Saturday, November 5, 2016

Bahana Tamak, Tauke Pasar Raya Didakwa Di Mahkamah


Pegawai KPDNKK mengiringi Jin Yao untuk didakwa atas pertuduhan menyimpan minyak masak dan memasarkan barang kawalan tanpa lesen di Mahkamah Seksyen Georgetown, Pulau Pinang. Sumber Utusan



Pulau Pinang 4 Nov. - Seorang Pengusaha sebuah pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah seksyen di sini hari ini atas tuduhan menyimpan minyak masak di premis lain dan memasarkan barang kawalan itu secara runcit tanpa lesen di Bandar Baru Air Itam, minggu lalu.

Soo Jin Yao, 31, merupakan pemilik tunggal perniagaan Sun Mart didakwa menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak sebanyak 320 kilogram di premis selain daripada premis yang dibenarkan pengawal untuk penyimpanan penyimpanan minyak masak.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki barang kawalan tersebut dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah di bawah peraturan 3(1) Peraturan - Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara runcit tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4 peraturan sama.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di Sun Mart, No. 6G, Medan Angsana Satu, Bandar Baru Air Itam di situ kira - kira pukul 9.20 malam, 25 Oktober lalu.

Kedua - dua pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan Wei Heng mengikut seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1962 dan boleh dihukum di bawah seksyen 22(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum 1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua - duanya.

Hakim Irwan Suaibon membenarkan Jin Yao diikat jamin RM 20,000.00dengan seorang penjamin bagi kedua - dua pertuduhan sementara menunggu tarikh pengurusan kes pada 15 Disember ini untuk tertuduh melantik peguam.

kredit Utusan Malaysia


No comments:

Post a Comment