Muka depan akhbar Suara Keadilan
memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini
bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan
mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.
Dalam mengulas berita tersebut, Ketua
Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk
Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan
berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga
dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh
keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.
Mendesak Datuk Seri Najib atau
keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita
tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu
mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri.
Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan
mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing
sahaja.
Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat
amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin
hampir.
Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa
kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena
mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah
tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira,
telah pun membuat penafian.
Menurut Maira, beliau masih punya
ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh
Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga
sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.
Jelas, Maira dan anaknya bebas
bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan
kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh
Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan
juga mampu menghubunginya?
Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti
yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu
mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk
menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar
tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.
Lebih dari itu, parti PKR sendiri
harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak
untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih
tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan.
Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan
bukannya antara lawan politik.
Jika isu ini dibawa oleh PKR ke
pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri
Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk
rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang.
Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada
kena mengena dengan rakyat dan negara.
No comments:
Post a Comment