Wednesday, April 25, 2012

Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012


Program anjuran Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Iskandar Regional Development Authority dan Majlis Belia Negeri Johor. Tarikh 17 - 20 Mei 2012.

        Lokasi berlangsung :


  • Plaza Angsana
• Danga City Mall
• Dataran Bandaraya
• Kompleks Belia dan Sukan, Larkin
• Taman Merdeka, Johor Bahru
• Indahpura, Kulaijaya
• Econsave Senai, Johor Bahru
• Hutan Bandar Mutiara Rini





Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi
Sekreteriat Penganjur :

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
TINGKAT 3, BLOK B , WISMA PERSEKUTUAN ,
JALAN AIR MOLEK,
80000 JOHOR BAHRU , JOHOR .
NO. TEL : 07-2232614
NO. FAKS : 07-2234487
E-MAIL : jbsnjhr@kbs.gov.my


Friday, April 13, 2012

RM 200 Billion Untuk Laksana 3 Janji Pakatan Sahaja

BANYAK yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan.  Keghairahan ‘melafazkan’ janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu?

Persoalan itu penting kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal-awal lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal.

Beruang nak ambil kesempatan ini untuk perbahaskan 3 janji utama Pakatan Rakyat ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan.  Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).

Untuk janji yang pertama, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN.  Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!!

Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistic 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).

Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011.  Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter.  Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.

Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion.  Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.

Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak  RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).

Sekarang tibalah bahagian yang menarik, penjumlahan.  Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.

Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!!  Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

Persoalannya sekarang, setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut?  Agak menghairankan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia.

Beruang tidak kata Pakatan Rakyat tidak mampu, tapi dari anggaran yang disebutkan di atas, jelasnya Pakatan Rakyat perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan.  Dan rakyat Malaysia mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13 berakhir.

Dan jangan lupa, ini hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Rakyat dalam buku Jingga sekarang dan versi baru yang sedang dikemaskini sekarang.

Thursday, April 12, 2012

Belia Jangan Jadi Bahan `ORANG GILA KUASA`

Hari ini kita sekali lagi dikabarkan dengan berita BERSIH 3 akan dilaksanakan dan tarikh yang dipilih adalah pada 28 April 2012 di Kuala Lumpur. Sekali lagi rakyat dimomokkan yang kononya perhimpunan haram ini adalah merupakan kehendak rakyat demi melahirkan pilihanraya yang bersih dan adil.



Sekiranya kita lihat, sejarah telah membuktikan bahawa pemilihan parti salah satu dari `pakatan haram` itu sendiri tidak mengamalkan etika pemilihan yang adil ketika pemilihan parti mereka berlangsung. Tetapi pada ketika ini mereka mahu menjadi jagoan umpama ketam mengajar anak berjalan.

Belia seharusnya melihat isu ini bukan sekadar isu semata - mata, ia telah menjadi anai - anai yang merupakan perosak utama bukan sahaja kepada struktur organisasi tetapi dalam konteks ini ia mampu untuk merosakkan nama negara diarena antarabangsa Mereka hanya mahu menimbulkan kerisauan serta ketidakstabilan dalam negara.

Mahukah kita lihat golongan belia menjadi penyumbang kepada kejatuhan negara?

Kerajaan pusat telah menubuhkan suruhanjaya yang bertanggungjawab untuk membuat penambahbaikan dalam sistem pilihanraya di negara ini. Ahli parlimen pembangkang merupakan diantara mereka yang dilantik bagi menjayakan misi tersebut. Malah setelah sekian lama ditubuhkan dan keputusan kajian ingin dibentangkan di parlimen, ahli parlimen pembangkang termasuk anggota suruhanjaya tersebut telah `membuat kacau` dengan cuba untuk menggagalkan pembentangan tersebut.

Ini menunjukkan bahawa mereka ini tidak serius dalam memastikan sistem pilihanraya dinegara ini dijalankan dengan lebih baik. Mereka lebih mementingkan populariti murahan demi memancing undi rakyat. Pemimpin seperti inikah yang kita cari? Pemimpin yang bercakap hebat didepan rakyat tetapi hasilnya kosong.

Jangan gadaikan maruah negara demi kerana emosi. Golongan belia haruslah menjadi contoh terbaik kepada adik - adik kita diluar sana. Jangan termakan hasutan kerana janji - janji kosong pengkhianat ini. Siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya anda tercedera atau tertangkap? Adakah anda yakin pemimpin - pemimpin `palsu` itu mahu `bersama` anda?

Cubalah sahabat - sahabat sekalian renung kembali apa yang berlaku pada ketika perhimpunan sebelum ini. Mahukah sahabat - sahabat sekalian melihat para peniaga disekitar perhimpunan tersebut mengalami kerugian yang besar. Dan sedarkah saudara - saudara sekalian bahawa para peniaga yang terlibat kebanyakannya adalah mereka yang berbangsa Melayu.
Penulis menyeru kepada para belia sekalian, hindarilah dari bersama - sama dengan mereka yang bertuan dimata beraja dihati. Kerajaan pimpinan Y.A.B Perdana Menteri telah sedaya upaya untuk menambahbaik sistem pilihanraya dinegara ini. Jika tidak masakan pembangkang boleh berjaya memenangi beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. Berpijaklah dibumi nyata, jangan biarkan diri kita dijadikan boneka demi memuaskan nafsu politik mereka.

Thursday, April 5, 2012

PM JUMPA WARGA BATU PAHAT



PM bersama masyarakat daerah Batu Pahat.

RAKYAT DIDAHULUKAN JANJI DITEPATI


Pemimpin seperti inilah yang kita cari, bukan pemimpin yang hanya mampu untuk menabur janji - janji kosong demi undi pilihanraya.

JOM MASYARAKAT BATU PAHAT KITA BANJIRI STADIUM JALAN AMPUAN, BATU PAHAT BERSAMA - SAMA PEMIMPIN NO 1 NEGARA.

Tuesday, April 3, 2012

Atlet Paralimpik Semakin Dihargai



Penulis telah bersama dengan sukan paralimpik sejak tahun 2002. Membawa kontinjen Negeri Johor sehinggalah menjadi pelari pengiring kepada atlet Negara bagi kategori “B1” yang berlangsung d Hong Kong pada 21 – 28 Disember 2003.

Sukan yang dahulunya dipimpin oleh Kementerian Pelajaran ini telah diserahkan kepimpinannya kepada Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) demi meneruskan agenda memperkasa serta memperhebat kualiti atlet yang dilahirkan. Melalui Majlis Sukan Negera ( MSN ), pelbagai perancangan serta strategi diatur demi melahirkan atlet bertaraf dunia. Hasilnya negara mampu untuk meliharkan atlet bukan sahaja bertaraf dunia tetapi sebutir bintang yang mampu untuk menjadi penyinar serta idola kepada seluruh atlet sukan paralimpik negara samada yang telah bersinar mahupun yang baru untuk bermula.

Allahyarham Mohd Salam Sidik atlet memanah Negara adalah merupakan salah seorang bintang yang telah dilahirkan.

Malah semasa era Y.B Datuk Azalina Binti Othman Said sendiri telah menetapkan ganjaran kepada pembawa pingat kepada negara adalah setanding dengan atlet normal Negara.



Dan yang terbaru KBS telah menetapkan setiap negeri akan mempunyai Cawangan Paralimpiknya sendiri dibawah seliaan MSN masing – masing. Olahraga, tenpin bowling, badminton, powerlifting dan renang adalah merupakan antara acara yang dijadikan keutamaan.

Terima Kasih KBS kerana prihatin kepada kehendak bukan sahaja atlet normal malah kebajikan serta kualiti atlet paralimpik juga diambil berat. Mereka ini juga adalah merupakan permata Negara yang mampu untuk membawa nama Negara ke persada dunia.