Wednesday, March 27, 2013

Manifesto Janji Atau Capati






Apabila berbicara soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.

Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya, ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini.

Namun setelah mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’. Sedangkan di dalam Islam, menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)

Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud: 

“…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (Al-Baqarah:177)

Oleh yang demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’. Malah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini. 

“Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”. (Hadis riwayat Bukhari).

Semua petikan surah dan hadis tadi merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu menunaikan janji yang pernah diberikan, apatah lagi mereka yang telah diangkat sebagai pemimpin.

Namun berlainan dengan pakatan pembangkang, amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka. Sedangkan ada dikalangan mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang kononnya bertaraf ulama. Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka, hanya digunakan untuk membodohkan rakyat.

Bukanlah niat untuk melemparkan tuduhan, namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, serta 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan. Patutlah penyanyi Aishah yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang, rupa lagu tersebut ditujukan kepada pemimpin mereka.

Antara janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???), bantuan RM75 bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes di ke mahkamah barangkali).

Itulah antara janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL dilaksanakan. Malah di Kelantan, kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti.

Kesimpulannnya rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak menolak wakil/calon pakatan dalam PRU13 nanti sebagai pengajaran agar jangan cuba membodohkan rakyat dengan menabur jan-janji palsu.


Tuesday, March 19, 2013

PAS Membisu Tiada Hudud Dalam Manifesto PR






Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.

Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.
 
Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.

Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya.

Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang.

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.

Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.

Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah.

Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya?

Hakikat kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja.

Friday, March 15, 2013

Anwar Pelakon Terbaikkkkkkkkkkkkk




Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.

Sama dada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan.

Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu, perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.

Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.

Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.

Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.

Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.

Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.

Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya, andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti?

Hantu raya belaan Anwarkah? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya.

Dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.

Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.

Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.

Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya. Hebat bukan?

Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya, sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.

Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.

Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia.

Sunday, March 10, 2013

5 Tahun Perintah Selangor, Berapa Banyak Rumah Kos Rendah Dibina?????????


http://www.spnb.com.my/bm/projects/04-001/images/04-001-Low02.jpg


Ramai yang bertanya, selama 5 tahun PKR memerintah Selangor, berapa banyakkah rumah kos rendah yang telah dibina, dan di mana?  Serta berapa harganya?  Ini kerana maklumat mengenainya adalah berbeza-beza dan meragukan. 

Antara laporan kerajaan Selangor menyatakan bahawa sebanyak 5,612 projek rumah kos rendah telah dirangka.  Dari jumlah itu hanya 287 yang telah disiapkan pada tahun lepas. 

Kemudian terdapat pula kenyataan daripada kerajaan negeri Selangor pada 30 Oktober 2012 yang menyatakan bahawa 6,470 rumah kos rendah telah dibina sejak 2008.

Di celah-celah itu, kita juga dikejutkan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor yang mencadangkan golongan berpendapatan tinggi untuk membeli rumah kos rendah tanpa sebarang syarat bagi mengatasi masalah rumah kategori itu yang masih tidak terjual. 

Kenapakah satu isu yang mudah ini menjadi begitu sukar dan berbelit-belit walaupun ia hanya berkisar mengenai angka?  Sedangkan 慳ngka?tidak boleh ditipu atau diubah-ubah.  Jika 1000 rumah kos rendah yang terbina, ia tidak mungkin boleh menjadi 2,000 atau 500 walau bagaimana sekali pun kita cuba memusingkan faktanya. 

Rakyat sudah mula memahami bahawa isu rumah kos rendah di Selangor adalah isu yang mendapat tempat paling bawah dalam keutamaan kerajaan negeri yang mementingkan keuntungan dan meletakkan 慳ngka?pendapatan negeri sebagai bukti kejayaan pemerintahan. 

Di bawah kerajaan Barisan Nasional, tanah-tanah yang dicadangkan untuk pembinaan rumah kos rendah dijual kepada pemaju dengan harga RM1/kaki persegi bagi membantu pemaju membuat untung dalam usaha membantu rakyat miskin memiliki rumah.   Namun, kerajaan Pakatan Rakyat telah menjadikan 憈anah?sebagai perniagaan dan sumber tersebut kini dinilai mengikut harga pasaran. 

Logiknya, tiada pemaju yang berniaga untuk kebajikan dengan membina rumah kos rendah di atas tanah yang bernilai tinggi.  Maka, tentulah sukar bagi kerajaan negeri untuk merealisasikan projek rumah kos rendah sepertimana yang diwar-warkan. 

Pada November 2012, Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai telah menyuarakan keprihatinan parti itu terhadap masalah golongan berpendapatan rendah di Selangor untuk memiliki rumah sendiri.  Beliau telah secara langsung mencadangkan agar kerajaan Selangor memberikan sahaja tanah kepada kerajaan persekutuan untuk membina projek tersebut. 

Kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya mengambil pendekatan seimbang dalam membangunkan projek komersial dan mewah serta memastikan yang kebajikan rakyat menjadi keutamaan dalam apa jua keputusan yang diambil. 

Pendekatan inilah yang dipegang oleh Barisan Nasional sehingga membolehkan negara mencapai apa yang telah dicapai pada hari ini. 

Amat malang bagi rakyat Selangor kerana kerajaan PR langsung tidak berminat dengan kebajikan rakyat. 

Walaupun hartanah di Selangor menjadi topik hangat  kerana akibat harga yang mencanak-canak tingginya, berita-berita mengenai hartanah di Selangor dan Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh majalah-majalah hartanah menggambarkan kawasan ini sebagai paling menarik di Asia bagi pembelian hartanah.  Sudah tentu, berita sebegini adalah untuk menarik pembeli dari luar dan bukan untuk penduduk tempatan yang pastinya tidak mampu membeli hartanah tersebut. 

Apa yang berlaku ini menggandakan lagi 慿erugian?di pihak rakyat Selangor kerana sudahlah mereka tidak mampu memiliki hartanah kerana terlalu mahal, mereka terpaksa pula menerima hakikat bahawa sebahagian besar hartanah di negeri ini bakal dimiliki oleh orang asing. 

Berdasarkan fakta ini, PR telah membuktikan bahawa parti itu mungkin merupakan peniaga yang bijak, tetapi bukan sebuah kerajaan yang baik. 

Selama lima tahun sahaja, PR sudah begitu banyak sekali merugikan rakyat Selangor, bayangkan jika lima tahun lagi diberi mandat untuk memerintah negeri ini, tidak mustahil, rakyat berpendapatan rendah akan dipijak-pijak sehingga separuh mati oleh kerajaan negeri sendiri.