Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 07 Oktober 2011 adalah merupakan bajet mesra rakyat yang semestinya dinantikan oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Bajet yang bertemakan Belanjawan Transformasi Membela Rakyat, Mensejahtera Negara telah memperuntukkan sejumlah RM 232.8 bilion yang merangkumi perbelanjaan operasi RM 181.6 bilion, dan perbelanjaan pembangunan RM 51.2 bilion.
Ini adalah merupakan tindakan keprihatan kerajaan dalam memperkasa serta memperkaya keseluruhan organisasi kerajaan serta memastikan kebajikan rakyat di utamakan selaraskan dengan moto 1 Malaysia Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.
Walaupun pada dasarnya kita tidak boleh menafikan ia adalah merupakan bajet “pilihanraya”, akan tetapi keprihatinan serta semangat untuk mahu memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan berdaya maju senantiasa di utamakan oleh kerajaan Barisan Nasional khususnya di bawah pimpinan Y.A.B Dato’ Seri Najib.
Berbeza dengan bajet pakatan pembangkang sekiranya berkuasa menjanjikan akan memperuntukkan RM220 bilion boleh kita klasifikasikan sebagai bajet mat jenin. Persoalannya disini adakah mereka ini mampu untuk menjunjung Putrajaya? Sewajarnya ketua pembangkang yang merupakan penasihat ekonomi RM 1.00 ini memperkasa kewangan serta bajet negeri Selangor terlebih dahulu sebagai tanda arah kepada memastikan keyakinan rakyat untuk bersama mereka pada PRU yang akan datang.
Akan tetapi, seharus dan sewajarnya samada pihak kerajaan mahupun pembangkang mengutamakan bajet khusus untuk golongan belia. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun adalah merupakan tamparan hebat kepada kerajaan dalam mendepani golongan ini.Dengan statistik menunjukkan sejumlah 80,000 siswazah menganggur adalah merupakan satu angka yang cukup cantik untuk pembangkang memanipulasi isu tersebut. Kerajaan seharusnya memikirkan kaedah serta pendekatan lain agar golongan siswazah tercicr ini tidak ketinggalan serta terus beroperasi melalui kepakaran mereka bersama kerajaan.
Jadi,adakah bajet kerajaan Barisan Nasional ini betul – betul bajet mesra rakyat? Kepada Pakatan Pembangkang,betulkan dahulu negeri – negeri di bawah jajahan takhluk anda.
arrayah.info - Bajet 2012 - Tidak Memenuhi Ciri-Ciri Ekonomi Islam
ReplyDeletekalau Bajet 2012 tidak ada ciri2 islam Bajet air liurr PR Bajet sampah utk menghancurkan islam
ReplyDelete