Sunday, November 6, 2016

Pusat Informasi Dan Gerakan Operasi Strategik KPDNKK - PIGOS




PIGOS atau Pusat Informasi Dan Gerakan Operasi Strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunan (KPDNKK) telah memulakan operasi pada 15 Januari 2016. Ia merupakan satu inisiatif dan usaha berterusan kementerian dalam meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan. 

Selain dari itu, ia juga untuk menambah baik sistem pengurusan aduan dan memperkasa pengurusan maklumat dengan lebih strategik dan terkini.  Disamping itu juga ia sebagai 'commend centre atau pusat aduan kepada para pengguna.

Ketika ini, Waktu operasi bilik informasi (BIS) adalah 24 jam dan ia adalah merupakan peluang terbaik bagi para pengguna untuk menyalurkan aduan mereka secara terus kepada unit penguatkuasa KPDNKK. BIS ini terbahagi kepada beberapa peringkat Tiada Krisis 8.00 pagi - 6.00 petang, Separa Krisis 8.00 pagi - 3.00 petang / 3.00 petang - 10.00 malam dan Krisis 8.00 pagi - 4.00 petang / 4.00 petang - 12.00 malam / 12.00 malam - 8.00 pagi.

Mengikut statistik, jumlah keseluruhan terkini aduan minyak masak mengikut negeri adalah sebanyak 189. Selangor adalah merupakan negeri tertinggi jumlah aduan sebanyak 56, diikuti Johor 28, Perak 18, Kuala Lumpur 17, Melaka 14, Negeri Sembilan dan Pahang masing - masing 10, Kedah 9, Pulau Pinang 7, Sarawak 5, 4 (Putrajaya, Terengganu, Sabah), Kelantan 3, dan tiada aduan untuk Perlis dan Labuan.


No comments:

Post a Comment