Thursday, August 30, 2012

Apabila Pakatan Selangor "Suka - Suka" Buat Manifesto





 MANIFESTO PERMAINAN PEMBANGKANG....



Nampaknya, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, benar-benar buntu apabila diasak dengan persoalan mengenai kegagalan kerajaan pimpinannya untuk menunaikan janji bekalan air kegunaan domestik percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada semua rakyat Selangor. 

Jawapan beliau kepada media berkenaan isu ini dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri kelmarin iaitu ‘manifesto bukan satu perjanjian’, telah benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat Selangor.   Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kenyataan tersebut seolah-olah ‘membunuh diri’ atau ‘membunuh parti sendiri’.  

Mungkinkah Khalid tidak tahu bahawa rakyat mengundi sesebuah parti itu berdasarkan beberapa perkara asas iaitu:  1. Rekod perkhidmatan,  2. Ideologi, 3. Manifesto.

Memandangkan PR belum ada rekod perkhidmatan, dan tidak mempunyai ideologi yang pasti, maka kemenangan PR di Selangor bolehlah dikatakan semata-mata terletak kepada manifesto yang diumumkan.  

Rakyat Selangor sanggup menolak BN dalam PRU 2008 walaupun parti itu mempunyai rekod cemerlang, semata-mata ingin menikmati 20m padu air percuma, bantuan tadika, sumbangan ke universiti dan berbagai-bagai lagi yang dibentangkan sebagai manifesto PR ketika itu.   

Maka, malanglah bagi rakyat Selangor apabila setelah 4 tahun memerintah, tiba-tiba saja MB Selangor sendiri mengakui bahawa kerajaannya tidak harus dipertanggungjawabkan untuk menunaikan segala yang terkandung dalam manifesto tersebut, kerana ia bukan satu perjanjian. 

Dalam ertikata lain, manifesto itu hanyalah untuk suka-suka sahaja - ia dideraf dan diumumkan sekadar untuk sedap didengar bagi menarik undi. 

Jika ‘manifesto bukan perjanjian’ maka apakah ia? 

Mengikut kamus dalam talian, manifesto adalah satu “perisytiharan mengenai niat, cadangan, motif atau pandangan seseorang individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan”. 

Berpegang kepada definisi ini, rakyat Selangor telah memilih PR dengan harapan bahawa parti tersebut akan melaksanakan segala niat, cadangan, motif dan pandangan yang diisytiharkan oleh mereka.  

Jelas, rakyat Selangor telah membuat kesilapan besar. 

Benar, bukan semua niat atau cadangan dapat dilaksanakan kerana kadangkala terdapat halangan dan masalah-masalah sampingan yang di luar jangkaan.  Namun, ini tidak wajar dijadikan alasan dalam masalah kegagalan membekalkan air percuma kepada rakyat Selangor.  Lebih-lebih lagi setelah kerajaan PR mempunyai masa selama 4 tahun untuk menunaikannya.  Sekiranya terdapat halangan atau masalah, mereka seharusnya sudah dapat mengatasinya. 

Namun, yang menjadi isu di sini bukanlah kerana kerajaan Selangor menghadapi masalah untuk melaksanakan manifesto air percuma ini, tetapi kerana MB Selangor telah mengesahkan bahawa kerajaannya tidak pernah berjanji mengenainya justeru itu, tidak perlu, tidak ingin dan tidak akan melaksanakannya!

Dengan itu, rakyat tidak harus lagi mempercayai apa jua manifesto yang telah atau akan dibentangkan PR.  




Monday, August 27, 2012

Masalah Hudud Selesai Dengan Kata Putus Dari Anwar




Lakonan PAS, DAP dan PKR mengenai hudud semakin memualkan.  Tidak ada apa di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain dengan kata-kata.  Sedangkan, umum sedia maklum bahawa hudud tetap tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah biar apapun perkataan yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin melaksanakannya.  

Walaupun PAS cuba mengheret UMNO dalam kemelut hudud antara mereka dengan DAP, tetapi akhirnya PAS terpaksa juga berhadapan dengan DAP apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji untuk tidak lagi menyebut tentang hudud.  

Apapun, kata putus mengenai hudud pastinya terletak di tangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri atau Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.  

Ketua Pembangkang itu telah pun menegaskan bahawa hudud tiada dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang PR sekiranya mereka memerintah negara nanti.  Alasan Anwar lagi, hudud tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.  

Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP.  

Maka, kesimpulannya, hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya PR memerintah.  Noktah.  

Justeru, eloklah Nasaruddin, Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua pemimpin dan penyokong PAS meletakkan senjata hudud mereka segera.  Tak perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di dalam laman-laman sosial.  Kata putus sudah pun nyata, hentikanlah lakonan yang sia-sia.  

Drama yang meleret-leret amatlah menjengkelkan dan tidak mustahil jika drama ini tidak ditamatkan segera akan mengakibatkan semakin ramai yang meninggalkan PAS di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.  



Sunday, August 12, 2012

DAP Sudah terima Hudud???




Telah difatwakan oleh seorang ulama dari sebuah pondok di Kelantan bahawa adalah haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana ia menentang undang-undang hudud yang merupakan hukum Allah.

Menyusul pula sokongan padu terhadap fatwa Tuan Guru Abdullah Sa'amah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat daripada para mufti dan golongan muda.

Yang benci akan fatwa tersebut sudah tentunya DAP dan terkunci mulut yang selama ini celupar memaki hamun kerajaan dan Umno ialah PAS, sekutu kuat parti yang secara konsisten menentang pelaksanaan hukum Islam di Malaysia.

Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Abdullah kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya?

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa soeang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam?

Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.

Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan 'tahaluf siyasi'.

PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.

PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.

Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.

Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP.

Tidakkah PAS sedar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?

Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?

Tidakkah insiden terbaru di mana ADUN Kota Shah Alam, M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?

DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu.

Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka.

Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut.

Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.

Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!

Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.

Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.

Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra.

Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia.

DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.

Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.

Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman dan segala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.

Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri.

Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.

Tuesday, August 7, 2012

Hutang UNISEL Bongkar Ketidakmampuan PR







Jika pada tahun 2009, kerajaan PR Selangor telah menunjukkan kelemahan dengan terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak dua kali dalam masa enam bulan selepas bajet dibentangkan, ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengurus negeri.  

Tetapi apabila sudah hampir sepenggal memerintah dan kerajaan PR Selangor masih lagi melakukan kesilapan dan terlepas pandang di sana-sini, terutamanya dalam soal yang membabitkan pendidikan yang menjadi tonggak janji mereka kepada rakyat, maka tidak salah jika kita mengisytiharkan secara rasmi bahawa PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah negeri, jauh sekali negara.

BN ‘melepaskan’ Selangor kepada PR dalam keadaan negeri tersebut mempunyai simpanan berjumlah RM1.4 billion.    Selangor merupakan negeri yang kaya dengan penjanaan ekonomi yang pesat saban tahun sejak dari pemerintahan BN sekian lama. 

Pada tahun ini pula, kerajaan PR Selangor mengumumkan simpanan berjumlah RM2.2 billion.  

Dengan itu, Dato’ Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dalam beberapa kenyataan medianya sering bermegah dengan kemampuan kepimpinannya menambah pendapatan negeri. Begitu juga dengan Azmin Ali dan beberapa pemimpin PR yang lain sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir kewangan sehingga mampu menjanjikan pendidikan percuma kepada semua sekiranya mereka memerintah Malaysia. 

Namun, hari ini terbuktilah sudah, jangankan mentadbir negeri, tetapi sebuah universiti pun mereka tak mampu.   Jangankan memberi pendidikan percuma kepada lebih 600 buah pusat pengajian tinggi seluruh negara tetapi membayar kos penyelenggaraan dan asrama UNISEL dalam tempoh tidak sampai 2 tahun pun mereka tak mampu.  

Ini terjadi kerana kerajaan Selangor begitu berharap kepada yuran yang dibayar oleh pelajar untuk menampung semua kos yang terlibat dalam mengendali dan mengurus universiti itu tanpa mempunyai perancangan awal untuk mengatasi kekurangan bajet.   Akibatnya, yuran yang dibayar oleh pelajar berjumlah RM15 juta kepada UNISEL tidak sampai ke tangan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan kediaman dan penyelenggaraan asrama. 

Akibatnya, pejabat operasi JNSB ditutup pada ketika sessi pendaftaran bermula kerana kakitangan mereka tidak menerima gaji. 

Tentulah pelik sekali apabila PR memperjuangkan pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN kerana “mementingkan pendidikan” tetapi di masa yang sama “mengabaikan kepentingan pendidikan” sehingga membiarkan pelajar-pelajar UNISEL dan kakitangan JNSB menjadi mangsa.

Perkara yang hampir sama juga berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan PAS sehingga membawa kepada demonstrasi menuntut perletakkan jawatan rektor setelah kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak ambil peduli. 

Kegagalan kerajaan Selangor untuk mendahulukan simpanan negeri yang didakwa mereka sebagai banyak bagi menangani masalah UNISEL membuktikan bahawa PR tidak mengutamakan pendidikan.    Sama ada ini benar, ataupun sememangnya PR enggan membayar hutang kepada JNSB kerana berpegang kepada prinsip bahawa hutang tidak perlu dibayar sepertimana pendirian mereka dalam isu PTPTN.  

Atau mungkin juga kerajaan negeri sememangnya tidak ada wang dan segala apa yang diumumkan dalam bajet mereka hanyalah penipuan semata-mata.

Namun, ini juga tidak mungkin benar kerana kerajaan negeri Selangor telah mengesahkan akan menyumbangkan sejumlah RM500,000 untuk menampung kos guaman Rafizi Ramli dalam kes melanggar BAFIA.   Dan ini bukan kali pertama kerajaan negeri menyalahgunakan wang negeri untuk menampung kos guaman pemimpin atau wakil rakyat PR yang melanggar undang-undang.  Sebelum ini, kerajaan negeri telah pun menanggung kos guaman ADUN Seri Muda yang dihadapkan ke mahkamah atas kes menghina Sultan. 

Menggunakan wang negeri untuk menanggung kes peribadi dan kes politik yang tiada kena mengena dengan rakyat sudah cukup untuk menunjukkan yang kerajaan negeri Selangor amatlah tidak bertanggungjawab sekali.  Bukankah lebih baik wang ini digunakan bagi mengatasi masalah UNISEL dan masalah-masalah lain yang berkaitan secara langsung dengan hidup rakyat? 

Apa yang berlaku membuatkan rakyat semakin curiga dengan kerajaan negeri Selangor.  Rata-rata menyatakan kehairanan kenapa Menteri Besar gagal menangani masalah yang sebegitu kecil, seperti bayaran hutang kepada kontraktor penyelenggaraan di sebuah universiti?  Jawapan kerajaan negeri bahawa tumpuan diberikan kepada operasi universiti dan enggan menyusahkan diri dengan masalah penyelenggaraan asrama menunjukkan yang beliau langsung tidak prihatin dan menganggap perkara ini remeh. 

Justeru, kita ingin bertanya, siapa atau apakah ‘rakyat’ di mata PR?  Babu? Hamba? Anjing yang hanya perlu mengikut cakap mereka?  

Apakah erti slogan PR ‘Demi Rakyat’ jika rakyat yang perlu berkorban ‘Demi Pemimpin’?




Friday, August 3, 2012

Ronnie Liu Tipu Lagi








Berdasarkan statistik di atas yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, dengan megahnya mengumumkan bahawa TIADA lesen rumah urut yang dikeluarkan kerajaan PKR dan semua rumah urut yang ada telah mendapat lesen dari kerajaan BN.  Jumlah lesen yang dikeluarkan BN adalah 571. 

Namun, Ronnie gagal menjawab kenapa isu rumah urut tidak timbul pada ketika pemerintahan BN.  Kenapa rakyat tidak merasa begitu terganggu dengan 571 pusat urut yang ada?  Tetapi rakyat hanya merasa rimas, resah dan marah sejak PKR mengambil-alih pemerintahan?  

Bukan sahaja di kalangan umat Islam yang begitu sensitif dengan perkara ini yang merasa terganggu, tetapi juga kaum Cina dan India yang lebih terbuka dengan ‘hiburan’ juga merasa tidak senang.  Contohnya, apabila NGO yang diwakili kaum Cina juga mula bersuara mengenai hal ini sejak 2010 lagi.  Dan pada 2011, mereka telah membuat aduan rasmi mengenainya namun tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.  

Pada tahun 2009 juga, muncul satu blog yang menawarkan urutan ‘gay’ di sekitar sheramas, ampang jaya, damansara dan seluruh Selangor secara ‘on-call’.  Begitu hebat sekali industri mengurut di Selangor yang bukan sahaja berkembang biak tetapi mengalami evolusi yang hebat sekali.  

Tentu sekali tidak semua rakyat Selangor boleh menerima perkara ini sebagai satu lagi ‘hak asasi’ yang diperjuangkan PR.  Lalu keresahan di kalangan rakyat pun meningkat. 

Sekali lagi ditekankan, iaitu sebelum 2008, tiada rungutan dari rakyat atau mana-mana NGO mengenai ‘percambahan’ rumah urut di sekitar negeri ini.  

Dalam senarai yellowpages, terdapat hampir 400 rumah urut yang berdaftar dan bolehlah dianggap yang semuanya wujud sejak zaman BN.  Ini bermakna yang lebih kurang 100 lebih lagi tidak berdaftar dengan yellowpages.  Tidak salah juga untuk kita menganggap yang semua yang berlesen dan berdaftar benar-benar menawarkan khidmat urutan secara jujur.

Mengikut aduan yang dibuat oleh Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee pada 1 Julai 2011, di Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80 pusat urut, 200 di Klang dan berpuluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.  Ini sahaja sudah menghampiri jumlah 400 buah pusat urut. 

Baiklah, Ronnie boleh menuduh semuanya wujud sejak zaman BN dan termasuk dalam senarai yang 571 yang berlesen.  

Tetapi bagaimana Ronnie boleh menjelaskan pusat-pusat urut di bangunan-bangunan yang baru ‘tumbuh’ selepas tahun 2008 seperti di Puchong, USJ, Seri Kembangan, Ara Damansara, Tropicana, Sunway Damansara, Bangi, Kajang dan beberapa tempat lain di Selangor?    Jika satu-satu kawasan ini terdapat 30 – 50 rumah urut mengikut kiraan rambang sekali pandang, maka senang-senang kita boleh mendapati lebih 500 jumlah keseluruhannya.  

Dan semua rumah urut di bangunan-bangunan baru ini tidak mungkin termasuk dalam 571 rumah urut yang mendapat lesen dari kerajaan BN, iaitu sebelum 2008.  

Justeru, dengan menafikan yang kerajaan Selangor ada mengeluarkan lesen kepada mereka, apakah Ronnie secara langsung mengesahkan bahawa mereka semuanya beroperasi tanpa lesen?  

Atau dalam ertikata lain apakah Ronnie ingin mengesahkan bahawa ‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan exconya atau kerajaan Selangor sendiri dalam isu rumah urut ini?  

Hakikatnya, rakyat bukan bodoh dan bukannya buta.  Jika kita berjalan di waktu malam, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas apa yang sedia jelas iaitu deretan rumah urut di hampir semua bangunan-bangunan komersial di Selangor.  

Jika hanya 571 rumah urut yang bertebaran di sekitar Selangor sepertimana yang wujud ketika pemerintahan BN, tentunya kewujudannya tidak sebegitu ketara dan rakyat juga tidak mungkin akan menjadikannya isu besar.  

Jelas, rumah urut di sekitar Selangor adalah jauh berlipat ganda sejak PR mengambil-alih berbanding dengan jumlah lesen yang dikeluarkan BN iaitu 571. Dan majoritinya pula bukannya jujur menawarkan urutan kesihatan.  

Ronnie Liu pastinya buta jika tidak dapat melihatnya, dan pastinya bodoh jika menganggap yang rakyat boleh diperbodohkan.  Dan apa yang pasti, Ronnie Liu pastinya bukan seorang pemimpin yang baik jika benar beliau mempunyai ‘perjanjian tertentu’ dengan tauke-tauke rumah urut sehingga membolehkan mereka beroperasi tanpa perlu mendapatkan lesen.  

Ronnie tidak boleh lari dari memperjelaskan perkara ini, jika tidak, kerajaan PKR Selangor akan kekal dipandang sebagai tidak lebih dari hanya boneka kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Selangor.  


Barisan Nasional Nak Buat Janji Baru???




Sesuatu produk yang baik akan bertahan lama, biarpun begitu banyak produk baru yang muncul di pasaran.   Malah, produk-produk baru itu juga tidak dapat tidak akan mencuba sedaya upaya untuk meniru atau menciplak produk lama itu.   Seringkali terjadi, pengguna yang telah mencuba produk baru akan kembali menggunakan yang lama kerana tidak berpuas hati dengan kualiti produk ciplak atau tiruan.  Produk asal  yang asli dan berkualiti akan tetap di hati dan bertahan biarpun berdekad-dekad lamanya.  
 
 
 
 


Begitulah halnya dengan Barisan Nasional yang tetap bertahan biarpun usia sudah menjangkau 55 tahun.  Biar begitu banyak saingan dari parti-parti lain, termasuk parti-parti baru yang berusaha untuk meniru atau menciplak BN, namun produk tiruan tidak mungkin sama dengan yang asli. 

Persoalannya, bagaimana BN boleh bertahan walaupun berbagai-bagai tohmahan dilemparkan bagi memburukkan imej dan reputasinya?   Jawapannya, kerana semua rakyat dapat melihat bukti nyata, selama tahun demi tahun, bahawa perjuangan BN adalah demi rakyat dan demi masa depan negara, bukan demi individu atau kumpulan tertentu. 

Ini sama seperti seorang peniaga yang berniaga dengan ikhlas, memberi khidmat terbaik atau memastikan kualiti terbaik produknya untuk kepuasan pengguna dan bukannya berniaga hanya kerana ingin untung besar. 

Dan inilah yang tidak dapat difahami oleh musuh-musuh atau pesaing-pesaing BN di dalam politik. 

Kebanyakan mereka, hanya ingin ‘untung besar’ iaitu memegang kuasa tetapi tidak punya keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat.  Oleh itu, segelintir rakyat mungkin terpedaya sebentar dengan promosi, iklan atau lebih tepat, dakyah-dakyah mereka tetapi kemudiannya, rakyat akan tetap kembali kepada BN kerana percaya hanya produk BN yang benar-benar asli lagi berkualiti.  Hanya BN yang mampu membawa Malaysia ke tahap ini. 

Sejarah telah merekodkan bagaimana BN berjaya mengekalkan keamanan di saat kritikal.  BN berjaya membawa kita mengharungi beberapa krisis ekonomi dunia dengan aman dan tanpa rakyat terjejas teruk. 

Malah, hari ini, di kala dunia sedang dalam kritikal,  sehingga Greece bankrap dan Sepanyol, Portugal dan Itali serta Britain juga sedang bergelut dengan krisis ekonomi tetapi Malaysia masih ‘bergaya’ dengan kadar pertumbuhan ekonomi di tahap empat ke lima peratus lebih baik dari Eropah dan Amerika. 

Rakyat di negara Arab pula sibuk memberontak serta memusnahkan kehidupan sendiri, manakala sebahagian lagi negara di dunia menghadapi perang saudara, pembunuhan etnik, kebuluran dan berbagai-bagai lagi yang mungkin akan dapat diatasi jika kerajaan mereka lebih cekap dan prihatin.  Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia walaupun kita hidup berbilang kaum dan berbagai agama. 

Benar kita merasa sedikit ‘sesak’ kerana kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi adalah munafik bagi sesiapa yang menafikan bahawa rakyat Malaysia amat mewah dengan makanan sehinggakan di bulan Ramadhan ini pembaziran berleluasa dan berbuka di hotel masih menjadi budaya. 

Semua ini adalah mustahil sekiranya kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang baik. 

Di celah-celah itu, walaupun seimbas pandang rakyat Malaysia sudah cukup mewah dan selesa, namun BN tetap memberikan bantuan langsung dalam berbagai bentuk seperti BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia, durian runtuh untuk warga Felda, Bonus untuk kakitangan awam, Duit raya untuk warga Felda dan sebagainya, demi untuk meringankan beban rakyat. 

Tidak keterlaluan jika dikatakan bantuan tersebut hanyalah untuk membantu rakyat untuk ‘mengekalkan kemewahan’ dan bukannya untuk mengurangkan penderitaan.  Ini kerana, jarang sekali rakyat yang menerima bantuan itu berada di tahap begitu miskin sehingga tidak cukup makan dan menderita. 

Hakikatnya, walaupun sering mengeluh akan kos sara hidup yang tinggi, namun, hampir kesemua yang mengeluh itu masih bermewah berbelanja di bazaar Ramadhan ini.  Ertinya, tahap ‘menderita’ rakyat Malaysia tidak mungkin terbanding dengan tahap ‘menderita’ rakyat di Syria, Afrika, Rohingya, malah mungkin juga sebahagian rakyat Amerika yang berhadapan dengan kadar pengangguran yang tinggi sehingga memaksa mereka menjadi gelandangan.  Sedangkan di Malaysia, walaupun menganggur, entah bagaimana, kita tetap cukup makan juga.   

Inilah realitinya di Malaysia dan semua ini tidak mungkin menjadi realiti jika BN bukan sebuah kerajaan yang baik.  Kita yakin, masa depan bersama BN akan kekal cerah dengan komitmen pemimpinnya untuk meneruskan cara berkhidmat atas dasar Demi Rakyat dan Demi Masa Depan.