Thursday, February 21, 2013

Bila Pakatan Rakyat Mula "Gila Kuasa"







Retak menanti belah, itulah sorotan paling tepat untuk menggambarkan keadaan dan kemelut politik yang sedang membelit parti-parti dalam ikatan Pakatan Rakyat sekarang.

Walaupun sering kali bercakap besar ia akan menuju ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 kelak, Pakatan Rakyat tidak boleh lari dari persepsi bahawa sejak mutakhir ini PKR, Dap dan Pas sebenarya menjurus ke ambang kehancuran.
Konflik dan percanggahan ideologi antara ketiga-tiga parti boleh dibendung selagi wujud satu persamaan objektif perjuangan iaitu untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Namun semakin dekat tarikh PRU13 akan diumum rakyat semakin jelas melihat betapa kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat hanyalah satu drama dan wayang untuk menutup perpecahan yang bertambah melebar.
Bermula dengan konflik mengenai isu negara Islam antara Pas dan seteru politik lamanya, Dap, perkelahian dua parti itu kini sudah melebar kepada isu kalimah ALLAH dan siapa calon Perdana Menteri yang disokong.
PKR di bawah Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum serta dilihat sebagai ‘simen’ kepada Pas dan Dap dalam Pakatan Rakyat tidak mampu membendung lagi gejala tuduh menuduh antara kedua parti.
Apapun Anwar sentiasa menyebelahi Dap kerana parti itu menyokongna untuk menjadi Perdana Menteri sementara Pas mahukan presidennya, Abdul Hadi Awang.
Di Sabah keadaan lagi berkecamuk apabila Pakatan Rakyat mennyahkan Parti Maju Sabah pimpinan Yong Teck Lee sebagai rakan dialog dalam rundingan pengagihan kerusi.
Berdasarkan senario ini pertandingan pelbagai penjuru di kesemua kerusi parlimen dan negeri tidak dapat dielakkan lagi.
Situasi sebegini adalah amat memberangsang dari segi kelebihan politik kepada BN yang dijangka dapat mengekalkan Sabah sebagai benteng kuatnya.
Terkini, PKR juga terjerat pula dalam konflik ang tidak disangka-sangka dengan sekutu kuatnya Dap di negeri Johor. Pakatan Rakyat meletakkan harapan tinggi di Johor yang mereka jangka akan menjadi satu lagi korban pada PRU13 kelak.
PKR, Dap dan Pas berebut untuk meletakkan calon masing-masing kerana memikirkan Johor akan tumbang kepada mereka.
Pergaduhan mengenai kerusi parlimen Gelang Patah antara PKR dan Dap semakin serius apabila kedua-dua parti mengeluarkan hujah mengapa calon mereka patut bertanding di kawasan itu.
Ini menyebabkan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng mengeluarkan amaran keras supaya menghentikan perbalahan terbuka.
Beliau sedar perbalahan seperti sama sekali tidak akan menguntungkan Pakatan Rakyat malah akan mendedahkan kelemahan perpaduan antara ketiga-tiga parti.
Tidak ganjil Dap akan terjerumus dalam perkelahian merebut kerusdi kerana parti itu sememangnya tamak, angkuh dan tamak kerana berasakan dirinya sudah cukup kuat untuk menarik pengundi Cina pada pilihan raya ini.
Konflik dalaman Pakatan Rakyat di Johor juga bertambah arah apabila Pengerusi Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau  mendakwa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng menjadi dalang ke atas beberapa serangan hebat terhadap parti.
Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh pula menambah garam ke luka apabila dilihat menyokong tuduhan Dr Boo terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat dan mahukan satu siasatan dijalankan.
Apa yang berlaku kepada pakatan Rakyat kini adalah manifestasi sifat-sifat semulajadi yang tertanam dalam diri pemimpin-pemimpin PKR, Pas dan Dap.
Mereka saling curiga mencurigai antara satu sama lain seperti insiden Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman yang menggelar bosnya sebagai tokong, angkuh, bongkak serta gilakan kuasa.
Ketiga-tiga parti juga mempunyai sifat tamak yang keterlaluan dan tidak mampu mengikat kerjasama politik yang sejati seperti BN.
Setiap parti berfikir merekalah parti yang terkuat dalam gagasan longgar Pakatan Rakyat dan hasilnya pergaduhan pengagihan kerusi berlaku untuk membolot kerusi terbanyak bagi parti masing-masing.
Hakikatnya dengan kemelut yang tidak ada penyelesaiannya dalam masa terdekat, impian Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya nampaknya hanya akan tinggal khayalan dan fantasi semata-mata.

PRU 13 - Pemimpin Pas pentingkan Periuk Nasi Sendiri Dari Rakyat



Melihat dari keterdesakan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak sehingga mengugut kerajaan pusat agar memberikannya RM100 juta supaya menghentikan pembalakan tidak terkawal, kita dapat mengagak bahawa Kedah, pada hakikatnya telah hancur.
Sejak PAS menerajui Kedah, satu-satunya hasil yang mampu difikirkan oleh kepimpinan negeri tersebut adalah melalui balak yang meningkat secara drastik dari tahun ke setahun.  Kini, hutan sudah hampir gondol dan balak juga sudah hampir pupus.
Satu lagi punca pergantungan PAS dari segi kewangan ialah Kulim Hi-Tech Park, iaitu taman teknologi tinggi bertaraf dunia yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional dan berjaya membawa masuk sehingga RM24 billion pelaburan langsung asing sehingga tahun 2007.
Sejumlah RM10 billion lagi pelaburan langsung asing yang masuk pada tahun 2008 – 2011 iaitu setelah PAS mengambil alih Kedah, adalah lanjutan hasil usaha menarik pelaburan yang dilakukan oleh pengurusan terdahulu di bawah kerajaaan BN.   Dan pada 2012, pelaburan langsung asing yang masuk ke Kedah hanyalah RM373.3 juta iaitu jatuh ke tangga ke 11 dari tangga ke 5 pada 2007 berbanding negeri lain.
Secara dasarnya, hanya dua projek inilah yang menjadi punca pendapatan PAS Kedah.
Bagi tahun ini, Kedah telah mensasarkan hasil sebanyak RM640 juta, termasuk dengan angan-angan menjual air mentah kepada Pulau Pinang.   Namun, memandangkan negeri itu sudah buntu dalam mencari punca pendapatan, maka pastinya mustahil bagi Kedah untuk mencapai jumlah hasil seperti yang disasarkan.
Lebih-lebih lagi, apabila di masa yang sama, hutang negeri semakin meningkat sehingga 50% di bawah pemerintahan PAS.   Setakat Disember 2011 sahaja, hutang awam Kedah berjumlah RM2.6 billion, hutang kampus induk KUIN ialah RM330 juta.
Nampaknya, jika dicongak secara umum, nampaknya, pendapatan dari pelaburan langsung asing hanya mampu membayar hutang KUIN sahaja.
Walaupun keadaan sudah terlalu genting atau nazak, kepimpinan PAS Kedah nampaknya masih di dalam keadaan ‘penafian’.   Malah Azizan tidak segan silu mempertahankan pembalakan haramnya sebagai persediaan untuk ladang rakyat.
Alasannya, beliau tahu apa yang dilakukannya kerana beliau adalah anak petani.
Mengambil hujah Azizan sendiri, maka sahlah bahawa Azizan hanya layak menjadi petani, bukan Menteri Besar.  Dan sahlah juga bahawa Dato’ Seri Najib sebagai anak Perdana Menteri tentulah lebih lagi layak sebagai Perdana Menteri.
Lebih malang bagi Kedah kerana bukan sahaja Menteri Besarnya tidak tahu apa-apa tetapi para pegawai kerajaan dan juga ahli politik parti memerintah juga sama saja.
Exco Kedah, si Phahrolrazi yang pernah mencabar Azizan secara terbuka, sekali lagi mengulangi sikap biadapnya dengan mencaci Azizan di media.  Beliau menggelar Azizan dengan panggilan-panggilan yang hina termasuk ‘tiga silinder’ atau lembab.   Semua rakyat Kedah tahu kisah Phahrolrazi gila kuasa dan bencikan Azizan sehingga tidak tertahan-tahan lagi.  Malah, menurut mereka, jangankan Phahrolrazi, isterinya lebih lagi kaduknya sehingga mengalahkan Toh Puan Seri, isteri Azizan sendiri.
Tidak cukup dengan kegilaan Phahrolrazi, si Mahfudz tak lulus SRP juga turut berusaha merebut jawatan Menteri Besar.  Walaupun ceramahnya begitu hambar termasuk di tempatnya sendiri, namun Mahfudz yang syok sendiri ini, membayangkan hadirin yang ramai sekali gus merasa yakin sendiri.
Maka ketiga-tiga pemimpin PAS ini pun sibuklah mengatur strategi, merancang taktik untuk menggapai mimpi menerajui negeri.
Dalam kesibukan itu, tiada seorang pun dari mereka, ataupun parti PAS, atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang menunjukkan prihatin terhadap kedudukan kewangan Kedah yang begitu kronik.   Semuanya mengambil sikap seolah-olah soal pendapatan dan hutang negeri merupakan masalah kecil, yang akan selesai sendiri.
Hakikatnya, jalan-jalan di Kedah tidak diselenggara.   Pusat-pusat pelancongan kotor dan usang dengan kualiti perkhidmatan yang jauh terlalu amat rendah kerana dikendalikan oleh mereka yang tidak berpengalaman.   Kebersihan restoran, tandas awam, landskap dan sebagainya diabaikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri.   Anak-anak syarikat kerajaan negeri pula terus menjana kerugian akibat ketidaktelusan dan ketidakcekapan para pegawainya.    Kontraktor-kontraktor berlesen dan berpengalaman gigit jari.  Hanya peniaga pusat hiburan karaoke sahaja yang senyum sehingga menampakkan gigi.
Pendek kata, Kedah kini bagaikan sebuah negeri tanpa kerajaan.   Mana-mana pegawai kerajaan atau ahli politik PAS yang cukup licik boleh saja menggunakan nama Menteri Besar dan mengaut sebanyak mana wang yang diinginkan.
Sedarkah rakyat Kedah bahawa kerajaan Pakatan Rakyat langsung tidak pedulikan nasib mereka mahupun negeri itu?  Sedarkah rakyat Kedah bahawa yang benar-benar bimbang, prihatin dan risaukan nasib mereka adalah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional?