Friday, July 27, 2012




Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.

Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.

Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.

Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya.

Sementelah lagi cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya, mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.

Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR.

Para pembaca tentu kenal bila disebut nama Baru Bian. Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.

Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.

Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.

Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.

Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.

Kita harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang.

Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.














Belum pun habis pembangkang mempolitikkan segala bantuan yang diberikan kerajaan sebagai haram, rasuah dan sebagainya, kini kerajaan mengumumkan pula pemberian bonus khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 kepada penjawat awam. 

Tentunya, semakin meroyanlah pembangkang menghentam tindakan ini walaupun di masa yang sama penyokong-penyokong mereka tidak mungkin ketinggalan untuk melahap wang bonus tersebut hingga tak sedar diri.   Begitulah yang terjadi dengan durian runtuh Felda, BR1M, TR1M, KR1M dan lain-lain pemberian kerajaan.   Sudahnya, Tuan Guru, Tok Guru dan Ustaz-ustaz mereka terpaksa menelan kembali fatwa ‘haram mengambil pemberian kerajaan’ dan berhujah bahawa itu semua adalah ‘duit rakyat’.   

Daripada duit haram jadi duit rakyat pula. 

Tidak tahulah sama ada bonus khas ini akan mengalami nasib yang sama dengan bantuan lain iaitu dari ‘duit haram’ menjadi ‘duit rakyat’ apabila penyokong pembangkang tidak tahan teringin untuk merasainya.   Diharap Tok-tok Guru PAS lebih konsisten dalam mengeluarkan fatwa supaya tidak ada penyokong-penyokong mereka yang beraya dengan duit haram.

Tetapi, jika dihujahkan sebagai duit rakyat melalui cukai pendapatan juga belum tentu penyokong-penyokong PAS berhak menerimanya kerana berapa keratlah saja penyokong-penyokong PAS yang membayar cukai?   Apalah sangat sumbangan PAS kepada penjanaan ekonomi negara selain dari menjadi pekerja dan pengguna? 

Dan jangan lupa, bahawa peluang pekerjaan dan kedai untuk membeli barangan juga mungkin tidak ada jika bukan kerana BN yang memerintah.  Lihat saja di Kelantan yang diterajui PAS di mana rakyat terpaksa merantau ke negeri BN untuk mencari rezeki dan membeli belah. 

Hakikatnya, sama ada ia duit kerajaan atau duit rakyat, duit itu tidak akan wujud dan tidak akan mampu diagihkan kepada rakyat jika kerajaan BN tidak bijak mengurus-tadbir negara.  Oleh itu, berhujah bahawa penyokong PAS berhak ke atas pemberian kerajaan atas alasan ia adalah ‘duit rakyat’ masih boleh dipertikaikan. 

Jelas kelihatan di sini bahawa pembangkang sebenarnya tidak berdaya ‘melawan’ isu pemberian dari kerajaan.  Mereka cuba menggambarkan yang kerajaan terlalu mewah berbelanja, tidak bijak mengurus kewangan, negara bakal muflis dan sebagainya tetapi bagaimana mereka menjelaskan kemerosotan ekonomi negara jika kerajaan masih mampu memberi berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat?

Pembangkang berkata lagi bahawa segala kemudahan dan bantuan itulah yang bakal menyebabkan negara muflis.

Namun, realiti yang dapat dilihat dan dinikmati sendiri oleh rakyat ialah negara kekal stabil, makmur dan maju di bawah pengurusan kewangan yang bijaksana. 

Hakikatnya, kerajaan cukup maklum dan bersedia bahawa harga barangan semakin meningkat sekali gus kos sara hidup, terutamanya di bandar-bandar.   Memandangkan kerajaan tidak mempunyai kuasa kawalan langsung dalam menentukan harga pasaran dunia maka kerajaan telah memikirkan cara lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ini, iaitu dengan memberi lebih banyak bantuan dalam berbagai cara. 

Bantuan-bantuan kecil tetapi langsung dan kerap ini tidak mungkin memufliskan negara kerana tidak melibatkan bajet mega ataupun pihak lain. 

Ia juga adalah lebih praktikal dan logik berbanding janji-janji pembangkang untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol atau memberikan pendidikan percuma untuk semua sehingga ke peringkat tetiari, yang mana pasti akan membangkrapkan negara hanya dalam masa 2-3 tahun mengikut kajian pakar. 

Lebih buruk lagi, pembangkang hanya mampu berjanji dan belum tentu segala yang mustahil dan tidak masuk akal ini akan ditepati mereka.  Sedangkan kerajaan bukan sahaja menunaikan janji tetapi memberikan lebih lagi dari yang dijanjikan, sebagai contoh, Bonus Khas Aidilfitri ini sendiri. 

Memandangkan tidak mungkin ada seorang pun penyokong pembangkang yang akan menolak bonus ini, maka kita sarankan agar pemimpin pembangkang mengambil sikap berdiam diri saja.  Tidak perlulah mereka keluarkan fatwa atau hujah-hujah merapu terhadap bonus aidilfitri semata-mata kerana politik. 

Rezeki jangan dicemuh, nikmat jangan dinafi, kerana ia pasti akan memakan diri sendiri. Apa yang pasti, tangan yang memberi tetap lebih baik dari tangan yang menerima maka terimalah hakikat bahawa BN tetap lebih baik dari PR dalam apa jua keadaan. 

Apa yang boleh penulis katakan adalah TERIMA KASIH PM...


Wednesday, July 25, 2012

Kerajaan Pas Kelantan berjanji lagi...

 
 
 
 
 
 
Janji Hari Ini.... 

 
 
 
 
Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.

Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.

Tapi apa pun, kita nantikan apa kesudahan peletakan batu asas pembinaan lebuhraya rakyat Kota Bahru - Kuala Krai. Adakah akan terlaksana impian rakyat Kelantan untuk memiliki lebuhrayanya sendiri yang dikatakan bakal TIDAK dikenakan TOL kepada para penggunanya???

Penulis serahkan kepada rakyat Kelantan untuk menilai dan menghakimi kesudahannya...


Janji dulu - dulu yang tidak tertunai hingga ke hari ini.....






Batu asas pembinaan jambatan ini dibina pada tahun 1996 dan pada hari ini kita berada pada tahun 2012...

Bila agaknya janji ini akan terlaksana, hanya rakyat kelantan sahaja mampu untuk bertanya kepada kerajaan kelantan yang sedia ada pada hari ini...

Janji hanya tinggal janji....



Pas dulu lain, pas sekarang lain.....






Tuesday, July 3, 2012

PAS sudah "Deal" Dengan PKR n DAP Untuk Bertanding Di 80 Kerusi Parlimen






Hadi Awang sekali lagi 'menggula - gulakan" para pengundi PAS apabila menyuarakan untuk bertanding di 80 Kerusi Parlimen diseluruh negara.

Apa yang hendak penulis persoalkan disini adalah, mahukah PKR n DAP memberi laluan semudah itu kepada PAS untuk memiliki jumlah kerusi tersebut.

Adakah PKR n DAP mahu membiarkan kerusi mereka diambil dengan begitu mudah oleh PAS???

Dan disini penulis ingin bertanya kepada pemimpin PAS, adakah PKR n DAP juga tidak mahu menambah kerusi Parlimen???

Secara logiknya, mana ada parti yang mahu mengurangkan kerusi mereka. Mereka juga ada agenda dan "plan" yang tersendiri.


Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".

Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?

Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.

PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.

Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.

PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.




PAS Dulu Lain, PAS Sekarang Lain.....