Saturday, February 27, 2010

Hati-hati jamu selera di kopitiam / JAKIM MESTI BERTINDAK

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Masyarakat Islam yang gemar menjamu selera di kopitiam perlu lebih berhati-hati apabila dua kopitiam sahaja yang direkodkan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Berdasarkan laman web halal Jakim, dua kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.
Menurut laman web berkenaan tempoh sah sijil Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.
Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim.
"Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.
Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian.
"Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain.
"Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
"Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab.
"Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.

SEBENARNYA AKU TERLALU TERTARIK DENGAN KENYATAAN BAPAK MENTERI KITA NIE, KERANA KALAU KITA LIHAT DI LUAR SANA BERAPA BANYAK KOPITIAM YANG  MENGGUNAKAN LOGO HALAL YANG SUDAH SEMESTINYA PADA KETIKA INI MENJADI TEKA TEKI KERANA LOGO TERSEBUT TELAH DI GUNA PAKAI OLEH KOPITIAM TERSEBUT SEJAK SEKIAN LAMA...

SEBAGAI CONTOH OLD TEAST, OLD TOWN DAN LAIN-LAIN KOPITIAM. AKU HARAP KOPITIAM SEBEGINI WAJAR DISIASAT DARI MANA DATANGNYA LOGO TERSEBUT. ADAKAH LOGO TERSEBUT DIPASANG SEMATA-MATA MAHU MENGABURI MATA PENGUNJUNG BERAGAMA ISLAM???

JAKIM JALANKAN KERJA, JANGAN HANYA TAU MEMBERI KENYATAAN SAHAJA. KAU ORANG NAK TANGGUNG DOSA KAMI YANG MAKAN MAKANAN TIDAK HALAL KE???

4 comments:

  1. Ini semua mesti kerja DAP untuk bagi orang Islam makan babi. Maka kita akan jadi mcm melayu yang cakap DAP lagi islamik dari Umno.

    ReplyDelete
  2. kerajaan perlu berTINDAK SEGERA...

    ReplyDelete
  3. x sangka laa kopitiam tue x halal plak
    selalu lepak kt situ sbb ader wi-fi
    umat islam perlu diberi warning segera!


    kummentlaa new entri sy,
    (^___^)
    heee~

    ReplyDelete
  4. Salam Perjuangan..

    Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog anda yang memaparkan artmembongkarikel2 yang berani dan tangkas.

    Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.

    Kami juga akan membantu anda dalam memberi penerangan dan membongkar Zaid Kaki Mabuk.

    Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.

    Kami juga mengalu2kan penyertaan blog anda sebagai Follower kami.

    Sekian dari,

    AMAT
    Crew Unit Media Wangsa Maju.

    ReplyDelete