Wednesday, May 1, 2013

Siapa Nak Tonton Filem Lakonan Anwar?


Ramai yang sudah mengambil langkah untuk menjauhkan diri dengan Drama King terhebat Malaysia, Anwar Ibrahim. Turut mengambil pendekatan yang serupa, bekas pengasas PKR dan sekutu rapat Anwar, Dr Chandra Muzaffar yang turut meninggalkan Anwar beberapa tahun yang dulu.

Beliau memberitahu pengamal media sebab beliau meninggalkan Anwar dengan mendedahkan sikap sebenar individu itu. Menurut Dr. Chandra, beliau mula meragui keperibadian Anwar selepas Anwar mendakwa ada cubaan menyuntik beliau dengan darah HIV+.

Keyakinannya terhadap Anwar juga semakin menipis selepas wujudnya perasaan curiga beliau ekoran Anwar yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan pro zionis dan Amerika Syarikat.

Chandra turut menambah, segala siri pembohongan yang dilakukan Anwar bermatlamatkan untuk meraih simpati rakyat. Dan dengan cara itu, Anwar merasa jalannya untuk menerajui Putrajaya dipermudahkan. Beliau turut menyelar sikap Anwar yang dilabel sebagai hipokrit dan menyifatkan dia seperti 'sesumpah' yang pandai berlakon bagi menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan bagi tujuan membohongi rakyat.

Kalau nak diingatkan, Anwar juga pandai buat kejutan kepada seluruh Malaysia. Pada mulanya dia dikatakan ingin bertanding di Perak. Namun, setelah keputusan dibuat, dia kembali ke Permatang Pauh untuk mempertahanka kerusinya di sana. Ini adalah salah satu lagi lakonan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, beliau sedikit pon tidak percaya dengan kata-kata Anwar yang mengatakan bahawa dia akn bertanding di Perak.

Malah beliau yakin Anwar tidak akan diterima rakyat jika dia bertanding di negeri itu. Tambahnya, itu hanya sekadar scene tambahan bagi pelakon Bollywood Malaysia. Manakali Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobala turut bersetuju bahawa Anwar merupakan kaki temberang.

Gobala berkata, beberapa pemimpin tertinggi parti PKR yang dahulu 'hidup mati bersama' Anwar turut angkat kaki meninggalkannya. Seramai 30 orang pemimpin tertinggi yang mengasaskan parti Keadilan telah meninggalkan Anwar kecuali dua orang yang masih lagi bersamanya.

Turut disokong berkenaan Anwar kuat membohong ialah rakan rapat Anwar ketika di universiti, Ismail Mina yang sekarang merupakan presiden Muafakat.

Beliau berkata, terlalu banyak pembohongan yang Anwar sudah lakukan, dan beliau sendiri berharap agar Anwar tersedar dalam mimpin indahnya dan mula berpijak di atas bumi yang nyata.

Percayalah, ini baru beberapa kerat sahaja yang dapat ditonjolkan, sebenarnya b anyak lagi penipuan-penipuan Anwar didedahkan oleh rakan-rakan yang bosan dengan sikap ketua umum Pakatan Rakyat ini.

Sebab dia memang kaki kelentong!!!!!



Tuesday, April 30, 2013

PAS GAGAL TARBIAH DAP


"Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya setakat lima peratus sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua," demikian kenyataan bersama yang dibacakan oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.

Kenyataan bersama PAS dan DAP itu matlamat utamanya ialah untuk meredakan kemarahan ahli dan penyokong masing-masing berikutan percanggahan terbuka mengenai isu hudud selepas ia ditimbulkan kembali oleh Timbalan Musyidul Am PAS, Dr Haron Din baru-baru ini.

Haron Din dalam kenyataannya itu menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud seandainya PR menang PRU-13 meskipun bakal mendapat tentangan dari DAP. Ia disambut baik oleh pemimpin dan penyokong PAS termasuk mendapat dukungan penuh dar iMursyidulAm PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimana pun, ura-ura yang disuarakan oleh PAS itu mendapat tentangan DAP dan agak kurang menyenangkan penyokongnya. 

Berikutan itu, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tampil mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam PR memandangkan sebelum ini sudah wujud persetujuan bersama untuk hanya fokus mengalahkan BN sahaja.

Berbalik kepada kenyataan bersama DAP dan PAS, Hadi selaku Presiden PAS menyifatkan percanggahan pandangan dan dasar antara kedua-dua parti itu hanyalah satu perbezaan kecil yang dianggarkannya sekitar 5% sahaja.

Maksudnya, bagi PAS soal perlaksanaan hudud yang menjadi titik pergeseran antara PAS dan DAP hanyalah perkara remeh temeh berbanding persetujuan perjuangan mereka yang mencakupi 95% terutama sekali melibatkan Manifesto PR.

Demikianlah nilai hudud di kaca mata PAS tika ini sedangkan bab yang 5 peratus itulah yang sering digembar-gemburkan selama ini termasuklah untuk meraih undi orang Melayu Islam dan diguna pakai bagi mempersoalkan keIslaman orang Melayu Islam dalam UMNO.

Tapi bila ia melibatkan DAP, terus sahaja yang 5% itu dipandang remeh seolah-olah tiada apa yang patut diperdebatkan kerana kononnya banyak perkara lain yang jauh lebih utama dan penting.

Sementara di pihak Kerajaan pusat yang diterajui UMNO dan BN, soal samada ia 5% atau tidak, kecil atau besar, tatkala PAS sibuk mempertikaikan KeIslaman orang UMNO, diam tak diam UMNO telah berjaya mengislamisasikan perundangan negara yang mana sehingga kini 90% sudah menepati kehendak Islam.

Apa pun, percanggahan terbuka antara PAS dan DAP dalam isu hudud 5% ini, tidak dapat tidak, ia bakal menyebabkan kelak PAS menangis tak berlagu menjelang tibanya PRU-13 ini gara-gara kegagalannya mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

Monday, April 29, 2013

Undi Saya Bukan Untuk Pas - DAP Johor


Ekoran desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong  dan pengikut akar umbi Pas, akhirnya pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR. Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.

Sebelum ini Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, telah mengeluarkan kenyataan agar rakyat khususnya di Johor agar tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang. Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya.

“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” katanya sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.

Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam. Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas.

"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak undi kami, "katanya.

Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu, sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.

Namun nyata mereka gagal untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi oleh pimpinan di peringkat negeri.

Kesimpulannya, walaupun pakatan pembangkang enggan mengaku, namun hakikat dan realitinya gabungan parti yang mendukung ideologi yang berbeza itu semakin goyah akibat tiada persefahaman. Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.

Saturday, April 27, 2013

Manifesto Pas Kelantan - HUDUD TIDAK TERSENARAI


Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya.

Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR?

Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.

Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.

Bila mana Kelantan selaku kubu utama PAS sendiri sudah mengetepikan matlamat menjayakan perlaksanaan hudud, suka atau tidak, terpaksalah penyokong PAS menepuk dahi sendiri untuk entah ke berapa kali dan belajar menerima kebenaran yang isu hudud hakikatnya hanyalah omongan politik sahaja selama ini.

Langkah PAS Kelantan menolak ke tepi isu hudud sebaliknya menyeru penyokongnya mengutamakan kemenangan ke Putrajaya, jelas sekali menggambarkan fokus PAS sudah beralih arah.

Tanpa hudud, bermakna PAS hilang satu lagi kekuatannya sekali gus menambah lagi koleksi kegagalan PAS dalam mempertahankan prinsip juangnya dalam berdepan dengan polisi liberalisme yang menguasai PR.

Tanpa isu hudud kesannya menyebabkan penyokong PAS terpaksa membisu dari terus mempertikaikan keislaman saudara seagama dalam UMNO. Tanpa kelibat isu hudud, maknanya PAS semakin jauh di belakang UMNO dalam mengejar sokongan orang Melayu Islam sempena PRU-13.

Demi menjayakan cita-cita menuju puncak kuasa, isu perlaksanaan hudud sanggup 'dinajiskan' dan di tong sampahkan hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sepakatan seperti DAP dan PKR.

Dari sudut politik PR demi kebaikan DAP dan PKR, ia satu strategik yang betul namun PAS Kelantan sendiri sama ada sedar atau tidak sebenarnya sengaja mengali kubur sendiri bila bertindak demikian. 

Mungkin menyedari hakikat itulah, sehari dua kebelakangan ini PAS kembali memalu gendang mencanangkan dakwaan bahawa PAS akan tetap melaksanakannya hudud seandainya PR menang PRU-13.  Sembang kosong bolehlah buat penyedap halwa telinga.

Tapi siapa lagi yang mahu percaya kalau dah komitmen dalam manifesto PR dan PAS sendiri pun gagal dipersembahkan kepada umum, tak gitu?


Friday, April 26, 2013

Hudud? Pas DiPerlekeh lagi





Pas tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana bakal ditentang hebat DAP selain gagal memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam konteks pentadbiran negara ini.

Sehubungan itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) menggesa Pas berhenti menjadikan pelaksanaan hukum hudud tersebut sebagai isu politik.

Malah, beliau turut membidas Pas supaya lebih menumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan mereka untuk negara berbanding berdebat berkenaan isu berkenaan.

"Kalau Pas menang semua kerusi pun dalam pilihan raya kali ini, Pas tidak boleh laksana hukum hudud Pas kerana mereka akhirnya akan berbalah sesama sendiri.

"Itu sebabnya isu hudud Pas tidak ada makna kalau dibahas sekalipun, hanya jadi mainan dalam pilihan raya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail di rumahnya di Kampung Mengkuang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang tetap dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Kenyataan Karpal itu sebagai membantah Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din kelmarin yang bertegas mahu melaksanakan hudud Pas kerana menyifatkannya sebagai asas dalam perundangan Islam.

Walau bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas Karpal membuat penegasan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mempertahan Harun dengan menegaskan, Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hududnya kerana yakin Perdana Menteri pembangkang kelak seorang Islam.

Ditanya mengenai janji dalam pilihan raya, Mohd. Asri berkata, dari sudut Islam pihak yang tidak menunaikannya termasuk janji dalam pilihan raya umum disifatkan sebagai munafik.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pengundi melihat calon berkualiti dan bukan melihat kepada parti semata-mata termasuk dalam persaingan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Kalau calon tidak berkualiti, letak lambang apa pun tak jadi kerana dia tak boleh cakap di Parlimen dan tidak boleh bagi pandangan bernas.

"Oleh itu, bila calon ada kualiti latar belakang yang bagus, kita bagi keutamaan. Sebab itu penting untuk pengundi benar-benar mengenali calon yang boleh bekerja untuk rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Asri berkata, beliau akan menganjurkan forum bertajuk Permatang Pauh dengan Dr. Mazlan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli panel manakala beliau sendiri bertindak sebagai moderator.

"Saya mahu rakyat mendengar pandangan kedua-dua pihak mengenai Permatang Pauh.

"Saya sudah 'tweet' Anwar berkenaan forum ini, tetapi belum dapat persetujuannya dan kalau beliau dapat hadir, baguslah kerana kita mahu tanya visinya untuk Permatang Pauh," katanya.

Anwar Pernah Perlekeh Hindu




Di sebalik keghairahan jentera propaganda PR memfokuskan isu Zulkifli Noordin mengenai agama Hindu, diam tak diam sebenarnya ia sengaja disensasikan kerana PR menyedari amat perlu untuk meraih semula sokongan majoriti masyarakat India.

Sebab itu Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga turut memfokuskan isu tersebut dalam setiap ceramahnya. Ia nyata satu strategik yang bijak disamping dapat menutup isu penghinaan yang pernah diucapkannya terhadap orang India dan agama Hindu sebelum ini.

Semasa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri, pernah diperlekehkan agama Hindu apabila mengeluarkan ungkapan akan memansuhkan loceng kuil Hindu, demikian jaminannya kepada sekumpulan penduduk Melayu Islam Kampung Jawa sewaktu krisis dan pergaduhan kaum di Pulau Pinang tika itu. 

Anwar juga meyakinkan penduduk bahawa sekiranya berkuasa kelak dia akan memastikan tidak ada lagi loceng kuil yang berbunyi di seluruh Pulau Pinang. 

Sampai sekarang Anwar berdiam diri dari mengulas isu ini sedangkan sebagai seorang pemimpin politik sepatutnya wujud perasaan rendah diri dan redha mengakui kesilapan lama. Jika Zul Noordin yang pernah tersasul sewaktu beliau bersama PAS dan PKR dulu pun sanggup memohon maaf atas kesilapannya, kenapa tidak Anwar melakukan tindakan sama?

Demikian juga sewaktu berucap di salah satu ceramah PR yang disertainya, Anwar juga pernah melabelkan penganut agama Hindu sebagai tak guna. Katanya, "ini pun ada Hindu pi sokong dia, apa tarak guna punya Hindu ini budak." 

Manakala Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah melabelkan orang India di Malaysia sebagai "pariah" namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.

Naib Presiden PAS, Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, sedangkan ia adalah ritual keagamaan penganut Hindu. Pernahkah pemimpin PAS yang telah dihalau dari Kelantan ini mengakui kesilapannya? Tiada. 

Begitu juga bila mana pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan rasis "Undi Keling Siapa Mahu?" yang jelas merendahkan martabat orang India, apakah terdetik di hati pemimpin DAP itu untuk memohon maaf? Patutkah perkara ini didiamkan sahaja?

Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin PR tetapi sengaja dipejamkan mata seolah-olah tidak nampak oleh penyokongnya, sedangkan umum tahu selepas PRU 12 2008 selesai, sejak itu kaum India bagaikan terpinggir dari perhatian Kerajaan Negeri yang dikuasai PR terutama sekali di Pulau Pinang.

Lihat sajalah apa yang berlaku kepada penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila Anwar hanya mendiamkan diri tanpa tindakan, sedangkan sebelum PRU-12 2008 Ketua Umum PKR itu berjanji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala. 

Adakah Kampung Buah Pala masih wujud sekarang ini? Lupakah masyarakat India dengan kekejaman PR waktu itu? Tentunya semua ini masih diingati oleh masyarakat India, justeru itu berhati-hatilah dengan mainan emosi dan propaganda PR yang terdesak untuk meraih semula undi orang India.

Andainya PR serius menolak politik perkauman, tentunya sejak dulu lagi mereka mendesak Zul Noordin meminta maaf, tapi sayangnya bila Zul Noordin kini menyedari keterlanjurannya dulu, PR pula sibuk mensensasikan isu untuk kepentingan politik. Buruk benar sikap PR. 

Apa pun, kita ucapkan syabas kepada Zul Noordin kerana sedar kesilapan lamanya meski pun ucapannya itu berlaku sewaktu beliau yakin dengan perjuangan PAS yang mana tika itu juga Zul Noordin adalah Peguambela kepada Anwar Ibrahim.

http://www.youtube.com/watch?v=527Ccty8AhY
http://www.youtube.com/watch?v=1hmlGFO9pqA
http://www.youtube.com/watch?v=j1qOsJ7vP_Y
http://www.youtube.com/watch?v=4DnVxLTqAZY
https://www.youtube.com/watch?v=wnY4u1B0_AM

Tuesday, April 23, 2013

Mampukah BN Menawan 23 DUN, 8 Parlimen Di Kelantan?



Semua maklum semenjak 5 tahun lalu, BN Kelantan telah menetapkan sasaran utamanya untuk mencapai kemenangan di sekurang-kurangnya 23 DUN dan 8 Parlimen di Kelantan bagi merealisasikan hasrat memerintah kembali negeri ini. 

Lima tahun sudah berlalu, sasaran yang sama masih dipegang erat oleh BN Kelantan meskipun sepanjang tempoh itu sehingga kini PAS sering mempersendakan dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar dicapai.

Malah di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli UMNO sendiri masih ada yang was-was dan masih tertanya-tanya mampukah BN menawan jumlah kerusi yang disasarkan itu meski pun masing-masing menyedari wujud perubahan ketara dalam tempoh 5 tahun itu.

Namun bagi pemerhati politik sasaran tersebut realistik kerana ianya pernah hampir menjadi realiti pada PRU 11 tahun 2004 dulu, di mana UMNO selaku komponen utama BN telah berjaya beroleh kemenangan di 21 dari 45 DUN.

Ia tak mustahil bakal menjadi kenyataan dalam PRU-13 yang akan  berlangsung 5 Mei 2013 nanti memandangkan trend akhir-akhir ini juga saling tak ubah seperti mood tahun 2004 yang memperlihatkan sokongan rakyat kepada BN.

Hakikat itu tidak disedari PAS sehinggalah mereka terpana kelu melihat sendiri perubahan mood rakyat yang mana ketara bezanya apabila PAS hanya berupaya menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti tipis 65 undi ketika PRK Manek Urai tahun 2009.

Selepas itu, asakan Gelombang Merah mengakibatkan PAS lemas dibadai kebangkitan rakyat pada PRK Galas tahun 2010 sekali gus mengundang igauan mimpi ngeri di kalangan pemimpin PAS Kelantan. 

Mereka sedar UMNO sedang mara untuk merealisasikan kemenangan yang sudah lama BN idamkan. 

Hari ini kedudukan PAS di Kelantan sudah tidak sekuat dulu apatah lagi dengan pelbagai isu seperti kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai oleh DAP serta kegagalan PAS mengatasi percaturan politik PKR dan DAP dalam PR, menyebabkan ramai penyokong hardcore PAS berjauh hati. 

Itu belum lagi dikira impak buruk berikutan penolakan terhadap PAS oleh golongan ulama dari kalangan tok guru pondok dan cendekiawan Islam, sedangkan dulu golongan inilah yang menguatkan tulang belakang PAS semenjak 62 tahun lalu.

Di lihat pada senario ini, jelas sekali BN berpeluang mencapai sasaran tersebut apatah lagi berdasarkan trend sokongan umum kini menunjukkan 25 kerusi DUN dan 9 parlimen di Kelantan adalah putih dan condong kepada BN.

Jika trend itu berkekalan, bermakna ia sudah melebihi sasaran yang diletakkan 5 tahun lalu, seandainya ia direalisasikan dalam bentuk undi sokongan  kepada BN maka itulah takdir buruk yang paling sukar untuk PAS akui dan akan dikenang sampai ke dalam liang lahad.