Sunday, November 6, 2016

Pusat Informasi Dan Gerakan Operasi Strategik KPDNKK - PIGOS




PIGOS atau Pusat Informasi Dan Gerakan Operasi Strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunan (KPDNKK) telah memulakan operasi pada 15 Januari 2016. Ia merupakan satu inisiatif dan usaha berterusan kementerian dalam meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan. 

Selain dari itu, ia juga untuk menambah baik sistem pengurusan aduan dan memperkasa pengurusan maklumat dengan lebih strategik dan terkini.  Disamping itu juga ia sebagai 'commend centre atau pusat aduan kepada para pengguna.

Ketika ini, Waktu operasi bilik informasi (BIS) adalah 24 jam dan ia adalah merupakan peluang terbaik bagi para pengguna untuk menyalurkan aduan mereka secara terus kepada unit penguatkuasa KPDNKK. BIS ini terbahagi kepada beberapa peringkat Tiada Krisis 8.00 pagi - 6.00 petang, Separa Krisis 8.00 pagi - 3.00 petang / 3.00 petang - 10.00 malam dan Krisis 8.00 pagi - 4.00 petang / 4.00 petang - 12.00 malam / 12.00 malam - 8.00 pagi.

Mengikut statistik, jumlah keseluruhan terkini aduan minyak masak mengikut negeri adalah sebanyak 189. Selangor adalah merupakan negeri tertinggi jumlah aduan sebanyak 56, diikuti Johor 28, Perak 18, Kuala Lumpur 17, Melaka 14, Negeri Sembilan dan Pahang masing - masing 10, Kedah 9, Pulau Pinang 7, Sarawak 5, 4 (Putrajaya, Terengganu, Sabah), Kelantan 3, dan tiada aduan untuk Perlis dan Labuan.


Saturday, November 5, 2016

Bahana Tamak, Tauke Pasar Raya Didakwa Di Mahkamah


Pegawai KPDNKK mengiringi Jin Yao untuk didakwa atas pertuduhan menyimpan minyak masak dan memasarkan barang kawalan tanpa lesen di Mahkamah Seksyen Georgetown, Pulau Pinang. Sumber Utusan



Pulau Pinang 4 Nov. - Seorang Pengusaha sebuah pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah seksyen di sini hari ini atas tuduhan menyimpan minyak masak di premis lain dan memasarkan barang kawalan itu secara runcit tanpa lesen di Bandar Baru Air Itam, minggu lalu.

Soo Jin Yao, 31, merupakan pemilik tunggal perniagaan Sun Mart didakwa menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak sebanyak 320 kilogram di premis selain daripada premis yang dibenarkan pengawal untuk penyimpanan penyimpanan minyak masak.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki barang kawalan tersebut dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah di bawah peraturan 3(1) Peraturan - Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara runcit tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4 peraturan sama.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di Sun Mart, No. 6G, Medan Angsana Satu, Bandar Baru Air Itam di situ kira - kira pukul 9.20 malam, 25 Oktober lalu.

Kedua - dua pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan Wei Heng mengikut seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1962 dan boleh dihukum di bawah seksyen 22(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum 1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua - duanya.

Hakim Irwan Suaibon membenarkan Jin Yao diikat jamin RM 20,000.00dengan seorang penjamin bagi kedua - dua pertuduhan sementara menunggu tarikh pengurusan kes pada 15 Disember ini untuk tertuduh melantik peguam.

kredit Utusan Malaysia


Saturday, May 14, 2016

#hbn2016 : Jom Malam Ini Layan "Malam Gema Nusantara" Di UPM




Serdang - Hari Belia Negara (HBN) masuk hari kedua pada hari ini. Pelbagai acara dan aktiviti menarik sedang dan akan berlangsung di Padang Kawad dan Dewan Besar UPM. Sepanjang berlangsungnya aktiviti - aktiviti sejak awal pagi tadi, memperlihatkan hadirin yang datang semakin ramai. Antara acara - acara yang menarik perhatian para belia yang datang ialah Pementasan Kebudayaan oleh Peserta - Peserta Belia ASEAN. 

HBN bakal diserikan dengan persembahan Karoot Komedia yang dipimpin oleh Abby Yus dan Rahim. Sudah pasti pelawak yang cukup terkenal ini mampu menggeletek dan mengusik hati para pengunjung. Persembahan ini akan berlangsung di pentas utama HBN 2016.

Para pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran dan pengujian trek lumba RC. Pertandingan RC akan berlangsung pada hari esok 15 Mei 2016 di Padang Kawad UPM. Terdapat 3 kategori akan dipertandingkan ( 1/10 GP Minyak, 1/10 EP Kuasa Bateri dan 1/10 EP MChasis).

Pada sebelah malam pula, pentas utama HBN 2016 bakal digegarkan dengan persembahan “Malam Gema Nusantara” oleh lagenda rock tanah air Ramli Sarip atau dikenali sebagai Papa Rock.

Friday, May 13, 2016

#hbn2016 - Hari Belia Negara Datang Lagi




Serdang - Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun kini kembali menjengah para belia. Festival yang dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat khususnya belia kali ini telah bertukar lokasi penganjurannya.

Tahun ini Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi lokasi penganjuran. Dengan bertemakan "The Future Is Now", Hari Belia Negara 2016 memilih Padang Kawat dan Dewan Besar UPM sebagai lokasi utama.

"Saya merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada Kementerian Belia dan Sukan  dan Majlis Belia Malaysia kerana memilh tempat kami. Ini merupakan satu penghargaan yang tidak terhingga kepada warga kampus (UPM)," ujur Nurul Azani Binti Jakariah.

"Show Case Of Talent" (SCOT) adalah merupakan salah satu program yang bakal dijalankan pada HBN kali ini. Robot Fair, Pidato IPT, Buskers, "Street Workout" dan Putra Urban Agriculture adalah diantara aktiviti yang terdapat pada SCOT kali ini, sambungnya lagi yang merupakan Timbalan Pengarah slot SCOT. 

Hari Belia Negara 2016 akan berlangsung bermula hari ini 13 hingga 15 Mei 2016.





Thursday, May 12, 2016

#hbn2016 - Dewan Besar UPM Berubah Wajah




Wooo jom kita singgah ke Hari Belia Negara 2016 bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pelbagai acara / aktviti menarik menanti anda. Saksikan kelainan yang bakal dihidangkan kepada anda semua!!!

Dengan bertemakan "The Future Is Now", jom kita jengok Hari Belia Negara 2016. Dibawakan khas oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia & Majlis Belia Malaysia. Save The Date 13 - 15 Mei 2016.

Wednesday, July 29, 2015

Yok Bersukan!!!




Orang Johor jangan lupa 10 Oktober 2015 (sabtu) untuk bersama - sama di Hari Sukan Negara Negeri Johor. Sure meriah ni beb. Difahamkan akan ada pelbagai aktiviti sukan akan dilaksanakan pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, ia bergantung pada penentuan acara diperingkat Negeri dan Daerah. 

Yang pasti "SAVE THE DATE"!!!

Yok kita bersukan.

Thursday, April 30, 2015

Jom Kita Singgah!!!




Kulaijaya - Solat Maghrib berjemaah dan Malam Cinta Allah Dan Rasul adalah merupakan antara aktiviti terawal di Hari Belia Johor 2015. Aktiviti yang julung - julung kali dianjurkan ini adalah merupakan diantara aktiviti utama pada penganjuran kali ini.

Para kelompok belia dan masyarakat secara keseluruhannya dipelawa untuk bersama - sama dalam aktiviti kerohanian ini yang akan turut disertai oleh Y.B Dato' Zulkurnain Bin Hj. Kamisan (Pengerusi Jawatakuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri Johor.

Hanya di Hutan Bandar Putra Kulaijaya. Jom kita singgah!!!