Thursday, September 10, 2009

ABDUL HADI AWANG AL-WAHHABI MENISBAHKAN ALLAH BERTANGAN (ANGGOTA)

Tuesday, September 1, 2009







BERKATA ABDUL HADI AWANG ( PRESIDEN PAS ) :

"..Beliau telah..beliau [Ibn Taymiyah Al-Harrany] dan pengikut-pengikutnya menentang sekeras-kerasnya mereka yang mentakwil ayat-ayat yang mutasyabihat..ayat-ayat yang mutasyabihat..ayat-ayat yang di antaranya menyamakan tuhan dengan makhluk tuhan ( يد الله ) tangan tuhan.."

Dia berkata lagi :

"..Fis samak tuhan duk di atas langit tidakkah tuhan duk bertempat? ini termasuk dalam Hadis yang mutasyabahat..jadi golongan salaf mengatakan paka zohir Hadis.. langit langitlah tapi dok sama dengan makhluk tok sama dengan bulan dan bintang.. tok sama.. "..KITA TAK MAMPU NAK FIKIR..NAK FIKIR..TANGAN-TANGAN..TANGAN TAK SAMA DENGAN TANGAN MANUSIA..tangan..tangan menatang tangan makhluk tak sama..mata mata tak sama dengan mata makhluk.." Intaha.

PENJELASAN ;

  1. Al-Yad

  2. Ayat-ayat Al-Yadd di dalam al-Qur’an

  3. Definisi Al-Yad menurut bahasa Arab

  4. Al-Yadd menurut pandangan Muhaddtsin

  5. Al-Yadd menurut pandangan Mufassirin .

  6. Al-Yadd menurut kacamata Imam Al-Razi

  7. Ulasan.


Sifat Al-Yad


Al-Yadd merupakan sifat dzatiyah, Khabariyah yang terdapat di dalam al-Qur’an, berikut penulis senaraikan sebahagian ayat-ayat sifat Al-Yad yang terdapat di dalam Al-Qur’an.

Ayat-ayat sifat Al-Yadd di dalam al-Qur’an
[1]:

a) Fiman Allah Taala : Surah Al-Fath (48) Ayat 10

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

b) Firman Allah Taala : Surah Al-Maidah (05)Ayat 64

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

c) Firman Allah Taala : Surah Al-Imran ( 03 )Ayat 73

وَلَا تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَنْ تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَى هُدَى اللَّهِ أَنْ يُؤْتَى أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِنْدَ رَبِّكُمْ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

d) Firman Allah Ta’ala ; Surah Sad ( 38 ) Ayat 75

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ

Definisi Al-Yad Menurut Bahasa Arab

Al-Yadd menurut lisan ’Arab
[2] adalah Atraf al-Asabi’ ila al-Katif (bermaksud hujung jari hingga ke bahu). Manakala mengikut apa yang telah ditulis oleh Ibn Hajar Al-Asqolany di dalam kitabnya Fath al-Bari[3], kalimah al-Yadd diertikan kepada beberapa maksud sehingga mencapai dua puluh lima makna diklasifikasikan dalam bentuk Hakikat Wa Al-Majaz, antaranya seperti berikut:

i) Al-Jarihah (Anggota tubuh badan)

ii) Al-Quwwah
[4] (kekuatan). Firman Allah Taala :Surah Sad (38) Ayat :17

اصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَاذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُودَ ذَا الْأَيْدِ إِنَّهُ أَوَّابٌ

iii) Al-Mulk ( Kekuasaan) Firman Allah Taala :Surah al-Imran (03) Ayat 73

قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

iv) Al-’Ahd (Perjanjian) Firman Allah Taala Surah Al-Fath (48) Ayat 10

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

v) Al-Ni’mah wa al-Qudrah.[5]Firman Allah Taala,surah Sad (38) ayat (75 )

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ

vi) Al-Zill ,Firman Allah Taala,Surah al-Taubah (09)Ayat(29)

قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ

vii) Al-Sultan

viii) Al-Ta’ah

ix) Al-Jama’ah

x) Al-Tariq

xi) Al-Tafarruq

xii) Al-Hifz[6]

xiii) Al-Qaus a’laha

xiv) Yad al-Saif Maqbadah

xv) Yad al-Rahyi ’aud al-Qabid

xvi) Janah al-Tair

xvii) Al-Muddah

xviii) Al-Ibtida’

xix) Ya al-Saub

xx) Ya al-Shai’ amamahu

xxi) Al-Taqah[7]

xxii) Al-Naqd

Imam al-Raghib al-Asfahani [8]menyokong pandangan yang diutarakan Imam Ibn Hajar lalu melakukan sedikit penambahan dengan menyebut al-Yadd juga boleh di maksudkan dengan kemusnahan (al-Muhlakat).

Firman Allah Ta’ala :

يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ[9]

Melalui takrifan yang dikemukakan oleh lbn Mandhur, Ibn Hajar Al-Asqolany dan Al-Raghib Al-Asfahani, Kalimah al-Yadd boleh difahami melalui maksud hakikat dan majaz (Kiasan). Menerusi kalimah tersebut, terdapat pelbagai makna yang tersirat disebalik maksud yang ingin disampaikan melalui satu perkataan dengan pergantungan kepada maksud yang ingin disampaikan oleh sesuatu ayat.

Al-Yadd Menurut kaca mata muhadditsin (Pakar Hadis)

Berikut disenaraikan antara pendapat dan pandangan muhadditsin berkaitan sifat ;

a) Ibn al- Jauzi dalam karyanya berpendapat
[10] :

”Ayat tersebut telah diturunkan kepada golongan Yahudi yang datang bertanyakan soalan berkaitan dengan sifat Allah Ta’ala.”Wahai Muhammad sifatkan kepada kami tuhan kamu? Lalu Nabi Muhammad menjawab :Bagaimana harus aku sifatkan Tuhan pencipta alam yang telah menjadikan langit dan bumi, maka Nabi Muhammad mengemukakan Ayat-ayat al-Qur’an sebagai hujah termasuklah ayat yang mengandungi kalimah al-Yadd........seterusnya beliau membuat ulasan dengan pendapatnya: ”Ayat yang dinyatakan Nabi menerusi ayat tersebut adalah sebagai Qudratnya.”

b) Imam Ibn Hajar Al-Asqolany meriwayatkan dari Ibn Battal katanya :

Biyadayya dalam ayat tersebut merupakan Sifat Zat bagi Allah s.w.t dan bukanya jarihatain (anggota tubuh sebagimana makhluk), khilaf dengan apa yang dianuti golongan Mushyabbihah, cukup sekadar kita menidakkan kalam mereka dengan mengemukakan makna biyadayya : bi al-Qudrah”
[11]

Al-Yadd Menurut Pandangan Mufassirin .

Berikut disenaraikan pandangan Mufassirin yang membicarakan masalah al-Yadd :

a) Al-Hafiz Muhammad Ibn Jarir al-Tabari mentakwil Firman Allah Ta’ala :

i) Ayat 73 : Surah al-Imran (03)

وَلَا تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَنْ تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَى هُدَى اللَّهِ أَنْ يُؤْتَى أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِنْدَ رَبِّكُمْ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Sifat al-Yadd ditakwil kepada maksud al-Qudrah wa al-Mulk[12]. intaha

ii) Ayat 47 : Surah Al-Zariyat (51)

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

Sifat al-Yadd ditakwil kepada maksud bi al-Quwwah[13].Intaha

Al-Thaa’labi menerusi karya tafsirnya,Jawahir al-Hisan fi Tafsir al-Qur’an [16],juga mentakwil ayat 75 dari Surah Sad dengan pendapat :” Bi Yadayya dalam firman Allah adalah perumpamaan terhadap kudrat dan kekuatan”. Intaha.

AL-YADD MENURUT KACAMATA IMAM AL-RAZI

Al-Razi semasa berinteraksi dengan ayat sifat al-Yadd, telah mentakwil ayat tersebut kepada beberapa makna yang selayaknya dengan Allah s.w.t, bersesuaian dengan konsep tanzih. Beliau dengan tegasnya menolak al-Sifatiyyah yang menyatakan Al-Yadd itu sebagai tangan Allah. Ayat-ayat tersebut wajib ditakwil kepada makna majazi (Kiasan).

Menurut beliau terdapat beberapa makna majazi menerusi sifat al-Yadd yang layak ditentukan maknanya (takwil) terhadap ayat-ayat tersebut antaranya :

a) Al-Qudrah (Kuasa)
[17].

Firman Allah Ta’ala :

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا .

”Makna perkataan (يَدُ اللَّهِ) difahami dengan makna Qudrah Allah . Qudrah merupakan suatu sifat yang Qadim, wajib bagi zat yang Wajib Al-Wujud (Allah), maka wajib ia memiliki dan menguasai pada setiap yang ia miliki”[18]. Intaha.

Menurut beliau lagi :

”Qudrah adalah sifat yang mana zat yang bersifat qudrah boleh menjadikan dan boleh mewujudkan sesuatu yang mumkin (makluk). Contohnya Kewujudan Nabi Adam merupakan sesuatu yang mumkim , yang tergolong di dalam kuasa dan kudratnya.

Bagi menjelaskan pendapat yang dikemukakan, beliau menggunakan hujah ketinggian Bahasa Arab itu sendiri serta sokonngan dalil ’akli akal untuk menyokong dakwaan beliau antaranya.

1. يد السلطان فوق يد الرعية

Zahirnya bermaksud: Tangan Sultan itu di atas tangan rakyat. Ini adalah bukan makna sebenar ibarat ini bahkan Maknanya : KUASA SULTAN ITU MENGATASI KUASA RAKYAT.

2. هذه البلدة في يد أمير و إن كان أمير مقطوع اليد

Maksudnya zahirnya : Negeri ini ditangan Sultan, meskipun Sultan itu tangannya sudah terpotong. Makna Sebenarnya ; NEGERI INI DIBAWAH PEMERINTAHAN SULTAN.

3. فلان في يده الأمر , والنهي , والحل , والعقد , والمراد ماذكرناه

Maksudnya Zahirnya : Si pulan itu di tangannya terletak perintah, larangan, menghuraikan dan melantik. Yad di sini bukan bermakna anggota tetapi kuasanya menyeluruh untuk melaksana, melarang, memecat, melantik.


b) Nikmat.

i) Firman Allah Taala :

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ[19]

ii) Firman Allah Taala:

قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ [20]

Menurut beliau :

”Adapun makna yadd pada ayat di atas adalah bermaksud nikmat Allah. Ayat ini adalah antara ayat-ayat yang diturunkan kepada kaum yahudi yang menggatakan nikmat Allah itu tersekat dan tidak sampai kepada mereka. Maka Allah menjawab dengan menerangkan sebenarnya nikmat Allah itu adalah terbuka kepada mereka, Malah mereka banyak menerima nikmat-nikmat Allah. Nikmat merupakan salah satu daripada makna majazi, bersesuaian dengan kalimah al-Yadd, kerana kebiasaanya alat untuk memberi sesuatu nikmat adalah dengan menggunakan tangan. Perkara ini diklasifikasikan sebagai menyebut sebab tetapi makna yang dihajati adalah musabab.

إطلاق الإسم السبب على المسبب

Menurut beliau lagi,

”Jika ayat-ayat sifat yang mutasyhabihat tidak ditakwil, maka sudah pasti ayat-ayat tersebut memberi maksud, Allah itu berada di atas ‘Arash dan tanganya berada di bumi. Perkara ini adalah mustahil pada sifat Allah s.w.t”.intaha

Ulasan.

Ayat sifat al-Yadd yang disebut dalam al-Qur’an diklasifikasikan sebagai ayat-ayat yang kabur maksudnya (mutasyhabihat) .Menerusi zahir lafaznya ayat tersebut menggambarkan Allah s.w..t memiliki sifat al-Yadd yang sama sebagaimana yang dimiliki makhluk. Justeru majoriti ulamak Ahl Sunnah cuba menghuraikan maksud sebenar yang ingin disampaikan al-Qur’an menerusi kalimah tersebut. Huraian yang dilakukan oleh ulamak terbabit kebanyakkannya menjurus kepada takwil tafsili.

Menurut Imam al-Razi, takwil adalah cara yang terbaik bagi mentanzihkan Allah dari sebarang bentuk persamaan, justeru beliau memilih untuk mentakwil ayat-ayat sifat tersebut dengan makna kuasa dan nikmat bersesuaian dengan kehendak ayat. Erti kiasan yang dipilih beliau adalah selari dan dibenarkan ilmu bahasa, malah ianya tidak menyimpang dari ketentuan syarak yang telah memenuhi syarat-syarat takwil.


Adapun mereka yang berpegang dengan zahir ayat mutasyabihat seperti yang dilakukan oleh Abdul Hadi Awang Al-Mujassim dan menyelewengkannya terhadap Al-Quran dan Al-Hadis mengikut kepala sendiri tidak lain n tidak bukan melainkan ia menunjukkan kedangkalannya dalam Bahasa Arab yang amat membimbangkan.

Berkata Imam Ar-Rifaie Al-Kabir, seorang sufi yang agung ;

وصونوا عقائدكم من التمسك بظاهر ما تشابه من الكتاب والسنة لأن ذلك من أصول الكفر

” Peliharalah Akidah-Akidah Kalian Daripada Berpegang Dengan Zahir Ayat Dan Hadis Mutashabihat Kerana Yang Demikian Itu Adalah Asal Kekufuran”. Intaha

Disusun oleh ;


pasvspas@yahoo.com

FOOTNOTE ;


[1] Selain ayat-ayat yang disenaraikan di atas,ayat sifat al-Yadd telah dikenalpasti terhadap ayat ayat seperti berikut : Surah Al-Zumar (39)Ayat 68,Surah Al-Maidah (05)Ayat 64, Surah Al-Zariyat (51) Ayat 47dan Surah Al-Anbia’ (21)Ayat 104.
[2] Ibn Mandhur,j : 15,h 419
[3] Ibn Hajar al-’Asqalani (1418H/1997M)Op cit ,j : 13 ,h : 379-383
[4] Ibn Mazur,Op Cit, j :15 ,h : 423,Lihat juga Imam al-Munazzah ’Abd Rahman al-Jauzi (1992) Daf’u Shubhah al-Tashbih bi Akaffu al-Tanzih,Syaykh Hassan Saqqaf (tah)Jordan ,Dar Imam al-Nawawi,c : 2, h : 115-116
[5] Ibid,h : 115
[6] Al-Suyuthi,Sharh al-Suyuthi ’Ala Sunan al-Nasai (1986)Syaykh ‘Abd Fattah Abu Ghadah,C : 2,Halab, Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah,j : 7, h : 94
[7] Ibn Manzur,Op Cit,j : 3,h : 81
[8]Al-Raghib al-Asfahani,(1961)Al-Mufradat,Muhammad Sayyid al-Kilani (Tah)Kaherah,Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa awladihi,h550,Lihat juga Muhammad bin Ya’kub al-Fairuzabadi,(1413H/1993)Al-Qamus al-Muhit,Ustaz Muhammad Na’im al-’Arqasusi(Tah), Bayrut, Muassasah al-Risalah,C : 3,h : 1736
[9] Surah al-Anbi’a (09)Ayat(104)
[10] Ibn Al-Jauzi,Op Cit,h : 211
[11] Ibn Hajar al-’Asqalani,(1418H/1997M),j :13,h : 481
[12] Al-Tabari,Opcit,j 3 ,h : 316
[13] Ibid
[14] Al-Syawkani,Op Cit,j :
[15] Surah Sad ( 38 ) Ayat 75
[16] Abd Rahman Bin Muhammad bin Makhluf al-Tha’alabi,Jawahir al-Hisan fi Tafsir al-Qur’an,Bayrut, Muassasah al-’Alami li al-Matbua’at, j : 4, h : 45
[17] Al-Razi,Op Cit,j 27,h : 87
[18] Surah Al-Fath (48) Ayat 10.
[19] Surah Al-Maidah (05)Ayat 64
[20] Ibid

1 comment: