Monday, June 25, 2012

Apabila Pas Sukar Memilih





Pas ketika ini seakan kabur dengan perjuangan mereka ketika ini. Mahu memperjuangkan NEGARA ISLAM / NEGARA KEBAJIKAN.

Jika "mengeteh" dengan masyarakat Cina, Pas akan "berkokok" mengatakan akan memperjuangkan NEGARA KEBAJIKAN. Manakala jika "mengeteh" dengan masyarakat Melayu pula, Pas akan "berkokok" pula mengenai NEGARA ISLAM.

Pas ooo Pas, apa matlamat perjuangan parti kamu sebenarnya. Jangan terlalu lebih meng"auta" sehingga keperluan mengatasi kepentingan.

Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.

Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.

Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.

Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.

Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.

Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.

Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.

Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.

Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.

Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.

Sunday, June 24, 2012

Pembangkang Tiada Isu - Hentam Keluarga Bakal Besan PM

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.
Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.
Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.
Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.
Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.
Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.
Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?
Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.
Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.
Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

Friday, June 22, 2012

Apa Ada Dengan Faekah Husin



Beberapa hari lalu kita di"tayangkan" dengan isu perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Isu yang cukup "panas" ini juga, dikatakan berlaku hasil pertembungan 2 kem utama dalam PKR iaitu kem Khalid Ibrahim dan juga kem Azmin Ali.

Apa pun yang berlaku, ia adalah semacam percaturan yang sudah dirancang demi "menggelapkan" isu yang ketika ini membelanggu Anwar Ibrahim. Pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 billion adalah antara "malapetaka" baru yang sedang menghantui anwar ketika ini.

Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.

Thursday, June 21, 2012

Bantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang



Hakikatnya pada hari ini, kita lihat PAS tiada bezanya dengan DAP mahupun PKR. Mereka sudah tidak lagi mempedulikan matlamat utama penubuhan parti tersebut serta melupakan ideologi perjuangan mereka suatu ketika dahulu kerana pada ketika ini pemimpin yang ada didalam PAS adalah mereka yang mengejar kepentingan duniawi demi "kemasyukan" diri sendiri.

Pemimpin PAS hari ini lebih mengejar kepentingan dari mencapai matlamat penubuhan negera ISLAM yang mereka canangkan selama ini.

PAS dulu lain, PAS sekarang lain...

Dalam sistem demokrasi, kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.
Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh, bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.

Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.

Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.

Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.

PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.

Para pimpinan PAS, dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.

Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.

Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.

Friday, June 15, 2012

Merdeka Centre - Tukang Fikir Atau Tukang Pusing?

                                                                
                                            


Merdeka Centre merupakan satu lagi jentera yang digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk mencapai impian mereka untuk ke Putrajaya. Ada yang memikirkan bahawa mereka adalah kumpulan pemikir tetapi sebenarnya mereka hanyalah tukang pusing kerana itulah yang kini dilakukan oleh Merdeka Centre untuk PR. Survey dan juga statistik yang mereka lakukan adalah sebenarnya bertujuan untuk mengelirukan rakyat terhadap Umno, BN dan Najib. Target utama mereka adalah Najib kerana beliau merupakan halangan terbesar bagi PR yang mahu memenangi PRU13.

Dalam masa-masa yang tertentu, tukang pusing ini mula menyebarkan statistik mereka - Populariti Najib menurun, populariti Najib naik, sekejap turun, sekejap naik, lebih kurang seperti permainan komputer. Mereka cuba untuk menghasut rakyat supaya percaya bahawa survey yang mereka lakukan adalah profesional. Dan apabila tarikh PRU diumumkan, kemungkinan 'survey' baru akan dikeluarkan untuk menceritakan bahawa populariti najib sudah turun, akan kalah, habis. Semuanya untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat adalah yang berkuasa.

Antara pelanggan-pelanggan utama Merdeka Centre adalah kerajaan PR bagi Pulau Pinang dan Selangor. Tukang pusing ini menjalankan tinjauan berkala bagi Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim dengan bayaran yang lumayan. Mereka meninjau pendapat rakyat terhadap kedua-dua kerajaan negeri tersebut dan ketua bagi kedua-dua negeri. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa mereka tidak pernah mengeluarkan maklumat terhadap Menteri Besar bagi kedua-dua negeri tersebut?

Apa kata tunjukkan kepada rakyat statistik bagi pendapat rakyat terhadap Anwar Ibrahim? Mengapa tidak keluarkan statistik apabila berlakunya isu video seks yang melibatkan Anwar? Setiap kali demonstrasi Bersih dijalankan, akan ada statistik yang menyatakan bahawa populariti Najib sekejap naik, sekejap turun. Rakyat benar-benar ingin tahu ststistik terhadap populariti Anwar selepas Bersih 3.0. Statistik bagi Nizar Jamaluddin, setelah isu WWW1, Lim Guan Eng setelah kebanyakan bukit di Pulau Pinang dimusnahkan dan tentang Ambiga setelah berlakunya segala keganasan di jalanan. Dasar tukang pusing!

Jadi, biarlah kami yang beritahu anda akan perkara yang sebenar. Salah satu daripada arahan yang diterima oleh Merdeka Centre dari salah satu daripada client mereka adalah untuk menjatuhkan imej Najib dan UMNO. Mereka telah lakukan perkara seperti ini selama tiga tahun. Mereka juga mempunyai banyak maklumat terhadap Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim. Walau bagaimanapun, keputusan daripada statistik mereka menunjukkan keputusan yang negatif. Populariti yang mereka peroleh setelah Mac 2008 mula menurun atas segala skandal yang berlaku. Itulah sebab mengapa mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang maklumat terhadap pelanggan mereka. Jika mereka benar-benar profesional, mereka tetap akan mengeluarkan segala informasi terhadap pemimpin-pemimpin tidak kira samada dari PR atau BN. Kenapa serang Najib sahaja?

Pengarah kumpulan tersebut, Ibrahim Suffian, yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat dan dia baru sahaja diberi kelulusan oleh kerajaan AS untuk memberi ceramah kepada pegawai-pegawai di Amerika. Dia adalah individu yang dikatakan oleh UMNO sebagai individu yang telah menghasut mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi untuk mengadakan PRU12 terlalu awal pada 2008. Tun Abdullah telah melantik Merdeka Centre untuk menjalankan kaji selidik untuk beliau dan mungkin dari keputusan keputusan yang diperoleh, beliau kemudiannya berkeputusan untuk menjalankan PRU walaupun beliau masih lagi mempunyai masa setahu. Kesimpulannya, beliau sebenarnya telah diperangkap.

Setelah kejadian tersebut, BN tidak lagi mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Merdeka Centre. Dan sejak dari itu, Ibrahim Suffian telah menjadi kaki pusing yang lebih hebat. Dia dilantik menjadi penasihat bagi PR dan sering memberikan kata putus bagi beberapa calon pilihan raya terutamanya selepas PRU pada 2008. Begitulah besarnya  Ibrahim Suffian di PR. Khabar angin mengatakan bahawa dialah orang yang menasihati PR supaya tidak menjalankan pilihanraya negeri jika Najib mengumumkan PRU13.

Di Amerika, setiap parti politik mempunyai tukang fikir mereka tersendiri. Merdeka Centre pula adalah tukang pusing PR. Tahniah Merdeka Centre! Anda telah berkhidmat dengan jayanya.

Thursday, June 14, 2012

Isu Scorpene: Tuduhan Tidak Berasas



Datuk Zulkifli Noordin semalam telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak.

"Sudah saya ulang beberapa kali, kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PM. Jika ada, sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli.

Zulkifli, yang ditemuramah di lobi Parlimen semalam berkata bahawa isu kapal selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan, bukannya sedang dibicarakan di mahkamah.

"Di Perancis, pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan, perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan.

"Ia hanyalah siasatan biasa.

Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini.

"Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009.

Selain itu, Zulkifli, ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru, mencadangkan agar Majlis Peguam, seperti di Sabah dan Sarawak, perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang.

Ini, menurut beliau, mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri.
"Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah efektif dan mampu mengawal ahli-ahli mereka dengan baik.

"Tiada aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut. Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang."

Beliau menyatakan bahawa beliau risau akan rancangan untuk membenarkan peguam-peguam asing untuk bercampur dalam industri undang-undang negara dan Majlis Peguam kini mungkin tidak mampu untuk menguruskan perkara tersebut.

"Majlis Peguam yang kita ada sekarang mempunyai terlalu banyak perkara yang mereka perlu uruskan, saya tidak rasakan bahawa mereka mampu untuk menampung perkara ini," kata beliau.

LAGI KUAT PM BEKERJA, LAGI MENGGELETAR LUTUT ANWAR

Apabila terdapat cadangan bahawa kerajaan dijangka menambah peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi setiap kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meloncat dan melenting. Peruntukan tambahan yang membabitkan kira-kira RM200 juta itu dikatakan Anwar satu tindakan terdesak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Tujuan peruntukan itu adalah supaya wakil-wakil rakyat BN boleh melaksanakan pelbagai projek serta program pembangunan rakyat di kawasan masing-masing. Ia bukan dana untuk kempen pilihan raya mahupun bagi kepentingan peribadi ahli-ahli parlimen terbabit kerana kelulusan setiap permohonan untuk menggunakan peruntukan itu perlu mengikut proses yang ketat dan telus, selalunya melalui pejabat daerah. 

Setiap kali kerajaan memberi bantuan, pembangkang memandang serong dan melempar pelbagai tuduhan kononnya ia bermotifkan politik. Seolah-olahnya tidak ada apa-apa kebajikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat tanpa menerima cacian dan fitnah pihak pembangkang. Anwar juga mengelabah apabila kerajaan juga bercadang untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua. 

Pada pusingan pertama BR1M, kerajaan telah berjaya menyalurkan wang tunai sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang layak membabitkan hampir satu juta keluarga di seluruh negara dengan peruntukan RM2.6 bilion. Pelaksanaan program BR1M bagi kali kedua ini adalah kerana kerajaan berpendapat masih terdapat ramai keluarga yang perlu dibantu dalam usaha meringankan beban kehidupan mereka. Kemelut ekonomi dunia yang semakin meruncing sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada Malaysia, dan sebagai kerajaan ang bertanggungjawab, kebajikan rakyat perlu didahulukan. Inilah usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang telah melaksanakan banyak program dan dasar yang mementingkan rakyat. 

Anwar membuat kritikan membabi buta untuk menutup kegagalannya sebagai Ketua Pembangkang dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Yang paling menyedihkan taraf beliau sebagai bekas Menteri Kewangan yang kononnya berpengalaman tidak langsung diberi pengiktirafan oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim. Walaupun jawatan Menteri Besar diungguli oleh PKR, namun semua cadangan Anwar berkaitan ekonomi Selangor, ditolak mentah-mentah oleh Abdul Khalid. 

Buktinya, tidak ada satu program pembangunan di Selangor pun yang boleh dikaitkan dengan cetusan minda Anwar. Malah boleh dikatakan Anwar tidak membawa apa-apa pembangunan atau perubahan positif kepada kehidupan rakyat Selangor. Beliau lantang bersuara untuk menurunkan harga minyak petrol apabila berjaya merampas Putrajaya pada pilihan raya umum kelak. Sekiranya inilah hasratnya, apa salahnya jika Selangor menggorak langkah dengan memberi subsidi bahanapi di negeri itu? Bukankah itu akan lebih meyakinkan rakyat bahawa pembangkang cakap serupa bikin?

Dalam isu PTPTN pula, apabila kerajaan mengambil keputusan membekukan permohonan pinjaman bagi pelajar Unisel, Menteri Besar segera membuat cadangan cetek untuk menjual aset kerajaan negeri untuk menampung dana pelajar. Jika inilah dasar menjual harta benda negeri yang termampu difikirkan oleh pembangkang setiap kali berdepan dengan krisis, besar kemungkinan Selangor akan bankrap belum sempat habis satu penggal mereka mentadbir negeri itu. Hakikatnya pembangkang hanya pandai bercakap dan membuat janji manis yang tidak masuk akal tetapi gagal menggotakan setiap yang dijanjikan kepada rakyat. 

Umpamanya amaran kerajaan pusat bahawa Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air yang serius menjelang tahun 2014 tidak dihiraukan. Pembangkang terus memperjudikan nasib rakyat dan masa depan kemajuan ekonomi negeri dengan mempolitikkan isu projek Langat 2 untuk menyalurkan air Sungai Pahang ke Selangor. Pembangkang lebih rela melihat rakyat Selangor menderita kerana kekurangan bekalan air daripada bekerjasama dengan kerajaan pusat mencari penyelesaian.

Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya hanya mampu menyalak untuk mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan kerana realitinya mereka gagal untuk melakukan satu kebaikan pun untuk rakyat. 

Bak kata pepatah, pembangkang berlagak seperti tin kosong, lebih bunyi daripada isi. 

Wednesday, June 13, 2012

Negeri - Negeri Pemerintahan Pembangkang Umum BUBAR DUN

ADA pandangan mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sedang bermain teka teki tentang tarikh pembubaran parlimen yang membuka jalan kepada proses pilihanraya umum yang akan datang. Sedangkan yang memberi pandangan terlupa, Pakatan Rakyat juga sedang memerintah 4 negeri dan dari jumlah itu, 2 negeri sudah mengumumkan pendirian masing-masing secara terbuka untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan tarikh pembubaran parlimen. Malangnya, dua negeri ini (Selangor dan Pulau Pinang), tidak pula menyatakan dengan jelas, bila DUN akan dibubarkan, walaupun dalam masa yang sama, soal mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat sedang hebat diperkatakan dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Penulis boleh faham kenapa desakan dibuat, penulis juga boleh faham kenapa tarikh itu dibiarkan terapung di awangan untuk semua orang meneka. Tapi penulis juga mahu semua orang tahu, ada soal intergriti dan kredebiliti yang sedang menjadi taruhan sekarang. Soal ini penting kerana hanya inilah saja yang membezakan kita dengan BN. Justeru, penulis dengan ini mendesak kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor, mengumumkan dengan segera tarikh sebenar DUN di negeri masing-masing akan dibubarkan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan. Selepas itu, penulis rasa baru layak kita mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan penulis yakin rakyat dibawah akan lebih selesa dengan pendekatan sebegini dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat. Disitu saja kita sudah membuktikan kelebihan kita dibanding dengan BN yang dipimpin Najib. Kalau Pakatan Rakyat sendiri pun gemar bermain teka teki berhubung tarikh sebenar pembubaran DUN, kenapa nak dihairankan bila Najib juga menggunakan pendekatan yang sama. Lagipun, pada pandangan penulis, ini bukan sangat tentang teka teki, ini tentang strategi dan kelebihan yang ada tapi tidak dipunyai oleh pihak musuh. Semua perlu ingat, ini bukan tentang Najib, ini tentang polisi. Sejak zaman berzaman polisi BN memang begitu, mereka menyimpan tarikh sebenar pilihanraya ini sebagai strategi mereka untuk mengukuhkan kuasa. Pakatan Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan polisi BN dan haruslah berani menunjukkan pembaharuan. Kalau Najib ada kelebihan di peringkat persekutuan, kita ada kelebihan sama di peringkat negeri yang kita kuasai. Cuma yang perlu dibuktikan kepada rakyat sekarang ialah, kita tidak menyalahgunakan kelebihan tersebut dan berani mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN kepada rakyat. Kita buat dulu, kemudian baru minta orang lain untuk ikut, baru betul.

Thursday, June 7, 2012

Apabila ALLAH menyebut "Qun Fayaqun" (jadilah), makan jadilah sepertimana yang nizar "tempikkan" ketika himpunan hijau di Alor Setar tempohari.


Akhirnya Nizar membawa rebah kepada Pas.






Apabila kita terlalu galak dan berniat tidak baik, ALLAH akan menunjukkan apa yang boleh kita tonton sepertimana video diatas.

Pasti ahli serta penyokong pas terkedu dengan kenyataan Nizar yang bukan sahaja mendapat liputan media yang pro kepada mereka, malah media yang bersama kerajaan Barisan Nasional dan mungkin juga media luar negara juga tidak terkecuali.

Nizar oh Nizar, setiap perlakuan haruslah dimulakan dengan bismillah dan berlapang dada. Jika dendam kesumat menguasai diri, tidak mustahil perkara seperti video tersebut akan berulang.

Buat ahli serta penyokong Pas, nilailah sendiri apa yang telah anda saksikan...




GEMPAR!: Tiada Perbicaraan Tentang Kapal Selam Scorpene di Perancis



Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009.    Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.  

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.   SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. 

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis.  Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu. 

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut.   Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.  

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka.  Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.   

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas.  Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti.  Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis. 

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis.  Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini. 

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali.  Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata. 

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen.  Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat  kukuh sekali.   Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita. 

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan.  Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.  

Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun! 

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama.   Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja - sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.  

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib. 

 

Scorpene: Kebenaran yang Kini Menghantui Anwar Ibrahim



Beberapa tahun lepas isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene pernah digembar gemburkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang sebagai skandal penyalahgunaan wang dan penyelewengan dana negara yang terbesar dalam sejarah tanahair.

Bila disebut penyelewengan dan salahguna wang, wajib saja akan terbeliak mata penyokong pembangkang ditambah pula dengan tokok tambah kematian wanita Mongolia serentak dengan itu bergentayanganlah segala macam cerita angin mengaitkannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Walhal realitinya Altantuya yang dikaitkan dengan PM itupun langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot macam laki bini seperti disebarkan oleh penyokong pembangkang. Hingga saat ini PM sudah tiga kali mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut kalimah "Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut.

Jika dihitung dari jumlah hari PM bersumpah, sudahpun melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang benar kerana berdasarkan huraian hadith dan pendapat ulama, sekiranya seseorang itu bersumpah palsu dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana dari Allah s.w.t akan menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2 bulan ataupun selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.

Berbalik pada isu komisyen pula, sebetulnya ianya langsung tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna kuasa mahupun dana negara. Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO 114.96 juta (RM540 juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah untuk nilai kontrak bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi selama enam tahun.

Malah, Datuk Seri Najib pada 14 Mei 2008 yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan juga mengambil tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam isu komisyen tersebut.

Walaupun demikian, disebabkan tabiat sesetengah manusia yang mudah lupa, sukalah penulis sekali lagi mengutip fakta-fakta tersebut sekadar sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali memahami dengan jelas ke mana wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan.

Untuk makluman semua, Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.

Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop kerja sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang tempoh enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene serta pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut untuk tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene.

Syarikat Perimekar Sdn Bhd itu bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang mengkehendakinya melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana berikut;-

i. Menyediakan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan sekali.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu.

Manakala bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam, tentu sahaja segala program dan latihan yang diatur di luar negara cukup bermanfaat supaya aset ketenteraan yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap optimum dan bertahan lama.

Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan, kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu.

Namun bagi pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar, mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan persenjataan dan pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya mempersoalkan jumlah sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah tersebut sebenarnya turut mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara kepada pihak musuh.

Walaupun isu ini sudah sejuk namun menjadi kewajipan bagi penulis dan pembaca sekalian untuk terus menyebarkan kebenaran kerana apabila menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja pihak pembangkang akan cuba spin fakta mengikut sudut lain pula bagi mengabui mata khalayak umum.

Malah pembangkang kini sibuk menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam pembelian kapal selam ini iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1 diikat dengan nilai RM 3.80 ) sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana nilai dua buah kapal selam Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira RM3.6 billion. Nampaknya, pembangkang tak henti-henti mahu menipu kerana percaya rakyat Malaysia mudah ditipu!

Nik Abduh Bukti Kronisme & Nepostisme PAS



Pilihanraya ke 13 yang akan dilangsungkan tidak berapa lama lagi pastinya menjanjikan banyak peristiwa menarik, antara yang akan menjadi tumpuan ramai ialah politik dinasti. Apabila disebut politik dinasti ia berkait langsung dengan isu kronisme dan nepotisme ataupun boleh juga dikenali sebagai politik suku sakat.

Suatu ketika dulu, isu sebegini kerap dipalitkan pada batang tubuh UMNO khususnya di era kegawatan emosi 1998. Antara tuduhan popular tika itu ialah pemimpin UMNO banyak mengkayakan kroni dan ahli keluarga sendiri. Tukang rintis mempopularkan isu pula tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim.

Kebetulannya, tatkala Anwar menikmati puncak kuasa sewaktu bersama UMNO, dialah orangnya yang banyak mempelopori mencipta kekayaan untuk kroni melalui pemilikan saham percuma, jawatan penting parti dan kerajaan serta pembahagian kontrak termasuklah berjaya menjadikan abang kandung dan ayahnya jutawan segera dalam sekelip mata.

Kini, Anwar terus mengekalkan reputasinya sebagai pelopor kronisme dan nepotisme sekalipun sudah bertukar sikap menjadi pembangkang tegar. Parti yang di dukungnya, PKR lebih dikenali sebagai parti keluarga berbanding parti untuk rakyat. Anwar adalah Ketua Umum, isterinya Wan Azizah sebagai Presiden, anak perempuannya Nurul Izzah pula adalah Naib Presiden.

Dalam pada itu, PAS juga tidak lepas dari terjebak dengan masalah kroni dan nepotisme, saling tak tumpah dengan PKR. Ura-ura terbaru dari Kelantan menyebut, ramai pemimpin PAS sedang berusaha mengangkat anak Menteri Besar, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon pilihanraya bagi Parlimen Kubang Kerian.

Nik Abduh yang kini dikenali sebagai orang kaya baru di Kelantan juga pernah merasa empuknya kerus sebagai Ahli Majlis MPKB selama bertahun-tahun sebelum meletakkan jawatan kira-kira 3 tahun lalu.

Tika ini Nik Abduh adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua tahun lalu Nik Abduh pernah merasa penangan sepak terajang politik apabila terpelanting seketika selepas gagal merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan hasil permainan politik Husam Musa dan penyokongnya. Walau dari kem yang kelihatan sama tapi masing-masing ada fokus dan matlamatnya yang tersendiri.

Sekiranya pencalonan Nik Abduh dalam pilihanraya nanti menjadi kenyataan, bermakna Naib Presiden PAS, Husam Musa yang juga anak didik Nik Aziz dan satu ketika dulu pernah di war-warkan bakal menjadi MB mengantikan Nik Aziz sekali lagi terpaksa menjelajah setiap PAS Kawasan untuk mencari kerusi kosong dan selamat.

Umum mengetahui jatuh bangun Husam Musa berkait rapat dengan Nik Aziz manakala sinar politik Nik Abduh juga hasil dari darah keturunan yang mengalir dalam batang tubuhnya. Dengan kata lain kroni dan nepotisme dah lama mendarah daging bersama PAS, bezanya ia kurang diperkatakan ramai kerana dikaburi dengan label "Islam" yang tercatat pada nama PAS.

Kapal Selam: Siapa Biaya SUARAM Untuk Menipu?



Pembelian aset tentera tidak pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM terhadap kapal selam Scorpene.  Kes kapal selam ini ‘timbul’ lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di Perancis.  Mengakui bahawa ia berbunyi seperti filem aksi risikan Hollywood, SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh!

Menurut hakim, siasatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 tahun.  Jadi, kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan?  Kenapa mesti ada kenyataan akhbar?  Kenapa perlukan publisiti?  Kenapa sekarang?

Bercakap mengenai kes ini, seseorang itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang SUARAM.  Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir, motif SUARAM ‘membangkitkan orang mati’ adalah jelas. 

SUARAM adalah NGO yang amat kritikal terhadap kerajaan.  Ini kita faham kerana ia ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA.  Dalam ertikata lain, ia ditubuhkan berasaskan dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap kerajaan.  Dan bekerjasama dengan pembangkang adalah cara terbaik untuk melakukannya. 

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, tanpa agenda jahat atau tersembunyi, seharusnya SUARAM membiarkan saja kes ini berlangsung dengan ‘aman’ di mahkamah. 

Tetapi SUARAM tidak boleh duduk diam.  Mereka perlu merosakkan imej kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu pembangkang mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya.  Jika penipuan mereka terdedah selepas pilihanraya, biarkanlah. Tetapi buat masa ini, SUARAM berazam untuk terus menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya, seorang model dari Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene. 

Tetapi penipuan mereka telah pun terdedah.  Skrip asal filem risikan Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK).  Di dalam satu wawancara, RPK telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan ‘dengar cakap’ setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam pembangkang. 

Skrip ini juga terlalu dramatik sehingga tidak selari dengan fakta.  Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian, PM sedang menghadiri program berbuka puasa di Kedah dan isterinya, Datin Seri Rosmah menghadiri program yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur.  Terdapat video, gambar dan juga alibi yang mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK.

PM tidak mengenali Altantuya, dan itu juga adalah fakta.  Gambar superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah penipu.  Bagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali wanita itu, PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama Allah mengikut hukum Islam, dan beliau melakukannya bukan sekali, tetapi 4 kali.  Tiada seorang Islam yang waras yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah.

Mahkamah Malaysia bukan sahaja tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang penterjemah dalam perbicaraan.  Ini kerana, Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan dalam bahasa Inggeris. 

Justeru, melihat dari semua ini, tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik bagi pembangkang…dan juga SUARAM.

SUARAM menyatakan bahawa mereka telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai tersebut.  Jelas bahawa SUARAM cuba membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan keadilan.  Di mana, dalam kes ini, SUARAM hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada korupsi berlaku atau tidak, apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan.

Walaubagaimanapun, SUARAM mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata. 

Kita telah mendengar kata-kata SUARAM dan semakin banyak kita dengar, semakin pelik bunyinya.  Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga orang-orang yang ditangkap di bawah ISA – iaitu orang-orang yang berpotensi membahayakan keselamatan negara?  Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan dendam kesumat?  Bagaimana kita HENDAK memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia?

Dalam menghalusi motif SUARAM, kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang.  Jadi, di mana agaknya SUARAM mendapat wang untuk mengupah peguam Perancis yang mahal, antaranya, Joseph Breham dan William Bourdon untuk mewakili mereka?.  Apakah mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan Eropah?  Ambil maklum bahawa peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti.  Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di Perancis yang memantau kes ini? dan untuk berapa lama?  Siapakah yang menanggung kos penginapan, pengangkutan, perjalanan, makan-minum, dokumentasi dan segala-galanya?...dan berapakah jumlahnya?

Kita tahu bahawa SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kecil, hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat biasa di Malaysia.  Bagaimana mereka mampu membiayai semua ini? 

Penulis percaya, ramai yang akan bersetuju bahawa nampaknya SUARAMlah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh rakyat yang inginkan kebenaran, bukannya kerajaan.

Tuesday, June 5, 2012

Hadi Beri Isyarat Lawan Anwar




SELALU sudah disebutkan bahawa Pakatan haram pembangkang ini tidak ada persefahaman yang baik di antara mereka.  Ada banyak percanggahan dan semua ini berlaku sebelum mereka dapat perintah negara pun.

Dalam hal ini penulis merujuk kepada kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu penyokongnya menurunkan kerajaan (BN) dalam keadaan ‘sopan’.  Apa maksud Hadi dengan sopan, bila Anwar Ibrahim pula mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara ganas?

Bukan satu rahsia yang Anwar akan mengadakan demonstrasi besar-besaran menolak keputusan pilihanraya jika kerajaan BN mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Hadi pulak cakap pasal sopan? 

Yang penulis nampak disini ialah, berlakunya percanggahan antara 2 pemimpin utama Pakatan Rakyat ini.  Kelihatannya Pakatan yang tidak berdaftar secara rasmi ini tidak tahu arah mana yang nak dipilih untuk menumbangkan kerajaan BN.  Satu orang nak secara sopan@aman dan satu orang lagi cara huru hara dan ganas.

Ini belum lagi Kit Siang anak beranak dan Karpal anak beranak dari DAP buka mulut.  Tak tahu pendekatan apa yang mahu dipilih mereka, mungkin Mahkamah.

Semua ini menunjukkan percanggahan dan pertelagahan yang jelas berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Pakatan ini kelihatannya semakin hari semakin keliru dengan tujuan penubuhan Pakatan Rakyat.  Nampaknya macam laki bini yang bergaduh, dimana tak satu pun cakap mereka yang boleh dipakai.

Yang akan jadi masalah sudah tentulah penyokong, mana satu nak dipilih sebagai tindak balas kalau Pakatan kalah besok, nak duduk diam-diam atau bangkit melawan?  Percayalah, Pakatan akan kalah, tapi bukan sebab penipuan BN, sebaliknya sebab diri sendiri banyak buat silap seperti dibuktikan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Hadi jangan ingat kita bodohlah.  Kalau rancangan Anwar ini menjadi (demonstrasi ganas), saf baris paling depan nanti akan diisi oleh budak-budak PAS dari Unit Amal, macam dalam perhimpunan Bersih 3.0 April lepas.  Itulah yang akan berlaku, pegang sajalah cakap penulis ini.  Hadi memang terkenal dengan cakap depan lain, belakang lain, kalau cakap lurus macam mana pulak dia boleh berbini 3.

Hadi pun dah tau rancangan Anwar yang terlepas keluar itu, sebab itu Hadi keluar kenyataan sopan apa segala ini.

Hadi sendiri, dimana layaknya bercakap soal sopan ini?  Hadi masih ingatkan apa yang berlaku di Terengganu bila PAS menang di negeri tersebut?  Kunci Wisma Darul Iman dipecahkan, kereta rasmi kerajaan yang digunakan Exco ditahan dan dirampas penyokong fanatic PAS waima di tengah jalan.

Ketika itu dimana Hadi dan nasihat tentang kesopanannya?  Hilang dalam serban atau terjuntai dalam jubah?  SIlap-silap yang mengarahkan semua itupun adalah Hadi sendiri kerana terlalu taksub berkuasa dan menjadi Menteri Besar.  Ketaksuban yang ditamatkan rakyat Terengganu pada 2004 dan masih gagal menawan kerajaan negeri tersebut pada saat UMNO berada dikedudukkan terburuk pada 2008.

Begitu juga dengan sikap macam binatang oleh budak-budak Unit Amal dibawah pimpinan Hadi Awang semasa Himpunan Bersih 3.0 tempoh hari, dimana yang sopannya penyokong PAS dalam kejadian tersebut.

Pada penulis, semua ini hanya persediaan kalau kekacauan yang dirancang Anwar di masa yang akan datang, menjadi kenyataan.  Kenyataan Hadi ini akan dijadikan bukti

Hayalan Pakatan Haram dan Realiti

PAS seolah-olah terpegun dengan kejayaannya mengumpul lebih 100,000 penyokong di Stadium


Darul Aman, Kedah baru-baru ini. Perhimpunan yang dinamakan Himpunan Hijau ke Putrajaya


bertujuan menyuntik semangat dalam usaha parti itu merampas kerusi kerajaan pusat daripada


Barisan Nasional.




Begitulah gerak kerja PAS yang menganggap bilangan penyokong yang hadir pada sebarang


perhimpunan atau ceramah mereka sebagai tanda aras kepada tahap sokongan rakyat kepada parti


itu. Politik angka ini juga menjadi budaya PKR dan DAP kerana bagi mereka lebih ramai yang


datang mendengar siri ceramah yang memaki hamun, mencaci dan memfitnah pemimpin negara,


maka lebih ramailah yang datang untuk mendengar. Lebih-lebih lagi jika maki hamun dan cacian itu


mencapai tahap maksima berisak-isaklah penyokong untuk mencari tempat duduk.




Realitinya jumlah yang ramai belum tentu lagi diterjemahkan menjadi undi di peti undi setiap


pilihan raya diadakan. Kebanjiran 'kopiah putih' di stadium tersebut umpama buih-buih di


permukaan air yang akan hilang apabila ditiup anging. Mereka sebenarnya tidak mempunyai


kekuatan sedikitpun kerana apa yang dipaparkan dalam media milik pembangkang atau youtube


mahupun blog hanyalah sebagai satu propaganda murahan untuk menunjukkan seolah-olah mereka


bila-bila masa sahaja boleh menawan Putrajaya. Jika begitu sudah lama PAS memerintah Malaysia


sekiranya populariti diukur daripada berapa isi padang atau stadium mampu diisi oleh sesebuah parti


politik.




Lihat sahaja semasa kempen pilihan raya peringat negeri Sarawak pada April tahun lalu di mana


boleh dikatakan ceramah anjuran BN lebih kecil kehadirannya daripada yang dianjurkan


pembangkang. Mereka berdabik dada dengan penuh kebanggaan bahawa saatnya amat hampir untuk


menubuh kerajaan negeri bagi menggantikan BN.




Malah Pengarah Pilihan Raya PKR bagi PRN Sarawak, Azmin Ali dengan begitu angkuh berkata


partinya akan merangkul sekurang-kurang 34 kerusi.




Namun apabila keputusan pilihan raya diumumkan, ia menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat


tetap memilih untuk kekal bersama BN. PKR yang paling yakin dan tamak hanya memperolehi 3


kerusi berbanding 16 bagi DAP dan kosong untuk PAS. Ini kerana rakyat bijak menilai bahawa


pihak pembangkang hanya parti cakap kosong yang menggunakan kepandaian berpidato sebagai


modal politik mereka dan tidak lebih dari itu. Pembangkang tidak mempunyai visi yang jelas


bagaimana mahu mentadbir negara ini.




Dalam Pakatan Rakyat terdapat tiga model pentadbiran yang bakal menjadi persaingan sengit


sekiranya mereka menang - PKR akan menonjolkan konsep pluralisme agama dan Islam liberalnya,


PAS pula memperkudakan Islam untuk memperlihatkan satu pandangan totok yang jumud dan beku


sementara DAP pula merancang mahu merungkai segala institusi berkaitan Melayu. Berbanding


dengan BN yang sejak merdeka telah menunjukkan kecemerlangan mentadbir serta mengurus


Malaysia peringkat demi peringkat sehingga mencapai tahap kejayaan yang dinikmati sekarang.




Oleh kerana itu bolehlah dikatakan PAS dan rakan-rakan kongsinya bermimpi di siang hari jika


mereka berfikir rakyat akan memihak kepada mereka berdasarkan kepada jumlah kehadiran semata-


mata.Seperti yang pernah disebutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, BN mampu


menggembeling jumlah jauh lebih besar jika ia mahu tetapi sedar ia hanyalah satu usaha yang


membazir dan tidak mendatangkan faedah.




Yang lebih penting bagi beliau ialah terus bertemnu dengan rakyat dari segenap lapisan serta


menerangkan dasar-dasar kerajaan disamping melaksanakan pendekatan yang lebih inovatif dan


pro-aktif untuk membela nasib rakyat jelata. Seperti pepatah Melayu biarpun anjing menyalak, bukit


tidak akan runtuh; biarpun pemimpin PAS, PKR dan DAP menjerit memaki hamun dan memb fitnah


pemimpin negara hingga terkeluar anak tekak, rakyat tetap tidak berganjak menyokong BN. Rakyat


tahu BN adalah umpama gunung yang cuba diruntuhkan anjing dengan salakan kecilnya namun


anjing itu tahu lama kelamaan suaranya akan tenggelam dan gunung tetap berdiri teguh.

Friday, June 1, 2012

Tahniah Shabery Cheek



Semalam kita dihidangkan lagi dengan sifat berani serta bertanggungjawab yang dilakukan oleh pemimpin UMNO / BN. Setelah beberapa hari lalu negara dikejutkan dengan berita kemalangan di litar drag (ketika Himpunan Jutaan Belia Putrajaya) dan juga kehadiran kumpulan K-Pop yang mengundang "cerita", semalam Menteri yang bertanggungjawab Ahmad Shabery Cheek mewakili Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia MEMOHON MAAF diatas kesilapan yang berlaku.





"Pihak kami berjanji akan lebih berhati - hati memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang. Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K - Pop yang dikatakan berpakaian kurang sopan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria selasa lalu bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.

Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina dari mana - mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan tersebut.

Mungkin ada banyak acara yang perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara yang boleh dilihat. Malah, banyak program keagamaan dan modal insan yang diadakan," katanya lagi.

Persoalannya disini, mampukah pemimpin pembangkang lakukan apa yang telah dibuat oleh Ahmad Shabery.


Berdendang dengan kata - kata nista adalah lebih mudah dari melafazkan sekali ucapan MAAF..


Apapun tahniah Shabery Cheek, anda seorang yang bertanggungjawab...



UMNO / BN memerlukan pemimpin sebegini...