Tuesday, October 12, 2010

Siapa Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ? siri1

Perjuangan PAS hanya pada kertas?????????

PAS hanya MENIPU para penyokong dan rakyat MALAYSIA mengenai PENUBUHAN NEGARA ISLAM???

Para penyokong dan rakyat MALAYSIA lihatlah sendiri sikap HIPOKRIT para pemimpin PAS ini.

ISLAM ciptaan PAS hanya retorik???

SEMBUNYI FAKTA SEBAR FITNAH.. MESTI BACA UNTUK KITA FAHAM APA PERJUANGAN PAS..


SISIPAN MINIT MESYUARAT DIATAS UNTUK KITA LEBIH TERANG..





Anak Seberang bawakan artikel menarik ini untuk kita refreshkan kembali kebejatan dan hipokrasi dalam pas yang melampau dan terlampau ekstrim.



SEMBUNYI FAKTA SEBAR FITNAH



1. "Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh" - demikian maksud ayat 191 surah al-Baqarah. Bunuh hanya mati seorang tetapi fitnah melibatkan apa dan siapa juga yang berkaitan dengannya. Kalau fitnah itu kepada seorang pemimpin negara maka akibatnya boleh imej segala kepentingan negara, seperti menjejaskan perkembangan ekonomi, kestabilan politik, keselamatan dan sebagainya.

2. Daripada pengamatan, telah banyak tersebar fitnah oleh pihak pembangkang ke atas YAB. Perdana Menteri Malaysia(semasa Zaman Tun Mahathir). Ketika YAB bercuti di luar negara sambil lawatan kerja baru-baru ini berbagai fitnah didengar. Antara lain ketika berada di Mekah dikatakan YAB tidak membuat tawaf dengan sempurna sedangkan ada orang yang melihatnya YAB elok-elok pun tawaf bersama mereka. Ketika

YAB berada di Argentina ada yang mengatakan mati dan kata sakit tenat kerana jatuh kuda. Utusan Malaysia 28 Januari 2000 ada menyiarkan penjelasan oleh YAB sendiri dari London. Tajuk berita itu berbunyi "Tunggang kuda sejauh 30 KM se hari di Argentina - Saya sihat". Mengapakah golongan ini sanggup mengkhianati kemudahan internet yang juga berupa jasa utama Perdana Menteri kita membawa kemajuan IT ke Malaysia.

3. Lebih berat lagi ialah fitnah "Mahathir dan UMNO atau kerajaan BN tolak Islam, tolak hudud " dan yang seumpamanya. Fitnah seumpama ini boleh dibuktikan pada Harakah 04 Februari 2000 muka depan oleh YB. Datuk Haji Fadzil Noor dan Harakah 07 Februari 2000 muka 04 ruangan Fikrah Editor. Sepatutnya fitnah TOLAK HUDUD inilah yang mesti PAS tunjukkan bukti hitam puteh kerana menyentuh soal penolakan hukum Allah oleh seorang Islam adalah sangat besar bahananya boleh mejejaskan akidah menjadi murtad.

4. YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan sudah pun melakukan suatu penyelewengan menyembunyikan fakta dalam surat Perdana Menteri. Apabila ditanya mengapakah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 Kelantan (HUDUD PAS) belum dilaksanakan lagi setelah PAS memerintah Kelantan LIMA tahun, beliau menjawab, "PM ugut jika laksana hudud" - demikian Harakah 20 November 1998. Katanya lagi, "Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir". Dalam kes hudud kononnya PAS sudah selesai tugasnya tetapi Perdana Menterilah yang berdosa berat kerana menahan perlaksanaannya. Mengapakah YAB. Datuk Nik Ab. Aziz tidak membaca salinan surat Perdana Menteri yang dihantarkan kepadanya untuk ditafsrikan bersama oleh anggota dewan ?

5. Mari kita teliti sendiri surat YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang telah dihantar kepada YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz selaku Menteri Besar PAS Kelantan dahulu. Harakah 15 Jun 1998 telah pun menyiarkan sepenuhnya kandungan dan maksud surat tersebut. Oleh sebab 5 bulan berlalu, YAB. Datuk Hj. Nik Aziz mungkin terlupa menyemaknva sehingga beliau menjadi terlupa juga hendak memberitahu sebab mengapakah YAB Perdana Menteri dikatakan membuat ugutan:

Surat amaran Perdana Menteri itu berbunyi :

"Kerajaan Malaysia yang sentiasa mempertahankan ajaran-ajaran Islam tidak membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang ditentukan oleh Islam. Jika PAS cuba untuk menguatkuasakan undang-undang ini yang jelas sudah bercanggah dengan prinsip

prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan sewajamya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam". Selepas Ustaz Nashrudddin membaca surat tersebut, ia segera disambut dengan laungan takbir berkali-kali.

6. Berdasarkan surat YAB Perdana Menteri kepada YAB. Menteri Besar Kelantan itu tentulah semua orang akan berkata, "Inilah bukti YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad seorang yang tegas mempertahankan kesucian Islam, kerana sanggup menghalang sebarang pelaksanaan undang-undang yang bercanggah dengan Islam. Demi mempertahankan ajaran-ajaran lslam di Malaysia, beliau tetap rela walaupun dimaki, dicemuh bahkan difitnahkan kononnya menolak hudud sehingga menyebabkan merosot popuiaritinya". Akhirnya barulah orang tahu bahawa pimpinan PAS walaupun pengikut menggelarnya ulamak tetapi sanggup mambuat fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar surat Perdana Menteri secara hitam putih. Begitu juga dengan fitnah KAFIR BERIKAT kepada orang UMNO 1963, PAS menyembunyikan fakta sejarah nabi s. a w. berkongsi kuasa dengan kafir Yahudi Madinah.

7. Ertinya jikalau hudud PAS yang dinamakan EKJS(II) 1993 Kelantan itu tidak bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, baharulah layak YAB Perdana Menteri Malaysia dikatakan menolak hudud dengan mengugut akan mengambil tindakan. Sebaliknya jikalau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu bercanggah dengan keadilan Islam maka YAB. Menteri Besar Kelantan dan lain-lain pimpinan PAS mesti meminta maaf dan bertaubat dengan fitnah yang sudah ditabur merata desa dan kota.

8. Bagi membuktikan kebenaran YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia dan UMNO serta kerajaan BN maka mestilah dibuktikan duhulu bahawa hudud PAS yang bernama EKJS(II) 1993 Kelantan itu benar-benar BERCANGGAH DENGAN HUDUD ALLAH terutama di dalam perkara prinsip keadilan seperti yang dituntut oleh Islam. Dalam laman ini cukuplah sekadar DUA CONTOH sahaja dipetik kebercanggahan EKJS(II) 1993 itu. Pertama fasal 56 "Hanya terpakai ke atas umat Islam sahaja"; sedangkan hudud Allah tidak mengira bangsa dan agama semuanya kena belaka terutama dalam kes-kes mencuri, merompak dan menderhaka. Manakala fasal 68 pula mengenai "Syarat perlantikan hakim langsung tidak diperuntukkan seperti kehendak hudud Allah iaitu ada 15 syarat". Syarat mesti Islam dan mesti lelaki pun tidak diambilnya.

9. Perbandingan kebercanggahan itu boleh dirujuk kepada hudud yang PAS siarkan dalam Harakah 10 April 1992 hingga 01 Mei 1992 (Tujuh siri) sempena pilihanraya kecil DUN Bukit Payung, Marang, Terengganu (Penamaan calion 11.04.1992). Setetah diteliti hudud siaran Harakah itu rupanya dicedok terus daripada sebuah buku 'Undang-undang Islam, Jenayah dan Hudud" keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang disemak oleh Sahibus Samahah muftinya Datuk Haji Hasbullah bin Mohd. Hassan bertarikh 01 Oktober 1991. Pengambilan kandungan buku tersebut pula tanpa kebenaran penulisnya Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Disini pun sudah nampak tidak bersih, demi kerana kepentingan pilihanraya, pakai cedok sahaja tanpa mengira hak milik siapa. Soalnya mengapakah ketika berjanji mahu laksanakan hudud, maka hudud yang sebenar dipamerkan walaupun hak milik orang. Apabila tiba 25 November 1993 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri terdapat banyak yang dipinda mengikut kepentingan sendiri bercanggah di sana sini ? Keterangan bukti yang lebih jelas ada dilampirkan khas dalam laman ini (LAMPIRAN V).

10. Apa yang sangat ketara ialah PAS sendiri tidak ada kesungguhan menyediakan undang-undang HUDUD berkenaan, tidak seperti dakwaan YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz dalam Harakah 20 November 1998. Buktinya sangat mudah dicari. Kalau benarlah hudud PAS itu tidak bercanggah dengan hudud Allah mengapakah tidak dibawa ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti ? Di sana barulah tahu siapa yang menolaknya sesungguh hati. Yang anehnya kenapa undang-undang MURTAD yang menjadi sebahagian dari EKJS(II) 1993 fasal 23 tergopoh-gapah dibawa ke parlimen ? Mengapa pula anak dibawa sedang ibu ditinggalkan ? Sebenarnya PAS telah berbohong kerana PAS telah berjanji dalam Harakah 28 Februari 1997 "Hudud akan dibawa ke parlimen ?". Sampai hari ini pun nampaknya jauh dari panggang. PAS hanya bijak berpidato menabur janji tetapi untuk menunaikannya bohong juga menjadi realiti Yang jelasnya apabila hidup berdolak dalik nyatalah kebenarannya berpilih-pilih.
 
dipetik dari blog ANAK SEBERANG...

Thursday, October 7, 2010

HINDRAF Gagalkan Sidang Media Rohimi Osman (1)




Rahimi wajar buat laporan polis...

KEBEBASAN BERSUARA "ALA DEMOKRASI MEREKA"

Rakyat sepatutnya menilai cara dan pekerti "penyokong tegar" manusia bernama anuwar ibrahim.

inikah kehendak rakyat MALAYSIA???

kebebasan "berdemokrasi" seperti ini yang kita perjuangkan???

di manakah hak dan peluang RAHIMI untuk bersuara, adakah peluang dan hak itu hanya wujud ketika "bersama" anuwar dan pembangkang???

ROHIMI, ANDA WAJAR BUAT LAPORAN POLIS MENGENAI INSIDEN INI...

Wednesday, September 29, 2010

Kesian Nik Ajis...

- Sekejap xbangga jadi Melayu, sekejap nax berjuang atas nama Islam bukan nama Melayu. SEKARANG NIE NAX ORANG UMNO/MELAYU SERTAI PAS SEBAB X MAHU ADA PARTI MELAYU LAIN SELAIN PAS.

- Pelik sungguh orang tua nie, sememangnya da nyanyuk sungguh. Setiap hari pendirian berubah mengikut cuaca dan umur die.

- Ko letak jawatan jek la pok nik, ko da xbole memerintah da, da x relevan. Esok lusa apa pulak kenyataan ko.

- Sepatutnya calon PAS xpayah bertanding di kelantan, apa yang wakil rakyat PAS buat / bole d banggakan d kelantan kecuali berpoligami? Apa kerajaan PAS kelantan bangunkan untuk ekonomi dan kesejahteraan rakyat kelantan?

 Cermin diri dulu wahai pok nix..

Nik Aziz ajak anggota UMNO sertai Pas

29/09/2010 2:24pm

KOTA BHARU 29 Sept. - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota UMNO sertai Pas sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.
Mursyidul Am Pas itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.
"UMNO tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu Pas. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari Pas," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan agar UMNO tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada Pas demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu. - Bernama

Friday, September 17, 2010

Thanks Datuk CT

Alhamdulillah syukur,

akhirnya Datuk CT memBATALkan konsertnya d penang atas alasan "nasihat doktor"...

apa pun alasannya, kami para penyokong kerajaan BN merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk' CT kerana mengambil keputusan untuk "tidak bersama" dengan kerajaan penang dalam konsert tersebut.

jadi guan eng n de geng bole la jual air RM 1 tu di sekitar komtar yea...atau pun aku sarankan guan eng menggantikan Datuk CT pada konsert tersebut, pasti lebih meriah, air RM 1 pun mesti lebih laku sebab peminat seluruh Malaysia akan turun berduyun - duyun menyaksikan guan eng bergelek sakan di atas pentas...

pengawal xpayah risau, sebab unit amal pas sure akan mengambil tempat menjaga keselamatan guan eng dari di serbu oleh para peminat untuk mengambil autograf ( artis la katakan )...

apa pun sekali lagi tahniah buat Datuk CT di atas kesudian untuk tidak bersama kerajaan penang...

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin...

As'kum,

Di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang berblog ini aku ada menulis  artikel mahupun komen2 aku di blog2 kwn2 yang tidak menyenangkan semua...

Walau bagaimanapun, perjuangan untuk terus memartabatkan PERLEMBANGAAN NEGARA yang telah di persetujui oleh pemimpin sebelum ini, menjatuhkan PEMBANGKANG, menidakkan ketidakadilan, menghapuskan rasuah, mengembalikan negeri2 di bawah PEMBANGKANG ke tangan BN serta meneruskan pemerintahan BN di negeri2 dibawah pemerintahan BN akan tetap aku TERUSKAN....

Pengkhianat2 negara akan aku tumbangkan demi kesejahteraan, kedamaian, perpaduan NEGARAku tercinta...

Thursday, August 12, 2010

UMNO JOHOR INGIN DI GANYANG?????

ANU WAR semakin "membabi gila" dengan JOHOR kini menjadi negeri terbaru ingin "di sembelih". Gerakan demi gerakan di lakukan untuk mengaburi mata rakyat negeri JOHOR dan yang terbaru DAERAH BATU PAHAT diserbu.

Akan tetapi, malang sungguh kerana tiada tindakan susulan dilakukan oleh UMNO JOHOR dalam menangani perkara tersebut.

ANU WAR semakin garang apatah lagi CHUA JUI MENG di jadikan modal kononnya sebagai CALON MB JOHOR.

UMNO JOHOR lembik???!!!!!!!!!!!!!...

Mana perginya PEMUDA UMNO JOHOR ketika isu gambar BAGINDA SULTAN JOHOR di pergunakan oleh PKR?????

Mana perginya PUTERI UMNO JOHOR???????????

Mungkin masing-masing masih tidur dengan angan-angan kemenangan lagi pada PRU13 nanti???

Baru-baru ini ANu WaR datang ke Batu Pahat dengan misi dan visi yang sama iaitu merampas JOHOR dari BN. Kebetulan ANU WAR datang ke Parlimen Batu Pahat kawasan bekas sahabat seperjuangan iaitu Dr. Fuad Zarkashi yang juga merupakan ahli parlimen kawasan tersebut.

persoalannya sekarang, APAKAH TINDAKAN SUSULAN Y.B DR. FUAD ZARKASHI ( AHLI MT UMNO, TIMB MENTERI PELAJARAN, KETUA UMNO BAHG BATU PAHAT ) dan UMNO BAHAGIAN BATU PAHAT dalam perkara ini.

Program JUARA rakyat yang di laksanakan selepas kedatangan Anu WAR ke Batu Pahat semacam tiada sambutan, ahli UMNO pun seakan menjauhi program tersebut. Ini berbeza dengan satu program yang di anjurkan oleh PAS Bahagian Batu Pahat pada tarikh yang sama. Kereta berderetan dan ramai yang hadir dimarkas mereka di Rengit.

Adakah ahli UMNO mula menjauhi program-program anjuran UMNO itu sendiri?????

Tapi yang pasti, program JUARA rakyat yang dianjurkan itu kurang publisiti dan promosi. Adakah UMNO Bahagian Batu Pahat melaksanakan program "syok sendiri".

Disalah satu lokasi program tersebut hanya seorang puteri UMNO yang bertugas, ingin penulis tegaskan disini, adakah ini PROGRAM SYOK SENDIRI????????????????????

Penulis menyeru para sahabat blogger anak jati JOHOR, marilah kita mulakan serangan kepada UMNO JOHOR sepertimana GAP serta para sahabat blogger yang lain lakukan di selangor. Serangan bukan bererti kami "BENCI" kan UMNO, tapi kami tidak mahu UMNO terus leka, apatah lagi JOHOR DARUL TA'ZIM adalah negeri kelahiran UMNO.

Serangan kepada UMNO JOHOR dan bahagian-bahagian yang terdapat dibawahnya adalah demi kesinambungan pemerintahan UMNO / BN di JOHOR.

Kepada GAP dan para sahabat blogger yang lain, KAMI PERLUKAN BANTUAN ANDA...

Monday, May 17, 2010

Haron Din vs Nix Ajis...

Menyokong Penggunaan Kalimah ALLAH Oleh Penganut Kristian...

Haron Din = orang ISLAM sokong, maka orang itu KUFUR

Nix Ajis    = bole dan tak salah

Persoalannya sekarang nie :

Siapa yang benar?

Pengikut PAS nax ikut siapa???

Siapa sebenarnya ULAMA'???

Tuesday, May 4, 2010

ARE U READY ANUAR???...

Tuduhan liwat kekal, rayuan akhir Anwar ditolak mahkamah
04/05/2010 1:20pm



PUTRAJAYA 4 Mei - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal setelah rayuan akhirnya ditolak. - Utusan
 
Sudah tiba masanya untuk anuar "bercerita" di kamar mahkamah mengenai kes liwatnya.
 
Kalau tidak bersalah apa hendak ditakuti wahai manusia bernama anuar???
 
Gelanggang terbuka luas, teruskan langkah "melayu"mu anuar, ( kalau masih mengaku melayu la )...
 
Jadilah lelaki sebenar, jangan hanya mahu menjadi penasihat "Parti Penakut Rakyat ( PKR )"

Apa Sudah Jadi Dengan PAS...RASUAH???

As'kum,

Apa sudah jadi PAS, kata orang paku serpih, kata orang korang yang lebih...

Akhirnya kecundang juga "permainan" PAS yang sememangnya mereka ini bukanlah orang yang "terlepas" dari rasuah, kroni dan salah guna kuasa...

Dengan izin ALLAH, akhirnya "terkeluarlah" segalanya satu persatu...

Selepas nie apa pula???

Wahai penyokong, pencacai PAS, ingatlah bahawa PEMIMPIN - PEMIMPIN kamu nie manusia juga dan tidak terlepas dari segala yang aku sebutkan diatas apabila sudah " berkuasa".

Mereka ini tidak "maksum", ingatlah wahai penyokong dan pencacai PAS.

Sekarang ni nampaknya para pemimpin PAS pasti tidak tidur malam mencari "idea" dan cara untuk "mengalis" segala "serangan" yang dilakukan oleh "bekas" orang kepercayaan mereka sendiri.

Ini bolehlah dikatakan, "senjata" memakan tuan.

Akhirnya terbongkar jua, selepas nie ada lagi???

Monday, April 26, 2010

TAHNIAH...

syukur alhamdulillah,

Itulah perkataan yang paling sesuai di lontarkan dari mulut aku sejurus mengetahui kemenangan calon BN Y.B Kamalanathan dalam PRK Hulu Selangor. Tahniah, tahniah dan tahniah...

Jangan lupa janji wahai Y.B, ingatkan Perdana Menteri serta semua Menteri yng datang "berjanji" semasa kempen berlangsung. Jangan jadi seperti pembangkang, janji hanya tinggal janji.

Ingat!!!! Rakyat sekarang sudah bijak!!!...

Hidup BN!!!

Saturday, February 27, 2010

Hati-hati jamu selera di kopitiam / JAKIM MESTI BERTINDAK

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Masyarakat Islam yang gemar menjamu selera di kopitiam perlu lebih berhati-hati apabila dua kopitiam sahaja yang direkodkan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Berdasarkan laman web halal Jakim, dua kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.
Menurut laman web berkenaan tempoh sah sijil Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.
Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim.
"Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.
Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian.
"Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain.
"Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
"Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab.
"Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.

SEBENARNYA AKU TERLALU TERTARIK DENGAN KENYATAAN BAPAK MENTERI KITA NIE, KERANA KALAU KITA LIHAT DI LUAR SANA BERAPA BANYAK KOPITIAM YANG  MENGGUNAKAN LOGO HALAL YANG SUDAH SEMESTINYA PADA KETIKA INI MENJADI TEKA TEKI KERANA LOGO TERSEBUT TELAH DI GUNA PAKAI OLEH KOPITIAM TERSEBUT SEJAK SEKIAN LAMA...

SEBAGAI CONTOH OLD TEAST, OLD TOWN DAN LAIN-LAIN KOPITIAM. AKU HARAP KOPITIAM SEBEGINI WAJAR DISIASAT DARI MANA DATANGNYA LOGO TERSEBUT. ADAKAH LOGO TERSEBUT DIPASANG SEMATA-MATA MAHU MENGABURI MATA PENGUNJUNG BERAGAMA ISLAM???

JAKIM JALANKAN KERJA, JANGAN HANYA TAU MEMBERI KENYATAAN SAHAJA. KAU ORANG NAK TANGGUNG DOSA KAMI YANG MAKAN MAKANAN TIDAK HALAL KE???

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul...

As'kum,

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia...

SPRM SELESAI SIASAT KES NIX AJIS???

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sudah selesai menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya, berkata kertas siasatan itu kini berada di Bahagian Pendakwaan untuk tindakan lanjut.
"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan dan kertas siasatan kini berada di Bahagian Pendakwaan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.
Sehubungan itu, Ahmad Khusairi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPRM tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan itu.

DIHARAP TIADA SALAH GUNA KUASA BERLAKU DALAM KES INI...SEMOGA KES INI AKAN DIJALANKAN DENGAN SEADIL - ADILNYA...

APA PULA KOMEN NIX AJIS...

Sebat: Kit Siang jangan masuk campur


KUALA LUMPUR 24 Feb. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah menafikan Islam sebagai agama rasmi apabila menyifatkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam baru-baru ini memberi publisiti buruk kepada negara.
Presiden Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pemimpin pembangkang berkenaan bukan setakat membuat kenyataan itu tetapi apa sahaja berkaitan undang-undang Islam yang dilaksanakan di negara ini akan ditolak.
Nakhaie mendakwa, tindakan itu seolah-olah menggambarkan Kit Siang mempunyai agenda supaya Perlembagaan negara dipinda untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular.
"Kit Siang sepatutnya melihat hukuman sebat itu sebagai sesuatu yang boleh menginsafkan dan bukan untuk menyeksa dan memberi azab kepada pesalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang dibuat melalui portal propembangkang The Malaysian Insider bahawa hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam baru-baru ini kerana kesalahan seks haram mendatangkan publisiti buruk kepada negara yang mempunyai pelbagai kaum etnik.
Tegas Nakhaie, hukuman sebatan di bawah undang-undang syariah bukan bertujuan untuk menyeksa, sebaliknya mengajar pesalah supaya tidak mengulangi perbuatan yang tidak bermaruah dalam Islam.
Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mahu Kit Siang tidak mencampuri hal ehwal undang-undang Islam sekiranya tidak arif mengenainya.
''Jika tidak faham hukum syarak dan undang-undang Islam, lebih baik dia diam.
''Dia sepatutnya hanya memberi perhatian terhadap undang-undang sivil. Lagi pun hukuman sebat tidak meliputi orang bukan Islam,'' katanya.
Menurut beliau, sebagai pemimpin parti politik, Kit Siang tidak sewajarnya membuat kenyataan mengikut nafsu untuk tujuan mencari populariti.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, kenyataan Kit Siang itu telah mencemar nama baik Islam di negara ini.
Jelasnya, hukuman sebat dilaksanakan bagi menjaga disiplin dan maruah umat Islam berikutan meningkatnya jumlah kes buang bayi serta perlakuan seks haram di kalangan golongan muda.
Menurut Amir, hukuman sebat itu membawa kebaikan kepada umat Islam dari segi moral dan ia tidak terdapat dalam agama lain.
"Orang Barat atau pelancong tidak perlu takut kerana hukuman itu hanya melibatkan orang Islam di negara ini.
"Mereka sepatutnya menghormati nilai-nilai agama lain dan bukan bimbang atau mencampuri apa-apa hukuman yang dilaksanakan dalam Islam," tegasnya.

SELEPAS NI KITA TUNGGU PULA APA KOMEN DARI NIX AJIS... ADAKAH KOMEN BELIAU MASIH DENGAN AGENDA POLITIK SEMPIT BELIAU ATAUPUN DEMI AGAMA ISLAM YANG SEBENAR...

KITA NANTIKAN...

Wednesday, February 17, 2010

HARI INI AKU KELUARKAN LAGI ARTIKEL BERKENAAN WAHBI. AKU PETIK DARI www.pasvspas.blogspot.com pasvspas@yahoo.com

INSTITUSI PONDOK DALAM PEMERHATIAN WAHHABIYAH DAN QUTBIYAH


PENGENALAN

Pondok adalah institusi tertua yang diwarisi semenjak dari zaman Rasulullah Shollallahu ’Alaihi Wasallam lagi. Institusi pondok memainkan peranan penting dalam menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada Masyarakat Islam setempat. Institusi ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan dikatakan paling tinggi kedudukannya serta mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat melayu. Institusi ini menyediakan pengajian yang terbuka kepada masyarakat dan memberi peluang belajar yang seluas-luasnya kepada pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang menarik mengenai institusi pondok ini sebagai medium pengajian Islam ialah kebanyakan penghuninya datang berkumpul dengan kerelaan hati sendiri untuk tujuan ikhlas menuntut ilmu dan inilah yang membezakannya dengan pendidikan formal. Manakala tenaga pengajarnya pula disifatkan sebagai mengajar tanpa gaji, ikhlas semata-mata mencari keredaan Allah Ta’ala sahaja.

Pembinaan pondok adalah sengaja dibentuk dalam keadaan yang sederhana dan cukup tawadhuk. Kebiasaannya pondok diperbuat daripada papan, kayu-kayu hutan, dan beratapkan rembia atau nipah. Pondok biasanya dibina untuk kediaman seorang atau 2 orang penghuni sahaja. Pondok yang besar dibina untuk didiami 4 atau 8 orang. Sekarang ini pondok sudah dibina dengan bentuk lebih besar lagi dengan binaan daripada batu dan sudah mengalami proses kemodenan.

Pondok adalah ibarat rumah kecil untuk sementara waktu dan juga merupakan institusi agama yang melatih para pelajar supaya menjadi para ulama’ terkemuka. Kalau dulu rumah Al-Arqam Bin Abu Arqam (Addar Ar-Arqam) menjadi sekolah pertama, tempat belajar, dan tempat pertemuan Nabi dengan para sahabat dan kini pondok pula memainkan peranan yang sama. Begitu juga Masjid Quba dan Masjid Nabawi memainkan peranan yang sama sebagai pusat menyampaikan Ilmu Islam di samping peranan-peranan lain seperti pusat pertahanan, syura, perbincangan ilmiyah dan sebagainya. Pada zaman sahabat, mereka membuka pengajian Islam secara bertalaqqi di semua masjid di seluruh negara. Pada pemerintahan Abbasiah, kuttab atau pondok dibina sebagai tempat menuntut ilmu pengetahuan dari sudut struktur dan bentuk bangunan.

Kemunculan institusi pondok di Tanah Melayu dipercayai awal abad ke 18 sehingga abad ke 19 malah kata guru penulis ianya bermula lebih awal lagi ; seawal pertapakan Islam di semenanjung Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong) Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.

Pengajian pondok muncul dan berkembang seiring dengan penyebaran Agama Islam itu sendiri. Sistem pengajian ini menjadi begitu terkenal pada suatu ketika dahulu bahkan boleh dikatakan ia adalah satu-satunya pendidikan Islam yang sudah ada sebelum lahirnya sistem persekolahan sekular yang diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris.


SISTEM PONDOK YANG AGUNG

Secara ringkas dapat penulis rakamkan di sini, Ulama silam Nusantara, samada ulama silam Di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun di Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah AL-QURAN dan AL-HADIS. Namun dalam masa yang sama sumber-sumber yang lain seperti IJMA’ ULAMA dan QIYAS AS-SHAHIH tidak kurang pentingnya kerana ianya amat memerlukan di antara satu sama lain. Oleh itu, ulama’ Islam bersepakat bahawa sumber pensyari’atan Islam yang menjadi dustur (perlembagaan) Umat Islam terdapat 4 elemen iaitu AL-QURAN, HADIS, IJMAK ULAMA’ dan QIYAS AS-SHAHIH. Selain dari itu, mereka menolak keras untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata, bahkan hujah akal itu hanya boleh digunakan sebagai syahid kepada syara’ (bukti kebenaran syara’) sahaja[1].
Cara yang dibawa oleh ulama’ Ahlus-Sunnah Wal Jama'ah di Nusantara merupakan sebuah manhaj yang mengambil jalan tengah antara ekstrem aqli (rasional) dengan ekstem naqli (skriptural). Manhaj semacam itu dirujuk dari metodologi ulama’-ulama’ agung terdahulu seperti Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi dalam bidang teologi (ketauhidan). Kemudian dalam bidang feqah mereka mengikuti empat Madzhab Hanafi, Maliki, Syafi'e, dan Hanbali. Sementara dalam bidang tasawuf, mengembangkan metodologi Imam Junaid Al-Baghdadi dan Imam Al-Ghazali, yang memurnikan antara tasawuf dengan syariat.




INSTITUSI PONDOK MELAHIRKAN PARA ULAMA’ NUSANTARA


Sebagai sebuah institusi yang menjadi keikhlasan, dan pengorbanan pada agama sebagai simbol dan teras perjuangan, Pondok banyak melahirkan ramai Ulama’-ulama’ yang berkaliber. Ini adalah kerana mereka berpegang dengan KONSEP BERTALAQQI dalam pengambilan Ilmu Agama dengan orang yang Tsiqah (Ahlu “Ilmu) secara bersanad seperti mana yang diamalkan oleh ulama’ salaf mahupun khalaf. Ini adalah kerana menyahut saranan Rasullullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam :


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين، إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه "


Yang bermaksud ;


“ Barangsiapa yang dikehendaki Allah Ta’ala akan kebaikan pada dirinya nescaya diberi kepahaman dan kefaqihan di dalam agama, kerana sesungguhnya Ilmu pengetahuan [agama] itu mestila diperolehi dengan bertalaqqi dan ilmu feqah itu diperolehi juga dengan talaqqi [talaqqi dengan orang yang pakar dan tsiqah dalam bidang itu]"[2].

Dan juga beramal dengan kata-kata Al-Hafidz Abu Bakar Al-Khatib Al-Baghdady, salah seorang pakar hadis yang agung ;


قال الحافظ أبو بكر الخطيب البغدادي أحد كبار المحدثين:" لا يؤخذ العلم إلا من أفواه العلماء ".


Yang bermaksud ;

“ Jangan sekali-kali kalian mengambil ilmu [agama] melainkan ilmu agama yang diajar oleh para ulama’ [bertalaqqi]”.

Diriwayatkan daripada Ibn sirin bahawa baginda Shollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda ;


وروى مسلم عن ابن سيرين أنه قال:" إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم ".
Yang bermaksud ;

“ Sesungguhnya ilmu ini merupakan ilmu agama, maka periksalah dari siapakah engkau memperolehi agamamu”.
[3]


Sistem ini mula berkembang di Nusantara dengan pesat pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua. Antara tahun 1910 hingga 1045 M boleh dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pengajian pondok di Kelantan. Pondok pada masa itu telah mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama’-ulama’ terkenal yang mengharumkan nama negeri Kelantan secara khususnya. Sehinggakan sesetengah pondok pada masa itu mempunyai penuntut yang lebih dari seribu orang.

Antara Ulama’- ulama’ yang lahir hasil didikan Institusi Pondok yang tawadhuk di Nusantara ini ialah ;

MALAYSIA
  1. Syeikh Abdullah Fahim
  2. Dato' Tg Dato' Hj Ahmad Maher
  3. Sheikh Abdul Halim
  4. Syeikh Idris Al-Marbawi
  5. Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti
  6. Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung
  7. Sheikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani
  8. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim Al-Kalantani.
  9. Khatib Kelantan
  10. Tuan Guru Hj Awang Fakir.
  11. Tuan Guru Hj Yahya Kupang
    Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kalantani)
  12. Tok Pulai Condong
  13. Tok Pulau Ubi (Yusuf Abdul Rahman)
  14. Tuan Guru Haji Abdullah (Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman)
  15. Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah)
  16. Tg Pakcu Him Gajah Mati ( Kedah)
  17. Saiyid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-'Aiderus (Terengganu)
  18. Sheikh Muhammad Amin atau Tok Duyung (menjadi ulama terkenal Terengganu)
    Wan Abdullah Tuan Tabal
  19. Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah
  20. Dan Ramai Lagi


PATANI (THAILAND)

  1. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
  2. Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani
  3. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani
  4. Sheikh Abdur Rahman Gudang (murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani)
    Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani.
  5. Sheikh Abdul Mubin al-Fathani
  6. Sheikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani 'Tok Lubuk'.
  7. Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Tok Bukit Bayas.
  8. Sheikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani
  9. Sheikh Muhammad Nur al-Fathani (seorang ulama dan Kadi Mekah pada zamannya)
  10. Sheikh Muhammad bin Ismail bin Ahmad al-Fathani @ Sheikh Muhammad Shaghir al-Fathani Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani)
  11. Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba). Beliau adalah murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.
  12. Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani
  13. Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Fathani
  14. Sheikh Yahya Legih ar-Ramani al-Fathani,
  15. Sheikh Ismail/Pak De 'El bin Abdul Qadir al-Fathani,
  16. Sheikh Muhammad Nashir al-Fathani


BRUNEI DARUSSALAM
1. Pehin Orang Kaya Di Gadong Awang Syihabuddin.

INDONESIA

  1. Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani.
  2. Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani
  3. Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.
  4. Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
  5. Sheikh Shafiyuddin (Tok Raja Faqih).
  6. Sheikh Muhammad Sa'id
  7. Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari
  8. Kiai Haji Muhammad Shalih al-Fathani (pegawai tinggi di Departmen Agama Republik Indonesia)
  9. Teungku Daud Beureueh (1896-10 Juni 1987) . Beliau termasuk salah seorang keturunan ulama Patani yang berhijrah dari Patani ke Aceh pada zaman dulu.
  10. Sheikh Nuruddin ar-Raniri
  11. Sheikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid Bogor,
  12. Sheikh Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili
  13. Sheikh Abdul Haq.
  14. Syeikh Jalaluddin Al-Asyi
Perjuangan ulama’- ulama’ tidak sunyi daripada Mehnah dan tribulasi semasa yang datangnya daripada musuh Islam samada musuh secara terang-terangan atau musuh dalam selimut seperti golongan Al-Wahhabiyah, Qutubiyah dan Hizbul Tahrir.
Penyelewengan pada agama bukan hanya berlaku di tanah Arab sahaja bahkan ianya telah tersebar di merata-rata tempat. Fitnah kepada agama ini adalah berpunca daripada sikap ketidaktanggungjawaban sesetengah pihak yang semata-mata mencari kepentingan sendiri, mengabaikan amar maaruf dan nahi mungkar sehinggakan lahir golongan yang menjadi musuh dalam selimut dalam beragama seperti golongan MUKTAZILAH, KHAWARIJ, MUSYABBIHAH, WAHHABIYAH, AJARAN IBN TAYMIYAH, JAHMIYAH, SYIAH, dan sebagainya. Mereka adalah topeng yang berjubah, berjanggut, berkata-kata manis menggunakan Al-Quran dan Al-Hadis secara zuuran wa buhtanan. Al-Quran dan al-Sunnah sering pula dijadikan alat bagi meraih kesenangan, pengaruh dan populariti untuk survival kehidupan.
Sebenarnya ulama-ulama besar kita di dunia Melayu sejak lama sudah mempersiapkan benteng yang kukuh, membendung umat Islam di kawasan Nusantara daripada pelbagai penyelewengan.
Ia dapat dibuktikan dengan karya-karya mereka dalam pelbagai keilmuan. Ulama-ulama dunia Melayu yang dianggap menguasai banyak bidang ilmu di antaranya orang Banjar meriwayatkan bahawa Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (1122 H/1710 M - 1227 H/1812 M) menguasai sekurang-kurangnya 35 bidang ilmu.
Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272 H/1856 M - 1325 H/1908 M) pula dirakamkan dalam majalah Pengasuh sanggup mengarang dan mengajar sekurang-kurangnya 47 bidang ilmu. Dalam majalah Pengasuh terbitan yang sama juga disebutkan bahawa Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali, 1287 H/1871 M -1352 H/1933 M) memperoleh 24 bidang ilmu daripada gurunya, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.
Sungguhpun demikian yang sangat-sangat diberatkan atau ditekankan sebagai FARDU AIN adalah tiga bidang ilmu, ialah akidah, fiqh dan tasawuf. Ketiga-tiga jenis ilmu di atas inilah dianggap benteng pertahanan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah di dunia Melayu.
Walau bagaimanapun, yang benar-benar bernama Ahlus Sunnah wal Jamaah itu menurut kebanyakan ulama ialah pegangan pada akidah, yang dalam hal ini terdapat dua tokoh imam besar. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy'ari (260 H/873 M - 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333 H/944 M).
Imam dalam fiqh pula sekurang-kurangnya banyak dibicaranya empat orang ialah: Imam Hanafi (80 H/699 M - 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H - 179 H), Imam Syafi'ie (150 H/768 M - 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H - 241 H). Imam dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910M. sebagiman keterangan yang lalu.
Mencari keberkatan adalah misi utama bagi bagi Guru-guru pondok ini. Kebanyakan tenaga Pengajar tidak mahu menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima infak dari kutipan zakat sahaja. Beliau amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.
ISTANA MENITIK-BERATKAN PENGAJIAN BERTALAQQI
Sebelum kemerdekaan Indonesia (17 Ogos 1945), hampir semua kerajaan dalam jajahan Belanda di dunia Melayu, termasuk di Semenanjung yang dijajah oleh Inggeris berpegang teguh dengan Mazhab Syafie dalam fiqh dan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dalam akidah (Asya’iroh Dan Maturidiyah)
Perhatian raja-raja Melayu mengenai perkara yang tersebut sangat jelas, sebagai contoh tokoh Johor, bernama Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar dalam karya akidahnya berjudul Matnur Risalatit Tauhidiyah pada pendahuluan dicatatkan, "Dan lagi inilah satu daripada beberapa risalah dan kitab-kitab pelajaran yang dibawa balik ke Johor oleh Yang Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Johor, iaitu pada masa Al-Marhum itu melawat negeri Mesir di dalam bulan Mac tahun 1893 [Masihi]."
Dimaksudkan ialah sebuah risalah tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang berjudul Al-'Uqudud Durriyah karya ulama Mesir bernama Sheikh Hamzah Fathullah, pemeriksa sekolah-sekolah Arab di Mesir. Karya tersebut diterjemahkan oleh Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar ke dalam bahasa Melayu. Setelah menterjemahkan matan, Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar menulis pula mensyarahkan risalah itu yang diberi judul Syarhur Risalatit Tauhidiyah.
Haji Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Jabbar Syah al-Jarimi al-Fathani adalah seorang ulama Patani yang menjadi guru Sultan Pahang, dalam karya akidahnya berjudul Najatul Ikhwan fima Yahshulu bihil Islam wal Iman (1337 H/1919 M).
Pada halaman muka dinyatakan, "Diterjemahkan ini kitab dengan titah Yang Mulia al-Mu'tashim Billah as-Sulthan Abdullah al-Muzhaffar Syah ibni al-Marhum as-Sulthan Ahmad al-Mu'azhzham Syah Pahang ...".
Daripada kedua-dua maklumat di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa raja-raja Melayu silam mengambil perhatian berat tentang membentengi negeri-negeri di bawah naungan baginda dengan pegangan yang betul, itulah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Dan diharapkan sistem kesultanan hari ini sentiasa menjaga kemurnian warisan Ahlus Sunnah Wal Jamaah ini dengan menyokong dan memberi kerjasama dengan sebarang apa bentuk pengajian agama yang benar yang dijalankan oleh institusi pondok.


ULAMA’ PONDOK BANYAK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PAS
Antara Ulamak Pondok yang pernah memberi sumbangan yang banyak terhadap parti PAS pada era 1960-an ialah Tuan Guru Hussin Rahimi, iaitu tuan guru di Madrasah Ahmadiyah, Bunut Payung, Kelantan. Tuan Guru Haji Hussin yang menyertai PAS pada 1954 iaitu sebaik sahaja PAS membuka sayapnya di Kelantan ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sebelum diambil alih oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1968. Ini bermakna Tuan Guru Haji Hussin ialah salah seorang pemimpin kanan PAS ketika itu, selain pernah menjadi wakil rakyat di Kota Bharu sebanyak dua kali iaitu pada 1959 dan 1964. Nama sebenar beliau ialah Hussin Rahimi bin Saman bin Abdul Rahman. Di sebelah bapanya, Tuan Guru Haji Mat Saman merupakan seorang ulama yang terkenal di Pasir Puteh dan pernah belajar di Makkah sebelum Perang Dunia Kedua. Beliau terkenal dengan gelaran Haji Mat Saman Jawi kerana mahir kitab Jawi dan gelaran itu melekat padanya ketika berada di Makkah untuk dilaqabkan dengan nama beliau yang berasal dari Tanah Jawi (Nusantara). Tuan Guru Haji Hussin pernah bertolak ke Makkah dan mendapat sentuhan beberapa orang ulama terkenal termasuk Sheikh Yassin al-Fadani. Berkemungkinan beliau sempat belajar di Madrasah Darul Ulum, Makkah tempat di mana Sheikh Yassin menjadi mudir itu.


INSTITUSI PONDOK BERGERAK MENENTANG AJARAN WAHHABIYAH


Ajaran Wahhabiyah bahayanya tidak terhingga. Oleh kerana itulah, lahir kesedaran beberapa pelajar-pelajar pondok untuk bersatu menentang dan membasmi ajaran ini sehingga ke akar umbinya. Banyak Fitnah yang dilontarkan kepada golongan mulia ini sehinggakan ada di kalangan golongan Wahhabiyah hari ini menuduh mereka sebagai quburiyun ( mereka maksudkan penyembah kubur), makan duit anak yatim kerana menghadiri majlis-majlis tahlil, lapar duit si mati sehingga meminta-minta duitnya di perkuburan sambil membaca Al-Quran, memohon hajat dan doa kepada si mayat itu sendiri, menggelarkan mereka sebagi bapak bid’ah di Tanah Melayu, melabelkan guru-guru pondok sebagai syiah, mengkafirkan guru-guru pondok yang tidak mengundi, mengkafirkan mereka yang bertawassul dengan para anbiya’ dan solihin, mendakwa akidah yang diajar oleh guru-guru pondok iaitu kitab yang banyak membicarakan sifat 20 atau 13 sifat sebagai salah dan yang benar hanya pengajian tauhid 3T ( Tauhid Tiga) mereka sahaja, acara maulid yang diamalkan oleh mereka bersama penduduk Islam sebagai bid’aah melazimkan pelakunya masuk neraka, sesetengahnya sampai mensyirikkan dan mengkafirkan mereka, Menggelarkan penuntut pondok sebagai primitif, dan kuno dan berfikiran jumud, menentang sebarang bentuk tarikat yang diamalkan oleh mereka, dan banyak lagi kesesatan-kesesatan golongan wahhabi ini.


Hasil daripada kesedaran beberapa pihak khususnya pelajar-pelajar pondok itu sendiri maka usaha menjawab dan membalas tohmahan wahhabiyah itu diselenggara secara serentak dan sekarang mereka ini perlu kepada bantuan dan sokongan orang ramai dalam membasmi gerakan pemusnah agama ini yang dulunya dinamakan sebagai golongan muda.

USAHA JAHAT MENGHILANGKAN TARING INSTITUSI PONDOK

Peranan institusi pondok sebagai medium menyampaikan agama Islam yang sebenar kepada masyarakat dengan menitik-beratkan asas-asas agama (fardhu A’in) yang bermula dengan penerangan akidah yang sahih, mensucikan Allah daripada sebarang sifat makhluk, menentang mana-mana ajaran yang bercanggah dengan Islam seperti Muktazilah, Mujassimah, Khawarij, Wahhabiyah, Ibn Taymiyah, Syiah, Ayah Pin, Ajaran Tarikat Yang Sesat, Ajaran Kahar dan sebagainya meresahkan dan menjadi kegelisahan kepada Golongan Al-Wahhabiyah di dalam organisasi PAS secara khususnya. Ini adalah kerana sesetengah ajaran-ajaran ini sudah pun hidup subur dan mekar di dalam PAS bertunjangkan slogan indah “Perjuangan Islam”.





Pelbagai cara sudah pun nampak kelihatan jelas di mata orang ramai apabila ramai daripada tokoh-tokoh pondok disingkirkan daripada terlibat secara langsung di dalam PAS. Ini adalah kerana beralasan bahawa mereka sudah ada tokoh professional mereka sendiri yang terdiri daripada lulusan universiti tempatan dan juga lulusan luar Negara khususnya daripada Saudi. Oleh itu, mereka berani menteranjangkan institusi pondok dewasa ini, kerana kekuatan mereka dari segi bilangan, kewangan dan pengaruh politik pada tempat yang selesa.


GERAKAN WAHHABI PAS MENGHAPUSKAN INSTITUSI PONDOK


Akibat kecuaian Ibu bapa dan kerajaan Malaysia sendiri membenarkan pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di universiti luar Negara seperti Universiti [Islam] Madinah di Madinah, Jami’ah Abu Bakar di Pakistan yang sememangnya sebuah tempat mengilangkan pendakyah-pendakyah al-Wahhabiyah dan Al-Mujassimah menyebabkan ramai pelajar yang tamat pengajian daripada sana dan pulang ke tanahair menentang habis-habisan Ahlus Sunnah Wal-Jamaah Di Pondok-Pondok. Hasilnya, mereka pulang ke tanahair dengan suatu azam menyebarkan ajaran itu dengan pelbagai cara dalam pelbagai saluran samada melalui penulisan, pengajaran, berkecimpung dalam politik, dan sebagainya. Timbullah orang seperti ;
  1. ABDUL HADI AWANG ALMUJASSIM AL-WAHHABI
  2. DR NAJIB
  3. JOHARI MAT
Di antara punca lain, yang menyebabkan berlaku kemerosotan sistem pondok ialah amalan menuntut ilmu daripada guru-guru secara bersanad yang dipertahankan oleh institusi sekolah pondok selama ini sudah semakin berkurangan di samping sebab-sebab lain yang menjadi punca cabangan kenapa sistem ini diterajang oleh golongan Al-Wahhabiyah dan Al-Qutubiyyah.


MENGGUNAKAN PEMIKIRAN SYED QUTB DI DALAM PONDOK
Di tanahair kita, pendedahan terhadap pemikiran Syed Qutb yang sebenar, bahaya pergerakannya, pengkafiran Imam Hasan Al-Banna padanya, dan pembongkaran kesesatan-kesesatan yang dibawa oleh Syed Qutb kurang mendapat pendedahan di sisi masyarakat Islam hatta di sisi guru-guru pondok itu sendiri kerana mereka bersangka baik dengan mereka yang kononnya membawa slogan Islam dan melaung-laungkannya ke sana ke mari. Padahal mereka seperti kata orang melayu “Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.” Oleh itu, kita dapati walaupun ramai di kalangan ulama’ Pondok yang menentang golongan wahhabiyah tetapi mereka masih lagi tertanya-tanya dan keliru dengan pemikiran Syed Qutb yang menjadi asas kepada penubuhan PAS. InsyaAllah pada keluaran akan datang penulis akan membongkar jenayah ilmiyah Syed Qutb ini, dan bagaimana PAS meletakkan manhaj Syed Qutb sebagai dasar dalam perlembagaan parti dengan izin dan bantuan daripada Allah Ta’ala.
Diantara Pondok yang menjadi sasaran golongan mujassimah ini ialah ;


PUSAT PENGAJIAN PONDOK BACHOK, KELANTAN




PUSAT PENGAJIAN PONDOK, BACHOK
lebih dikenali dengan sebutan PONDOK MODEN oleh masyarakat umum, khasnya masyarakat setempat di Di Kandis, Bachok. PPP terletak berdekatan dengan KIST ( KOLEJ ISLAM SAINS TEKNOLOGI) dan juga berhampiran dengan beberapa buah sekolah rendah dan menengah Kandis. PPP terletak lebih kurang 5 km dari Pelabuhan Tok Bali dan terdapat papan tanda tertulis “Pusat Pengajian Pondok, Bachok” dalam tulisan rumi dan jawi. Ianya boleh dikatakan antara pondok termaju di Kelantan. Selain itu PPP adalah merupakan pondok terulung dan salah satu pondok yang terus hidup dan berkembang sehingga kini.

Pondok ini kemudiannya diambil dan diselenggarakan oleh Yayasan Islam Kelantan. PPP adalah satu-satunya pusat pengajian dan pendidikan Islam yang berteraskan pengajian secara traditional yang menitikberatkan pengajian bertallaqi sebagaimana yang diamalkan oleh ulama’-ulama’ terdahulu sejak berzaman-zaman.


Sistem di PPP merupakan lanjutan daripada sistem pengajian kitab-kitab silam yang terdiri daripada karangan Ulama’ terkemuka, samada dalam Bahasa Jawi Lama dan Bahasa Arab.


Antara kitab yang menjadi asas rujukan ialah :
  1. Jauhar At-Tauhid (Tauhid)
  2. Baiquniyah (Mustholah)
  3. Tafsir Jalalain (Tafsir)
  4. Bulughul Maram (Hadis)
  5. Matan Ajrumiyah Dan Syarahannya Mutammimah (Nahu)
  6. Syarah Ibn ‘Aqil (Nahu)
  7. Sudzur Az-Zahab (Nahu)
  8. Balaghah Al-Wadhih (Balaghah)
  9. Muwatto’ Malik (Hadis)
  10. Matan Bina’ Wal ‘Izzi Dan Syarahannya Kailany (Sorof)
  11. Taqrib (Fiqh)
  12. Al-Iqna’ (Fiqh)
  13. Al-Qalyuby (Fiqh)
  14. Al-Wajiz (Usul Fiqh)
  15. Bidayatul Hidayah (Tasauf)
  16. Mantiq
  17. Arudh Wal Qawafiah
  18. Tajwid
  19. Dan Sebagainya
Penuntut-penuntut yang memondok di sini datang dari serata negeri termasuklah dari Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, dan anak tempatan (Kelantan). Selain itu terdapat juga penuntut yang datang daripada luar Negara seperti penuntut dari Indonesia dan Thailand.


PPP pernah diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Mesir bagi membolehkan pelajar lulusannya melanjutkan pelajaran ke universiti berkenaan. Hasil daripada pengiktirafan tersebut menjadikan Pondok Kandis atau PPP sebagai institusi pengajian cara pondok pertama di Asia Tenggara diiktirafkan oleh Universiti Al Azhar. Ramai di kalangan anak-anak muridnya berjaya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian di Al-Azhar dalam pelbagai bidang agama diminati. Selain itu juga, ada yang menyambungkan pengajian ke Aceh, Jambi, Yaman dan Lubnan, Jordan, Syiria dan sebagainya.


Tetapi selepas beberapa tahun yang lalu, AL-AZHAR telah menutup peluang ini pada beberapa buah Negara termasuk Negara Malaysia kerana sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, peluang untuk ke Universiti Al-Azhar amat tipis bagi penuntut di PPP melainkan mereka mengambil pengajian tambahan di persekolahan formal dengan memperolehi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang cemerlang.


KEMASUKAN UNSUR –UNSUR PENGKHIANATAN DALAM PPP


Kebangkitan beberapa institusi pondok sebagai pusat pengajian yang bermetodologikan Imam Abu Hasan Al-As’ary Dan Imam Abu Mansur Al-Maturidy telah menjadi tarikan kepada masyarakat Islam setempat menyebabkan tercetusnya iri hati sesetengah pihak yang berfikiran Wahhabiyah dan Qutubiyah di dalam PAS. Lalu terdapat cubaan yang berkali-kali untuk menghapuskan sistem pengajian ini dengan pelbagai cara halus melalui pelbagai saluran.
Kali yang pertama berlaku pada tahun 2007 ialah cubaan Mohd Amar Abdullah / Nik Amar ( Pengikut Setia Ibn Taymiyah) meletakkan institusi ini di bawah pentadbiran KIAS (kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra). Perkara ini mendapat tentangan penuh dari keseluruhan pelajar PPP dengan sokongan sebahagian tenaga pengajar yang memahami hasrat Mohd Amar untuk meletakkan PPP di bawah KIAS. Sebagai menyatakan kesungguhan dalam mempertahankan institusi ini, sebahagian tenaga pengajar dan beberapa wakil pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar PPP telah berulang-alik ke SUK untuk bertemu dengan Nik Abdul Aziz sendiri, tetapi hanya sempat bertemu mata dengan Annual Bakri bagi membincangkan perkara tersebut. Usaha ini diakhiri dengan penyingkiran dalang dalam pondok.
Kali yang kedua berlaku pada tahun 2009 cubaan mengambil tanah yang diwakafkan oleh orang kampung untuk PPP. Akan tetapi mendapat tentangan dari para pelajar dan orang-orang kampung di situ, malah telah sampai ke pihak Sultan Kelantan. Sehingga kini usaha mengambil alih PPP masih tergendala. Pelajar-pelajar pondok yang melihat fenomena ini berlaku di hadapan mata mereka sendiri tidak berdiamkan diri bahkan ada di antara mereka berulang-alik ke Yayasan Islam Kelantan untuk membincangkan situasi ini secara serius dan menentang sebarang perubahan kepada pondok yang telah sedia ada. Hatta persatuan pelajar pondok yang selama ini sudah terbentuk menentang keras sebarang pencerobohan yang melibatkan KIAS dalam pentadbiran pondok.


Perkara ini mendapat PRO dan KONTRAnya di kalangan tenaga pengajar di PPP itu sendiri. Mereka yang bersetuju dengan cadangan itu adalah orang yang telah lama menjadi tali barut golongan wahhabiyah dalam PAS yang sememangnya mencari peluang untuk menghapuskan Sistem Pondok. Walaupun mereka sebelum ini berlatarbelakangkan pelajar pondok tetapi disebabkan pengajian di Mesir , Madinah, Pakistan atau tempat yang lain yang sekian hari dipengaruhi oleh Sistem Wahhabiyah maka mereka sedikit sebanyak sudah membawa fikrah ini ke dalam pondok dan diterapkan pengajian wahhabiyah secara halus tanpa disedari. Ini boleh dibuktikan dengan terdapatnya pengajian Fiqh Muqaran yang menggalakkan supaya pelajar memberanikan diri menjadi pentarjih kepada beberapa pendapat-pendapat ulama’ mujtahid yang sepatutnya dilakukan oleh seorang ulama’ yang bertaraf “ AHLUL WUJUH” di dalam mazhab. Manakala tenaga pengajar yang menentang cadangan ini bersuara lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa kepada Allah dan memberi semangat kepada penuntut-penuntut sahaja supaya membela sistem ini sedaya upaya. Manakala ada Tuan-tuan Guru yang hanya mampu menangis dan mengalirkan air mata kerana mengiktiraf ketidakupayaannya mengatasi masalah ini.


KIAS MERUPAKAN PUSAT MELAHIRKAN WAHHABI DI KELANTAN ;



Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikendalikan oleh KIAS Darulnaim Sdn Bhd (KDSB) anak syarikat Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).



Penubuhan KIAS merupakan kesinambungan dari Pusat Pengajian Tinggi Islam (PPTIK) Nilam Puri yang telah ditubuhkan pada tahun 1965. Pusat ini kemudiannya dikenali dengan nama Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) sehinggalah pada 1 April 1981 YPTIK telah diambil alih oleh Universiti Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Islam Universiti Malaya.


Berikutannya, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menubuhkan Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada 1994 di mana idea penubuhannya dicetuskan oleh Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Al-Mujassim. Idea Penubuhan KIAS merupakan salah satu inspirasi Kerajaan Negeri yang bercita-cita memusatkan Kelantan sebagai sebuah pusat penyebaran Ajaran Wahhabi dan Ajaran Qutubiyah dengan menyediakan institusi-institusi pengajian dalam pelbagai jurusan.
KIAS kini dipimpin oleh seorang tokoh mujassim moden yang merangkap sebagai Ketua Eksekutif KIAS ; DR JOHARI BIN MAT.



Johari Mat nama yang kini tidak asing lagi dalam institusi pendidikan di Kelantan. Selain berkelulusan Universiti [Islam] Madinah, dia mempunyai kesesatan-kesesatan dalam akidah yang sememangnya bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Akal yang salim.
Perkara ini dipetik di dalam himpunan kertas kerja seminar yang diadakan di Selangor bagi menyebarkan ajaran Wahhabi dalam erti kata menisbahkan akidah wahhabi kepada Imam Kita As-Syafi’e. Jelas sama sekali apa yang diutarakan oleh panel-panel yang berceramah bercanggah dengan apa yang dipegang oleh Imam Syafi’e. Antara yang sama-sama menjadi panel pada hari tersebut ialah bekas Muftary Perlis; Mohd Asri Zainal Abidin Al-Wahhabi dan Juanda Jaya yang merangkap Mufti baru di Perlis. Penulis sendiri adalah antara mereka yang hadir pada ceramah tersebut.

Di Antara Kesesatan-Kesesatannya ialah ;

  1. Johari Mat menyatakan : Antara akidah Al-Imam Al-Syafi'i (ini suatu memfitnah Imam Syafi’e) mengenai sifat Allah: SIFAT AL-QIDAM (KAKI). Katanya lagi ; Al-imam Al-Syafi'i mengithbatkan (mengakui kewujudan sifat qidam seperti beliau mengakui sifat-sifat lain. (Rujuk artikelnya bertajuk AL-IMAM AL-SYAFI'I - PEGANGAN DALAM ALIRAN AKIDAH pada muka surat 109 cetakan Karya Bestari)
  2. DAKWA ALLAH SIFATNYA BERJARI (Rujuk Kertas Kerjanya Dalam Himpunan Al-Imam Al-Syafi’i Kegemilangan Ilmu & Pemikiran Viii M/S).
  3. ALLAH BERADA DI ATAS ‘ARASY-NYA YANG BERADA DI LANGIT” ( Rujuk Kertas Kerjanya Dalam Himpunan Al-Imam Al-Syafi’i Kegemilangan Ilmu & Pemikiran Viii M/S 110 ))
  4. dan banyak lagi.
Selain itu juga kebanyakan pensyarah-pensyarah KIAS adalah lulusan Universiti [Islam] Madinah, Jordan atau lulusan selainnya kebanyakannya Berfikrah Al-Wahhabiyah. Amat mendukacitakan…

POHON SOLAT HAJAT BERAMAI-RAMAI

Berita pengkhianatan PAS ini amat mengejutkan penulis dan guru-guru pondok di Kelantan. Kejutan ini amat mengecewakan guru-guru pondok dan tidak pernah menyangka pun di benak fikiran sumbangan yang dicurahkan oleh kami kepada PAS selama ini bagaikan “Haruan Makan Anak”, padahal selama ini kamilah (institusi Pondok) yang memberi khidmat kepada mereka dengan memberi peringatan di kebanyakan masjid selepas kuliyah supaya memilih parti PAS kerana laungan indah mereka “Membangun Bersama Islam”, menghantar anak didik supaya memberi perkhidmatan percuma ketika hampir dengan waktu pengundian kerana kami bersangka baik bahawa merekalah yang boleh memimpin masyarakat Islam ke arah Islam yang sebenar, memperbetulkan akidah Umat Islam, menjaga keharmonian sejagat tetapi semua itu tinggal slogan dan simbol sahaja. Pada hakikatnya, merekalah yang bergiat di dalam Pas secara sembunyi-sembunyi menikam Agama Islam dan berperanan sebagai “API DALAM SEKAM”. Hatta Nik Abdul Aziz Al-Wahhabi dan Abdul Hadi Awang Al-Wahhabi sendiri yang menjadi idola meraka adalah bapak kepada mujassimah moden yang merancang dan merosakkan akidah Umat Islam.

Keadaan yang menyayatkan hati ini membawa penulis menyeru kepada masyarakat Islam supaya melakukan solat Hajat beramai-ramai, samada di masjid, di surau, madrasah atau di mana-mana sahaja memohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya semua gerakan mereka ini terhenti dan niat buruk mereka untuk menyentuh atau memperkosa kesucian pondok terbantut dengan izin dan bantuan Allah Ta’ala. Insya’ Allah dengan keberkataan doa daripada Tuan-tuan Guru yang telah tahu perkara ini dan juga masyarakat setempat yang kini menentang pengambilalihan, atau sebarang pengubahsuaian terhadap PPP ini akan memberi natijah yang positif kepada masyarakat setempat dan MEMBERI KESEDARAN KEPADA MEREKA BAHAWA ISLAM BUKAN HANYA BERMAIN DI LIDAH SAHAJA, ATAU SEKADAR TERTULIS DI ATAS BANNER, ATAU SEKADAR MELAUNGKAN“PERJUANGAN ISLAM” TETAPI ISLAM YANG SEBENAR IALAH YANG BERTEPATAN DENGAN 4 ELEMEN PENTING YANG TERDIRI DARIPADA AL-QURAN-AL-HADIS, AL-IJMA’, QIAS YANG SOHIH YANG MERUPAKAN ASAS DAN TUNJANG KEPADA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI. SEKIRANYA DIDAPATI BERCANGGAH DENGAN MANA-MANA SUMBER INI KAMI TENTANG DAN KAMI BANTAH.



WALLAHU A’LAM.

Dipetik dar;
www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com



FOOTNOTE ;



[1] ASWJ amat bercanggah dengan Muktazilah kerana mereka menggunakan akal semata-mata. Begitu juga ASWJ menolak keras golongan falsafah yang hanya menjadikan pemikiran akal sebagai sumber pegangan mereka.
[2] أخرجه البخاري في صحيحه: كناب العلم: باب العلم قبل القول والعمل.
[3] صحيح مسلم: المقدمة: باب بيان أن الإسناد من الدين، وأن الرواية لا تكون إلا عن الثقات، وأن جرح الرواة بما هو فيهم جائز بل واجب وأنه ليس من الغيبة المحرمة، بل من الذبّ عن الشريعة المكرمة.


AKU PETIK DARI :
www.pasvspas.blogspot.com pasvspas@yahoo.com

Monday, February 15, 2010

Melayu Mudah Lupa...

Melayu Mudah Lupa
Melayu Mudah Lupa
Dulu Bangsanya Dipijak
Melayu Mudah Lupa
Dula Bangsanya Retak
Melayu Mudah Lupa
Dulu Bangsanya Teriak
Melayu Mudah Lupa
Dulu Bangsanya Haprak
Melayu Mudah Lupa
Dulu Bangsanya Kelas Kedua
Melayu Mudah Lupa
Dulu Bangsanya Hina
Melayu Mudah Lupa
Dulu Bangsanya Sengketa
Melayu Mudah Lupa
Dulu Bangsanya Kerdil
Melayu Mudah Lupa
Dulu Bangsanya terpencil
Melayu Mudah Lupa
Tiada Daulat
Tiada Maruah
Tiada Bebas
Melayu Mudah Lupa
Melayu Mudah Lupa
Melayu Mudah Lupa
Sejarah Bangsanya Yang Lena
Tanah Lahirnya Yang Merekah Berdarah
Inagtlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai Bangsaku
Jangan Mudah Lupa
Perjuanganmu Belum Selesai

Sunday, February 14, 2010

Apa Khabar Saudara Jeffry...

As'kum,

Ada sesiapa antara kamu yang tahu perkembangan saudara Jeffry??? Sekiranya ada, harap dapat memaklumkan dengan seberapa kadar segera...Aku yakin, sahabat - sahabat blogger senantiasa menyokong dan ingin tahu perkembangan saudara Jeffry ketika ini dan masa - masa mendatang...

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua...

Semoga perpaduan, keutuhan persamaan serta kesejahteraan beragama di dalam negara tercinta ini terus terjaga dan terbela....

Friday, February 12, 2010

SATU PERSATU lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Zahrain letak jawatan, keluar PKR

12/02/2010 11:55am

PETALING JAYA 12 Feb. – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan untuk keluar parti itu serta-merta.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau kecewa dengan pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta tidak lagi percaya dengan perjuangan pakatan pembangkang. - Utusan

NAMPAKNYA KERAPUHAN "SILATURRAHIM" PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN TERSERLAH DENGAN PERLETAKAN JAWATAN DAN TINDAKAN KELUAR PARTI YANG DILAKUKAN OLEH ZAHRAIN SEBENTAR TADI...

APA PULA SELEPAS INI ANU WAR???

ADAKAH MEREKA YANG KELUAR PARTI INI DI KALANGAN MEREKA YANG BERMASALAH ATAUPUN SEMEMANGNYA PR YANG BERMASALAH.....

19 SEPTEMBER GAGAL!!!!!!!!

DAN SATU PERSATU MP PR KELUAR PARTI DAN MEMIHAK KEPADA BN (adakah ZAHRAIN akan turut serta menyokong BN walaupun dari luar????)

KITA SAKSIKAN APA PULA SELEPAS INI...

Tuesday, February 9, 2010

Syukur Alhamdulillah...

Pelantikan Sultan Azlan sah ikut Perlembagaan – Mahkamah

09/02/2010 11:56am

PUTRAJAYA 9 Feb. – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.
Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin. – Bernama

SYUKUR ALHAMDULILLAH DI ATAS KEPUTUSAN INI. SEBENARNYA APA SAHAJA KEPUTUSAN YANG BAKAL DI PUTUSKAN OLEH MAHKAMAH SUDAH PASTI AKAN DI TERIMA BAIK OLEH PARA PENYOKONG UMNO/BN APATAH LAGI DATUK SERI DR. ZAMBRY ABDUL KADIR.

 AKU BERHARAP AGAR DENGAN KEPUTUSAN INI JUGA PIHAK DI SEBELAH SANA AKAN MENERIMA DENGAN SEIKHLAS HATI.

JANGAN KERUHKAN LAGI KEADAAN, JANGAN ASYIK MEMBAKAR SENTIMEN KETIDAKPUASHATIAN RAKYAT TERHADAP KES INI.

TERUSKAN LAH BERSAMA - SAMA DALAM MEMBANGUN SERTA MENINGKATKAN EKONOMI SECARA TAK LANGSUNG TARAF HIDUP MASYARAKAT NEGERI PERAK...

JADILAH PEMBANGKANG YANG BERIDEALISMA SERTA BERINTEGRITI DALAM MENJADIKAN NEGERI PERAK TERUS MAJU, AMAN DAN SEJAHTERA...

Saturday, January 23, 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT

as'kum,

aku bersama - sama penduduk negeri JOHOR DARUL TA'ZIM merasa sungguh sedih di atas kemangkatan DYMM Baginda Sultan Johor pada petang tadi ( maghrib ).

Marilah kita bersama - sama mendoakan semoga roh almarhum di tempatkan bersama - sama roh orang yang beriman.

AMIN.