Wednesday, May 16, 2012

HIMPUNAN BELIA ISKANDAR MALAYSIA JOHOR 2012



Jom Kita Meriahkan Himpunan Khas Buat Orang Muda,
Jangan Ketinggalan



Program Anjuran :

Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Majlis Belia Negeri Johor.


Tarikh Program : 17 - 20 Mei 2012





Lokasi berlangsung :


• Plaza Angsana

• Danga City Mall

• Dataran Bandaraya

• Kompleks Belia dan Sukan, Larkin

• Taman Merdeka, Johor Bahru

• Indahpura, Kulaijaya

• Econsave Senai, Johor Bahru

• Hutan Bandar Mutiara Rini










Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
Sekreteriat Penganjur :


JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
TINGKAT 3, BLOK B WISMA PERSEKUTUAN
JALAN AIR MOLEK
80000 JOHOR BAHRU, JOHOR
NO. TEL 07 - 223 2614
NO. FAX : 07 - 223 4487
E - MAIL : jbsnjhr@kbs.gov.my




Tuesday, May 15, 2012

POLEMIK NEGARA ISLAM PAS - PAS KANTOL LAGI





Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan raya, isu negara Islam akan timbul semula.

Yang menjadi karektor dalam adegan polemik isu negara Islam ialah PAS sebagai protaganis atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.

Setiap kali PAS membuka mulut cuba menghidupkan impiannya untuk membentuk Daulah Islamiyah ala acuan politiknya, DAP akan segera menghentam.






Lebih dua dekad lalu semasa kedua-dua parti masih menjadi seteru ketat politik, Karpal Singh mencabar pemimpin PAS supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.

Kini perkelahian mereka masih berterusan; yang berbeza hanya kedua-duanya kini menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, Karpal yang sudah menjadi Pengerusia Kebangsaan DAP mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana bercakap mengenai cita-cita PAS mahu menubuhkan negara Islam.






Abdul Hadi berkata sekiranya parti itu menjadi rakan kongsi terkuat dalam kerajaan pusat apabila memerintah kelak, impian itu akan menjadi realiti.

Malah PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan cita-citanya itu.

Bagi DAP, negara Islam versi PAS akan bermakna berkuburnya parti yang memperjuangkan slogan 'Malaysian Malaysia' - satu perjuangan yang hanya berlandaskan kepada konsep rasisme Cina.

PAS dan DAP hanya bersatu di dalam Pakatan Rakyat atas peranan pujukan PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

Tanpa Anwar, tidak mungkin PAS dan DAP akan duduk semeja apatah lagi tidur sebantal.

Dengan masalah dalaman  melanda PKR yang semakin parah dan kucar kacir, ia tidak lagi mampu menjadi simen yang mencantumkan perkahwinan antara PAS dan DAP.

Tambahan lagi, Anwar yang dibebankan dengan skandal seks songsang berpanjangan tidak mungkin dapat mempertahankan maruah,  moral dan kredibilitinya sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.

Mungkin api persengketaan dapat diredakan pada permukaannya tetapi perkelahian PAS-DAP adalah seperti api dalam sekam yang akan membakar seluruh Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Setelah lima wakil parlimen PKR melompat menjadi anggota bebas dalam Dewan Rakyat, PKR tidak lagi menjadi blok terbesar dalam pakatan pembangkang.

Jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen hanya dikekalkan sebagai tanda hormat PAS dan DAP, tidak lebih daripada itu.

PAS dan DAP muncul sebagai dua parti yang lebih kuat daripada PKR.

PKR dilihat sebagai parti ang tidak boleh diharap untuk memimpin pakatan pembangkang kerana kualiti pemimpin-pemimpinnya yang lemah serta tidak kukuh prinsip perjuangan.

Maka dalam pertembungan PAS-DAP kali ini dalam isu negara Islam, mereka mungkin tidak mendengar lagi nasihat Anwar, dan tidak mustahil mengambil haluan masing-masing.

Lagi pun PAS berpendapat mereka tidak lagi memerlukan PKR untuk terus berkuasa di Kedah dan Kelantan, sementara DAP yakin kekal memerintah di Pulau Pinang dan beranggapan pengaruhnya melebihi PKR di Sabah dan Sarawak.

Natijahnya, akan berlaku perebutan kuasa hebat antara PKR, PAS dan DAP menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Mimpi gah mereka untuk menawan Putrajaya hanya akan tinggal mimpi dan fatamorgana yang semakin pudar dan akhirnya lenyap.







100,000 Belia Bakal Serang Iskandar Malaysia






Johor Bahru 10 Mei 2012 – “Warga belia harus hadir ke Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 (HBIMJ). Karnival yang bakal berlangsung bermula 17 – 20 Mei 2012 disekitar kawasan Iskandar Malaysia ini menawarkan 13 segmen dan 75 aktiviti dirangka khusus buat golongan belia dan rakan muda yang terdapat dinegeri Johor khasnya dan Malaysia umumnya. Acara kemuncak dihimpunan ini adalah penyampaian Anugerah kepada para pememang Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Johor. Para pemenang ini akan mewakili negeri Johor untuk dinilai diperingkat kebangsaan.



Gimik Pelancaran 

Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Johor, Y.B Tuan Hj. Md. Jais Bin Sarday berkata, himpunan yang bakal disempurnakan oleh Y.A.B Dato` Haji Abd. Ghani Othman Menteri Besar Johor ini dianjurkan bersempena dengan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2012. Program ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Iskandar Regional Development Authority Dan Majlis Belia Negeri Johor.



Jais Sarday Menampal Poster Promosi

“Ia juga sebagai menyahut seruan kerajaan bagi memberi peluang kepada golongan muda untuk bersama – sama merasai pembangunan negara melalui aktiviti dibawah segmen ‘Invest’. Himpunan ini melibatkan empat klaster iaitu ‘ Play, Invest, Work dan Play’. Himpunan ini mengambil ilham dari konsep Himpunan Sejuta Belia Putrajaya yang berlangsung pada tahun lepas. Maka Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor ini dirancang bagi memberi peluang kepada orang muda untuk beraktiviti dan kami sasarkan seramai 100,000 orang muda akan bersama kami di himpunan ini.” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 disini.


Hadiah Pemenang Cabutan Bertuah 

Tambahnya lagi, Kerajaan sedang membangunkan Wilayah Iskandar sebagai wilayah antarabangsa yang memberi peluang pekerjaan dan pelajaran pada golongan muda. Pembangunan Iskandar Malaysia sebagai contoh dalam merealisasikan program tranformasi kerajaan yang sedang hebat dilaksanakan pada hari ini. Melalui himpunan ini, ia juga dapat menggabung idea antara kerajaan dan syarikat swasta dalam mempromosi Iskandar Malaysia kepada golongan muda sebagai generasi yang akan mewarisi pembangunan Iskandar Malaysia ini pada masa akan datang.

“Antara lokasi himpunan ini adalah Plaza Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia Dan Sukan Larkin, Kompleks Sukan Indahpura Kulaijaya, Taman Merdeka dan Hutan Bandar Mutiara Rini. 13 segmen yang disebut tadi adalah ‘IM Fashion Week, Sport Business / Industri, Karnival Jom Centre, JOYCE, Karnival BELIA Islam Malaysia, Volunteer Camp, Hall Of Fame, Go Green, Karnival Mesra Belia 1 Malaysia, Extreme Sport, Sukan Massa, Martial Art dan Rekreasi.”

Menurutnya lagi, diharap agar himpunan ini mendapat sokongan dari orang muda yang terdapat didalam negeri Johor. Mereka sewajarnya datang secara sukarela dan mengambil peluang kerana pelbagai aktiviti yang dirancang khusus buat mereka. Datang dan singgahlah ke himpunan ini yang menjanjikan aktiviti yang cukup menarik untuk orang muda.

Apa yang lebih menarik dihimpunan ini adalah, akan terdapat 2 program yang akan mencatat sejarah dan dimasukkan dalam ‘Malaysia Book Of Record’ iaitu jrobikthon dibawah seliaan Persatuan J.Robik Negeri Johor yang akan berlangsung selama 26 jam tanpa henti dan kempen menderma buku yang dibawah seliaan Persatuan Sri Kandi negeri Johor dengan sasaran sebanyak 30,000 buah buku.

Disarankan juga kepada para pengunjung yang bakal berkunjung ke Plaza Angsana untuk bersama – sama dihimpunan ini, agar dapat membawa bersama buku – buku yang sudah tidak dibaca untuk didermakan kepada penganjur kempen menderma buku ini. Buku – buku yang diderma ini akan diserahkan kepada Perpustakaan Negeri untuk urusan penyemakan dan kemudian akan diagih – agihkan ke perpustakaan didaerah – daerah yang terdapat dinegeri ini.

Friday, May 11, 2012

Ambiga Jual Burger






Kita tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit.Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya.

Seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan bertindak berniaga di hadapan rumahnya. 

Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya. Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak. 






Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana saja mereka suka.  Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki. 

Dan Ambiga jugalah yang menunjukkan contoh bahawa manusia ada hak untuk menceroboh ke kawasan larangan dan mengingkari perintah pihak berkuasa jika mereka suka. 

Adalah pelik apabila peniaga yang berhimpun dan berniaga dengan aman dipanggil penyangak sedangkan mereka langsung tidak merosakkan harta benda Ambiga sepertimana perusuh ternakan Ambiga dalam BERSIH 3.0 merosakkan kereta polis termasuk mencederakan anggota polis. 

Ambiga juga tidak boleh marah jika peniaga mengotorkan kawasan rumahnya kerana itu adalah hak mereka, sepertimana pihak BERSIH 3.0 berhak mengotorkan Kuala Lumpur dengan sampah sarap dan darah pada 28 April lalu. 

Dalam kes ini, Ambiga perlu ingat bahawa sekurang-kurangnya beliau dan jiran-jiran langsung tidak mengalami apa-apa kerugian dari segi kewangan.  Kesan kepada Ambiga dan jiran-jiran hanyalah dari segi perasaan terganggu atau rimas. 

Tetapi, apa yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut ketika BERSIH 3.0, ialah kerugian yang bukan sedikit.   Itupun belum lagi dikira dengan kerugian dalam BERSIH 2.0 yang belum dilunaskan oleh Ambiga. 

Sedarkah Ambiga, bahawa peniaga-peniaga inilah rakyat marhaen yang konon dibela oleh Ambiga melalui BERSIH. 

Justeru, kenapakah rakyat marhaen yang hanya berniaga kecil-kecilan ini perlu dipanggil penyangak hanya kerana ingin menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Ambiga dalam BERSIH yang lalu? 

Maka, tidak salahlah jika kita berkata bahawa Ambiga dan BERSIH tidak pernah mewakili suara rakyat marhaen tetapi hanya segelintir rakyat yang menyokong pembangkang sahaja. 

Jika Ambiga benar-benar berniat baik dan seorang pejuang hak rakyat yang ikhlas, beliau tidak akan sekali-kali menempelak atau naik berang dengan peniaga-peniaga ini.  Sebaliknya beliau akan turun bersemuka dengan mereka, meminta maaf dan mendengar keluhan mereka dan berjanji akan melakukan sebaiknya untuk membantu dengan apa jua cara yang termampu. 

Tetapi, Ambiga sememangnya berniat jahat dan tidak ikhlas.  Ini telah pun terbukti apabila beliau dengan selamba mencuci tangan enggan bertanggungjawab apabila perusuh ternakannya ditangkap ataupun cedera.  Sedikit pun beliau tidak peduli dengan nasib mereka jauh sekali menjenguk mereka yang hospital, sedangkan mereka juga mewakili rakyat marhaen yang konon diperjuangkannya.
 
Maka terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, siapa Ambiga, iaitu seorang hipokrit dan pengkhianat negara.  Apapun, terima kasih diucapkan kepada para peniaga Ikhlas yang berjaya membuat seekor iblis keluar dari penyamarannya.

Tuesday, May 8, 2012

The Economist anggap reputasi Najib tidak rosak akibat Bersih 3.0



PERHIMPUNAN Bersih telah dengan cepat meletakkan kedudukannya sebagai sesuatu yang ritual dalam kalendar politik Malaysia. Skripnya adalah seperti ini: beribu-ribu penunjuk perasaan mengumumkan mereka akan berarak di Kuala Lumpur untuk menuntut reformasi sistem pilihan raya; kerajaan yang gelabah dan pemimpin protes menghabiskan masa berhari-hari bagi tawar-menawar tempat yang lebih sesuai. Protes diteruskan dengan mengingkari arahan polis; keganasan terjadi, beratus-ratus orang ditangkap; kerajaan mengeluarkan beberapa permohonan maaf; semua orang balik ke rumah. Cuma yang berbeza adalah kesan politiknya.

Tahun lepas, ia adalah besar - tahun ini barangkali sangat kecil. Bersih bermaksud 'bersih' dalam bahasa Melayu dan pergerakan Bersih terdiri daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi hak sivil yang mahu sistem pilihan raya dibersihkan bagi membolehkan semua parti mendapat peluang yang saksama untuk memenangi pilihan raya. Pada masa ini ramai mendakwa sistem pilihan raya telah dimanipulasi dengan banyaknya supaya memihak kepada parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa secara berterusan sejak negara ini mencapai kemerdekaan daripada Britain bermula pada 1957. Oleh itu, Bersih tidak dapat dipisahkan daripada matlamat perjuangan pembangkang, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.



Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April pastinya telah menarik lebih ramai orang berbanding perhimpunan tahun lepas, mungkin seramai 80,000 orang (walaupun polis meletakkan angka separuh daripada jumlah itu). Dalam keadaan hampir pasti pilihan raya umum akan diadakan pada bulan-bulan akan datang, minat yang tinggi tidaklah mengejutkan. Tetapi jika dibuat perbandingan, perhimpunan tahun lalu yang bilangan penunjuk perasaan adalah kecil, lebih mencapai kesan politik yang hebat. Pada masa itu, kerajaan Najib Tun Razak tidak mengendalikan keseluruhan situasi dengan baik. Beribu-ribu polis antirusuhan telah dirakam oleh kamera video dan telefon pintar memukul penunjuk perasaan yang tidak bersenjata untuk menyuraikan mereka. Meriam air telah ditembak ke hospital dan lebih daripada 1,600 orang telah ditangkap. Penggunaan keganasan itu sangat memalukan kerajaan, sekali gus mengesahkan gambaran dalam fikiran ramai orang bahawa Perdana Menteri sememangnya menindas bagi kalangan nasionalisme Melayu dan bukannya seorang liberal reformasi seperti yang beliau dakwa.

Akibat disengat oleh kritikan meluas di media antarabangsa, kerajaan Najib terpaksa memohon maaf terhadap banyak tingkah lakunya. Kemudiannya, ia memansuhkan banyak undang-undang lapuk dan menindas bagi memenangi semula pengiktirafan reformasinya. Satu jawatankuasa Parlimen juga telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan bagi reformasi sistem pilihan raya. Ini semua, kemenangan jelas kepada Bersih. Tahun ini adalah lebih kepada skor seri. Sudah tentu, pada akhir perhimpunan tersebut terdapat satu lagi letusan keganasan dan polis sekali lagi dilihat menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan. Mereka menangkap lebih daripada 400 orang daripada peserta perhimpunan. Sekali lagi terdapat laporan kekejaman polis dan sekali lagi Perdana Menteri perlu membuat penjelasan. Kali ini Najib merasakan terpaksa memohon maaf secara peribadi kepada seorang wartawan tempatan yang telah dipukul oleh polis (dia adalah salah seorang daripada beberapa orang yang dipukul).

Sekali lagi, adegan buruk ini tidak dapat memperkukuhkan dakwaan Najib untuk menjadi pemimpin berfikiran reformasi yang berbeza. Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat masalah di sebelah Bersih juga. Beberapa penunjuk perasaan telah menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis dan kira-kira 20 pegawai polis cedera. Kejadian ini sudah tentu digunakan oleh kerajaan dan membolehkan Najib mendakwa "pihak polis menjadi mangsa. Mereka menjadi sasaran dan telah dipukul." Pemimpin Bersih, Ambiga Sreenevasan, mengakui bahawa sesetengah orang akan berfikir bahawa "matlamat perhimpunan tersebut telah tersasar" kerana kelakuan tidak terkawal beberapa penunjuk perasaan. Keganasan yang berlaku mungkin sedikit telah mencemarkan pergerakan yang lebih luas untuk pembaharuan demokratik.

Dan Anwar juga perlu menjelaskan perbuatannya. Dia dirakam kamera video berada berhampiran sekatan polis sedang bercakap dengan salah seorang rakannya; pengkritik mendakwa bahawa dia telah menghasut penyokong untuk mengetepikan halangan. Anwar sendiri berkata ini adalah karut. Bagaimanapun, adalah jelas bahawa Bersih tidak akan dapat menguasai asas moral yang tinggi - seperti yang mereka lakukan pada tahun lepas. Kempen untuk reformasi sistem pilihan raya akan berterusan, tetapi Najib muncul daripada pergaduhan tahun ini dengan pengiktirafan reformis beliau yang terus utuh, yang tidak tersangat buruk untuk diguna pakai. Petikan: Utusan Malaysia

Monday, May 7, 2012

AMBIGA Bertaubat...!!!!




BERSIH 3.0 benar-benar membuka mata rakyat Malaysia sehingga memaksa mereka yang sebelum ini hanya menjadi pemerhati juga mula mengambil bahagian membincangkannya di laman-laman sosial.Majoritinya meluahkan perasaan geram dan hairan kenapa ada manusia yang sanggup menghuru-harakan negara yang aman makmur ini.

Jika benar niatnya adalah untuk memperjuangkan pilihanraya bersih maka kenapa perlu menolak tempat yang ditawarkan kerajaan?  Kenapa perlu melanggar undang-undang, berarak dan apa perlunya merempuh polis untuk masuk ke Dataran Merdeka, iaitu kawasan yang dilarang?  Kita bukan dalam keadaan berperang di mana perusuh perlu menawan kubu penting musuh.    Justeru, apa pentingnya Dataran Merdeka untuk dijadikan tapak perjuangan?  Kenapa perlu mengambil risiko tercedera, tergadai nyawa, terjejas masa depan mengambil risiko dibuang kerja atau dibuang universiti kerana telah melanggar undang-undang yakni semata-mata untuk menawan Dataran Merdeka?

Jika sekadar ingin duduk bantah dan mempamerkan sokongan yang ramai,  maka duduk sajalah di dalam stadium di mana para wartawan boleh membuat liputan dengan mudah dan aman serta menunjukkan kepada dunia jumlah sokongan yang diperolehi oleh BERSIH. 
Mungkinkah kerana ingin menutup jumlah sokongan yang terlalu sedikit, maka BERSIH perlu membuat huru-hara? 

Apapun tujuan dan alasannya, apa yang pasti ialah pemimpin-pemimpin BERSIH jelas menyifatkan penyokong-penyokong mereka sebagai manusia yang tiada nilai langsung. 

Pemimpin-pemimpin BERSIH telah dengan sengajanya menyuruh atau membiarkan peserta melanggar undang-undang walaupun tahu bahawa tindakan itu akan membawa padah.   Seolah-olah nyawa peserta BERSIH, iaitu penyokong mereka tidak ada harga langsung!

Dan apabila mereka dikritik dan dipersoal tentang penyokong mereka yang diluar kawalan, mereka langsung tidak ingin memikul tanggungjawab.   Malah Ambiga secara terang-terangan, meletakkan kesalahan 100% ke atas penyokong-penyokongnya dengan alasan beliau tidak pernah mengarahkan mereka untuk bertindak ganas. Pemimpin-pemimpin pembangkang pula hanya menafikan sambil menuduh pihak polis sebagai menyamar dan memukul rakan sendiri. 

Sedangkan bukan mereka tidak tahu bahawa dalam mana-mana demonstrasi pasti ada kemungkinan berlaku keganasan dan kecederaan.   Jika tidak, kenapakah dalam setiap demonstrasi di mana-mana negara di dunia, kerajaan akan menugaskan polis dan pasukan anti rusuhan untuk bersedia.  

Pasukan polis punya kuasa dan hak untuk menggunakan kekerasan bagi mengawal perusuh yang tidak mematuhi undang-undang.  Sekiranya perusuh bertindak ganas, polis juga bertanggungjawab mengikut undang-undang untuk ‘menundukkan’ perusuh.  Dan dalam kes BERSIH 3.0 ini, peserta demo telah dengan nyata merusuh, melanggar undang-undang dan mengganas seperti yang dijangka. 
Ini bukan mengejutkan dan bukan juga perkara baru, maka tindakan Ambiga enggan bertanggungjawab atas keganasan yang sememangnya telah dijangka mengesahkan yang beliau tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa prihatin terhadap penyokong-penyokongnya. 

Beliau melihat penyokong-penyokongnya bagaikan lembu yang boleh dicucuk hidung dan dikorbankan bila-bila perlu.   Nyawa lembu-lembu ini tiada harga dan tiada kaitan dengannya.  
Ambiga juga langsung tidak bertanya siapa dan berapa ramai mereka yang terdera dan bagaimanakah nasib mereka selepas perhimpunan itu. 

Selesai BERSIH 3.0, Ambiga, Anwar, Kit Siang, Hadi semuanya pulang berlenggang sambil mengibas-ngibas tangan melepaskan segala tanggungjawab terhadap kekotoran, kemusnahan, kecederaan dan kesan perbuatan mereka kepada ekonomi dan imej negara. 

Fikirlah, jika penyokong sendiri yang sanggup mati kerana mereka juga mereka sanggup ‘lembukan’, maka sekiranya mereka memerintah negara ini, pastinya rakyat juga akan mereka anjingkan.