KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mahu
generasi muda membantu menyebarkan mesej mengenai Islam tulen, supaya
saudara sesama Islam tidak terpesong ke dalam kegelapan dan keganasan.
Saturday, November 26, 2016
Monday, November 7, 2016
Minyak Masak - FAMA Sedia Bantu Kerajaan
“Dahulu ketika terjadi krisis bekalan gula, kerajaan pernah salurkan stok gula untuk kita jual di pelbagai rangkaian niaga kita termasuk di pasar tani dan sebagainya |
KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bersedia memasarkan minyak masak kepada pengguna melalui rangkaian peruncitannya di seluruh negara sekiranya masalah kekurangan bekalan bahan itu masih berterusan.
Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata ini bagi memastikan rakyat termasuk peniaga tidak mempunyai masalah mendapatkan bekalan minyak masak.
“Dahulu ketika terjadi krisis bekalan gula, kerajaan pernah salurkan stok gula untuk kita jual di pelbagai rangkaian niaga kita termasuk di pasar tani dan sebagainya.
“Jika sekarang masalah bekalan minyak masak dalam pasaran berterusan, Fama bersedia memasarkan dan mengedarkan minyak masak jika kerajaan rasa kita patut bertindak demikian,” katanya ketika menutup program ‘MyBest Buy’ di Dewan Undangan Negeri Kuang, dekat sini, Ahad.
Beliau berkata Fama Negeri Melaka telah mula memasarkan minyak masak di beberapa pasar tani negeri itu semalam dan sambutan rakyat amat menggalakkan.
Badruddin berkata FAMA mampu menjual minyak masak dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran kerana agensi itu mendapat harga terus dari kilang.
Beberapa lokasi seluruh negara dilaporkan mengalami kekurangan minyak masak dipercayai disorok setelah kerajaan mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak mulai 1 November lalu.
Sementara itu, Badruddin berkata sehingga 31 Oktober lalu Fama telah membuka 81 lokasi program ‘MyBest Buy’ di seluruh negara termasuk 20 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ia merupakan platform memasarkan pelbagai barangan keperluan segar pada harga lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi membantu penduduk menangani kenaikan kos sara hidup.– Bernama
Minyak Masak - 16 Aduan Telah Diterima Berkaitan Kehabisan Atau Kekurangan Stok Di Melaka
JASIN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka telah memeriksa sebanyak 1,060 premis perniagaan termasuk pasar raya, peruncit dan ‘repacker’ berkaitan minyak masak dari 20 Oktover hingga hari ini.
Pengarahnya, Jaiya Abu berkata daripada jumlah itu sebanyak 16 aduan telah diterima berkaitan kehabisan atau kekurangan stok minyak masak terutamanya membabitkan minyak masak botol 5 kilogram.
Katanya, KPDNKK Melaka tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang enggan menjual, atau menyorokkan bekalan minyak masak.
“Pengguna turut dinasihatkan agar berbelanja dengan bijak dan buat perbandingan harga serta memastikan dapat info yang tepat dengan mengetahui kedudukan harga sesuatu barangan sebelum membuat pembelian,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di premis sekitar kawasan Jasin di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Rim Datuk Ghazale Muhamad.
Ketika ditanya pemberita mengenai isu minyak masak paket yang didakwa rendah kualiti oleh masyarakat, Jaiya menafikannya dan berkata tiada beza dari sudut kualiti di antara minyak masak botol mahupun dalam paket.
“Tiada beza antara minyak masak subsidi paket 1kg dan botol 5kg kerana diperoleh dari tangki dan pengilang sama sebelum dibawa ke premis pembungkus.
Dalam pada itu, beliau berkata KPDNKK Melaka telah mengambil inisiatif bertindak sebagai pembekal kepada premis yang menjalankan perusahaan kecil-kecilan dalam usaha memastikan kelangsungan bekalan minyak di kawasan terlibat.
“Semalam, kita ada buat dua trip dengan menghantar sebanyak 57 katon di mana 1 katon mengandungi 17 paket di sekitar daerah ini.
“Berdasarkan rekod pemantauan yang dilihat kawasan ini (menunjukkan) bekalan sedikit terhad, jadi kita bantu mereka,” katanya.
Sementara itu, Ghazale menyarankan kepada rakyat terutamanya penduduk di Melaka agar berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan bagi mengatasi masalah berkaitan kenaikan harga minyak yang berlaku baru-baru ini.- BERNAMA
Sunday, November 6, 2016
Kurang Bekalan Di Kelantan - Penguatkuasa KPDNKK Perlu Pantau Nelayan Asing
Bot nelayan asing disyaki menjalankan kegiatan penyeludupan pelbagai barangan bersubsidi termasuk minyak masak |
PASIR PUTEH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) diminta memantau pergerakan lebih 100 bot nelayan
asing di Pelabuhan Tok Bali yang disyaki menjalankan kegiatan
penyeludupan pelbagai barangan bersubsidi termasuk minyak masak.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata bot nelayan asing terutama dari Vietnam dan Thailand yang berulang-alik dari pelabuhan Tok Bali ke negara masing-masing, dikhuatiri turut membawa keluar barangan berkenaan.
“Ini menjadi tradisi sejak berpuluh tahun lalu tetapi tiada pemantauan ketat oleh mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di Kompleks UMNO Uthmaniyah Kampung Pulau Lima di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekurangan minyak masak di Kelantan sejak beberapa minggu lalu.
Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, berkata nelayan asing yang beroperasi menggunakan lesen bot laut dalam milik rakyat tempatan, berkemungkinan menyeludup bahan itu dengan alasan bagi keperluan harian mereka ketika berada di laut.
“Kita bimbang mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan bekalan itu berlebihan dengan tujuan membawa pulang dan menjualnya di negara masing-masing,” katanya.-BH.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata bot nelayan asing terutama dari Vietnam dan Thailand yang berulang-alik dari pelabuhan Tok Bali ke negara masing-masing, dikhuatiri turut membawa keluar barangan berkenaan.
“Ini menjadi tradisi sejak berpuluh tahun lalu tetapi tiada pemantauan ketat oleh mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di Kompleks UMNO Uthmaniyah Kampung Pulau Lima di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekurangan minyak masak di Kelantan sejak beberapa minggu lalu.
Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, berkata nelayan asing yang beroperasi menggunakan lesen bot laut dalam milik rakyat tempatan, berkemungkinan menyeludup bahan itu dengan alasan bagi keperluan harian mereka ketika berada di laut.
“Kita bimbang mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan bekalan itu berlebihan dengan tujuan membawa pulang dan menjualnya di negara masing-masing,” katanya.-BH.
'Tangan Ghaib' Bawa Keluar Minyak Masak Dari Malaysia
Minyak masak lima kilogram keluaran Malaysia dijual secara terbuka di pekan Danok sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam, Kedah. |
Padang Besar 5 Nov. - Penjualan secara
terbuka minyak masak buatan negara ini di kedai-kedai di Thailand, yang
bersempadan dengan Wang Kelian di negeri ini khususnya daripada jenis
botol menimbulkan tanda tanya tentang kemungkinan berlakunya aktiviti
penyeludupan.
Difahamkan, penjualan minyak
masak yang disyaki bersubsidi itu telah berlaku sejak sekian lama
disebabkan mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Islam di
selatan negara jiran berkenaan.
Antara
sebabnya golongan tersebut yakin dengan status halal dikeluarkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta kualiti produk tersebut
berbanding produk sama berasal dari negara itu.
Hasil
tinjauan Mingguan Malaysia di pekan kecil yang terletak bersempadan
dengan Wang Prachan, Thailand itu mendapati kira-kira 10 buah kedai
bebas menjual minyak masak buatan negara ini.
Terdapat
pelbagai jenama minyak masak botol seberat tiga dan lima kilogram
dijual pada harga antara RM8 hingga RM20, selain jenis peket tanpa label
‘untuk dieksport’ pada harga RM2 hingga RM2.80.
Ini
bermakna kesemua produk itu yang dipamerkan di hadapan kedai, lebih
mahal antara RM4 hingga RM7 setiap satu berbanding harga di pasaran
negara ini.
Golongan peniaga
bagaimanapun bijak apabila tidak meletakkan minyak masak berkenaan dalam
kuantiti yang banyak, sebaliknya hanya tiga hingga lima botol atau
sekotak minyak masak peket agar tidak menimbulkan curiga pihak berkuasa.
Kredit Utusan Malaysia
Pusat Informasi Dan Gerakan Operasi Strategik KPDNKK - PIGOS
PIGOS atau Pusat Informasi Dan Gerakan Operasi Strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunan (KPDNKK) telah memulakan operasi pada 15 Januari 2016. Ia merupakan satu inisiatif dan usaha berterusan kementerian dalam meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan.
Selain dari itu, ia juga untuk menambah baik sistem pengurusan aduan dan memperkasa pengurusan maklumat dengan lebih strategik dan terkini. Disamping itu juga ia sebagai 'commend centre atau pusat aduan kepada para pengguna.
Ketika ini, Waktu operasi bilik informasi (BIS) adalah 24 jam dan ia adalah merupakan peluang terbaik bagi para pengguna untuk menyalurkan aduan mereka secara terus kepada unit penguatkuasa KPDNKK. BIS ini terbahagi kepada beberapa peringkat Tiada Krisis 8.00 pagi - 6.00 petang, Separa Krisis 8.00 pagi - 3.00 petang / 3.00 petang - 10.00 malam dan Krisis 8.00 pagi - 4.00 petang / 4.00 petang - 12.00 malam / 12.00 malam - 8.00 pagi.
Mengikut statistik, jumlah keseluruhan terkini aduan minyak masak mengikut negeri adalah sebanyak 189. Selangor adalah merupakan negeri tertinggi jumlah aduan sebanyak 56, diikuti Johor 28, Perak 18, Kuala Lumpur 17, Melaka 14, Negeri Sembilan dan Pahang masing - masing 10, Kedah 9, Pulau Pinang 7, Sarawak 5, 4 (Putrajaya, Terengganu, Sabah), Kelantan 3, dan tiada aduan untuk Perlis dan Labuan.
Saturday, November 5, 2016
Bahana Tamak, Tauke Pasar Raya Didakwa Di Mahkamah
Pegawai KPDNKK mengiringi Jin Yao untuk didakwa atas pertuduhan menyimpan minyak masak dan memasarkan barang kawalan tanpa lesen di Mahkamah Seksyen Georgetown, Pulau Pinang. Sumber Utusan |
Pulau
Pinang 4 Nov. - Seorang Pengusaha sebuah pasar raya mengaku tidak
bersalah di Mahkamah seksyen di sini hari ini atas tuduhan menyimpan
minyak masak di premis lain dan memasarkan barang kawalan itu secara
runcit tanpa lesen di Bandar Baru Air Itam, minggu lalu.
Soo
Jin Yao, 31, merupakan pemilik tunggal perniagaan Sun Mart didakwa
menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak sebanyak 320 kilogram di
premis selain daripada premis yang dibenarkan pengawal untuk penyimpanan
penyimpanan minyak masak.
Bagi
pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki barang kawalan tersebut dalam
keadaan yang menimbulkan syak munasabah di bawah peraturan 3(1)
Peraturan - Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara runcit
tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4 peraturan sama.
Bapa
kepada seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di Sun
Mart, No. 6G, Medan Angsana Satu, Bandar Baru Air Itam di situ kira -
kira pukul 9.20 malam, 25 Oktober lalu.
Kedua
- dua pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edward
Chan Wei Heng mengikut seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1962 dan boleh
dihukum di bawah seksyen 22(1) akta sama yang membawa hukuman denda
maksimum 1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua - duanya.
Hakim
Irwan Suaibon membenarkan Jin Yao diikat jamin RM 20,000.00dengan
seorang penjamin bagi kedua - dua pertuduhan sementara menunggu tarikh
pengurusan kes pada 15 Disember ini untuk tertuduh melantik peguam.
kredit Utusan Malaysia
Saturday, May 14, 2016
#hbn2016 : Jom Malam Ini Layan "Malam Gema Nusantara" Di UPM
Serdang - Hari Belia Negara (HBN) masuk hari kedua pada hari ini. Pelbagai acara dan aktiviti menarik sedang dan akan berlangsung di Padang Kawad dan Dewan Besar UPM. Sepanjang berlangsungnya aktiviti - aktiviti sejak awal pagi tadi, memperlihatkan hadirin yang datang semakin ramai. Antara acara - acara yang menarik perhatian para belia yang datang ialah Pementasan Kebudayaan oleh Peserta - Peserta Belia ASEAN.
HBN bakal diserikan dengan persembahan Karoot Komedia yang dipimpin oleh Abby Yus dan Rahim. Sudah pasti pelawak yang cukup terkenal ini mampu menggeletek dan mengusik hati para pengunjung. Persembahan ini akan berlangsung di pentas utama HBN 2016.
Para pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran dan pengujian trek lumba RC. Pertandingan RC akan berlangsung pada hari esok 15 Mei 2016 di Padang Kawad UPM. Terdapat 3 kategori akan dipertandingkan ( 1/10 GP Minyak, 1/10 EP Kuasa Bateri dan 1/10 EP MChasis).
Pada sebelah malam pula, pentas utama HBN 2016 bakal digegarkan dengan persembahan “Malam Gema Nusantara” oleh lagenda rock tanah air Ramli Sarip atau dikenali sebagai Papa Rock.
Friday, May 13, 2016
#hbn2016 - Hari Belia Negara Datang Lagi
Serdang - Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun kini kembali menjengah para belia. Festival yang dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat khususnya belia kali ini telah bertukar lokasi penganjurannya.
Tahun ini Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi lokasi penganjuran. Dengan bertemakan "The Future Is Now", Hari Belia Negara 2016 memilih Padang Kawat dan Dewan Besar UPM sebagai lokasi utama.
"Saya merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia kerana memilh tempat kami. Ini merupakan satu penghargaan yang tidak terhingga kepada warga kampus (UPM)," ujur Nurul Azani Binti Jakariah.
"Show Case Of Talent" (SCOT) adalah merupakan salah satu program yang bakal dijalankan pada HBN kali ini. Robot Fair, Pidato IPT, Buskers, "Street Workout" dan Putra Urban Agriculture adalah diantara aktiviti yang terdapat pada SCOT kali ini, sambungnya lagi yang merupakan Timbalan Pengarah slot SCOT.
Thursday, May 12, 2016
#hbn2016 - Dewan Besar UPM Berubah Wajah
Wooo jom kita singgah ke Hari Belia Negara 2016 bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pelbagai acara / aktviti menarik menanti anda. Saksikan kelainan yang bakal dihidangkan kepada anda semua!!!
Dengan bertemakan "The Future Is Now", jom kita jengok Hari Belia Negara 2016. Dibawakan khas oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia & Majlis Belia Malaysia. Save The Date 13 - 15 Mei 2016.
Subscribe to:
Posts (Atom)