Thursday, September 10, 2009

INSTITUSI PONDOK DALAM PEMERHATIAN WAHHABIYAH DAN QUTBIYAH

Thursday, September 3, 2009


PENGENALAN

Pondok adalah institusi tertua yang diwarisi semenjak dari zaman Rasulullah Shollallahu ’Alaihi Wasallam lagi. Institusi pondok memainkan peranan penting dalam menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada Masyarakat Islam setempat. Institusi ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan dikatakan paling tinggi kedudukannya serta mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat melayu. Institusi ini menyediakan pengajian yang terbuka kepada masyarakat dan memberi peluang belajar yang seluas-luasnya kepada pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang menarik mengenai institusi pondok ini sebagai medium pengajian Islam ialah kebanyakan penghuninya datang berkumpul dengan kerelaan hati sendiri untuk tujuan ikhlas menuntut ilmu dan inilah yang membezakannya dengan pendidikan formal. Manakala tenaga pengajarnya pula disifatkan sebagai mengajar tanpa gaji, ikhlas semata-mata mencari keredaan Allah Ta’ala sahaja.

Pembinaan pondok adalah sengaja dibentuk dalam keadaan yang sederhana dan cukup tawadhuk. Kebiasaannya pondok diperbuat daripada papan, kayu-kayu hutan, dan beratapkan rembia atau nipah. Pondok biasanya dibina untuk kediaman seorang atau 2 orang penghuni sahaja. Pondok yang besar dibina untuk didiami 4 atau 8 orang. Sekarang ini pondok sudah dibina dengan bentuk lebih besar lagi dengan binaan daripada batu dan sudah mengalami proses kemodenan.

Pondok adalah ibarat rumah kecil untuk sementara waktu dan juga merupakan institusi agama yang melatih para pelajar supaya menjadi para ulama’ terkemuka. Kalau dulu rumah Al-Arqam Bin Abu Arqam (Addar Ar-Arqam) menjadi sekolah pertama, tempat belajar, dan tempat pertemuan Nabi dengan para sahabat dan kini pondok pula memainkan peranan yang sama. Begitu juga Masjid Quba dan Masjid Nabawi memainkan peranan yang sama sebagai pusat menyampaikan Ilmu Islam di samping peranan-peranan lain seperti pusat pertahanan, syura, perbincangan ilmiyah dan sebagainya. Pada zaman sahabat, mereka membuka pengajian Islam secara bertalaqqi di semua masjid di seluruh negara. Pada pemerintahan Abbasiah, kuttab atau pondok dibina sebagai tempat menuntut ilmu pengetahuan dari sudut struktur dan bentuk bangunan.

Kemunculan institusi pondok di Tanah Melayu dipercayai awal abad ke 18 sehingga abad ke 19 malah kata guru penulis ianya bermula lebih awal lagi ; seawal pertapakan Islam di semenanjung Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong) Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.

Pengajian pondok muncul dan berkembang seiring dengan penyebaran Agama Islam itu sendiri. Sistem pengajian ini menjadi begitu terkenal pada suatu ketika dahulu bahkan boleh dikatakan ia adalah satu-satunya pendidikan Islam yang sudah ada sebelum lahirnya sistem persekolahan sekular yang diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris.


SISTEM PONDOK YANG AGUNG

Secara ringkas dapat penulis rakamkan di sini, Ulama silam Nusantara, samada ulama silam Di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun di Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah AL-QURAN dan AL-HADIS. Namun dalam masa yang sama sumber-sumber yang lain seperti IJMA’ ULAMA dan QIYAS AS-SHAHIH tidak kurang pentingnya kerana ianya amat memerlukan di antara satu sama lain. Oleh itu, ulama’ Islam bersepakat bahawa sumber pensyari’atan Islam yang menjadi dustur (perlembagaan) Umat Islam terdapat 4 elemen iaitu AL-QURAN, HADIS, IJMAK ULAMA’ dan QIYAS AS-SHAHIH. Selain dari itu, mereka menolak keras untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata, bahkan hujah akal itu hanya boleh digunakan sebagai syahid kepada syara’ (bukti kebenaran syara’) sahaja[1].

Cara yang dibawa oleh ulama’ Ahlus-Sunnah Wal Jama'ah di Nusantara merupakan sebuah manhaj yang mengambil jalan tengah antara ekstrem aqli (rasional) dengan ekstem naqli (skriptural). Manhaj semacam itu dirujuk dari metodologi ulama’-ulama’ agung terdahulu seperti Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi dalam bidang teologi (ketauhidan). Kemudian dalam bidang feqah mereka mengikuti empat Madzhab Hanafi, Maliki, Syafi'e, dan Hanbali. Sementara dalam bidang tasawuf, mengembangkan metodologi Imam Junaid Al-Baghdadi dan Imam Al-Ghazali, yang memurnikan antara tasawuf dengan syariat.


INSTITUSI PONDOK MELAHIRKAN PARA ULAMA’ NUSANTARA

Sebagai sebuah institusi yang menjadi keikhlasan, dan pengorbanan pada agama sebagai simbol dan teras perjuangan, Pondok banyak melahirkan ramai Ulama’-ulama’ yang berkaliber. Ini adalah kerana mereka berpegang dengan KONSEP BERTALAQQI dalam pengambilan Ilmu Agama dengan orang yang Tsiqah (Ahlu “Ilmu) secara bersanad seperti mana yang diamalkan oleh ulama’ salaf mahupun khalaf. Ini adalah kerana menyahut saranan Rasullullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين، إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه "

Yang bermaksud ;

“ Barangsiapa yang dikehendaki Allah Ta’ala akan kebaikan pada dirinya nescaya diberi kepahaman dan kefaqihan di dalam agama, kerana sesungguhnya Ilmu pengetahuan [agama] itu mestila diperolehi dengan bertalaqqi dan ilmu feqah itu diperolehi juga dengan talaqqi [talaqqi dengan orang yang pakar dan tsiqah dalam bidang itu]"[2].

Dan juga beramal dengan kata-kata Al-Hafidz Abu Bakar Al-Khatib Al-Baghdady, salah seorang pakar hadis yang agung ;

قال الحافظ أبو بكر الخطيب البغدادي أحد كبار المحدثين:" لا يؤخذ العلم إلا من أفواه العلماء ".

Yang bermaksud ;

“ Jangan sekali-kali kalian mengambil ilmu [agama] melainkan ilmu agama yang diajar oleh para ulama’ [bertalaqqi]”.

Diriwayatkan daripada Ibn sirin bahawa baginda Shollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda ;

وروى مسلم عن ابن سيرين أنه قال:" إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم ".

Yang bermaksud ;

“ Sesungguhnya ilmu ini merupakan ilmu agama, maka periksalah dari siapakah engkau memperolehi agamamu”.
[3]

Sistem ini mula berkembang di Nusantara dengan pesat pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua. Antara tahun 1910 hingga 1045 M boleh dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pengajian pondok di Kelantan. Pondok pada masa itu telah mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama’-ulama’ terkenal yang mengharumkan nama negeri Kelantan secara khususnya. Sehinggakan sesetengah pondok pada masa itu mempunyai penuntut yang lebih dari seribu orang.

Antara Ulama’- ulama’ yang lahir hasil didikan Institusi Pondok yang tawadhuk di Nusantara ini ialah ;

MALAYSIA

  1. Syeikh Abdullah Fahim
  2. Dato' Tg Dato' Hj Ahmad Maher
  3. Sheikh Abdul Halim
  4. Syeikh Idris Al-Marbawi
  5. Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti
  6. Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung
  7. Sheikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani
  8. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim Al-Kalantani.
  9. Khatib Kelantan
  10. Tuan Guru Hj Awang Fakir.
  11. Tuan Guru Hj Yahya Kupang
    Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kalantani)

  12. Tok Pulai Condong
  13. Tok Pulau Ubi (Yusuf Abdul Rahman)
  14. Tuan Guru Haji Abdullah (Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman)
  15. Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah)
  16. Tg Pakcu Him Gajah Mati ( Kedah)
  17. Saiyid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-'Aiderus (Terengganu)
  18. Sheikh Muhammad Amin atau Tok Duyung (menjadi ulama terkenal Terengganu)
    Wan Abdullah Tuan Tabal

  19. Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah
  20. Dan Ramai Lagi


PATANI (THAILAND)

  1. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
  2. Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani
  3. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani
  4. Sheikh Abdur Rahman Gudang (murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani)
    Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani.

  5. Sheikh Abdul Mubin al-Fathani
  6. Sheikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani 'Tok Lubuk'.
  7. Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Tok Bukit Bayas.
  8. Sheikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani
  9. Sheikh Muhammad Nur al-Fathani (seorang ulama dan Kadi Mekah pada zamannya)
  10. Sheikh Muhammad bin Ismail bin Ahmad al-Fathani @ Sheikh Muhammad Shaghir al-Fathani Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani)
  11. Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba). Beliau adalah murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.
  12. Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani
  13. Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Fathani
  14. Sheikh Yahya Legih ar-Ramani al-Fathani,
  15. Sheikh Ismail/Pak De 'El bin Abdul Qadir al-Fathani,
  16. Sheikh Muhammad Nashir al-Fathani


BRUNEI DARUSSALAM

1. Pehin Orang Kaya Di Gadong Awang Syihabuddin.


INDONESIA

  1. Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani.
  2. Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani
  3. Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.
  4. Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
  5. Sheikh Shafiyuddin (Tok Raja Faqih).
  6. Sheikh Muhammad Sa'id
  7. Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari
  8. Kiai Haji Muhammad Shalih al-Fathani (pegawai tinggi di Departmen Agama Republik Indonesia)
  9. Teungku Daud Beureueh (1896-10 Juni 1987) . Beliau termasuk salah seorang keturunan ulama Patani yang berhijrah dari Patani ke Aceh pada zaman dulu.
  10. Sheikh Nuruddin ar-Raniri
  11. Sheikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid Bogor,
  12. Sheikh Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili
  13. Sheikh Abdul Haq.
  14. Syeikh Jalaluddin Al-Asyi

Perjuangan ulama’- ulama’ tidak sunyi daripada Mehnah dan tribulasi semasa yang datangnya daripada musuh Islam samada musuh secara terang-terangan atau musuh dalam selimut seperti golongan Al-Wahhabiyah, Qutubiyah dan Hizbul Tahrir.

Penyelewengan pada agama bukan hanya berlaku di tanah Arab sahaja bahkan ianya telah tersebar di merata-rata tempat. Fitnah kepada agama ini adalah berpunca daripada sikap ketidaktanggungjawaban sesetengah pihak yang semata-mata mencari kepentingan sendiri, mengabaikan amar maaruf dan nahi mungkar sehinggakan lahir golongan yang menjadi musuh dalam selimut dalam beragama seperti golongan MUKTAZILAH, KHAWARIJ, MUSYABBIHAH, WAHHABIYAH, AJARAN IBN TAYMIYAH, JAHMIYAH, SYIAH, dan sebagainya. Mereka adalah topeng yang berjubah, berjanggut, berkata-kata manis menggunakan Al-Quran dan Al-Hadis secara zuuran wa buhtanan. Al-Quran dan al-Sunnah sering pula dijadikan alat bagi meraih kesenangan, pengaruh dan populariti untuk survival kehidupan.

Sebenarnya ulama-ulama besar kita di dunia Melayu sejak lama sudah mempersiapkan benteng yang kukuh, membendung umat Islam di kawasan Nusantara daripada pelbagai penyelewengan.
Ia dapat dibuktikan dengan karya-karya mereka dalam pelbagai keilmuan. Ulama-ulama dunia Melayu yang dianggap menguasai banyak bidang ilmu di antaranya orang Banjar meriwayatkan bahawa Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (1122 H/1710 M - 1227 H/1812 M) menguasai sekurang-kurangnya 35 bidang ilmu.

Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272 H/1856 M - 1325 H/1908 M) pula dirakamkan dalam majalah Pengasuh sanggup mengarang dan mengajar sekurang-kurangnya 47 bidang ilmu. Dalam majalah Pengasuh terbitan yang sama juga disebutkan bahawa Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali, 1287 H/1871 M -1352 H/1933 M) memperoleh 24 bidang ilmu daripada gurunya, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Sungguhpun demikian yang sangat-sangat diberatkan atau ditekankan sebagai FARDU AIN adalah tiga bidang ilmu, ialah akidah, fiqh dan tasawuf. Ketiga-tiga jenis ilmu di atas inilah dianggap benteng pertahanan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah di dunia Melayu.

Walau bagaimanapun, yang benar-benar bernama Ahlus Sunnah wal Jamaah itu menurut kebanyakan ulama ialah pegangan pada akidah, yang dalam hal ini terdapat dua tokoh imam besar. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy'ari (260 H/873 M - 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333 H/944 M).

Imam dalam fiqh pula sekurang-kurangnya banyak dibicaranya empat orang ialah: Imam Hanafi (80 H/699 M - 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H - 179 H), Imam Syafi'ie (150 H/768 M - 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H - 241 H). Imam dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910M. sebagiman keterangan yang lalu.

Mencari keberkatan adalah misi utama bagi bagi Guru-guru pondok ini. Kebanyakan tenaga Pengajar tidak mahu menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima infak dari kutipan zakat sahaja. Beliau amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.

ISTANA MENITIK-BERATKAN PENGAJIAN BERTALAQQI

Sebelum kemerdekaan Indonesia (17 Ogos 1945), hampir semua kerajaan dalam jajahan Belanda di dunia Melayu, termasuk di Semenanjung yang dijajah oleh Inggeris berpegang teguh dengan Mazhab Syafie dalam fiqh dan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dalam akidah (Asya’iroh Dan Maturidiyah)

Perhatian raja-raja Melayu mengenai perkara yang tersebut sangat jelas, sebagai contoh tokoh Johor, bernama Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar dalam karya akidahnya berjudul Matnur Risalatit Tauhidiyah pada pendahuluan dicatatkan, "Dan lagi inilah satu daripada beberapa risalah dan kitab-kitab pelajaran yang dibawa balik ke Johor oleh Yang Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Johor, iaitu pada masa Al-Marhum itu melawat negeri Mesir di dalam bulan Mac tahun 1893 [Masihi]."

Dimaksudkan ialah sebuah risalah tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang berjudul Al-'Uqudud Durriyah karya ulama Mesir bernama Sheikh Hamzah Fathullah, pemeriksa sekolah-sekolah Arab di Mesir. Karya tersebut diterjemahkan oleh Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar ke dalam bahasa Melayu. Setelah menterjemahkan matan, Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar menulis pula mensyarahkan risalah itu yang diberi judul Syarhur Risalatit Tauhidiyah.

Haji Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Jabbar Syah al-Jarimi al-Fathani adalah seorang ulama Patani yang menjadi guru Sultan Pahang, dalam karya akidahnya berjudul Najatul Ikhwan fima Yahshulu bihil Islam wal Iman (1337 H/1919 M).

Pada halaman muka dinyatakan, "Diterjemahkan ini kitab dengan titah Yang Mulia al-Mu'tashim Billah as-Sulthan Abdullah al-Muzhaffar Syah ibni al-Marhum as-Sulthan Ahmad al-Mu'azhzham Syah Pahang ...".

Daripada kedua-dua maklumat di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa raja-raja Melayu silam mengambil perhatian berat tentang membentengi negeri-negeri di bawah naungan baginda dengan pegangan yang betul, itulah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Dan diharapkan sistem kesultanan hari ini sentiasa menjaga kemurnian warisan Ahlus Sunnah Wal Jamaah ini dengan menyokong dan memberi kerjasama dengan sebarang apa bentuk pengajian agama yang benar yang dijalankan oleh institusi pondok.


ULAMA’ PONDOK BANYAK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PAS

Antara Ulamak Pondok yang pernah memberi sumbangan yang banyak terhadap parti PAS pada era 1960-an ialah Tuan Guru Hussin Rahimi, iaitu tuan guru di Madrasah Ahmadiyah, Bunut Payung, Kelantan. Tuan Guru Haji Hussin yang menyertai PAS pada 1954 iaitu sebaik sahaja PAS membuka sayapnya di Kelantan ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sebelum diambil alih oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1968. Ini bermakna Tuan Guru Haji Hussin ialah salah seorang pemimpin kanan PAS ketika itu, selain pernah menjadi wakil rakyat di Kota Bharu sebanyak dua kali iaitu pada 1959 dan 1964. Nama sebenar beliau ialah Hussin Rahimi bin Saman bin Abdul Rahman. Di sebelah bapanya, Tuan Guru Haji Mat Saman merupakan seorang ulama yang terkenal di Pasir Puteh dan pernah belajar di Makkah sebelum Perang Dunia Kedua. Beliau terkenal dengan gelaran Haji Mat Saman Jawi kerana mahir kitab Jawi dan gelaran itu melekat padanya ketika berada di Makkah untuk dilaqabkan dengan nama beliau yang berasal dari Tanah Jawi (Nusantara). Tuan Guru Haji Hussin pernah bertolak ke Makkah dan mendapat sentuhan beberapa orang ulama terkenal termasuk Sheikh Yassin al-Fadani. Berkemungkinan beliau sempat belajar di Madrasah Darul Ulum, Makkah tempat di mana Sheikh Yassin menjadi mudir itu.

INSTITUSI PONDOK BERGERAK MENENTANG AJARAN WAHHABIYAH

Ajaran Wahhabiyah bahayanya tidak terhingga. Oleh kerana itulah, lahir kesedaran beberapa pelajar-pelajar pondok untuk bersatu menentang dan membasmi ajaran ini sehingga ke akar umbinya. Banyak Fitnah yang dilontarkan kepada golongan mulia ini sehinggakan ada di kalangan golongan Wahhabiyah hari ini menuduh mereka sebagai quburiyun ( mereka maksudkan penyembah kubur), makan duit anak yatim kerana menghadiri majlis-majlis tahlil, lapar duit si mati sehingga meminta-minta duitnya di perkuburan sambil membaca Al-Quran, memohon hajat dan doa kepada si mayat itu sendiri, menggelarkan mereka sebagi bapak bid’ah di Tanah Melayu, melabelkan guru-guru pondok sebagai syiah, mengkafirkan guru-guru pondok yang tidak mengundi, mengkafirkan mereka yang bertawassul dengan para anbiya’ dan solihin, mendakwa akidah yang diajar oleh guru-guru pondok iaitu kitab yang banyak membicarakan sifat 20 atau 13 sifat sebagai salah dan yang benar hanya pengajian tauhid 3T ( Tauhid Tiga) mereka sahaja, acara maulid yang diamalkan oleh mereka bersama penduduk Islam sebagai bid’aah melazimkan pelakunya masuk neraka, sesetengahnya sampai mensyirikkan dan mengkafirkan mereka, Menggelarkan penuntut pondok sebagai primitif, dan kuno dan berfikiran jumud, menentang sebarang bentuk tarikat yang diamalkan oleh mereka, dan banyak lagi kesesatan-kesesatan golongan wahhabi ini.

Hasil daripada kesedaran beberapa pihak khususnya pelajar-pelajar pondok itu sendiri maka usaha menjawab dan membalas tohmahan wahhabiyah itu diselenggara secara serentak dan sekarang mereka ini perlu kepada bantuan dan sokongan orang ramai dalam membasmi gerakan pemusnah agama ini yang dulunya dinamakan sebagai golongan muda.


USAHA JAHAT MENGHILANGKAN TARING INSTITUSI PONDOK

Peranan institusi pondok sebagai medium menyampaikan agama Islam yang sebenar kepada masyarakat dengan menitik-beratkan asas-asas agama (fardhu A’in) yang bermula dengan penerangan akidah yang sahih, mensucikan Allah daripada sebarang sifat makhluk, menentang mana-mana ajaran yang bercanggah dengan Islam seperti Muktazilah, Mujassimah, Khawarij, Wahhabiyah, Ibn Taymiyah, Syiah, Ayah Pin, Ajaran Tarikat Yang Sesat, Ajaran Kahar dan sebagainya meresahkan dan menjadi kegelisahan kepada Golongan Al-Wahhabiyah di dalam organisasi PAS secara khususnya. Ini adalah kerana sesetengah ajaran-ajaran ini sudah pun hidup subur dan mekar di dalam PAS bertunjangkan slogan indah “Perjuangan Islam”.



Pelbagai cara sudah pun nampak kelihatan jelas di mata orang ramai apabila ramai daripada tokoh-tokoh pondok disingkirkan daripada terlibat secara langsung di dalam PAS. Ini adalah kerana beralasan bahawa mereka sudah ada tokoh professional mereka sendiri yang terdiri daripada lulusan universiti tempatan dan juga lulusan luar Negara khususnya daripada Saudi. Oleh itu, mereka berani menteranjangkan institusi pondok dewasa ini, kerana kekuatan mereka dari segi bilangan, kewangan dan pengaruh politik pada tempat yang selesa.

GERAKAN WAHHABI PAS MENGHAPUSKAN INSTITUSI PONDOK

Akibat kecuaian Ibu bapa dan kerajaan Malaysia sendiri membenarkan pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di universiti luar Negara seperti Universiti [Islam] Madinah di Madinah, Jami’ah Abu Bakar di Pakistan yang sememangnya sebuah tempat mengilangkan pendakyah-pendakyah al-Wahhabiyah dan Al-Mujassimah menyebabkan ramai pelajar yang tamat pengajian daripada sana dan pulang ke tanahair menentang habis-habisan Ahlus Sunnah Wal-Jamaah Di Pondok-Pondok. Hasilnya, mereka pulang ke tanahair dengan suatu azam menyebarkan ajaran itu dengan pelbagai cara dalam pelbagai saluran samada melalui penulisan, pengajaran, berkecimpung dalam politik, dan sebagainya. Timbullah orang seperti ;

  1. ABDUL HADI AWANG ALMUJASSIM AL-WAHHABI
  2. DR NAJIB
  3. JOHARI MAT

Di antara punca lain, yang menyebabkan berlaku kemerosotan sistem pondok ialah amalan menuntut ilmu daripada guru-guru secara bersanad yang dipertahankan oleh institusi sekolah pondok selama ini sudah semakin berkurangan di samping sebab-sebab lain yang menjadi punca cabangan kenapa sistem ini diterajang oleh golongan Al-Wahhabiyah dan Al-Qutubiyyah.

MENGGUNAKAN PEMIKIRAN SYED QUTB DI DALAM PONDOK

Di tanahair kita, pendedahan terhadap pemikiran Syed Qutb yang sebenar, bahaya pergerakannya, pengkafiran Imam Hasan Al-Banna padanya, dan pembongkaran kesesatan-kesesatan yang dibawa oleh Syed Qutb kurang mendapat pendedahan di sisi masyarakat Islam hatta di sisi guru-guru pondok itu sendiri kerana mereka bersangka baik dengan mereka yang kononnya membawa slogan Islam dan melaung-laungkannya ke sana ke mari. Padahal mereka seperti kata orang melayu “Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.” Oleh itu, kita dapati walaupun ramai di kalangan ulama’ Pondok yang menentang golongan wahhabiyah tetapi mereka masih lagi tertanya-tanya dan keliru dengan pemikiran Syed Qutb yang menjadi asas kepada penubuhan PAS. InsyaAllah pada keluaran akan datang penulis akan membongkar jenayah ilmiyah Syed Qutb ini, dan bagaimana PAS meletakkan manhaj Syed Qutb sebagai dasar dalam perlembagaan parti dengan izin dan bantuan daripada Allah Ta’ala.

Diantara Pondok yang menjadi sasaran golongan mujassimah ini ialah ;

PUSAT PENGAJIAN PONDOK BACHOK, KELANTAN




PUSAT PENGAJIAN PONDOK, BACHOK

lebih dikenali dengan sebutan PONDOK MODEN oleh masyarakat umum, khasnya masyarakat setempat di Di Kandis, Bachok. PPP terletak berdekatan dengan KIST ( KOLEJ ISLAM SAINS TEKNOLOGI) dan juga berhampiran dengan beberapa buah sekolah rendah dan menengah Kandis. PPP terletak lebih kurang 5 km dari Pelabuhan Tok Bali dan terdapat papan tanda tertulis “Pusat Pengajian Pondok, Bachok” dalam tulisan rumi dan jawi. Ianya boleh dikatakan antara pondok termaju di Kelantan. Selain itu PPP adalah merupakan pondok terulung dan salah satu pondok yang terus hidup dan berkembang sehingga kini.


Pondok ini kemudiannya diambil dan diselenggarakan oleh Yayasan Islam Kelantan. PPP adalah satu-satunya pusat pengajian dan pendidikan Islam yang berteraskan pengajian secara traditional yang menitikberatkan pengajian bertallaqi sebagaimana yang diamalkan oleh ulama’-ulama’ terdahulu sejak berzaman-zaman.

Sistem di PPP merupakan lanjutan daripada sistem pengajian kitab-kitab silam yang terdiri daripada karangan Ulama’ terkemuka, samada dalam Bahasa Jawi Lama dan Bahasa Arab.

Antara kitab yang menjadi asas rujukan ialah :

  1. Jauhar At-Tauhid (Tauhid)
  2. Baiquniyah (Mustholah)
  3. Tafsir Jalalain (Tafsir)
  4. Bulughul Maram (Hadis)
  5. Matan Ajrumiyah Dan Syarahannya Mutammimah (Nahu)
  6. Syarah Ibn ‘Aqil (Nahu)
  7. Sudzur Az-Zahab (Nahu)
  8. Balaghah Al-Wadhih (Balaghah)
  9. Muwatto’ Malik (Hadis)
  10. Matan Bina’ Wal ‘Izzi Dan Syarahannya Kailany (Sorof)
  11. Taqrib (Fiqh)
  12. Al-Iqna’ (Fiqh)
  13. Al-Qalyuby (Fiqh)
  14. Al-Wajiz (Usul Fiqh)
  15. Bidayatul Hidayah (Tasauf)
  16. Mantiq
  17. Arudh Wal Qawafiah
  18. Tajwid
  19. Dan Sebagainya

Penuntut-penuntut yang memondok di sini datang dari serata negeri termasuklah dari Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, dan anak tempatan (Kelantan). Selain itu terdapat juga penuntut yang datang daripada luar Negara seperti penuntut dari Indonesia dan Thailand.

PPP pernah diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Mesir bagi membolehkan pelajar lulusannya melanjutkan pelajaran ke universiti berkenaan. Hasil daripada pengiktirafan tersebut menjadikan Pondok Kandis atau PPP sebagai institusi pengajian cara pondok pertama di Asia Tenggara diiktirafkan oleh Universiti Al Azhar. Ramai di kalangan anak-anak muridnya berjaya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian di Al-Azhar dalam pelbagai bidang agama diminati. Selain itu juga, ada yang menyambungkan pengajian ke Aceh, Jambi, Yaman dan Lubnan, Jordan, Syiria dan sebagainya.

Tetapi selepas beberapa tahun yang lalu, AL-AZHAR telah menutup peluang ini pada beberapa buah Negara termasuk Negara Malaysia kerana sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, peluang untuk ke Universiti Al-Azhar amat tipis bagi penuntut di PPP melainkan mereka mengambil pengajian tambahan di persekolahan formal dengan memperolehi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang cemerlang.

KEMASUKAN UNSUR –UNSUR PENGKHIANATAN DALAM PPP

Kebangkitan beberapa institusi pondok sebagai pusat pengajian yang bermetodologikan Imam Abu Hasan Al-As’ary Dan Imam Abu Mansur Al-Maturidy telah menjadi tarikan kepada masyarakat Islam setempat menyebabkan tercetusnya iri hati sesetengah pihak yang berfikiran Wahhabiyah dan Qutubiyah di dalam PAS. Lalu terdapat cubaan yang berkali-kali untuk menghapuskan sistem pengajian ini dengan pelbagai cara halus melalui pelbagai saluran.

Kali yang pertama berlaku pada tahun 2007 ialah cubaan Mohd Amar Abdullah / Nik Amar ( Pengikut Setia Ibn Taymiyah) meletakkan institusi ini di bawah pentadbiran KIAS (kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra). Perkara ini mendapat tentangan penuh dari keseluruhan pelajar PPP dengan sokongan sebahagian tenaga pengajar yang memahami hasrat Mohd Amar untuk meletakkan PPP di bawah KIAS. Sebagai menyatakan kesungguhan dalam mempertahankan institusi ini, sebahagian tenaga pengajar dan beberapa wakil pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar PPP telah berulang-alik ke SUK untuk bertemu dengan Nik Abdul Aziz sendiri, tetapi hanya sempat bertemu mata dengan Annual Bakri bagi membincangkan perkara tersebut. Usaha ini diakhiri dengan penyingkiran dalang dalam pondok.

Kali yang kedua berlaku pada tahun 2009 cubaan mengambil tanah yang diwakafkan oleh orang kampung untuk PPP. Akan tetapi mendapat tentangan dari para pelajar dan orang-orang kampung di situ, malah telah sampai ke pihak Sultan Kelantan. Sehingga kini usaha mengambil alih PPP masih tergendala. Pelajar-pelajar pondok yang melihat fenomena ini berlaku di hadapan mata mereka sendiri tidak berdiamkan diri bahkan ada di antara mereka berulang-alik ke Yayasan Islam Kelantan untuk membincangkan situasi ini secara serius dan menentang sebarang perubahan kepada pondok yang telah sedia ada. Hatta persatuan pelajar pondok yang selama ini sudah terbentuk menentang keras sebarang pencerobohan yang melibatkan KIAS dalam pentadbiran pondok.

Perkara ini mendapat PRO dan KONTRAnya di kalangan tenaga pengajar di PPP itu sendiri. Mereka yang bersetuju dengan cadangan itu adalah orang yang telah lama menjadi tali barut golongan wahhabiyah dalam PAS yang sememangnya mencari peluang untuk menghapuskan Sistem Pondok. Walaupun mereka sebelum ini berlatarbelakangkan pelajar pondok tetapi disebabkan pengajian di Mesir , Madinah, Pakistan atau tempat yang lain yang sekian hari dipengaruhi oleh Sistem Wahhabiyah maka mereka sedikit sebanyak sudah membawa fikrah ini ke dalam pondok dan diterapkan pengajian wahhabiyah secara halus tanpa disedari. Ini boleh dibuktikan dengan terdapatnya pengajian Fiqh Muqaran yang menggalakkan supaya pelajar memberanikan diri menjadi pentarjih kepada beberapa pendapat-pendapat ulama’ mujtahid yang sepatutnya dilakukan oleh seorang ulama’ yang bertaraf “ AHLUL WUJUH” di dalam mazhab. Manakala tenaga pengajar yang menentang cadangan ini bersuara lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa kepada Allah dan memberi semangat kepada penuntut-penuntut sahaja supaya membela sistem ini sedaya upaya. Manakala ada Tuan-tuan Guru yang hanya mampu menangis dan mengalirkan air mata kerana mengiktiraf ketidakupayaannya mengatasi masalah ini.

KIAS MERUPAKAN PUSAT MELAHIRKAN WAHHABI DI KELANTAN ;



Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikendalikan oleh KIAS Darulnaim Sdn Bhd (KDSB) anak syarikat Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).

Penubuhan KIAS merupakan kesinambungan dari Pusat Pengajian Tinggi Islam (PPTIK) Nilam Puri yang telah ditubuhkan pada tahun 1965. Pusat ini kemudiannya dikenali dengan nama Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) sehinggalah pada 1 April 1981 YPTIK telah diambil alih oleh Universiti Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Islam Universiti Malaya.

Berikutannya, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menubuhkan Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada 1994 di mana idea penubuhannya dicetuskan oleh Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Al-Mujassim. Idea Penubuhan KIAS merupakan salah satu inspirasi Kerajaan Negeri yang bercita-cita memusatkan Kelantan sebagai sebuah pusat penyebaran Ajaran Wahhabi dan Ajaran Qutubiyah dengan menyediakan institusi-institusi pengajian dalam pelbagai jurusan.
KIAS kini dipimpin oleh seorang tokoh mujassim moden yang merangkap sebagai Ketua Eksekutif KIAS ; DR JOHARI BIN MAT.


Johari Mat nama yang kini tidak asing lagi dalam institusi pendidikan di Kelantan. Selain berkelulusan Universiti [Islam] Madinah, dia mempunyai kesesatan-kesesatan dalam akidah yang sememangnya bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Akal yang salim.

Perkara ini dipetik di dalam himpunan kertas kerja seminar yang diadakan di Selangor bagi menyebarkan ajaran Wahhabi dalam erti kata menisbahkan akidah wahhabi kepada Imam Kita As-Syafi’e. Jelas sama sekali apa yang diutarakan oleh panel-panel yang berceramah bercanggah dengan apa yang dipegang oleh Imam Syafi’e. Antara yang sama-sama menjadi panel pada hari tersebut ialah bekas Muftary Perlis; Mohd Asri Zainal Abidin Al-Wahhabi dan Juanda Jaya yang merangkap Mufti baru di Perlis. Penulis sendiri adalah antara mereka yang hadir pada ceramah tersebut.

Di Antara Kesesatan-Kesesatannya ialah ;
  1. Johari Mat menyatakan : Antara akidah Al-Imam Al-Syafi'i (ini suatu memfitnah Imam Syafi’e) mengenai sifat Allah: SIFAT AL-QIDAM (KAKI). Katanya lagi ; Al-imam Al-Syafi'i mengithbatkan (mengakui kewujudan sifat qidam seperti beliau mengakui sifat-sifat lain. (Rujuk artikelnya bertajuk AL-IMAM AL-SYAFI'I - PEGANGAN DALAM ALIRAN AKIDAH pada muka surat 109 cetakan Karya Bestari)
  2. DAKWA ALLAH SIFATNYA BERJARI (Rujuk Kertas Kerjanya Dalam Himpunan Al-Imam Al-Syafi’i Kegemilangan Ilmu & Pemikiran Viii M/S).
  3. ALLAH BERADA DI ATAS ‘ARASY-NYA YANG BERADA DI LANGIT” ( Rujuk Kertas Kerjanya Dalam Himpunan Al-Imam Al-Syafi’i Kegemilangan Ilmu & Pemikiran Viii M/S 110 ))
  4. dan banyak lagi.

Selain itu juga kebanyakan pensyarah-pensyarah KIAS adalah lulusan Universiti [Islam] Madinah, Jordan atau lulusan selainnya kebanyakannya Berfikrah Al-Wahhabiyah. Amat mendukacitakan…

POHON SOLAT HAJAT BERAMAI-RAMAI

Berita pengkhianatan PAS ini amat mengejutkan penulis dan guru-guru pondok di Kelantan. Kejutan ini amat mengecewakan guru-guru pondok dan tidak pernah menyangka pun di benak fikiran sumbangan yang dicurahkan oleh kami kepada PAS selama ini bagaikan “Haruan Makan Anak”, padahal selama ini kamilah (institusi Pondok) yang memberi khidmat kepada mereka dengan memberi peringatan di kebanyakan masjid selepas kuliyah supaya memilih parti PAS kerana laungan indah mereka “Membangun Bersama Islam”, menghantar anak didik supaya memberi perkhidmatan percuma ketika hampir dengan waktu pengundian kerana kami bersangka baik bahawa merekalah yang boleh memimpin masyarakat Islam ke arah Islam yang sebenar, memperbetulkan akidah Umat Islam, menjaga keharmonian sejagat tetapi semua itu tinggal slogan dan simbol sahaja. Pada hakikatnya, merekalah yang bergiat di dalam Pas secara sembunyi-sembunyi menikam Agama Islam dan berperanan sebagai “API DALAM SEKAM”. Hatta Nik Abdul Aziz Al-Wahhabi dan Abdul Hadi Awang Al-Wahhabi sendiri yang menjadi idola meraka adalah bapak kepada mujassimah moden yang merancang dan merosakkan akidah Umat Islam.

Keadaan yang menyayatkan hati ini membawa penulis menyeru kepada masyarakat Islam supaya melakukan solat Hajat beramai-ramai, samada di masjid, di surau, madrasah atau di mana-mana sahaja memohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya semua gerakan mereka ini terhenti dan niat buruk mereka untuk menyentuh atau memperkosa kesucian pondok terbantut dengan izin dan bantuan Allah Ta’ala. Insya’ Allah dengan keberkataan doa daripada Tuan-tuan Guru yang telah tahu perkara ini dan juga masyarakat setempat yang kini menentang pengambilalihan, atau sebarang pengubahsuaian terhadap PPP ini akan memberi natijah yang positif kepada masyarakat setempat dan MEMBERI KESEDARAN KEPADA MEREKA BAHAWA ISLAM BUKAN HANYA BERMAIN DI LIDAH SAHAJA, ATAU SEKADAR TERTULIS DI ATAS BANNER, ATAU SEKADAR MELAUNGKAN“PERJUANGAN ISLAM” TETAPI ISLAM YANG SEBENAR IALAH YANG BERTEPATAN DENGAN 4 ELEMEN PENTING YANG TERDIRI DARIPADA AL-QURAN-AL-HADIS, AL-IJMA’, QIAS YANG SOHIH YANG MERUPAKAN ASAS DAN TUNJANG KEPADA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI. SEKIRANYA DIDAPATI BERCANGGAH DENGAN MANA-MANA SUMBER INI KAMI TENTANG DAN KAMI BANTAH.



WALLAHU A’LAM.

Dipetik dar;

www.pasvspas.blogspot.com
pasvspas@yahoo.com



FOOTNOTE ;



[1] ASWJ amat bercanggah dengan Muktazilah kerana mereka menggunakan akal semata-mata. Begitu juga ASWJ menolak keras golongan falsafah yang hanya menjadikan pemikiran akal sebagai sumber pegangan mereka.

[2] أخرجه البخاري في صحيحه: كناب العلم: باب العلم قبل القول والعمل.

[3] صحيح مسلم: المقدمة: باب بيان أن الإسناد من الدين، وأن الرواية لا تكون إلا عن الثقات، وأن جرح الرواة بما هو فيهم جائز بل واجب وأنه ليس من الغيبة المحرمة، بل من الذبّ عن الشريعة المكرمة.

6 comments:

  1. SLM BRO...INFO MENARIK..X SANGKA PAS NI BYK AMALKAN FAHAMAN SONGSANG!...PERGHH!!..SELAGI ADA FAHAMAN SONGSANG KT DUNIA NI SELAGI TU DIA KUTIP BUAT RUJUKAN FATWA MERAPU!..PATUT LAAAA...ADOIYAIII

    ReplyDelete
  2. 2 la psl BRO, nie da tahap melampau...

    ReplyDelete
  3. secara tak langsung penbelog/pemberi komen yg menghentam pas adalah penyelamat islam dimalaysia nih.. hidup umno...

    ReplyDelete
  4. Patut lah pas macam menari hip hop...

    ReplyDelete
  5. jolo la pok2 umno.. biso2.. pandai belit fakta.. tp diorang xtau diorang yg paling kuat nk peruntuh kerajaan islam loni nyer kat malaysia.. mane ado satu pun fakta yg umno sokong islam.. kalu sokong JUDI bola tu ado la.. yg jelas haram dan nyata.. pastu duk ikut perangai Yahudi dn telunjuk Amerika.. xpelik la kalau diorang guna syarikat APCO nk sucikan nama udoh diorang walaupun masyarakat tau diorang ni penjahat no. 1 malaysia..

    ReplyDelete
  6. Anonymous.. ana pom pelik dengan umno nim.. dop habis-2 main kotor.. hermmm.. insaf-2 laa pok-2 umno hoiiii... ana nim pelajar pondok, pelajar KIAS jugop.. x dop gapo dah kat KIAS tu.. semuanyo baik belako.. JOHARI tu pom dah x dop.. UM tu hok masalah nyo.. Islam Librel+Wahabi..

    ReplyDelete