Wednesday, July 25, 2012

Kerajaan Pas Kelantan berjanji lagi...

 
 
 
 
 
 
Janji Hari Ini.... 

 
 
 
 
Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.

Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.

Tapi apa pun, kita nantikan apa kesudahan peletakan batu asas pembinaan lebuhraya rakyat Kota Bahru - Kuala Krai. Adakah akan terlaksana impian rakyat Kelantan untuk memiliki lebuhrayanya sendiri yang dikatakan bakal TIDAK dikenakan TOL kepada para penggunanya???

Penulis serahkan kepada rakyat Kelantan untuk menilai dan menghakimi kesudahannya...


Janji dulu - dulu yang tidak tertunai hingga ke hari ini.....






Batu asas pembinaan jambatan ini dibina pada tahun 1996 dan pada hari ini kita berada pada tahun 2012...

Bila agaknya janji ini akan terlaksana, hanya rakyat kelantan sahaja mampu untuk bertanya kepada kerajaan kelantan yang sedia ada pada hari ini...

Janji hanya tinggal janji....



Pas dulu lain, pas sekarang lain.....






Tuesday, July 3, 2012

PAS sudah "Deal" Dengan PKR n DAP Untuk Bertanding Di 80 Kerusi Parlimen






Hadi Awang sekali lagi 'menggula - gulakan" para pengundi PAS apabila menyuarakan untuk bertanding di 80 Kerusi Parlimen diseluruh negara.

Apa yang hendak penulis persoalkan disini adalah, mahukah PKR n DAP memberi laluan semudah itu kepada PAS untuk memiliki jumlah kerusi tersebut.

Adakah PKR n DAP mahu membiarkan kerusi mereka diambil dengan begitu mudah oleh PAS???

Dan disini penulis ingin bertanya kepada pemimpin PAS, adakah PKR n DAP juga tidak mahu menambah kerusi Parlimen???

Secara logiknya, mana ada parti yang mahu mengurangkan kerusi mereka. Mereka juga ada agenda dan "plan" yang tersendiri.


Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".

Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?

Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.

PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.

Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.

PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.




PAS Dulu Lain, PAS Sekarang Lain.....
 
 


Monday, June 25, 2012

Apabila Pas Sukar Memilih





Pas ketika ini seakan kabur dengan perjuangan mereka ketika ini. Mahu memperjuangkan NEGARA ISLAM / NEGARA KEBAJIKAN.

Jika "mengeteh" dengan masyarakat Cina, Pas akan "berkokok" mengatakan akan memperjuangkan NEGARA KEBAJIKAN. Manakala jika "mengeteh" dengan masyarakat Melayu pula, Pas akan "berkokok" pula mengenai NEGARA ISLAM.

Pas ooo Pas, apa matlamat perjuangan parti kamu sebenarnya. Jangan terlalu lebih meng"auta" sehingga keperluan mengatasi kepentingan.

Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.

Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.

Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.

Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.

Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.

Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.

Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.

Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.

Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.

Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.

Sunday, June 24, 2012

Pembangkang Tiada Isu - Hentam Keluarga Bakal Besan PM

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.
Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.
Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.
Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.
Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.
Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.
Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?
Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.
Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.
Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

Friday, June 22, 2012

Apa Ada Dengan Faekah Husin



Beberapa hari lalu kita di"tayangkan" dengan isu perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Isu yang cukup "panas" ini juga, dikatakan berlaku hasil pertembungan 2 kem utama dalam PKR iaitu kem Khalid Ibrahim dan juga kem Azmin Ali.

Apa pun yang berlaku, ia adalah semacam percaturan yang sudah dirancang demi "menggelapkan" isu yang ketika ini membelanggu Anwar Ibrahim. Pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 billion adalah antara "malapetaka" baru yang sedang menghantui anwar ketika ini.

Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.

Thursday, June 21, 2012

Bantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang



Hakikatnya pada hari ini, kita lihat PAS tiada bezanya dengan DAP mahupun PKR. Mereka sudah tidak lagi mempedulikan matlamat utama penubuhan parti tersebut serta melupakan ideologi perjuangan mereka suatu ketika dahulu kerana pada ketika ini pemimpin yang ada didalam PAS adalah mereka yang mengejar kepentingan duniawi demi "kemasyukan" diri sendiri.

Pemimpin PAS hari ini lebih mengejar kepentingan dari mencapai matlamat penubuhan negera ISLAM yang mereka canangkan selama ini.

PAS dulu lain, PAS sekarang lain...

Dalam sistem demokrasi, kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.
Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh, bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.

Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.

Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.

Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.

PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.

Para pimpinan PAS, dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.

Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.

Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.

Friday, June 15, 2012

Merdeka Centre - Tukang Fikir Atau Tukang Pusing?

                                                                
                                            


Merdeka Centre merupakan satu lagi jentera yang digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk mencapai impian mereka untuk ke Putrajaya. Ada yang memikirkan bahawa mereka adalah kumpulan pemikir tetapi sebenarnya mereka hanyalah tukang pusing kerana itulah yang kini dilakukan oleh Merdeka Centre untuk PR. Survey dan juga statistik yang mereka lakukan adalah sebenarnya bertujuan untuk mengelirukan rakyat terhadap Umno, BN dan Najib. Target utama mereka adalah Najib kerana beliau merupakan halangan terbesar bagi PR yang mahu memenangi PRU13.

Dalam masa-masa yang tertentu, tukang pusing ini mula menyebarkan statistik mereka - Populariti Najib menurun, populariti Najib naik, sekejap turun, sekejap naik, lebih kurang seperti permainan komputer. Mereka cuba untuk menghasut rakyat supaya percaya bahawa survey yang mereka lakukan adalah profesional. Dan apabila tarikh PRU diumumkan, kemungkinan 'survey' baru akan dikeluarkan untuk menceritakan bahawa populariti najib sudah turun, akan kalah, habis. Semuanya untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat adalah yang berkuasa.

Antara pelanggan-pelanggan utama Merdeka Centre adalah kerajaan PR bagi Pulau Pinang dan Selangor. Tukang pusing ini menjalankan tinjauan berkala bagi Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim dengan bayaran yang lumayan. Mereka meninjau pendapat rakyat terhadap kedua-dua kerajaan negeri tersebut dan ketua bagi kedua-dua negeri. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa mereka tidak pernah mengeluarkan maklumat terhadap Menteri Besar bagi kedua-dua negeri tersebut?

Apa kata tunjukkan kepada rakyat statistik bagi pendapat rakyat terhadap Anwar Ibrahim? Mengapa tidak keluarkan statistik apabila berlakunya isu video seks yang melibatkan Anwar? Setiap kali demonstrasi Bersih dijalankan, akan ada statistik yang menyatakan bahawa populariti Najib sekejap naik, sekejap turun. Rakyat benar-benar ingin tahu ststistik terhadap populariti Anwar selepas Bersih 3.0. Statistik bagi Nizar Jamaluddin, setelah isu WWW1, Lim Guan Eng setelah kebanyakan bukit di Pulau Pinang dimusnahkan dan tentang Ambiga setelah berlakunya segala keganasan di jalanan. Dasar tukang pusing!

Jadi, biarlah kami yang beritahu anda akan perkara yang sebenar. Salah satu daripada arahan yang diterima oleh Merdeka Centre dari salah satu daripada client mereka adalah untuk menjatuhkan imej Najib dan UMNO. Mereka telah lakukan perkara seperti ini selama tiga tahun. Mereka juga mempunyai banyak maklumat terhadap Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim. Walau bagaimanapun, keputusan daripada statistik mereka menunjukkan keputusan yang negatif. Populariti yang mereka peroleh setelah Mac 2008 mula menurun atas segala skandal yang berlaku. Itulah sebab mengapa mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang maklumat terhadap pelanggan mereka. Jika mereka benar-benar profesional, mereka tetap akan mengeluarkan segala informasi terhadap pemimpin-pemimpin tidak kira samada dari PR atau BN. Kenapa serang Najib sahaja?

Pengarah kumpulan tersebut, Ibrahim Suffian, yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat dan dia baru sahaja diberi kelulusan oleh kerajaan AS untuk memberi ceramah kepada pegawai-pegawai di Amerika. Dia adalah individu yang dikatakan oleh UMNO sebagai individu yang telah menghasut mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi untuk mengadakan PRU12 terlalu awal pada 2008. Tun Abdullah telah melantik Merdeka Centre untuk menjalankan kaji selidik untuk beliau dan mungkin dari keputusan keputusan yang diperoleh, beliau kemudiannya berkeputusan untuk menjalankan PRU walaupun beliau masih lagi mempunyai masa setahu. Kesimpulannya, beliau sebenarnya telah diperangkap.

Setelah kejadian tersebut, BN tidak lagi mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Merdeka Centre. Dan sejak dari itu, Ibrahim Suffian telah menjadi kaki pusing yang lebih hebat. Dia dilantik menjadi penasihat bagi PR dan sering memberikan kata putus bagi beberapa calon pilihan raya terutamanya selepas PRU pada 2008. Begitulah besarnya  Ibrahim Suffian di PR. Khabar angin mengatakan bahawa dialah orang yang menasihati PR supaya tidak menjalankan pilihanraya negeri jika Najib mengumumkan PRU13.

Di Amerika, setiap parti politik mempunyai tukang fikir mereka tersendiri. Merdeka Centre pula adalah tukang pusing PR. Tahniah Merdeka Centre! Anda telah berkhidmat dengan jayanya.