Saturday, May 14, 2016

#hbn2016 : Jom Malam Ini Layan "Malam Gema Nusantara" Di UPM




Serdang - Hari Belia Negara (HBN) masuk hari kedua pada hari ini. Pelbagai acara dan aktiviti menarik sedang dan akan berlangsung di Padang Kawad dan Dewan Besar UPM. Sepanjang berlangsungnya aktiviti - aktiviti sejak awal pagi tadi, memperlihatkan hadirin yang datang semakin ramai. Antara acara - acara yang menarik perhatian para belia yang datang ialah Pementasan Kebudayaan oleh Peserta - Peserta Belia ASEAN. 

HBN bakal diserikan dengan persembahan Karoot Komedia yang dipimpin oleh Abby Yus dan Rahim. Sudah pasti pelawak yang cukup terkenal ini mampu menggeletek dan mengusik hati para pengunjung. Persembahan ini akan berlangsung di pentas utama HBN 2016.

Para pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran dan pengujian trek lumba RC. Pertandingan RC akan berlangsung pada hari esok 15 Mei 2016 di Padang Kawad UPM. Terdapat 3 kategori akan dipertandingkan ( 1/10 GP Minyak, 1/10 EP Kuasa Bateri dan 1/10 EP MChasis).

Pada sebelah malam pula, pentas utama HBN 2016 bakal digegarkan dengan persembahan “Malam Gema Nusantara” oleh lagenda rock tanah air Ramli Sarip atau dikenali sebagai Papa Rock.

Friday, May 13, 2016

#hbn2016 - Hari Belia Negara Datang Lagi




Serdang - Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun kini kembali menjengah para belia. Festival yang dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat khususnya belia kali ini telah bertukar lokasi penganjurannya.

Tahun ini Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi lokasi penganjuran. Dengan bertemakan "The Future Is Now", Hari Belia Negara 2016 memilih Padang Kawat dan Dewan Besar UPM sebagai lokasi utama.

"Saya merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada Kementerian Belia dan Sukan  dan Majlis Belia Malaysia kerana memilh tempat kami. Ini merupakan satu penghargaan yang tidak terhingga kepada warga kampus (UPM)," ujur Nurul Azani Binti Jakariah.

"Show Case Of Talent" (SCOT) adalah merupakan salah satu program yang bakal dijalankan pada HBN kali ini. Robot Fair, Pidato IPT, Buskers, "Street Workout" dan Putra Urban Agriculture adalah diantara aktiviti yang terdapat pada SCOT kali ini, sambungnya lagi yang merupakan Timbalan Pengarah slot SCOT. 

Hari Belia Negara 2016 akan berlangsung bermula hari ini 13 hingga 15 Mei 2016.





Thursday, May 12, 2016

#hbn2016 - Dewan Besar UPM Berubah Wajah




Wooo jom kita singgah ke Hari Belia Negara 2016 bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pelbagai acara / aktviti menarik menanti anda. Saksikan kelainan yang bakal dihidangkan kepada anda semua!!!

Dengan bertemakan "The Future Is Now", jom kita jengok Hari Belia Negara 2016. Dibawakan khas oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia & Majlis Belia Malaysia. Save The Date 13 - 15 Mei 2016.