Sekiranya kita lihat, sejarah telah membuktikan bahawa pemilihan parti salah satu dari `pakatan haram` itu sendiri tidak mengamalkan etika pemilihan yang adil ketika pemilihan parti mereka berlangsung. Tetapi pada ketika ini mereka mahu menjadi jagoan umpama ketam mengajar anak berjalan.
Belia seharusnya melihat isu ini bukan sekadar isu semata - mata, ia telah menjadi anai - anai yang merupakan perosak utama bukan sahaja kepada struktur organisasi tetapi dalam konteks ini ia mampu untuk merosakkan nama negara diarena antarabangsa Mereka hanya mahu menimbulkan kerisauan serta ketidakstabilan dalam negara.
Mahukah kita lihat golongan belia menjadi penyumbang kepada kejatuhan negara?
Kerajaan pusat telah menubuhkan suruhanjaya yang bertanggungjawab untuk membuat penambahbaikan dalam sistem pilihanraya di negara ini. Ahli parlimen pembangkang merupakan diantara mereka yang dilantik bagi menjayakan misi tersebut. Malah setelah sekian lama ditubuhkan dan keputusan kajian ingin dibentangkan di parlimen, ahli parlimen pembangkang termasuk anggota suruhanjaya tersebut telah `membuat kacau` dengan cuba untuk menggagalkan pembentangan tersebut.
Ini menunjukkan bahawa mereka ini tidak serius dalam memastikan sistem pilihanraya dinegara ini dijalankan dengan lebih baik. Mereka lebih mementingkan populariti murahan demi memancing undi rakyat. Pemimpin seperti inikah yang kita cari? Pemimpin yang bercakap hebat didepan rakyat tetapi hasilnya kosong.
Jangan gadaikan maruah negara demi kerana emosi. Golongan belia haruslah menjadi contoh terbaik kepada adik - adik kita diluar sana. Jangan termakan hasutan kerana janji - janji kosong pengkhianat ini. Siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya anda tercedera atau tertangkap? Adakah anda yakin pemimpin - pemimpin `palsu` itu mahu `bersama` anda?
Cubalah sahabat - sahabat sekalian renung kembali apa yang berlaku pada ketika perhimpunan sebelum ini. Mahukah sahabat - sahabat sekalian melihat para peniaga disekitar perhimpunan tersebut mengalami kerugian yang besar. Dan sedarkah saudara - saudara sekalian bahawa para peniaga yang terlibat kebanyakannya adalah mereka yang berbangsa Melayu.
Penulis menyeru kepada para belia sekalian, hindarilah dari bersama - sama dengan mereka yang bertuan dimata beraja dihati. Kerajaan pimpinan Y.A.B Perdana Menteri telah sedaya upaya untuk menambahbaik sistem pilihanraya dinegara ini. Jika tidak masakan pembangkang boleh berjaya memenangi beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. Berpijaklah dibumi nyata, jangan biarkan diri kita dijadikan boneka demi memuaskan nafsu politik mereka.
No comments:
Post a Comment