Tuesday, February 9, 2010

Syukur Alhamdulillah...

Pelantikan Sultan Azlan sah ikut Perlembagaan – Mahkamah

09/02/2010 11:56am

PUTRAJAYA 9 Feb. – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.
Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin. – Bernama

SYUKUR ALHAMDULILLAH DI ATAS KEPUTUSAN INI. SEBENARNYA APA SAHAJA KEPUTUSAN YANG BAKAL DI PUTUSKAN OLEH MAHKAMAH SUDAH PASTI AKAN DI TERIMA BAIK OLEH PARA PENYOKONG UMNO/BN APATAH LAGI DATUK SERI DR. ZAMBRY ABDUL KADIR.

 AKU BERHARAP AGAR DENGAN KEPUTUSAN INI JUGA PIHAK DI SEBELAH SANA AKAN MENERIMA DENGAN SEIKHLAS HATI.

JANGAN KERUHKAN LAGI KEADAAN, JANGAN ASYIK MEMBAKAR SENTIMEN KETIDAKPUASHATIAN RAKYAT TERHADAP KES INI.

TERUSKAN LAH BERSAMA - SAMA DALAM MEMBANGUN SERTA MENINGKATKAN EKONOMI SECARA TAK LANGSUNG TARAF HIDUP MASYARAKAT NEGERI PERAK...

JADILAH PEMBANGKANG YANG BERIDEALISMA SERTA BERINTEGRITI DALAM MENJADIKAN NEGERI PERAK TERUS MAJU, AMAN DAN SEJAHTERA...

1 comment:

  1. Salam Saudaraku Ejalril,

    Pertama Tahniah kepada Rakyat Perak mendapat YAB MB yang sebenar. Bukan MB yang kuda kayu, kuda tunggangan atau kuda kepang. Dr Zambery saya kira mampu memimpin Perak dengan lebih cemerlang.

    Saya rasa hairan mengapa Melayu Perak memilih parti yang haru biru untuk menerajui negeri Perak. Saya menghormati keputusan pengundi Perak, tetapi sangat ralat.

    Tahniah saudara kerana melahirkan satu blog yang saya kira sangat bernas untuk menjana minda Melayu ke masa hadapan.

    Sepekara lagi saya sangat simpati kepada Saudara Jeffry atas kejadian yang berlaku pada dirinya, sebagai blogger BP apa tindakan kita semua, sekedar berpeluk tubuhkah? Saya melihat blog sdra di blog Abang Tuah.

    ReplyDelete