Sunday, October 23, 2011

Umat Islam Harus Bersatu...

Bismillahirrahmannirrahim...

Tanggal 22 Oktober 2011 (sabtu) sudah semestinya menjadi tarikh keramat buat seluruh umat ISLAM di MALAYSIA apabila suara keramat keseluruhan peserta HIMPUN mahukan semua pihak tidak kira kerajaan,parti politik,NGO's mahupun individu tegak berdiri mendepani isu murtad.

Murtad bukanlah isu segolongan puak tapi ia adalah isu yang perlu dipikul oleh keseluruhan umat manusia yang beragamakan ISLAM dan berTAUHIDkan akidah. Usahlah isu murtad ini dibebankan pada sekelompok puak sahaja kerana ini bukanlah mainan perkataan mahupun politik yang boleh diperdendangkan hanya dicorong - corong "speaker".

Adalah menjadi kebanggaan apabila masih ada sahabat seISLAM kita yang berani untuk menyuarakan isu ini yang hanya jika kita lihat ia sekadar menjadi tontonan politik oleh sesetengah dari kita dewasa ini. Dengan rasa tanggungjawab, dan bersandarkan pada kalimah LAILAHA"ILLALLAH maka terciptalah HIMPUN yang dalam masa yang sama menjadi ejekan segelintir manusia yang nakal serta berfikiran pendek.

Murtad adalah isu akidah,bukannya isu politik,tapi mengapa ia harus dipolitikkan?

Walaupun penulis lihat HIMPUN semalam tidaklah seHEBAT " himpunan "berbaju kuning", tetapi yang hadir mahupun yang menonton melalui tv online pasti mempunyai satu tekad iaitu mahu isu murtad ini didepani secara TEGAS dan BERANI oleh semua pihak. Penulis yakin,walaupun ada yang tidak dapat hadir tetapi mereka ini menyokong penuh tindakan HIMPUN ini demi kesucian agama ISLAM.


Penulis menyeru kepada semua,marilah wahai umat ALLAH yang beragamakan ISLAM,tegakkanlah saff tuan - tuan, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Lupakan sebentar ideologi politik sempit saudara demi keutuhan agama suci ALLAH ini.

Demi ISLAM kita bersatu atas nama perjuangan...

Demi ISLAM kita bersatu atas nama persaudaraan...

Saturday, October 8, 2011

Bajet Prihatin???

Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 07 Oktober 2011 adalah merupakan bajet mesra rakyat yang semestinya dinantikan oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Bajet yang bertemakan Belanjawan Transformasi Membela Rakyat, Mensejahtera Negara telah memperuntukkan sejumlah RM 232.8 bilion yang merangkumi perbelanjaan operasi RM 181.6 bilion, dan perbelanjaan pembangunan RM 51.2 bilion.

Ini adalah merupakan tindakan keprihatan kerajaan dalam memperkasa serta memperkaya keseluruhan organisasi kerajaan serta memastikan kebajikan rakyat di utamakan selaraskan dengan moto 1 Malaysia Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

Walaupun pada dasarnya kita tidak boleh menafikan ia adalah merupakan bajet “pilihanraya”, akan tetapi keprihatinan serta semangat untuk mahu memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan berdaya maju senantiasa di utamakan oleh kerajaan Barisan Nasional khususnya di bawah pimpinan Y.A.B Dato’ Seri Najib.

Berbeza dengan bajet pakatan pembangkang sekiranya berkuasa menjanjikan akan memperuntukkan RM220 bilion boleh kita klasifikasikan sebagai bajet mat jenin. Persoalannya disini adakah mereka ini mampu untuk menjunjung Putrajaya? Sewajarnya ketua pembangkang yang merupakan penasihat ekonomi RM 1.00 ini memperkasa kewangan serta bajet negeri Selangor terlebih dahulu sebagai tanda arah kepada memastikan keyakinan rakyat untuk bersama mereka pada PRU yang akan datang.

Akan tetapi, seharus dan sewajarnya samada pihak kerajaan mahupun pembangkang mengutamakan bajet khusus untuk golongan belia. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun adalah merupakan tamparan hebat kepada kerajaan dalam mendepani golongan ini.Dengan statistik menunjukkan sejumlah 80,000 siswazah menganggur adalah merupakan satu angka yang cukup cantik untuk pembangkang memanipulasi isu tersebut. Kerajaan seharusnya memikirkan kaedah serta pendekatan lain agar golongan siswazah tercicr ini tidak ketinggalan serta terus beroperasi melalui kepakaran mereka bersama kerajaan.

Jadi,adakah bajet kerajaan Barisan Nasional ini betul – betul bajet mesra rakyat? Kepada Pakatan Pembangkang,betulkan dahulu negeri – negeri di bawah jajahan takhluk anda.