Thursday, February 21, 2013

Bila Pakatan Rakyat Mula "Gila Kuasa"







Retak menanti belah, itulah sorotan paling tepat untuk menggambarkan keadaan dan kemelut politik yang sedang membelit parti-parti dalam ikatan Pakatan Rakyat sekarang.

Walaupun sering kali bercakap besar ia akan menuju ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 kelak, Pakatan Rakyat tidak boleh lari dari persepsi bahawa sejak mutakhir ini PKR, Dap dan Pas sebenarya menjurus ke ambang kehancuran.
Konflik dan percanggahan ideologi antara ketiga-tiga parti boleh dibendung selagi wujud satu persamaan objektif perjuangan iaitu untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Namun semakin dekat tarikh PRU13 akan diumum rakyat semakin jelas melihat betapa kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat hanyalah satu drama dan wayang untuk menutup perpecahan yang bertambah melebar.
Bermula dengan konflik mengenai isu negara Islam antara Pas dan seteru politik lamanya, Dap, perkelahian dua parti itu kini sudah melebar kepada isu kalimah ALLAH dan siapa calon Perdana Menteri yang disokong.
PKR di bawah Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum serta dilihat sebagai ‘simen’ kepada Pas dan Dap dalam Pakatan Rakyat tidak mampu membendung lagi gejala tuduh menuduh antara kedua parti.
Apapun Anwar sentiasa menyebelahi Dap kerana parti itu menyokongna untuk menjadi Perdana Menteri sementara Pas mahukan presidennya, Abdul Hadi Awang.
Di Sabah keadaan lagi berkecamuk apabila Pakatan Rakyat mennyahkan Parti Maju Sabah pimpinan Yong Teck Lee sebagai rakan dialog dalam rundingan pengagihan kerusi.
Berdasarkan senario ini pertandingan pelbagai penjuru di kesemua kerusi parlimen dan negeri tidak dapat dielakkan lagi.
Situasi sebegini adalah amat memberangsang dari segi kelebihan politik kepada BN yang dijangka dapat mengekalkan Sabah sebagai benteng kuatnya.
Terkini, PKR juga terjerat pula dalam konflik ang tidak disangka-sangka dengan sekutu kuatnya Dap di negeri Johor. Pakatan Rakyat meletakkan harapan tinggi di Johor yang mereka jangka akan menjadi satu lagi korban pada PRU13 kelak.
PKR, Dap dan Pas berebut untuk meletakkan calon masing-masing kerana memikirkan Johor akan tumbang kepada mereka.
Pergaduhan mengenai kerusi parlimen Gelang Patah antara PKR dan Dap semakin serius apabila kedua-dua parti mengeluarkan hujah mengapa calon mereka patut bertanding di kawasan itu.
Ini menyebabkan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng mengeluarkan amaran keras supaya menghentikan perbalahan terbuka.
Beliau sedar perbalahan seperti sama sekali tidak akan menguntungkan Pakatan Rakyat malah akan mendedahkan kelemahan perpaduan antara ketiga-tiga parti.
Tidak ganjil Dap akan terjerumus dalam perkelahian merebut kerusdi kerana parti itu sememangnya tamak, angkuh dan tamak kerana berasakan dirinya sudah cukup kuat untuk menarik pengundi Cina pada pilihan raya ini.
Konflik dalaman Pakatan Rakyat di Johor juga bertambah arah apabila Pengerusi Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau  mendakwa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng menjadi dalang ke atas beberapa serangan hebat terhadap parti.
Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh pula menambah garam ke luka apabila dilihat menyokong tuduhan Dr Boo terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat dan mahukan satu siasatan dijalankan.
Apa yang berlaku kepada pakatan Rakyat kini adalah manifestasi sifat-sifat semulajadi yang tertanam dalam diri pemimpin-pemimpin PKR, Pas dan Dap.
Mereka saling curiga mencurigai antara satu sama lain seperti insiden Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman yang menggelar bosnya sebagai tokong, angkuh, bongkak serta gilakan kuasa.
Ketiga-tiga parti juga mempunyai sifat tamak yang keterlaluan dan tidak mampu mengikat kerjasama politik yang sejati seperti BN.
Setiap parti berfikir merekalah parti yang terkuat dalam gagasan longgar Pakatan Rakyat dan hasilnya pergaduhan pengagihan kerusi berlaku untuk membolot kerusi terbanyak bagi parti masing-masing.
Hakikatnya dengan kemelut yang tidak ada penyelesaiannya dalam masa terdekat, impian Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya nampaknya hanya akan tinggal khayalan dan fantasi semata-mata.

1 comment:

  1. ha ha ha lawan la sama-sama korang. Hidup BN

    ReplyDelete