Wednesday, May 1, 2013

Siapa Nak Tonton Filem Lakonan Anwar?


Ramai yang sudah mengambil langkah untuk menjauhkan diri dengan Drama King terhebat Malaysia, Anwar Ibrahim. Turut mengambil pendekatan yang serupa, bekas pengasas PKR dan sekutu rapat Anwar, Dr Chandra Muzaffar yang turut meninggalkan Anwar beberapa tahun yang dulu.

Beliau memberitahu pengamal media sebab beliau meninggalkan Anwar dengan mendedahkan sikap sebenar individu itu. Menurut Dr. Chandra, beliau mula meragui keperibadian Anwar selepas Anwar mendakwa ada cubaan menyuntik beliau dengan darah HIV+.

Keyakinannya terhadap Anwar juga semakin menipis selepas wujudnya perasaan curiga beliau ekoran Anwar yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan pro zionis dan Amerika Syarikat.

Chandra turut menambah, segala siri pembohongan yang dilakukan Anwar bermatlamatkan untuk meraih simpati rakyat. Dan dengan cara itu, Anwar merasa jalannya untuk menerajui Putrajaya dipermudahkan. Beliau turut menyelar sikap Anwar yang dilabel sebagai hipokrit dan menyifatkan dia seperti 'sesumpah' yang pandai berlakon bagi menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan bagi tujuan membohongi rakyat.

Kalau nak diingatkan, Anwar juga pandai buat kejutan kepada seluruh Malaysia. Pada mulanya dia dikatakan ingin bertanding di Perak. Namun, setelah keputusan dibuat, dia kembali ke Permatang Pauh untuk mempertahanka kerusinya di sana. Ini adalah salah satu lagi lakonan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, beliau sedikit pon tidak percaya dengan kata-kata Anwar yang mengatakan bahawa dia akn bertanding di Perak.

Malah beliau yakin Anwar tidak akan diterima rakyat jika dia bertanding di negeri itu. Tambahnya, itu hanya sekadar scene tambahan bagi pelakon Bollywood Malaysia. Manakali Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobala turut bersetuju bahawa Anwar merupakan kaki temberang.

Gobala berkata, beberapa pemimpin tertinggi parti PKR yang dahulu 'hidup mati bersama' Anwar turut angkat kaki meninggalkannya. Seramai 30 orang pemimpin tertinggi yang mengasaskan parti Keadilan telah meninggalkan Anwar kecuali dua orang yang masih lagi bersamanya.

Turut disokong berkenaan Anwar kuat membohong ialah rakan rapat Anwar ketika di universiti, Ismail Mina yang sekarang merupakan presiden Muafakat.

Beliau berkata, terlalu banyak pembohongan yang Anwar sudah lakukan, dan beliau sendiri berharap agar Anwar tersedar dalam mimpin indahnya dan mula berpijak di atas bumi yang nyata.

Percayalah, ini baru beberapa kerat sahaja yang dapat ditonjolkan, sebenarnya b anyak lagi penipuan-penipuan Anwar didedahkan oleh rakan-rakan yang bosan dengan sikap ketua umum Pakatan Rakyat ini.

Sebab dia memang kaki kelentong!!!!!



3 comments:

  1. Hanya kanak2 yg kata bijak intrnet je yg skg anwar.dia trtarik dgn pidatonya.biasalah blum matang snang d kelentong

    ReplyDelete
  2. Orang yang buka pekongnya ialah orang yg pernah rapat dgnnya. Pun begitu yg jauh2 ni plak dok bela sangat dapat apa? Kan sudah terang lagi bersuluh! Dah dahlah tu!!!!Tuhan maha mengetahui

    ReplyDelete
  3. yg pelik kekentongnya menjadi, ramai percaya. apa pun Allah SWT selamatkanlah Malaysia tercinta dari musibah & mala ptaka akibat pemimpin palsu, amin.

    ReplyDelete