Tuesday, April 30, 2013

PAS GAGAL TARBIAH DAP


"Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya setakat lima peratus sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua," demikian kenyataan bersama yang dibacakan oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.

Kenyataan bersama PAS dan DAP itu matlamat utamanya ialah untuk meredakan kemarahan ahli dan penyokong masing-masing berikutan percanggahan terbuka mengenai isu hudud selepas ia ditimbulkan kembali oleh Timbalan Musyidul Am PAS, Dr Haron Din baru-baru ini.

Haron Din dalam kenyataannya itu menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud seandainya PR menang PRU-13 meskipun bakal mendapat tentangan dari DAP. Ia disambut baik oleh pemimpin dan penyokong PAS termasuk mendapat dukungan penuh dar iMursyidulAm PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimana pun, ura-ura yang disuarakan oleh PAS itu mendapat tentangan DAP dan agak kurang menyenangkan penyokongnya. 

Berikutan itu, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tampil mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam PR memandangkan sebelum ini sudah wujud persetujuan bersama untuk hanya fokus mengalahkan BN sahaja.

Berbalik kepada kenyataan bersama DAP dan PAS, Hadi selaku Presiden PAS menyifatkan percanggahan pandangan dan dasar antara kedua-dua parti itu hanyalah satu perbezaan kecil yang dianggarkannya sekitar 5% sahaja.

Maksudnya, bagi PAS soal perlaksanaan hudud yang menjadi titik pergeseran antara PAS dan DAP hanyalah perkara remeh temeh berbanding persetujuan perjuangan mereka yang mencakupi 95% terutama sekali melibatkan Manifesto PR.

Demikianlah nilai hudud di kaca mata PAS tika ini sedangkan bab yang 5 peratus itulah yang sering digembar-gemburkan selama ini termasuklah untuk meraih undi orang Melayu Islam dan diguna pakai bagi mempersoalkan keIslaman orang Melayu Islam dalam UMNO.

Tapi bila ia melibatkan DAP, terus sahaja yang 5% itu dipandang remeh seolah-olah tiada apa yang patut diperdebatkan kerana kononnya banyak perkara lain yang jauh lebih utama dan penting.

Sementara di pihak Kerajaan pusat yang diterajui UMNO dan BN, soal samada ia 5% atau tidak, kecil atau besar, tatkala PAS sibuk mempertikaikan KeIslaman orang UMNO, diam tak diam UMNO telah berjaya mengislamisasikan perundangan negara yang mana sehingga kini 90% sudah menepati kehendak Islam.

Apa pun, percanggahan terbuka antara PAS dan DAP dalam isu hudud 5% ini, tidak dapat tidak, ia bakal menyebabkan kelak PAS menangis tak berlagu menjelang tibanya PRU-13 ini gara-gara kegagalannya mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

Monday, April 29, 2013

Undi Saya Bukan Untuk Pas - DAP Johor


Ekoran desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong  dan pengikut akar umbi Pas, akhirnya pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR. Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.

Sebelum ini Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, telah mengeluarkan kenyataan agar rakyat khususnya di Johor agar tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang. Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya.

“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” katanya sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.

Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam. Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas.

"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak undi kami, "katanya.

Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu, sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.

Namun nyata mereka gagal untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi oleh pimpinan di peringkat negeri.

Kesimpulannya, walaupun pakatan pembangkang enggan mengaku, namun hakikat dan realitinya gabungan parti yang mendukung ideologi yang berbeza itu semakin goyah akibat tiada persefahaman. Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.

Saturday, April 27, 2013

Manifesto Pas Kelantan - HUDUD TIDAK TERSENARAI


Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya.

Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR?

Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.

Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.

Bila mana Kelantan selaku kubu utama PAS sendiri sudah mengetepikan matlamat menjayakan perlaksanaan hudud, suka atau tidak, terpaksalah penyokong PAS menepuk dahi sendiri untuk entah ke berapa kali dan belajar menerima kebenaran yang isu hudud hakikatnya hanyalah omongan politik sahaja selama ini.

Langkah PAS Kelantan menolak ke tepi isu hudud sebaliknya menyeru penyokongnya mengutamakan kemenangan ke Putrajaya, jelas sekali menggambarkan fokus PAS sudah beralih arah.

Tanpa hudud, bermakna PAS hilang satu lagi kekuatannya sekali gus menambah lagi koleksi kegagalan PAS dalam mempertahankan prinsip juangnya dalam berdepan dengan polisi liberalisme yang menguasai PR.

Tanpa isu hudud kesannya menyebabkan penyokong PAS terpaksa membisu dari terus mempertikaikan keislaman saudara seagama dalam UMNO. Tanpa kelibat isu hudud, maknanya PAS semakin jauh di belakang UMNO dalam mengejar sokongan orang Melayu Islam sempena PRU-13.

Demi menjayakan cita-cita menuju puncak kuasa, isu perlaksanaan hudud sanggup 'dinajiskan' dan di tong sampahkan hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sepakatan seperti DAP dan PKR.

Dari sudut politik PR demi kebaikan DAP dan PKR, ia satu strategik yang betul namun PAS Kelantan sendiri sama ada sedar atau tidak sebenarnya sengaja mengali kubur sendiri bila bertindak demikian. 

Mungkin menyedari hakikat itulah, sehari dua kebelakangan ini PAS kembali memalu gendang mencanangkan dakwaan bahawa PAS akan tetap melaksanakannya hudud seandainya PR menang PRU-13.  Sembang kosong bolehlah buat penyedap halwa telinga.

Tapi siapa lagi yang mahu percaya kalau dah komitmen dalam manifesto PR dan PAS sendiri pun gagal dipersembahkan kepada umum, tak gitu?


Friday, April 26, 2013

Hudud? Pas DiPerlekeh lagi





Pas tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana bakal ditentang hebat DAP selain gagal memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam konteks pentadbiran negara ini.

Sehubungan itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) menggesa Pas berhenti menjadikan pelaksanaan hukum hudud tersebut sebagai isu politik.

Malah, beliau turut membidas Pas supaya lebih menumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan mereka untuk negara berbanding berdebat berkenaan isu berkenaan.

"Kalau Pas menang semua kerusi pun dalam pilihan raya kali ini, Pas tidak boleh laksana hukum hudud Pas kerana mereka akhirnya akan berbalah sesama sendiri.

"Itu sebabnya isu hudud Pas tidak ada makna kalau dibahas sekalipun, hanya jadi mainan dalam pilihan raya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail di rumahnya di Kampung Mengkuang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang tetap dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Kenyataan Karpal itu sebagai membantah Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din kelmarin yang bertegas mahu melaksanakan hudud Pas kerana menyifatkannya sebagai asas dalam perundangan Islam.

Walau bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas Karpal membuat penegasan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mempertahan Harun dengan menegaskan, Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hududnya kerana yakin Perdana Menteri pembangkang kelak seorang Islam.

Ditanya mengenai janji dalam pilihan raya, Mohd. Asri berkata, dari sudut Islam pihak yang tidak menunaikannya termasuk janji dalam pilihan raya umum disifatkan sebagai munafik.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pengundi melihat calon berkualiti dan bukan melihat kepada parti semata-mata termasuk dalam persaingan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Kalau calon tidak berkualiti, letak lambang apa pun tak jadi kerana dia tak boleh cakap di Parlimen dan tidak boleh bagi pandangan bernas.

"Oleh itu, bila calon ada kualiti latar belakang yang bagus, kita bagi keutamaan. Sebab itu penting untuk pengundi benar-benar mengenali calon yang boleh bekerja untuk rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Asri berkata, beliau akan menganjurkan forum bertajuk Permatang Pauh dengan Dr. Mazlan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli panel manakala beliau sendiri bertindak sebagai moderator.

"Saya mahu rakyat mendengar pandangan kedua-dua pihak mengenai Permatang Pauh.

"Saya sudah 'tweet' Anwar berkenaan forum ini, tetapi belum dapat persetujuannya dan kalau beliau dapat hadir, baguslah kerana kita mahu tanya visinya untuk Permatang Pauh," katanya.

Anwar Pernah Perlekeh Hindu




Di sebalik keghairahan jentera propaganda PR memfokuskan isu Zulkifli Noordin mengenai agama Hindu, diam tak diam sebenarnya ia sengaja disensasikan kerana PR menyedari amat perlu untuk meraih semula sokongan majoriti masyarakat India.

Sebab itu Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga turut memfokuskan isu tersebut dalam setiap ceramahnya. Ia nyata satu strategik yang bijak disamping dapat menutup isu penghinaan yang pernah diucapkannya terhadap orang India dan agama Hindu sebelum ini.

Semasa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri, pernah diperlekehkan agama Hindu apabila mengeluarkan ungkapan akan memansuhkan loceng kuil Hindu, demikian jaminannya kepada sekumpulan penduduk Melayu Islam Kampung Jawa sewaktu krisis dan pergaduhan kaum di Pulau Pinang tika itu. 

Anwar juga meyakinkan penduduk bahawa sekiranya berkuasa kelak dia akan memastikan tidak ada lagi loceng kuil yang berbunyi di seluruh Pulau Pinang. 

Sampai sekarang Anwar berdiam diri dari mengulas isu ini sedangkan sebagai seorang pemimpin politik sepatutnya wujud perasaan rendah diri dan redha mengakui kesilapan lama. Jika Zul Noordin yang pernah tersasul sewaktu beliau bersama PAS dan PKR dulu pun sanggup memohon maaf atas kesilapannya, kenapa tidak Anwar melakukan tindakan sama?

Demikian juga sewaktu berucap di salah satu ceramah PR yang disertainya, Anwar juga pernah melabelkan penganut agama Hindu sebagai tak guna. Katanya, "ini pun ada Hindu pi sokong dia, apa tarak guna punya Hindu ini budak." 

Manakala Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah melabelkan orang India di Malaysia sebagai "pariah" namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.

Naib Presiden PAS, Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, sedangkan ia adalah ritual keagamaan penganut Hindu. Pernahkah pemimpin PAS yang telah dihalau dari Kelantan ini mengakui kesilapannya? Tiada. 

Begitu juga bila mana pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan rasis "Undi Keling Siapa Mahu?" yang jelas merendahkan martabat orang India, apakah terdetik di hati pemimpin DAP itu untuk memohon maaf? Patutkah perkara ini didiamkan sahaja?

Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin PR tetapi sengaja dipejamkan mata seolah-olah tidak nampak oleh penyokongnya, sedangkan umum tahu selepas PRU 12 2008 selesai, sejak itu kaum India bagaikan terpinggir dari perhatian Kerajaan Negeri yang dikuasai PR terutama sekali di Pulau Pinang.

Lihat sajalah apa yang berlaku kepada penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila Anwar hanya mendiamkan diri tanpa tindakan, sedangkan sebelum PRU-12 2008 Ketua Umum PKR itu berjanji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala. 

Adakah Kampung Buah Pala masih wujud sekarang ini? Lupakah masyarakat India dengan kekejaman PR waktu itu? Tentunya semua ini masih diingati oleh masyarakat India, justeru itu berhati-hatilah dengan mainan emosi dan propaganda PR yang terdesak untuk meraih semula undi orang India.

Andainya PR serius menolak politik perkauman, tentunya sejak dulu lagi mereka mendesak Zul Noordin meminta maaf, tapi sayangnya bila Zul Noordin kini menyedari keterlanjurannya dulu, PR pula sibuk mensensasikan isu untuk kepentingan politik. Buruk benar sikap PR. 

Apa pun, kita ucapkan syabas kepada Zul Noordin kerana sedar kesilapan lamanya meski pun ucapannya itu berlaku sewaktu beliau yakin dengan perjuangan PAS yang mana tika itu juga Zul Noordin adalah Peguambela kepada Anwar Ibrahim.

http://www.youtube.com/watch?v=527Ccty8AhY
http://www.youtube.com/watch?v=1hmlGFO9pqA
http://www.youtube.com/watch?v=j1qOsJ7vP_Y
http://www.youtube.com/watch?v=4DnVxLTqAZY
https://www.youtube.com/watch?v=wnY4u1B0_AM

Tuesday, April 23, 2013

Mampukah BN Menawan 23 DUN, 8 Parlimen Di Kelantan?



Semua maklum semenjak 5 tahun lalu, BN Kelantan telah menetapkan sasaran utamanya untuk mencapai kemenangan di sekurang-kurangnya 23 DUN dan 8 Parlimen di Kelantan bagi merealisasikan hasrat memerintah kembali negeri ini. 

Lima tahun sudah berlalu, sasaran yang sama masih dipegang erat oleh BN Kelantan meskipun sepanjang tempoh itu sehingga kini PAS sering mempersendakan dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar dicapai.

Malah di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli UMNO sendiri masih ada yang was-was dan masih tertanya-tanya mampukah BN menawan jumlah kerusi yang disasarkan itu meski pun masing-masing menyedari wujud perubahan ketara dalam tempoh 5 tahun itu.

Namun bagi pemerhati politik sasaran tersebut realistik kerana ianya pernah hampir menjadi realiti pada PRU 11 tahun 2004 dulu, di mana UMNO selaku komponen utama BN telah berjaya beroleh kemenangan di 21 dari 45 DUN.

Ia tak mustahil bakal menjadi kenyataan dalam PRU-13 yang akan  berlangsung 5 Mei 2013 nanti memandangkan trend akhir-akhir ini juga saling tak ubah seperti mood tahun 2004 yang memperlihatkan sokongan rakyat kepada BN.

Hakikat itu tidak disedari PAS sehinggalah mereka terpana kelu melihat sendiri perubahan mood rakyat yang mana ketara bezanya apabila PAS hanya berupaya menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti tipis 65 undi ketika PRK Manek Urai tahun 2009.

Selepas itu, asakan Gelombang Merah mengakibatkan PAS lemas dibadai kebangkitan rakyat pada PRK Galas tahun 2010 sekali gus mengundang igauan mimpi ngeri di kalangan pemimpin PAS Kelantan. 

Mereka sedar UMNO sedang mara untuk merealisasikan kemenangan yang sudah lama BN idamkan. 

Hari ini kedudukan PAS di Kelantan sudah tidak sekuat dulu apatah lagi dengan pelbagai isu seperti kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai oleh DAP serta kegagalan PAS mengatasi percaturan politik PKR dan DAP dalam PR, menyebabkan ramai penyokong hardcore PAS berjauh hati. 

Itu belum lagi dikira impak buruk berikutan penolakan terhadap PAS oleh golongan ulama dari kalangan tok guru pondok dan cendekiawan Islam, sedangkan dulu golongan inilah yang menguatkan tulang belakang PAS semenjak 62 tahun lalu.

Di lihat pada senario ini, jelas sekali BN berpeluang mencapai sasaran tersebut apatah lagi berdasarkan trend sokongan umum kini menunjukkan 25 kerusi DUN dan 9 parlimen di Kelantan adalah putih dan condong kepada BN.

Jika trend itu berkekalan, bermakna ia sudah melebihi sasaran yang diletakkan 5 tahun lalu, seandainya ia direalisasikan dalam bentuk undi sokongan  kepada BN maka itulah takdir buruk yang paling sukar untuk PAS akui dan akan dikenang sampai ke dalam liang lahad.


Tuesday, April 16, 2013

Senarai Calon BN JOHOR PRU13 - Ada Yang Terjun Pokok?


Syukur alhamdulillah, BN Johor telah pun selamat mengumumkan senarai calon untuk menghadapi PRU13 yang akan tiba pada 5 Mei 2013. Penulis berharap, kepada mereka yang gagal untuk mendapat tempat sebagai calon BN kali ini, agar berikanlah sokongan kepada calon yang terpilih.

Kepada bekas YB, pada pru yang lepas calon baru ini telah menyokong anda, kali ini berikanlah sokongan kepada mereka. Kepada penyokong bekas calon / mereka yang tidak tercalon, buangkanlah sikap "busuk" hati sekiranya ada. 

Penulis mendapat info, ada segelintir penyokong bekas calon / yang tidak tercalon akan "menjatuhkan" calon baru ini ketika pemilihan UMNO hujung tahun nanti. Busuk hati betul, pemimpin anda pernah memegang "title" YB bertahun lamanya. Kini berilah peluang pada orang lain.

Adakah anda mahu pemimpin anda itu memimpin kawasan anda sehingga tidak mampu untuk berdiri lama sepertimama Nik Aziz? Ubahlah sikap pentingkan diri demi agama, bangsa dan negara.


Senarai nama calon Barisan Nasional Negeri Johor :

P140- Segamat: Datuk Subramaniam
N01- Buluh Kasap: Nurshida Ibrahim
N02 – Jementah: Ling Ong Tee

P141 – Sekijang: Anwar Abd manap
N03- Pemanis: Low Ching Hoon
N04- Kemelah: Datuk Ayub Rahmat

P142- Labis: Datuk Chua Tee Yong
N05- Tenang: Azhar Ibrahim
N04-Bekok: Tan Chong

P143- Pagoh: Tan Sri muhyidin yasin
N07- Bukit Serampang: Ismail Mohamad (muka baru)
N08- Jorak: Datuk Dr Mohd Sharudin Mohd Saleh

P144- Ledang: Hamid Samuri
N09- Gambir: M. Asojan
N10- Tangkak: Goh Tee Tee N11- Sembrong: Abd Razak (muka baru)

P145- Bakri: Lee Ching Yong
N12- Bentayan: Foh Soh Lan
N13- Sg Abong: Datuk Aris mohd salleh
N14- Bkt Naning: Datuk Saiful Bahri

P146- Muar: Datuk Razali Ibrahim
N15- Maharani: Datuk Zulhairi Ahmad
N16- Sg Balang: Zaiton Ismail

P147- Parit Sulong: Datuk Noraini Ahmad N17-
Semerah: Mohd Ismail Roslan (muka baru)
N18- Seri Medan: Datuk Zulkurnain kamisan

P148- Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong
N19- Yong Peng: Lim Kee Moi
N20- Semarang: Datuk Samsul Bahari Jamali

P149- Seri Gading: Datuk Aziz Kaprawi
N21- Parit Yaani: Tiow Yew Chuan
N22- Parit Raja: Datin Azizah Zakaria

P150- Batu Pahat: Dr Mohd Puad Zarkashi
N23- Penggaram: Ting Bang Siong
N24- Senggarang: Abd Aziz Ismail
N25- Rengit: Ayub Jamil

P151- Simpang Renggam: Liang Tik Ming N26-
Machap: Taib Abu Bakar
N27- Layang Layang: Abd Mutalib Abd Rahim

P152- Kluang: Datuk Hoo Kok Chung
N28- Mengkibol: Chai Kee Yaw
N29- Mahkota: Jais Sarday

P153- Sembrong: Datuk Seri Hishammundin Tun Hussein
N30- Paloh: Tioh Yap Kun
N31- Kahang: Vidyanathan

P154- Mersing: Datuk Abd Latif Ahmad
N32- Endau: Latif Bardi
N33- Tenggaroh: Ravi Kumar

P155- Tenggara: Datuk Halimah Sadique N32-
Parit: Datuk Badri Dasuki
N33- Pasir Raja: Dr Adham Baba

P156- Kota Tinggi: Datuk Nor Ihsanudin
N36- Sedeli: Rasman Isnin
N37- Johor Lama: Asiah Mohd Aris

P157- Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman
N38- Penawar: Hamimah Mansor
N39- Tanjung Surat: Sesis

P158- Tebrau.: Kuu Su Siang
N40- Tiram: Datuk Maulizan
N41- Puteri Wangsa: M. Surinarayan

P159- Pasir Gudang: Normala Abd Samad
N42- Johor Jaya: Tan Cher Puk
N43- Permas Jaya: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

P160- Johor Bharu: Tan Sri Shahril Samad
N44- Tanjung Puteri: Datuk Adam Sumiru
N45- Stulang: Chong See Chiong

P161- Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamed
N46- Pengkalan Rinting: Chang
N47- Kempas: Tengku Putera Harun

P162- Gelang Patah: Datuk Abdul Ghani Othman
N48- Skudai: Ling Ah Chai
N49- Nusajaya: Datuk Dr Zaini Abu Bakar

P163- Kulai: Teh Chi Ziang
N50- Bkt Permai: Mazlan Salleh
N51- Bkt Batu: Chia Chin Liang

Zuraida Dan Surat Palsu Yusuf Qardhawi


Pilihan raya dah semakin dekat, dan pemimpin pembangkang mula terdesak mengumpul sokongan demi memastikan mereka terus dapat memegang tampuk kuasa dan angan-angan ke Putrajaya.

Ternyata apa yang dikatakan Zul Nordin menjadi kenyataan apabila Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mula "menjual" cerita ulama dunia Dr Yusuf Qardhawi memberikan surat kepada Anwar Ibrahim dan mengatakan hanya Anwar yang layak memerintah Malaysia.

Dr Yusuf Qardhawi tidak mengundi di Malaysia lah Zuraidah!

Ia dilihat strategi Pakatan Rakyat untuk menarik undi kumpulan pengundi Melayu dengan menggunakan sentimen ulama dan agama. Mungkin mereka terdesak sehingga terpaksa menunjukkan seolah-olah mendapat sokongan orang luar.

Atau mereka tidak percaya dengan ulama negara ... yalah, semua ulama dah mula menolak PAS, dan ulama PAS pula tak boleh harap. Sudah-sudahlah Zuraidah ... ingatlah nasib bertanding pun belum tentu menang di kerusi Ampang.

Rakyat Malaysia bukan bodoh sangat nak percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan Zuraidah. Mungkin Dr Yusuf Qardhawi sendiri pun tak tahu ila dia keluarkan surat itu. Saja si Zuraidah ni nak jaja cerita.

Zulkifli Noordin sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat akan menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Beliau turut mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2 Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan kepada Anwar.

Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang.

Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila kumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf  terhadap pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.

Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Sibuk-sibuk Zuraidah mengesahkan kewujudan surat berkenaan, pemimpin PAS pula menolak campurtangan orang luar dalam arena politik negara.

Mana satu ni? Siapa punya cakap kita boleh percaya? pening-pening

Kemudian bila bertelagah sesama parti komponen, buat mesyuarat dan keluar satu resolusi "bersetuju untuk tidak bersetuju."


Sunday, April 14, 2013

Lim Kit Siang Arah Pemimpin DAP Tutup Mulut


Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.

Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?

Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.

Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.

Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.

"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.

Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.

Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.

Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.

Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.

Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.

Saturday, April 13, 2013

Manifesto BN Terbaik Untuk Rakyat - Aku Janji Untuk Rakyat




Manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) ternyata menerima sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai bangsa.

Rakyat Malaysia mula menyedari hanya dengan pemerintahan BN mereka akan berupaya menikmati taraf hidup dan kebahagian yang lebih selesa, bukan sahaja masyarakat biasa, tetapi juga bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan.

Kemampanan ekonomi negara juga menjadikan banyak penganalisis ekonomi meramalkan manifesto akan memacu ekonomi Malaysia ke arah yang lebih baik sekaligus mendorong kepada status Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Buktinya, pelbagai pihak, termasuk media cetak, elektronik, termasuk laman-laman sosial membicarakan manifesto BN, terutamnya berkenaan Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M), dan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun BN memerintah.

Berbanding 150,000 unit rumah dalam janji manifesto Pakatan Rakyat, ternyata BN jauh mengatasi mereka dari aspek perancangan dan pelaksanaan manifesto.

Berbeza dengan manifesto bukan janji PR, mereka hanya menumpu kepada persoalan menurunkan segala macam benda tanpa memikirkan impak ekonomi makro terhadap negara.

BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.

Dengan iklim ekonomi dunia yang perlahan dan kelembapan ekonomi di Eropah, pemikiran di luar kotak amat diperlukan bagi memastikan Malaysia terus mempunyai pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Ternyata, transformasi Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa tahun ini menunjukkan kejayaan apabila ekonomi negara terus berkembang sebanyak 5 peratus, malah negara luar turut terkejut degan perkembangan yang menurut mereka "di luar jangkaan".

Perkara itu bagaimanapun tidak diutarakan pembangkang, sebaliknya lebih mempolitikkan isu manifesto seolah-olah manifesto mereka adalah yang terbaik, sedangkan tanpa manifesto pun, BN sebenarnya telah berjaya menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dan mapan.

BR1M ternyata memberikan impak ekonomi yang memberangsangkan apabila meningkatkan permintaan sekaligus mewujudkan proses jual beli yang rancak dalam ekonomi sehingga memungkinkan kitaran ekonomi domestik negara bergerak. Ini memberikan kesan besar, terutamanya peluang pekerjaan dan 'supply and demand' dalam konsep ekonomi.

Manifesto yang dilancarkan BN baru-baru ini juga dijangkakan akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan kuasa beli rakyat meningkat dan bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Jelas terpampang di media massa bahawa pakar ekonomi meyakini manifesto BN melebihi manifesto pembangkang.

Tanpa perancangan ekonomi dan hala tuju ekonomi yang kukuh, manifesto PR dilihat umpama sampah yang tidak mempunyai hasil sebaliknya akan menyebabkan negara muflis.

Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Daripada aspek kos kehidupan, perumahan, pendidikan, warga emas, pengangkutan dan sebagainya, termasuk kehijauan alam, BN tidak langsung mengabaikan mana-mana aspek.

Sebaliknya mengambil pendekatan rakyat didahulukan bagi membolehkan pencapaian negara melonjak ke paras yang lebih baik.


PR Sibuk Pertikai SPR - CEC DAP "Hancur" Mereka Senyap Sunyi




DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata mereka. Di masa yang sama, mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN. 

Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang.  Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi. 

Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah.  Sama ada itu, ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota. 

Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni. Secara umumnya, sektor swasta di Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu sahaja. Manakala bagi kaum mereka, walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk naik pangkat ataupun gaji. 

Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi. Malah, dalam pentadbiran negeri pula, kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan jawatan. 

Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu. Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir.  

Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana. Lebih dari itu, DAP bukanlah parti yang telus, cekap mahupun amanah. Sikap kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya ini. Tidak cukup dengan menolak demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri untuk bersuara. 

Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC. Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.   

Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus.  

Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri.  

Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari lagi.  Hari ini, dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS. 

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini.  Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS. 

Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP. 

Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP. Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan. Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi. 

Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu. Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri. 

Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan.  Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu? 

Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR?  

Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali. 




Friday, April 12, 2013

Hadi, Nik Aziz Mungkir Janji - Ulama' Jenis Apa Ni


Manusia dipegang pada janji. Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik.  Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya, adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh AlQuran. 

Sedar atau tidak, Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji.   Ingatkah bagaimana Nik Aziz menghentam bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan diktator serta mencabar beliau bersara? Kata Nik Aziz ketika itu, jika Tun Mahathir sanggup bersara, maka beliau juga akan bersara. 

Sebaik keadaan negara kembali pulih dan berada di landasan yang tepat, maka Tun Mahathir pun bersara.   Tetapi, sejurus selepas itu, apabila ditanya kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula ‘berikrar’ akan memegang jawatan sampai mati. Malah, sehingga hari ini Menteri Besar Kelantan yang gagal itu tetap bertegas akan terus mempertahankan jawatan. 

Begitu juga dengan Presiden PAS si Hadi Awang. Ketika Amanat Hadi kembali menghantui dirinya tahun lepas, beliau juga membuat kenyataan tidak akan bertanding lagi.  Kenyataan tersebut berbunyi merendah diri dan tawaduk. Namun, semua itu hanya sementara sahaja rupanya. Apabila orang-orang kelilingnya memberi isyarat seolah-olah beliau masih diperlukan, dengan pantas Hadi menyambutnya daan membuat kenyataan akan terus mempertahankan kerusinya. 

Tindakan kedua-dua pemimpin bergelar Ulama ini bukan sahaja menunjukkan kemunafikan yang jelas, tetapi ia turut menjejaskan parti mereka yang mereka ‘anuti’. Jelas, mereka bukan lagi berjuang kerana parti tetapi diri sendiri. 

Akibat dari ketamakan kuasa, PAS Terengganu, atau Marang, khasnya, kini berpecah. Ramai pemimpin-pemimpin pelapis kecewa kerana mereka telah memasang cita-cita untuk menggantikan Hadi Awang apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi.  Nampaknya, cita-cita mereka terpaksa ditangguhkan lagi kerana Hadi Awang masih belum puas berkuasa, malah berangan-angan lebih tinggi untuk menjadi Perdana Menteri. 

Di Kelantan juga, keadaan yang hampir sama berlaku apabila Nik Aziz enggan berundur sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti bagi negeri dan juga parti. Namun, sikap PAS yang taksub kepada gelaran ‘ulama’ dan penampilan ‘jubah dan serban’ serta cakap-cakap yang berbunyi ‘Islam’, telah menidakkan akar umbi PAS dari menentang Nik Aziz secara nyata mahupun mengakui kelemahannya mentadbir. 

Pendek kata, biarpun tindakan dan perbuatan Nik Aziz hitam dan dilihat hitam, namun mulut penyokong-penyokongnya tetap akan menyatakan ia putih. 

 Hakikat yang perlu diterima oleh semua ahli PAS ialah tiada siapa yang boleh menyimpan cita-cita untuk menjadi Presiden atau Mursyidul Am PAS atau Menteri Besar Kelantan, selagi kedua-dua ‘ulama’ itu masih hidup. Nik Aziz tahu bahawa tanpa jawatan, beliau hanyalah seorang orang tua nyanyuk yang tidak punya signifikan apa-apa di dalam dunia ini. Tiada apa sumbangannya kepada rakyat Kelantan, mahupun umat Islam keseluruhan selain dari memecahbelahkan dan membawa kesesatan semata-mata. 

Hadi Awang pula tentu sekali tidak sanggup mengenepikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri.  Beliau begitu yakin dan teruja sekali apabila Haron Din mengambil langkah besar-besaran untuk menolak Anwar.  Hadi, diketahui sebagai ‘next in line’ bagi jawatan tersebut, sekiranya Anwar tidak diterima ramai. Justeru, atas dasar inilah Hadi memutuskan untuk terus bertanding kerana merasakan kerusi Putrajaya sudah tidak jauh lagi. Beliau tidak sanggup berundur sebelum berjuang. 

Apapun, yang pasti, perjuangan mereka berdua bukanlah kerana Islam dan sekiranya kedua-dua makhluk munafik lagi gila kuasa ini menang, maka ia bukan bermakna kemenangan Islam, tetapi kemusnahan keseluruhan struktur ummah, negara dan juga agama. 

Wednesday, April 3, 2013

Ahli Parti Pun Tidak Sokong Calon Pilihan Anwar Ibrahim



Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri.  Calon tersebut ialah Dato’ Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang. Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR. 

Akar umbi tidak bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah pelik, malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan bagi semua parti setiap kali pilihanraya. 

Namun, yang menjadikannya satu isu besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak menghormati ‘pemimpin Anugerah Tuhan’ iaitu, Anwar Ibrahim. 

Penyokong PKR telah bertindak mengejek Dato’ Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga kali oleh Anwar.  Khabarnya, ada juga yang bertindak meninggalkan majlis. 

Kita masih boleh memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Dato’ Fauzi, tetapi kita hairan ke manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri mereka ini?  Kita juga difahamkan bahawa akar umbi kawasan tersebut lebih menyukai penyandang, iaitu Azan Ismail tetapi takkan ‘menyayangi Azan sehingga sanggup memalukan Anwar’? 

Hilangnya perasaan hormat terhadap Anwar kemungkinan besar berpunca dari sikap kukubesi beliau yang ditunjukkan setiap kali pemilihan parti iaitu, enggan mendengar suara akar umbi dan membuat keputusan mengikut ‘nafsu’ sendiri. 

Jika Anwar tidak menghormati akar umbi, bagaimana akar umbi boleh menghormati Anwar? 

Dari satu sudut pula, kita tidak hairan jika Anwar tidak menghormati akar umbi kerana akar umbi PKR telah terbukti sebagai mempunyai sikap buta tuli iaitu, menyokong Anwar tanpa mengira apa pun salahlakunya yang telah terdedah dan terbukti.  Bagi Anwar, suara orang yang akan menyokongnya walau apapun yang berlaku atau dilakukannya, tidak perlu diberi perhatian.

Malah, Anwar bukan sahaja tidak menghormati mereka, tetapi langsung tidak prihatin pun mengenai nasib mereka.  Anwar tidak kisah memperjudikan masa depan, malah nyawa penyokong-penyokongnya dengan sering menyeru mereka agar melakukan rusuhan. 

Sejak 1998 lagi, Anwar tidak kisah membahayakan penyokong-penyokongnya.  Malah, Anwar secara terang-terangan mengimpikan ‘Arab Spring’ yang mana menyaksikan pertumpahan darah apabila penentang kerajaan memberontak dan menggulingkan kerajaan sedia ada. 

Apapun, kejadian di Kuantan ini memperlihatkan bagaimana Anwar sudah hilang ‘auranya’.  Anwar kini sudah menjadi ‘manusia biasa’ dan bukan lagi ‘pemimpin hebat’ di mata penyokong-penyokongnya.   Tidak mustahil, kebanyakan penyokongnya hanya menyokong PKR kerana telah jauh terhasut agar membenci Barisan Nasional dan bukan lagi kerana menyanjungi atau mempercayai Anwar Ibrahim. 

Sekiranya ketandusan isu, Anwar mungkin boleh mencipta isu.  Tetapi jika kehilangan ‘aura’, di manakah Anwar boleh mencarinya? 

Justeru, kalaupun Anwar menang dalam PRU kali ini, percayalah beliau akan menjadi Perdana Menteri paling hina dan paling tidak dihormati dalam sejarah politik dunia kerana rakyat, termasuk penyokong sendiri sudah terlalu amat maklum siapakah dirinya yang sebenar di sebalik watak-watak yang dipertontonkan kepada dunia!  

Monday, April 1, 2013

Pas Kelantan Hanya Pandai Cakap





Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan Pas masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa.

Malah slogan Kelantan merupakan “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Pas, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin Pas ini.

Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'.

Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.

Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah. Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012, jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus

Bagi kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus. Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia).

Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011, mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Oleh yang demikian, rasionalnya Pas Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.

Inilah yang dinamakan, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai, terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan.

Maka sudah tiba masanya untuk BN/Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang.

Kesimpulannya, kerajaan Pas Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka kepada ‘Negara Berkebajikan’. Kalau stadium yang dijanjikan 17 TAHUN yang lalu baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah ditaburkan? Jawapannya ‘Manifesto Bukan Janji’

Sekadar ingin bertanya, apakah jasa Pas untuk rakyat Kelantan?