Wednesday, February 8, 2012

YANG BERKHIDMAT / YANG BERHORMAT

Desas - desus mengatakan PRU 13 kian menghampiri waktu. Maka rangka dan perancangan dilaksanakan pelbagai pihak tidak kira parti pemerintah mahupun pembangkang. Riuh rendah pelusok kampung dan bandar kita dengar pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi mendekati pengundi.

Persoalannya disini: adakah rakyat didekati hanya ketika PRU menjelang tiba.

Permainan politik sebegini kerap penulis lihat apabila PRU semakin hampir. Maka berbondong - bondonglah program dan aktiviti dilambakkan disegenap kawasan. Tidak kiralah dipihak mana,samada dacing,bulan,roket,mata satu atau mana - mana parti politik didalam negara ini pasti berlumba - lumba memenangi hati pengundi. Kalau boleh setiap hari YB ini mahu bersama pengundi bagi memastikan undi akan diberikan kepada parti mereka ketika PRU nanti.


Tapi harus diingat, era moden sekarang ini strategi politik sebegini tidak berapa digemari oleh para pengundi khususnya pengundi muda. Mereka merasakan seolah - olah mereka ini ditatang bila diperlukan dan diletak ketepi bila keperluan tiada menjurus untuk bersama mereka.
Malah ketika ini pengundi muda lebih bijak mencatur permainan bersama YB. Mereka seakan mahu menjadi pencatur kepada segala perkara. Mereka lebih rela bersama dengan parti yang kerap dan rapat bersama mereka bukan hanya ketika PRU semakin hampir. Jasa parti bukanlah keutamaan sebilangan besar pengundi muda dewasa ini, tetapi sejauh mana parti memerlukan mereka tanpa menafikan hak mereka ini.

Wahai YB dan bakal YB,

Penulis merayu kepada anda semua. bekerjalah bersama rakyat dan untuk rakyat. Bukan meminta dan merayu ketika PRU sahaja dan hilang bila kemenangan dicapai. Rakyat semakin bijak menilai yang mana permata dan yang mana batu bata. Penulis beranggapan ketika ini majoriti pengundi masih mengharapkan parti pemerintah ketika ini terus menerajui kepimpinan negara untuk masa ini dan akan datang. Akan tetapi kesabaran ada hadnya. Mereka akan terus menilai dan menilai. Kualiti kerja YB disetiap kawasan pasti akan dipantau dan dinilai.

Idea Y.A.B Perdana Menteri yang hanya akan mencalonkan mereka yang "boleh menang" adalah pendekatan yang cukup baik bagi memenuhi kehendak para pengundi. Masih ramai lagi mereka yang mempunyai nilai - nilai "boleh menang" didalam kawasan disetiap DUN dan parlimen dinegara ini. Jadi buktikanlah wahai Y.A.B Perdana Menteri. Kami generasi muda pewaris negara sememangnya memerlukan bakal- bakal calon yang bukan sahaja boleh memenangi hati pengundi, malah yang boleh berkhidmat untuk masyarakat setempat. Jangan bagi kami YB yang hanya jumpa kami apabila PRU semakin hampir.