Berdasarkan statistik di atas yang disiarkan oleh akhbar Suara
Keadilan, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, dengan megahnya mengumumkan
bahawa TIADA lesen rumah urut yang dikeluarkan kerajaan PKR dan semua rumah
urut yang ada telah mendapat lesen dari kerajaan BN. Jumlah lesen yang dikeluarkan BN adalah 571.
Namun, Ronnie gagal menjawab kenapa isu rumah urut tidak timbul
pada ketika pemerintahan BN. Kenapa
rakyat tidak merasa begitu terganggu dengan 571 pusat urut yang ada? Tetapi rakyat hanya merasa rimas, resah dan
marah sejak PKR mengambil-alih pemerintahan?
Bukan sahaja di kalangan umat Islam yang begitu sensitif dengan
perkara ini yang merasa terganggu, tetapi juga kaum Cina dan India yang lebih
terbuka dengan ‘hiburan’ juga merasa tidak senang. Contohnya, apabila NGO yang diwakili kaum
Cina juga mula bersuara mengenai hal ini sejak 2010 lagi. Dan pada 2011, mereka telah membuat aduan
rasmi mengenainya namun tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.
Pada tahun 2009 juga, muncul satu blog yang menawarkan urutan
‘gay’ di sekitar sheramas, ampang jaya, damansara dan seluruh Selangor secara
‘on-call’. Begitu hebat sekali industri
mengurut di Selangor yang bukan sahaja berkembang biak tetapi mengalami evolusi
yang hebat sekali.
Tentu sekali tidak semua rakyat Selangor boleh menerima perkara
ini sebagai satu lagi ‘hak asasi’ yang diperjuangkan PR. Lalu keresahan di kalangan rakyat pun
meningkat.
Sekali lagi ditekankan, iaitu sebelum 2008, tiada rungutan dari rakyat
atau mana-mana NGO mengenai ‘percambahan’ rumah urut di sekitar negeri
ini.
Dalam senarai yellowpages, terdapat hampir 400 rumah urut yang
berdaftar dan bolehlah dianggap yang semuanya wujud sejak zaman BN. Ini bermakna yang lebih kurang 100 lebih lagi
tidak berdaftar dengan yellowpages. Tidak
salah juga untuk kita menganggap yang semua yang berlesen dan berdaftar
benar-benar menawarkan khidmat urutan secara jujur.
Mengikut aduan yang dibuat oleh Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan
Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee pada 1 Julai 2011, di Pandan Indah sahaja
terdapat lebih 80 pusat urut, 200 di Klang dan berpuluh lagi di Kuchai Lama,
Damansara dan Ampang Jaya. Ini sahaja sudah
menghampiri jumlah 400 buah pusat urut.
Baiklah, Ronnie boleh menuduh semuanya wujud sejak zaman BN dan
termasuk dalam senarai yang 571 yang berlesen.
Tetapi bagaimana Ronnie boleh menjelaskan pusat-pusat urut di
bangunan-bangunan yang baru ‘tumbuh’ selepas tahun 2008 seperti di Puchong,
USJ, Seri Kembangan, Ara Damansara, Tropicana, Sunway Damansara, Bangi, Kajang
dan beberapa tempat lain di Selangor?
Jika satu-satu kawasan ini terdapat 30 – 50 rumah urut mengikut kiraan
rambang sekali pandang, maka senang-senang kita boleh mendapati lebih 500
jumlah keseluruhannya.
Dan semua rumah urut di bangunan-bangunan baru ini tidak mungkin
termasuk dalam 571 rumah urut yang mendapat lesen dari kerajaan BN, iaitu
sebelum 2008.
Justeru, dengan menafikan yang kerajaan Selangor ada mengeluarkan
lesen kepada mereka, apakah Ronnie secara langsung mengesahkan bahawa mereka
semuanya beroperasi tanpa lesen?
Atau dalam ertikata lain apakah Ronnie ingin mengesahkan bahawa
‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan exconya atau kerajaan Selangor sendiri
dalam isu rumah urut ini?
Hakikatnya, rakyat bukan bodoh dan bukannya buta. Jika kita berjalan di waktu malam, kita akan
dapat melihat dengan lebih jelas apa yang sedia jelas iaitu deretan rumah urut
di hampir semua bangunan-bangunan komersial di Selangor.
Jika hanya 571 rumah urut yang bertebaran di sekitar Selangor
sepertimana yang wujud ketika pemerintahan BN, tentunya kewujudannya tidak sebegitu
ketara dan rakyat juga tidak mungkin akan menjadikannya isu besar.
Jelas, rumah urut di sekitar Selangor adalah jauh berlipat ganda
sejak PR mengambil-alih berbanding dengan jumlah lesen yang dikeluarkan BN
iaitu 571. Dan majoritinya pula
bukannya jujur menawarkan urutan kesihatan.
Ronnie Liu pastinya buta jika tidak dapat melihatnya, dan
pastinya bodoh jika menganggap yang rakyat boleh diperbodohkan. Dan apa yang pasti, Ronnie Liu pastinya bukan
seorang pemimpin yang baik jika benar beliau mempunyai ‘perjanjian tertentu’
dengan tauke-tauke rumah urut sehingga membolehkan mereka beroperasi tanpa perlu
mendapatkan lesen.
Ronnie tidak boleh lari dari memperjelaskan perkara ini, jika
tidak, kerajaan PKR Selangor akan kekal dipandang sebagai tidak lebih dari
hanya boneka kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Selangor.
No comments:
Post a Comment