Tuesday, April 3, 2012

Atlet Paralimpik Semakin Dihargai



Penulis telah bersama dengan sukan paralimpik sejak tahun 2002. Membawa kontinjen Negeri Johor sehinggalah menjadi pelari pengiring kepada atlet Negara bagi kategori “B1” yang berlangsung d Hong Kong pada 21 – 28 Disember 2003.

Sukan yang dahulunya dipimpin oleh Kementerian Pelajaran ini telah diserahkan kepimpinannya kepada Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) demi meneruskan agenda memperkasa serta memperhebat kualiti atlet yang dilahirkan. Melalui Majlis Sukan Negera ( MSN ), pelbagai perancangan serta strategi diatur demi melahirkan atlet bertaraf dunia. Hasilnya negara mampu untuk meliharkan atlet bukan sahaja bertaraf dunia tetapi sebutir bintang yang mampu untuk menjadi penyinar serta idola kepada seluruh atlet sukan paralimpik negara samada yang telah bersinar mahupun yang baru untuk bermula.

Allahyarham Mohd Salam Sidik atlet memanah Negara adalah merupakan salah seorang bintang yang telah dilahirkan.

Malah semasa era Y.B Datuk Azalina Binti Othman Said sendiri telah menetapkan ganjaran kepada pembawa pingat kepada negara adalah setanding dengan atlet normal Negara.



Dan yang terbaru KBS telah menetapkan setiap negeri akan mempunyai Cawangan Paralimpiknya sendiri dibawah seliaan MSN masing – masing. Olahraga, tenpin bowling, badminton, powerlifting dan renang adalah merupakan antara acara yang dijadikan keutamaan.

Terima Kasih KBS kerana prihatin kepada kehendak bukan sahaja atlet normal malah kebajikan serta kualiti atlet paralimpik juga diambil berat. Mereka ini juga adalah merupakan permata Negara yang mampu untuk membawa nama Negara ke persada dunia.

No comments:

Post a Comment