Sunday, October 23, 2011

Umat Islam Harus Bersatu...

Bismillahirrahmannirrahim...

Tanggal 22 Oktober 2011 (sabtu) sudah semestinya menjadi tarikh keramat buat seluruh umat ISLAM di MALAYSIA apabila suara keramat keseluruhan peserta HIMPUN mahukan semua pihak tidak kira kerajaan,parti politik,NGO's mahupun individu tegak berdiri mendepani isu murtad.

Murtad bukanlah isu segolongan puak tapi ia adalah isu yang perlu dipikul oleh keseluruhan umat manusia yang beragamakan ISLAM dan berTAUHIDkan akidah. Usahlah isu murtad ini dibebankan pada sekelompok puak sahaja kerana ini bukanlah mainan perkataan mahupun politik yang boleh diperdendangkan hanya dicorong - corong "speaker".

Adalah menjadi kebanggaan apabila masih ada sahabat seISLAM kita yang berani untuk menyuarakan isu ini yang hanya jika kita lihat ia sekadar menjadi tontonan politik oleh sesetengah dari kita dewasa ini. Dengan rasa tanggungjawab, dan bersandarkan pada kalimah LAILAHA"ILLALLAH maka terciptalah HIMPUN yang dalam masa yang sama menjadi ejekan segelintir manusia yang nakal serta berfikiran pendek.

Murtad adalah isu akidah,bukannya isu politik,tapi mengapa ia harus dipolitikkan?

Walaupun penulis lihat HIMPUN semalam tidaklah seHEBAT " himpunan "berbaju kuning", tetapi yang hadir mahupun yang menonton melalui tv online pasti mempunyai satu tekad iaitu mahu isu murtad ini didepani secara TEGAS dan BERANI oleh semua pihak. Penulis yakin,walaupun ada yang tidak dapat hadir tetapi mereka ini menyokong penuh tindakan HIMPUN ini demi kesucian agama ISLAM.


Penulis menyeru kepada semua,marilah wahai umat ALLAH yang beragamakan ISLAM,tegakkanlah saff tuan - tuan, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Lupakan sebentar ideologi politik sempit saudara demi keutuhan agama suci ALLAH ini.

Demi ISLAM kita bersatu atas nama perjuangan...

Demi ISLAM kita bersatu atas nama persaudaraan...

Saturday, October 8, 2011

Bajet Prihatin???

Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 07 Oktober 2011 adalah merupakan bajet mesra rakyat yang semestinya dinantikan oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Bajet yang bertemakan Belanjawan Transformasi Membela Rakyat, Mensejahtera Negara telah memperuntukkan sejumlah RM 232.8 bilion yang merangkumi perbelanjaan operasi RM 181.6 bilion, dan perbelanjaan pembangunan RM 51.2 bilion.

Ini adalah merupakan tindakan keprihatan kerajaan dalam memperkasa serta memperkaya keseluruhan organisasi kerajaan serta memastikan kebajikan rakyat di utamakan selaraskan dengan moto 1 Malaysia Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

Walaupun pada dasarnya kita tidak boleh menafikan ia adalah merupakan bajet “pilihanraya”, akan tetapi keprihatinan serta semangat untuk mahu memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan berdaya maju senantiasa di utamakan oleh kerajaan Barisan Nasional khususnya di bawah pimpinan Y.A.B Dato’ Seri Najib.

Berbeza dengan bajet pakatan pembangkang sekiranya berkuasa menjanjikan akan memperuntukkan RM220 bilion boleh kita klasifikasikan sebagai bajet mat jenin. Persoalannya disini adakah mereka ini mampu untuk menjunjung Putrajaya? Sewajarnya ketua pembangkang yang merupakan penasihat ekonomi RM 1.00 ini memperkasa kewangan serta bajet negeri Selangor terlebih dahulu sebagai tanda arah kepada memastikan keyakinan rakyat untuk bersama mereka pada PRU yang akan datang.

Akan tetapi, seharus dan sewajarnya samada pihak kerajaan mahupun pembangkang mengutamakan bajet khusus untuk golongan belia. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun adalah merupakan tamparan hebat kepada kerajaan dalam mendepani golongan ini.Dengan statistik menunjukkan sejumlah 80,000 siswazah menganggur adalah merupakan satu angka yang cukup cantik untuk pembangkang memanipulasi isu tersebut. Kerajaan seharusnya memikirkan kaedah serta pendekatan lain agar golongan siswazah tercicr ini tidak ketinggalan serta terus beroperasi melalui kepakaran mereka bersama kerajaan.

Jadi,adakah bajet kerajaan Barisan Nasional ini betul – betul bajet mesra rakyat? Kepada Pakatan Pembangkang,betulkan dahulu negeri – negeri di bawah jajahan takhluk anda.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

As'kum, salam ramadhan dan maaf zahir batin dari aku dan keluarga. Semoga d ramadhan ini dapat kita memperbanyakkan amalan sebagai bekalan ke tempat kekal kelak. Iratkan hubungan silaturrahim demi agama,bangsa dan negara.

Sunday, January 30, 2011

Banjir di Tenang

Redong, Sawah Baru,Tenang antara kawasan dinaiki air ketika ini...jalan labis muar juga tidak ketinggalan mula ditenggelami air.

Wednesday, January 19, 2011

panglima perang sebenar...

tahniah buat azahar bin ibrahim calon bn bg prk di n05 tenang.

rata-rata masyarakat khususnya pengundi di n05 ini bersyukur kerana azahar atau lebih di kenali sebagai "tok ai" adalah merupakan anak jati di kawasan tersebut yang merupakan seorang yang cukup d senangi ramai.
pastinya pembangkang tidak mampu untuk menggugat kreadibiliti calon bn ini apatah lagi tiada rekod buruk peribadi yang boleh disungkit oleh mereka.

sememangnya tok ai adalah merupakan calon yang tepat untuk bertandingan mewakili bn di prk n05 tenang ini.

tahniah sekali lagi tok ai, sudah semestinya track rekod arwah ayah tok ai (bekas pemimpin) di labis akan membantu kepada kemenangan bn kali ini...

pas pasti kembung perut dengan pengumuman ini....

apa pun 30 januari 2011 penentu segalanya.

ayuh penduduk dun tenang, undilah tok ai berilah kemenangan kepada bn...

Saturday, January 8, 2011

PRK DUN TENANG

as'kum, aku akan update info2 di DUN TENANG untuk semua...sapa2 sahabat yg berada di labis, sila hubungi aku yea...

tq...