pula adalah tidak lengkap, meragukan serta tidak tepat, di mana dikhuatiri terdapat penyelewengan apabila menunjukkan tuntutan berulang manakala sebahagian daripada tuntutan tersebut pula menunjukkan kerja bagi rumah-rumah yang tidak wujud.  

Kerajaan negeri juga ternyata hilang kawalan apabila beberapa projek yang berisiko tinggi seperti Projek 99 East di Langkawi yang kerugian kerana cuai akibat melanggar perjanjian serta Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea yang telah diteruskan tanpa pemantauan sehingga membolehkan seorang Pengarah Urusan membuat pinjaman puluhan juta USD dari syarikat luar negara tanpa perjanjian pinjaman yang lengkap serta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. 

Malah, kerajaan negeri juga telah mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan Islam sehinggakan Jawatankuasa Pemberian Sijil Halal telah tidak bermesyuarat langsung dalam tahun 2011 dan semua sijil halal yang dikeluarkan telah diluluskan oleh Yang DiPertua tanpa dibentangkan kepada Jawatankuasa sepertimana prosedur yang ditetapkan. 

Walaubagaimanapun, penemuan audit ini adalah tidak sepatutnya mengejutkan jika kita mengambil kira pentadbiran Kedah yang dilanda ribut sepanjang masa dengan percakaran sesama sendiri, dan antara satu pihak dengan yang lain di kalangan pemimpin parti dan juga pegawai kerajaan negeri. 

Umum sedia maklum bagaimana pentadbiran PAS Kedah tidak pernah aman dengan perbalahan terbuka pemimpin-pemimpinnya akibat tamak dan gila kuasa.  Apatah lagi dengan PRU yang semakin hampir menyebabkan ramai di antara mereka menjadi tidak keruan kerana ingin memastikan kepentingan masing-masing terjaga. 

Utusan Malaysia baru-baru ini pula mendedahkan bagaimana PAS menekan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir yang dituduh sebagai cenderung kepada UMNO.   Semuanya bermula dari keputusan beliau untuk menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda.  Ahmad Fisol pula, terkenal dengan kecenderungannya terhadap parti PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi.  Keterujaan beliau apabila PAS berjaya merampas Kedah bukanlah rahsia, malah beliau juga sering mengadakan berbagai majlis atau program bersama PAS. 

Ahmad Fisol merasakan yang jawatan SUK adalah lebih sesuai bagi dirinya memandangkan ‘kesetiaannya’ kepada PAS.  Justeru, pengaruh beliau di dalam PAS digunakan sepenuhnya untuk menekan Datuk Rasli. 

Datuk Rasli telah berkhidmat dengan kerajaan negeri Kedah sejak tahun 1976 sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar.  Dengan latarbelakang pendidikan dari Universiti Malaya dan juga Ohio University, Athens Amerika Syarikat, beliau mendaki tangga kerjaya sehingga ke puncak dengan meraih pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan dalam berbagai bidang.  Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Projek, Pengarah Projek, Pentadbir Tanah, Pegawai Kewangan sehinggalah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada 2006 dan seterusnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Oleh itu, kecekapan dan kesetiaan beliau terhadap negeri Kedah tidak wajar dipertikaikan lagi.  Beliau adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan professional serta cukup arif untuk tidak mencampur-adukkan politik dengan pentadbiran. 

Dan mungkin inilah punca utama masalah PAS dengan beliau iaitu tidak mengambil-kira kepentingan mana-mana parti politik, termasuk PAS dalam membuat keputusan. 

Dengan begitu banyak masalah dan kelemahan PAS Kedah yang terdedah melalui Laporan Audit, perkara terakhir yang diperlukan oleh negeri itu ialah percakaran antara pentadbir dan pemimpin politik.  Namun, nampaknya masalah percakaran ini mengambil tempat yang jauh lebih penting dari penemuan audit, seperti projek-projek terbengkalai dan perbelanjaan tidak masuk akal yang jelas berpunca dari pengurusan jabatan-jabatan yang lemah, korup, serta mengamalkan kronisme yang ketara.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak juga nampaknya tidak berminat memberi sebarang reaksi mengenai Laporan Audit Kedah yang mengejutkan itu.  Sebaliknya, dikhabarkan turut memberi sokongan kepada Ahmad Fisol untuk terus menekan Datuk Rasli. 

Jelas bahawa PAS lebih mementingkan politik dari rakyat iaitu lebih berminat dengan ‘siapa’ yang memegang jawatan apa daripada ‘apa yang berlaku’.   Walaupun terbukti kelemahan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri, masih tiada kenyataan tegas dari kepimpinan tertinggi negeri untuk menanganinya.

Perlu diingatkan bahawa penemuan audit merekodkan lebihan kewangan 2011 berjumlah hanya RM2 juta lebih iaitu pengurangan lebih RM20 juta dalam masa satu tahun sahaja dengan projek-projek ‘hebat’ tetapi mencatatkan kerugian-kerugian yang tidak masuk akal dari segi alasan dan juga jumlahnya. 

Justeru, jika sikap seperti ini diteruskan, bayangkan apakah yang akan terjadi kepada negeri ini jika dipegang oleh PAS selama sepenggal lagi, atau setahun sahaja lagi?






Saturday, October 13, 2012

Melaka Bandaraya Warisan Dunia, Jom Ke Melaka...







Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. 

Sehingga ke hari kini, masih banyak lagi peninggalan sejarah yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Melaka khasnya dan Malaysia amnya yang boleh disaksikan sendiri secara dekat.









Jom kita ke Melaka. Saksikan sendiri "kemewahan" peninggalan sejarah yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita.

Melaka Bandaraya Warisan Dunia...

Wednesday, October 10, 2012

SUARAM Ooooo SUARAM...





SUARAM telah pun mengaku bahawa mereka menerima dana dari National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) iaitu NGO asing yang mana misi utama mereka adalah melakukan  ‘pertukaran rejim’ di negara-negara yang mempunyai nilai ekonomi dan sosial bagi mencapai matlamat Yahudi untuk menguasai dunia. 
 
Kebimbangan mengenai usaha Yahudi untuk menguasai dunia bukanlah satu paranoia umat Islam, tetapi ianya telah disebut dengan tegas di dalam Al-Quran.   Peringatan Allah SWT kepada kita ialah agar bersikap hati-hati kepada bangsa Yahudi kerana mereka tidak akan rela kepada kaum muslim sampai kaum muslim tunduk serta mengikuti kemahuan dan keinginan mereka.
 
Hari ini, bukan sahaja umat Islam tetapi ramai di kalangan barat sendiri meragui kaum Yahudi, lalu mengkaji dan mendedahkan niat dan strategi Yahudi untuk menakluk dunia melalui berbagai-bagai NGO yang menggunakan berbagai nama yang kononnya membawa niat murni seperti memperjuangkan hak asasi, kebebasan, keadilan dan sebagainya.
 
Bertitik tolak dari itu, pada 1 Oktober lepas, Rusia telah bertindak tegas dengan mengambil tindakan menutup pejabat NED di negara itu setelah menyedari NGO dari Amerika tersebut mempunyai agenda jahat dan terlibat dalam pengubahan wang haram yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.  Selain NED, semua rangkaiannya seperti International Republican Institute (IRI), the National Democratic Institute (NDI), the Center for International Private Enterprise (CIPE) and the American Center for International Labor Solidarity (ACILS) juga turut ditutup. 
 
Apa yang berlaku menunjukkan bahawa bukan hanya negara-negara Islam seperti Tunisia, Libya, Mesir atau Syria yang disasarkan oleh Yahudi, tetapi juga negara bukan Islam.  Dan tentu sekali, Malaysia, sebagai satu-satunya negara Islam yang maju dan aman tidak mungkin terlepas dari menjadi sasaran mereka. 
 
Hari ini, hubungan langsung NED dan juga OSI dengan SUARAM dan pembangkang Malaysia bukan lagi rahsia.  Ini terbukti apabila Ketua Pembangkang sendiri, iaitu Anwar Ibrahim tidak segan silu dan langsung tidak bersembunyi atau berahsia mengenai hubungan baiknya dengan pihak ini.  
 
Untuk itu, Anwar, bagi pihak SUARAM telah ke Perancis baru-baru ini semata-mata untuk ‘menjemput’ seorang peguam bernama William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM yang sedang berhadapan dengan undang-undang Malaysia dalam kes menerima dana asing yang diragui.  William Bourdon adalah juga peguam kepada George Soros pemilik OSI iaitu seorang penyangak matawang berfahaman liberal yang radikal.  Beliau diketahui umum menjadi ‘kilang wang’ bagi semua operasi pertukaran rejim yang dirancang oleh rangkaian Yahudi. 
 
Tidak seperti Rusia, NED bergerak di Malaysia melalui perkakasnya iaitu SUARAM dan pembangkang.  Oleh itu, yang bakal menerima akibat jika didapati bersalah dalam kes ini ialah SUARAM dan bukannya NED. 
 
Dan malang bagi SUARAM kerana NED telah tersilap dengan memandang rendah akan kekuatan sebuah kebenaran serta kebijaksanaan pemimpin Malaysia.  Akibatnya, SUARAM bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan undang-undang Malaysia, tetapi juga Perancis. 
 
Sumber dalaman memberitahu bahawa Mahkamah Perancis dikatakan bakal mendakwa SUARAM setelah mengambil kira beberapa fakta, antaranya: 
 
1.     SUARAM telah dengan sengaja mewar-warkan apa yang dipanggil mereka ‘kertas siasatan’ yang mengandungi Dokumen 87 dan Dokumen 144, kononnya diperolehi dari pejabat Pendakwaraya.  Sedangkan, siasatan sepatutnya dijalankan secara tertutup dan rahsia.  Jika benar wujud ‘kertas siasatan’ tersebut, maka tindakan SUARAM mewar-warkannya adalah salah dari segi undang-undang. 
 
2.    Dan jika kertas siasatan ini tidak wujud maka SUARAM telah dengan sengaja dan sedar mempermainkan undang-undang dengan menggunakan nama dan pejabat pendakwaraya Perancis. 
 
3.    SUARAM juga telah dengan tidak bertanggungjawab mengada-adakan cerita tentang perbicaraan di Perancis, sedangkan ia tidak benar sama sekali. 
 
4.    SUARAM bertindak terlalu jauh dengan menggunakan nama hakim Perancis, Le Loire, sesuka hati dalam pembohongan mereka. 
 
5.    SUARAM mengadakan perbicaraan melalui media dengan mendahului siasatan sulit oleh hakim penyiasat Perancis.   
 
6.    SUARAM menipu menggunakan nama mahkamah Perancis dan membangkitkan persoalan terhadap kecekapan Kementerian Luar Perancis dengan membuat kenyataan mengenai penyerahan sapina kepada warga Malaysia. 
 
7.    SUARAM dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap polis Perancis dengan menyatakan bahawa Altantuya memasuki negara tersebut yang mana menyanggah kenyataan rasmi polis Perancis yang menafikannya. 
 
Berita ini membawa makna bahawa pembohongan SUARAM hanyalah setakat ini sahaja.  Nampaknya, selepas ini, NED dan OSI perlu bergantung hampir sepenuhnya kepada pembangkang Malaysia untuk meneruskan agenda mereka di negara ini.  Namun, dengan hubungan pembangkang dengan Yahudi yang begitu jelas, apakah mereka yakin yang rakyat masih akan terpedaya? 
 

 

Tuesday, October 9, 2012

Apa Lagi Nak Kelentong Rakyat...

 
 
 
SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene.  Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka.
 
Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.  
 
Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu. 
 
Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua ‘hakim penyiasat’ bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM.  Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.   
 
Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia. 
 
Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini. 
 
SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia. 
 
Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis.   Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka. 
 
Dalam usaha SUARAM ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum.  SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku. 
 
Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung.  Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing.  Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros. 
 
Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi ‘pertukaran rejim’ di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan.