Johor Bahru 10 Mei 2012 – “Warga belia
harus hadir ke Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 (HBIMJ).
Karnival yang bakal berlangsung bermula 17 – 20 Mei 2012 disekitar
kawasan Iskandar Malaysia ini menawarkan 13 segmen dan 75 aktiviti
dirangka khusus buat golongan belia dan rakan muda yang terdapat
dinegeri Johor khasnya dan Malaysia umumnya. Acara kemuncak dihimpunan
ini adalah penyampaian Anugerah kepada para pememang Anugerah Belia
Negara Peringkat Negeri Johor. Para pemenang ini akan mewakili negeri
Johor untuk dinilai diperingkat kebangsaan.
Gimik Pelancaran
Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan
Johor, Y.B Tuan Hj. Md. Jais Bin Sarday berkata, himpunan yang bakal
disempurnakan oleh Y.A.B Dato` Haji Abd. Ghani Othman Menteri Besar
Johor ini dianjurkan bersempena dengan Hari Belia Negara Peringkat
Negeri Johor 2012. Program ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri
Johor, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Iskandar Regional
Development Authority Dan Majlis Belia Negeri Johor.
Jais Sarday Menampal Poster Promosi
“Ia juga sebagai menyahut seruan
kerajaan bagi memberi peluang kepada golongan muda untuk bersama – sama
merasai pembangunan negara melalui aktiviti dibawah segmen ‘Invest’.
Himpunan ini melibatkan empat klaster iaitu ‘ Play, Invest, Work dan
Play’. Himpunan ini mengambil ilham dari konsep Himpunan Sejuta Belia
Putrajaya yang berlangsung pada tahun lepas. Maka Himpunan Belia
Iskandar Malaysia Johor ini dirancang bagi memberi peluang kepada orang
muda untuk beraktiviti dan kami sasarkan seramai 100,000 orang muda akan
bersama kami di himpunan ini.” katanya kepada wartawan selepas
merasmikan Majlis Pra Pelancaran Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor
2012 disini.
Hadiah Pemenang Cabutan Bertuah
Tambahnya lagi, Kerajaan sedang
membangunkan Wilayah Iskandar sebagai wilayah antarabangsa yang memberi
peluang pekerjaan dan pelajaran pada golongan muda. Pembangunan Iskandar
Malaysia sebagai contoh dalam merealisasikan program tranformasi
kerajaan yang sedang hebat dilaksanakan pada hari ini. Melalui himpunan
ini, ia juga dapat menggabung idea antara kerajaan dan syarikat swasta
dalam mempromosi Iskandar Malaysia kepada golongan muda sebagai generasi
yang akan mewarisi pembangunan Iskandar Malaysia ini pada masa akan
datang.
“Antara lokasi himpunan ini adalah Plaza
Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia Dan Sukan
Larkin, Kompleks Sukan Indahpura Kulaijaya, Taman Merdeka dan Hutan
Bandar Mutiara Rini. 13 segmen yang disebut tadi adalah ‘IM Fashion
Week, Sport Business / Industri, Karnival Jom Centre, JOYCE, Karnival
BELIA Islam Malaysia, Volunteer Camp, Hall Of Fame, Go Green, Karnival
Mesra Belia 1 Malaysia, Extreme Sport, Sukan Massa, Martial Art dan
Rekreasi.”
Menurutnya lagi, diharap agar himpunan
ini mendapat sokongan dari orang muda yang terdapat didalam negeri
Johor. Mereka sewajarnya datang secara sukarela dan mengambil peluang
kerana pelbagai aktiviti yang dirancang khusus buat mereka. Datang dan
singgahlah ke himpunan ini yang menjanjikan aktiviti yang cukup menarik
untuk orang muda.
Apa yang lebih menarik dihimpunan ini
adalah, akan terdapat 2 program yang akan mencatat sejarah dan
dimasukkan dalam ‘Malaysia Book Of Record’ iaitu jrobikthon dibawah
seliaan Persatuan J.Robik Negeri Johor yang akan berlangsung selama 26
jam tanpa henti dan kempen menderma buku yang dibawah seliaan Persatuan
Sri Kandi negeri Johor dengan sasaran sebanyak 30,000 buah buku.
Disarankan juga kepada para pengunjung
yang bakal berkunjung ke Plaza Angsana untuk bersama – sama dihimpunan
ini, agar dapat membawa bersama buku – buku yang sudah tidak dibaca
untuk didermakan kepada penganjur kempen menderma buku ini. Buku – buku
yang diderma ini akan diserahkan kepada Perpustakaan Negeri untuk urusan
penyemakan dan kemudian akan diagih – agihkan ke perpustakaan didaerah –
daerah yang terdapat dinegeri ini.
No comments:
Post a Comment