Semalam kita dihidangkan lagi dengan sifat berani serta bertanggungjawab yang dilakukan oleh pemimpin UMNO / BN. Setelah beberapa hari lalu negara dikejutkan dengan berita kemalangan di litar drag (ketika Himpunan Jutaan Belia Putrajaya) dan juga kehadiran kumpulan K-Pop yang mengundang "cerita", semalam Menteri yang bertanggungjawab Ahmad Shabery Cheek mewakili Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia MEMOHON MAAF diatas kesilapan yang berlaku.
"Pihak kami berjanji akan lebih berhati - hati memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang. Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K - Pop yang dikatakan berpakaian kurang sopan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria selasa lalu bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.
Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina dari mana - mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan tersebut.
Mungkin ada banyak acara yang perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara yang boleh dilihat. Malah, banyak program keagamaan dan modal insan yang diadakan," katanya lagi.
Persoalannya disini, mampukah pemimpin pembangkang lakukan apa yang telah dibuat oleh Ahmad Shabery.
Berdendang dengan kata - kata nista adalah lebih mudah dari melafazkan sekali ucapan MAAF..
Apapun tahniah Shabery Cheek, anda seorang yang bertanggungjawab...
UMNO / BN memerlukan pemimpin sebegini...

No comments:
Post a Comment